Anda di halaman 1dari 2

Peribadi Saint Paul

Agama Kristian yang dikenali sejak zaman Nabi Isa diangkat ke langit oleh Allah sehingga
masa ini didapati mengandungi banyak penyelewengan daripada risalah tauhid yang dibawa oleh
Nabi Isa a.s. sekitar dua era yang lalu. Pembohongan itu pasti didalngi oleh entiti yang benci akan
kebenaran. Penipu berbangsa Yahudi yang licik itu dipanggil dengan gelaran Saint Paul yang sangat
berpengaruh berjaya menutup pandangan segelintir manusia daripada beriman kepada Allah yang
Maha Esa. Sejarah membuktikan bahawa Saint Paul ini tidak pernah sekalipun bertemu atau
mempelajari agama Allah secara langsung daripada Nabi Isa a.s lalu bagaimana dia mengatakan
bahawa dia yang selayaknya mengajarkan risalah tauhid yang diutuskan kepada Nabi Isa itu?

Maka, dalam agama Kristian, umat manusia yang menganutinya menyanjung dan
mempercayai dua tokoh penting dalam perkembangan agama Kristian. Dua tokoh yang dimaksudkan
ini adalah Jesus Christ (Nabi Isa) dan Saint Paul. Jesus Christ pada kepercayaan orang Kristian adalah
Tuhan, anak Tuhan dan Roh Kudus, namun menurut agama Islam, Nabi Isa ialah Rasul Allah yang
diutuskan untuk menyebarkan risalahNya hanya kepada bangsa Yahudi seperti yang termaktub
dalam Al-Quran An-Nisa: 171. Perkara ini turut disebut dalam Perjanjian Baru Matthew 15: 24.
Manakala, Paul pula menurut kepercayaan mereka adalah pesuruh yang dilantik Jesus setelah
bertaubat ketika perjalanannya ke Damsyik. Di dalam Perjanjian Baru juga menyebutkan bahawa
Paul adalah pesuruh Jesus bagi bangsa bukan Yahudi (Gentiles) seperti yang tertulis dalam Romans
11: 13 dan Galatians 2: 8.

Justeru, hal yang dinyatakan di atas menghadapi satu kontradiksi yang menyebabkan Paul
atau nama sebenarnya Saul berani mengaku bahawa dirinya pesuruh Tuhan bagi bangsa bukan
Yahudi. Hal ini kerana, beliau sangat iri hati dengan Nabi Isa dalam penyebaran risalah agama Allah
dan juga kekecewaannya di atas kisah cintanya yang terhalang oleh seorang Rabbi Yahudi. Sifat iri
hati dan dendamnya itu membawa kepada penindasan pengikut Nabi Isa a.s. serta sahabat
hawariyyun baginda, sedangkan Nabi Isa menyampaikan kebenaran dan menyuruh manusia berbuat
kebaikan sesama manusia seperti dalam Matthew 22: 37-40.

Oleh itu, Paul memerlukan satu platform lain untuk mempertahankan dirinya, maka, setelah
dia berpindah ke Rom, dia cuba mengasimilasikan budaya dan kepercayaan bangsa Rom dan Yunani
dengan ajaran tauhid Nabi Isa. Dalam perkara ini, dapatlah dikatakan Paul seorang yang
berkeperibadian menyelewengkan kebenaran. Tindakan seterusnya, Saint Paul melakukan penipuan
dan transformasi dari aspek ajaran teologi yang dibawanya. Setelah mengaku dirinya sebagai
pesuruh Tuhan bagi bangsa bukan Yahudi, beliau melakukan pembohongan terhadap hukum-hukum
dan perintah Tuhan (Commandment of God). Untuk menampakkan keaslian bagi ajarannya, beliau
telah mengubah apa yang dibawa oleh Nabi Isa untuk memudahkan penerimaan kumpulan
sasarannya itu, iaitu Gentiles.

Tambahan pula, setelah dia mengatakan yang dirinya Rasul, dia mengaku bahawa dirinya
juga penerima wahyu daripada Jesus. Akan tetapi, apabila ditanya tentang solan-soalan hukum,
Saint Paul hanya memberikan pandangannya sahaja. Sebagai impaknya, Gentiles telah mempercayai
bulat-bulat apa yang diperkatakannya misalnya dalam permasalahan dara dalam Perjanjian Baru I
Corinthians 7: 35. Sesungguhnya Allah amat murka dan tidak juga memberi petunjuk kepada penista
sepertinya. Hal ini terkandung dalam Al-Quran Az-Zumar: 3-4. Allah turut memberi amaran kepada
ahli Kitab supaya tidak mengikut jejak penyesat seperti dalam Al-Quran Al-Maidah: 77. Seperti yang
ditegaskan Nabi Isa a.s. menerima wahyu daripada Allah dan meneruskan penyebaran risalah tauhid
Nabi Musa a.s.

Selain itu, sifat kekerasan dalam pengaslian ajarannya itu sehinggakan Paul telah
mengharamkan amalan berkhatan dalam kalangan penganut Kristian dan mengugut mengkafirkan
mereka. Namun, Nabi Isa a.s. menyampaikan wahyu Allah dengan penurunan perintah berkhatan
seperti apa yang diwahyukan kepada Nabi Musa a.s. dalam Genesis 17: 10. Hal ini menunjukkan Paul
seorang pengingkar dan pendusta terhadap hukum dalam kitab Taurat (Law) yang telah ditetapkan
kepada semua lelaki berbangsa Yahudi. Oleh kerana itu, bangsa Yahudi amat tidak bersetuju dengan
tindakn Paul dan menganggapnya murtad kerana telah menyesatkan Gentiles dan insan-insan yang
menganuti agama Kristian sehingga kini.

Selain itu, Nabi Isa menyampaikan apa yang diwahyukan Allah kepadanya tentang
mentauhidkan Allah. Perkara ini disebut monotheisme iaitu penyembahan pada Tuhan yang Maha
Satu. Sebaliknya Paul yang menyesatkan ini mengadaptasi amalan Paganisme bangsa Yunani yang
mempercayai tuhan mempunyai anak dalam kalangan manusia dengan memasukkan Jesus Christ
sebagai anak tuhan serta penciptaan satu elemen baharu iaitu Roh Kudus. Aksi ketidak bijaksanaan
Saint Paul itu adalah dia menyamakan kelahiran Nabi Isa a.s. dengan dewa Yunani kuno, iaitu Horus.
Konsep trinitarianisme ini telah mengambil alih konsep monoteisme yang dibawa oleh Nabi Isa a.s.

Oleh itu banyak pengkaji sejarah dan pencari kebenaran menyatakan behawa Saint Paul
inilah yang menyesatkan orang ramai daripada menganuti agama kebenaran kepada agama kebatilan.
Orang Kristian pada masa ini hanya mempercayai apa yang dikatakan oleh Saint Paul diatas
penyelewengannya itu. Wallahu’alam.

Anda mungkin juga menyukai