Anda di halaman 1dari 10

PERCANGGAHAN ANTARA HUKUM AKAL DAN HUKUM WAHYU DARI KONTEKS MENJAGA AGAMA Fahaman Islam Liberal dan

Sekularisme Wahai orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam keamanan (agama Islam) dengan sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata. (Surah Al-Baqarah, ayat 208) Pada abad ini, kita dapat melihat pelbagai peperangan saraf yang cuba dilakukan oleh pihak yang memusuhi Islam untuk menolak kebenaran agama ini. Antaranya adalah penyebaran fahaman-fahaman ataupun isme-isme yang menyelinap secara halus dalam memporakperandakan kesyumulan Islam. Fahaman yang semata-mata berasaskan akal fikiran ahli-ahli falsafah yang tidak berpegang kepada agama ini telahpun menyerang banyak negara yang mempunyai ramai umat Islam. Pendokong fahaman sekularisme dan liberalisme ini telah berjaya memisahkan hal agama daripada perihal pentadbiran negara, perundangan, ekonomi, politik malah sistem pendidikan dan mereka memahami agama dengan tafsiran akal sahaja. Menurut Syed Naquib Al-Attas dan Dr. Yusuf Qaradhawi, dua orang ulama kontemparari ini sepakat mengatakan bahawa fahaman sekular ini telah dipelopori oleh ahli falsafah Yunani, Aristotle. Aristotle berpendapat bahawa Tuhan tidak mempunyai hubungan dengan alam, tidak mengambil peduli dengan keadaan di alam ini dan tidak mengurus tadbirnya. 1 Justeru, mereka yang meletakkan agama ke tepi dan hanya tertakluk kepada perkara-perkara ibadah khususi semata-mata sudah pastinya menyimpang daripada apa yang difirmankan Allah dalam ayat di atas.
1

InPAS Online, http://www.inpasonline.com/, 25 Mac 2011

Jenayah Murtad Hak Asasi Manusia adalah satu agama yang sedang berkembang pesat kini dipelopori pejuang sosialis. Kepesatannya menyebabkan sebahagian umat Islam, yang sebelum ini memang menghadapi masalah sikap kekerdilan diri, terpengaruh dengannya. Mereka berpandangan Islam juga memberi perhatian kepada Hak Asasi Manusia, tetapi tidak tahu apa dan bagaimana. Akhirnya mereka mencairkan Islam agar ia larut ke dalam agama Hak Asasi Manusia buatan manusia. Bersama slogan ini, mereka meletak beberapa syubhat, iaitu keraguan dan kesamaran, ke dalam syariat Islam, terutamanya berkenaan hukuman hudud bagi kes murtad. Murtad atau orang yang berpaling dari agama Islam dihukum dengan hukuman bunuh kerana Islam sangat menitikberatkan penjagaan agama seseorang individu Muslim. Sesetengah manusia dengan sewenang-wenangnya mentafsirkan ayat 256, Surah Al-Baqarah: Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur) Oleh kerana orang-orang yang ingin keluar Islam ini merasai mereka mempunyai hak untuk memilih agama, tanpa menghiraukan hukum Allah, ada sesetengah yang berani mengisytiharkan murtad mereka di khalayak ramai. Namun, syariat Islam menjatuhkan hukuman bunuh ke atas jenayah murtad kerana ia adalah satu perbuatan yang merosakkan agama Islam dan dasar-dasar kemasyarakatannya2. Jika jenayah ini dipandang ringan, seluruh sistem kemasyarakatan Islam akan roboh. Maka hukuman yang berat dikenakan atas tujuan menghapuskan kes murtad dan menghindari orang lain daripada melakukannya. Demikianlah, hukuman itu selayaknya dikenakan kepada pemurtad yang mengisytiharkan dirinya murtad.
2

Persatuan Pelajar Malaysia Yaman, http://www.permaya.org/yaman/index.php, 26 Mac 2011

PERCANGGAHAN ANTARA HUKUM AKAL DAN HUKUM WAHYU DARI KONTEKS MENJAGA NYAWA Bunuh Diri (Commit-suicide) Islam sama sekali melarang umatnya daripada melakukan perilaku membunuh diri. Hal ini kerana, nyawa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t perlu digunakan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan menjalankan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Namun, akibat penilaian akal yang cetek, ada segelintir manusia yang sanggup menghilangkan nyawanya sendiri yakni membunuh diri. Kebergantungan mereka kepada Allah telah putus dan merasakan tindakan membunuh itu sebagai penamat segala permasalahan yang timbul. Firman Allah, mafhum-Nya: Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Az-Zumar, ayat 53) Golongan yang terlibat dengan membunuh diri ini bermain dengan persepsi bahawa kewujudan mereka ini hanya akan menyusahkan kehidupan orang lain dan tidak akan memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat dan agama. Oleh kerana pegangan agama yang goyah dan tidak berpandukan syariat Allah serta tidak berserah kepada sunnatullah ataupun qada dan qadar yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Oleh yang demikian, perlunya manusia berfikiran waras dan mengetahui tujuan asal kewujudannya di dunia ini. Orang yang mempunyai akal yang sihat akan sentiasa bertawakal dalam setiap ranjau kehidupan yang dihadapinya.

Jenayah Membunuh dan Merompak Membunuh dan merompak merupakan jenayah-jenayah yang meragut nyawa orang lain. Mengikut undang-undang sivil ciptaan manusia, antara hukuman yang dikenakan adalah penjara atau hukuman gantung sampai mati. Keberkesanan hukuman yang dibawa oleh Barat ini kurang mencapai matlamat untuk memberi pengajaran kepada orang lain. Contohnya, dari sudut psikologi, keluarga yang telah kehilangan ahli keluarga yang dibunuh atau dirompak pasti merasa marah dan kecewa dengan pembunuh atau perompak tersebut. Maka, perlunya satu hukuman yang dapat sekurang-kurangnya memuaskan hati pihak mangsa. Oleh itu, Allah telah menggariskan hukuman qisas yang sepatutnya dijalankan kepada pelaku sesuatu pembunuhan sepertimana dalam firman-Nya: Wahai orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu hukum qisas dalam pembunuhan iaitu orang merdeka dengan merdeka, hamba dengan hamba dan perempuan dengan perempuan. Sesiapa yang mendapat kemaafan daripada saudaranya (magsa) dengan pembayaran yang sesuai maka hendaklah ia mengikutnya secara baik dan membayar (diyat) kepadanya dengan cara yang baik. Demikian itu suatu keringanan dan rahmat daripada Tuhan kamu. Sesiapa yang melampau batas sesudah itu maka baginya azab yang sangat pedih. (Surah Al-Baqarah, ayat 178) Namun, disebalik perjalanan ke arah hukuman qisas, pintu kemaafan masih lagi dibuka untuk pihak keluarga mangsa memaafkan pembunuh tersebut. Betapa fleksibelnya hukuman yang dikenakan kepada manusia dan tetap menitik beratkan kasih sayang sesama manusia. Kanun keseksaan yang dicipta manusia sudah pasti mempunyai kelemahan di dalam situasi-situasi tertentu dan sentiasa dipinda berbeza sekali dengan hukum yang disyariatkan Allah yang sudah mempunyai beberapa pilihan dalam perlaksanaannya.

PERCANGGAHAN ANTARA HUKUM AKAL DAN HUKUM WAHYU DARI KONTEKS MENJAGA AKAL Kesalahan Meminum Arak Peranan akal merangkumi tiga aspek penting iaitu menerima maklumat, mengkaji dan menyelidik. Mendidik akal bukan hanya bererti menjadikan seseorang itu cerdik semata-mata tetapi ia juga berkait dengan bagaimana membentuk akal supaya berfikir ke arah kebaikan dan bertujuan untuk memberi kemaslahatan kepada umat. Pemikiran akal juga kadangkala tersasar ke arah kebinasaan dan keburukan. Contohnya, dengan akal yang tidak berpandukan syariat dan dipengaruhi nafsu semata-mata, seseorang pengusaha kilang arak telah memajukan industri arak, yang mana arak itu hakikatnya akan membinasakan akal itu sendiri. Sesetengah manusia berfikir bahawa arak menjadi pengubat mereka di kala kesusahan untuk tidak mengingati sesuatu masalah yang dihadapinya.3 Namun, sejauh manakah ubat tadi memberi ketenangan kepada peminum arak tersebut. Arak yang memabukkan ini sebenarnya mempunyai kesan yang tidak baik terhadap kesihatan akal dan kesan jangka panjang terhadap kesihatan diri peminumnya. Pertamanya, arak sudah pastinya menghilangkan kewarasan akal untuk berfikir dan seterusnya melemahkan daya pemikiran manusia. Ia juga akan mendatangkan barah hati sekiranya diminum secara banyak dan berterusan kerana alkohol tidak dapat diuraikan oleh organ hati manusia dan ia akan membengkak. Pada pandangan manusia, ia merupakan hak individu itu untuk meminumnya kerana ia juga adalah sejenis minuman. Mereka tidak memikirkan mudarat sepertimana yang telah diharamkan oleh Al-Quran:
3

Yusuf Qardhawi, Halal dan Haram dalam Islam (terjemahan Muammal Hamidy). PT Bina Ilmu

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah Al-Maidah, ayat 90) Teori Darwinisme Sebuah teori yang popular sekitar era ke-18 yang dipelopori oleh Charles Darwin ini telah menyatakan bahawa asal kejadian manusia itu berasal daripada seekor haiwan iaitu beruk. Selepas mengalami proses evolusi, maka terhasillah manusia separa beruk dan berakhir dengan manusia atau homo sapiens. Begitulah dangkalnya pemikiran Charles Darwin ini yang mampu mempengaruhi umat manusia dan dunia sains satu ketika dahulu. Pemikiran yang berasaskan akal yang tidak berpandukan syariat di samping ingin menolak hakikat kewujudan Allah s.w.t telah menyebabkan manusia berfikir sehingga menyamakan dirinya adalah haiwan.4 Sedangkan perbezaan manusia, jin dan malaikat dengan haiwan adalah pada akalnya dan asal kejadian Nabi Adam a,s adalah daripada tanah, seperti dalam firman Allah yang bermaksud: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah; Kemudian Dia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang; Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: Roh ciptaanNya. Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (Surah As-Sajdah ayat 7-9)

Harun Yahya, Penipuan Evolusi (terjemahan Rohidzir Rais), Saba Islamic Media Sdn. Bhd.

PERCANGGAHAN ANTARA HUKUM AKAL DAN HUKUM WAHYU DARI KONTEKS MENJAGA MARUAH/KETURUNAN Antara Aurat Wanita dan Jenayah Rogol Islam adalah jalan hidup yang memuliakan penganutnya. Allah s.w.t telah mewajibkan wanita mahupun lelaki menutup aurat mereka dengan had-had tertentu. Namun, perkara yang paling berleluasa kini adalah pendedahan aurat wanita yang tanpa segan silu melakukannya sepertimana yang berlaku kepda masyarakat Arab Jahiliyyah suatu ketika dahulu. Sehingga muncul pejuang-pejuang wanita Islam yang berfikiran liberal dan sekular untuk menafikan kod etika pemakaian yang telah Allah tetapkan. Misalnya, penubuhan kumpulan Sister in Islam yang memperjuangkan kebebasan berfesyen tanpa menutup kepala serta pelbagai lagi perjuangan yang konon-kononnya mengangkat feminisme di mata masyarakat. Selain itu, mereka juga menafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut kemahuan mereka sendiri untuk menyokong hujah-hujah mereka dengan mengatakan bahawa hukum ini tidak lagi sesuai dilaksanakan pada zaman moden kini dan terlalu jumud5. Antara firman Allah yang mereka salah tafsirkan: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka (Surah An-Nur, ayat 31)
5

Sister In Islam, http://www.sistersinislam.org.my/, 26 Mac 2011

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuanperempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Ahzab, ayat 59) Kumpulan pejuang hak feminisme ini mempertikaikan cara pemakaian ini sebagai tidak menjunjung kebebasan wanita untuk sentiasa nampak elegan dan cantik di khalayak masyarakat. Seterusnya, apabila berlakunya kes-kes rogol, sumbang mahram dan sebagainya, mulalah mereka menyalahkan kaum lelaki yang bernafsu binatang, sedangkan Allah telah menyatakan bahawa wanita yang menutup auratnya dengan sempurna tidak mudah diganggu oleh lelakilelaki yang mempunyai nafsu amarah tersebut. Padahal, faktor utama berlakunya kes-kes tersebut datang daripada diri individu terbabit yang tanpa segan-silu tidak menjaga maruah diri. Pelbagai cara dan hukuman difikirkan untuk mengatasi jenayah rogol yang berleluasa di negara-negara yang tidak mengamalkan perundangan Islam. Contohnya, di Arab Saudi dan Iran yang mengamalkan hukum hudud kepada perogol iaitu sebatan 100 kali atau direjam sampai mati di hadapan khalayak ramai, bertujuan untuk memberi pengajaran kepda masyarakat untuk tidak melakukan perbuatan yang zalim itu. Akan tetapi ada pihak yang mengatakan hukum hudud itu terlalu zalim terhadap manusia. Yakinlah, hukuman yang datang dari sumber wahyu itulah yang memberi keadilan kepada manusia kerana statistic mangsa rogol tertinggi adalah di negara New Zealand6 yang menggunakan hukum sivil ciptaan manusia. Jika setiap negara mengamalkan hukuman yang Allah s.w.t tetapkan, sudah pasti jenayah zina paksa ini akan dapat dikurangkan dan sekaligus mensifarkan kelahiran anak luar nikah yang merosakkan nasab.
6

NationMaster.com, http://www.nationmaster.com/, 26 Mac 2011

PERCANGGAHAN ANTARA HUKUM AKAL DAN HUKUM WAHYU DARI KONTEKS MENJAGA HARTA Riba dan Syariat Zakat Mengumpul dan memperbanyakkan harta , pangkat, kuasa dan pengaruh adalah salah satu dari sifat biasa manusia. Kita sukakan harta disebabkan manfaat segera misalnya amalan riba yang boleh dinikmati darinya. Perbuatan mengambil riba atau faedah dalam bentuk pertambahan kewangan yang dipinjam dan jual beli adalah sesuatu yang diharamkan oleh Allah s.w.t seperti dalam firman-Nya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. (Surah Al-Baqarah, ayat 278) Jika kita hanya memikirkan wang yang banyak di dalam genggaman tanpa merasai kita menindas orang-orang yang susah dan memerlukan, nescaya kita tergolong dalam golongan orang yang zalim dan tamak. Untuk menjaga periuk nasi umat Islam, Allah s.w.t melarang sama sekali hamba-hamba-Nya menjalankan urusan berunsurkan riba. Misalnya, dalam kaedah sistem perbankan konvensional yang mengamalkan riba, sudah pastinya peminjam akan merasai bebanan untuk membayar balik pinjaman kewangan yang dilakukan, ditambah pula tempoh masa bayar dalah bertahun-tahun. Maka bunga bagi pinjaman semakin berganda-ganda.7 Demikianlah pula Allah mensyariatkan zakat untuk membersihkan harta yang manusia perolehi di muka bumi ini serta bertujuan membantu mereka yang tidak berkemampuan. Hikmahnya, setiap manusia untuk merasai rezeki Allah s.w.t di dunia ini secara adil dan
7

Zaharuddin.net, http://www.zaharuddin.net/, 26 Mac 2011

saksama.

Kewujudan

sistem

kapitalisme,

komunisme

serta

berluasluasanya

rahsuah

sememangnya bercanggah dengan prinsip keadilan yang ditetapkan dalam wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. kerana mereka bermegah-megah dengan kekayaan yang mereka perolehi di samping menindas golongan susah. Firman Allah, mafhumnya: (ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orangorang kaya dari kalangan kamu (Surah Al-Hasyr, ayat 7) Tatkala itu pembangunan material itu akan naik bersama sekumpulan manusia rakus yang memonopoli dan mengambil keuntungan dari pembangunan itu. Keuntungan menjadi tersekat kepada satu kumpulan sahaja, tanpa dapat ia dikongsi oleh masyarakat ramai. Di waktu itu, yang kaya bertambah kaya, yang miskin semakin papa kedana.. Justeru, sistem tetapan Ilahi sentiasa menitik beratkan penjagaan ekonomi hamba-hamba-Nya. Allah berfirman yang bermaksud: Janganlah kamu makan harta (orang lain) antara kamu dengan jalan yang salah dan (janganlah) mengeluarkan harta (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan sebahagian daripada harta manusia dengan cara yang berdosa sedangkan kamu mengetahui. (Surah Al-Baqarah, ayat 188) Sistem akal tidak dapat menandingi syariatullah kerana terdapat pelbagai kelemahan dan kepentingan diri sendiri yang pasti wujud dalam sistem tersebut.

Anda mungkin juga menyukai