Anda di halaman 1dari 8

Pengurusan: Definisi, Sejarah dan Konsep Siri 3

Pentadbir Universiti / April 16, 2008


Oleh: Mohammad Fauzi

Pentadbiran @ Pengurusan Atau Pentadbiran vs Pengurusan?


Dalam kebanyakan buku-buku yang berkaitan dengan pengurusan tidak menggariskan
dengan jelas perbezaan antara pengurusan dan pentadbiran. Menurut Boles & Davenport
(1976) menyatakan bahawa pentadbir dan pengurus memainkan peranan dan fungsi yang
sama meliputi aktiviti-aktiviti seperti merancang, menghimpun maklumat, membuat analisis dan
menyebarkannya, mengawal selia kakitangan dan menggerakkan aktiviti bagi mencapai
matlamat dan objektif organisasi seperti yang ditetapkan.
Wilfrid Brown menyatakan bahawa pentadbir dan pengurus memainkan peranan
memberikan arahan, mengawal dan memantau kerja-kerja yang diagihkan kepada subordinat
yang akan melaksanakan segala tugasan berpandukan arahan yang diberikan dan diakhir
proses kerja tersebut pentadbir dan pengurus akan membuat penilaian ke atas kualiti dan
kuantiti kerja yang dihasilkan.
Definisi-definisi yang diutarakan oleh para sarjana seperti yang dinyatakan sebelum ini
dapat membantu kita memahami gambaran konsep asas pengurusan dan pentadbiran. Dalam
memperkatakan tentang pentadbiran dan pengurusan dari segi takrifan terdapat juga beberapa
pendapat dan maklumat umum yang menunjukkan dengan jelas terdapat adanya perbezaan
antara pentadbiran dan pengurusan seperti berikut:Pentadbiran dari secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang
melibatkan proses penyelenggaraan, pengawalan dan penggunaan pelbagai sumber samada
dari sumber kewangan, tenaga mahir dan material yang digerakkan secara bersepadu bagi
mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Pengurusan pula dari segi definisi umum ditakrifkan sebagai satu proses atau sistem
yang direkabentuk, diolah dan disusun bagi membentuk persefahaman yang menyumbang
kepada kerjasama dan penglibatan semua ahli dalam kumpulan atau organisasi bagi mencapai
sasaran yang telah ditetapkan.
Perbezaan di antara pentadbiran dan pengurusan dapat dilihat dengan jelas seperti
berikut:Pentadbiran
1. Pematuhan secara mutlak kepada peraturan & prosedur.
1. Keputusan One man decision
1. Aliran komunikasi , arahan dan penugasan adalah bersifat dari atas (hirarki) ke bawah
(hirarki) dan ia bersifat vertical
1. Bureaucratic stance
1. Pemusatan Arahan Kerja & Kuasa
1. Subordinat melaksanakan tugas dengan kuasa yang terhad.
1. Pematuhan konsep hirarki yang ketat.
Pengurusan

1. Peraturan & prosedur hanya sebagai garis panduan dan pematuhan adalah bersifat
pilihan.
1. Keputusan dicapai melalui persetujuan bersama.
1. Aliran komunikias, arahan dan penugasan adalah bersifat mendatar dan pengagihan
secara saksama mengikut fungsi unit dan ia bersifat horizontal.
1. Entrepreneur stance
1. Pengagihan Arahan Kerja & Kuasa
1. Penugasan disertakan dengan autonomy within the boundary
1. Konsep hirarki digunapakai sebagai formaliti namun pasukan kerja mengandungi ahli
dari hirarki yang pelbagai.
Perbezaan-perbezaan ini, walaupun dapat dilihat secara jelas dan nyata tetapi ia tidak
memberikan perbezaan yang menjejaskan konsep umum tentang pengurusan dan pentadbiran
itu sendiri. Oleh kerana perkara-perkara yang menjadi asas dalam ilmu sains sosial seperti
definisi, teori dan kaedah adalah sesuatu yang bersifat subjektif dan boleh diterima pakai dan
dibahaskan.
Dalam memahami konseo asas pengurusan, teori P.O.S.C.O.R.B adalah salah satu
pendekatan yang paling popular untuk memahami konsep asas pengurusan. P.O.S.C.O.R.B
dianggap sebagai satu bentuk rantaian pengurusan yang perlu difahami dan perlu dilengkapkan
agar pengurusan sesuatu organisasi itu berjalan dengan lancar. Di dalam pentadbiran,
P.O.S.C.O.R.B dianggap sebagai perkara-perkara yang perlu pentadbir tahu dan ia sering
dianggap sebagai tugas-tugas teras seorang pentadbir.
Akronim P.O.S.C.O.R.B boleh diterjemahkan seperi berikut :P Planning
O Organizing
S Staffing
CO Coordinating
R Reporting
B Budgeting
Konsep P.O.S.C.O.R.B ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam keluaran yang
seterusnya.
pengurusan dan pentadbiran sekolah
1. 5.4 Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah: Pejabat, Kurikulum & Kokurikulum dan Kewangan
Sekolah 5.4.1 Definisi Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah 1. Dalam sesebuah organisasi
termasuk organisasi pendidikan,pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat penting.Tanpa
pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak
dapat menyempurnakan kehidupan manusia.Dalam proses pentadbiran,ia berlaku sama ada di
dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang
tidak formal.Untuk mengurus sesuatu organisasi,seseorang pentadbir atau pemimpin
seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran. 2.
Griffiths(1959), dalam buku bertajuk Administration Theory,menyatakan pentadbiran adalah satu
corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia.Ia adalah proses yang
mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu.Drucker(1945) dalam bukunya The
Practice of Management menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang
paling
berharga.Stoner(1984)
mengatakan
pengurusan
aialah
satu
proses
merancang,mengelola,memimpin,mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan

sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.Campbell pula,menjelaskan


proses pentadabiran sebagai satu cara anggota-anggota sebuah organisasi membuat
keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai matlamat. 3. Dalam konteks
pentadbiran,pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat.Jabatan Pendidikan
dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran yang sihat.Kita seharusnya
mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep tersebut.Sebagaimana yang kita
fahami,pendidkan sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan budaya dapat memberi
faedah-faedah ekonomi dan membolehkan individu-individu menikmati kehidupan yang baik. 4.
Mengikut Knezevich (1974) dalam bukunya yang bertajuk Administration of Public Education,
pentadbiran sekolah ialah satu proses sosial yang bersangkut paut dengan mengenal
pasti,menyelenggarakan,merangsanag,mengawal,dan menyatukan secara formal mahupun
tidak formal kuasa-kuasa yang bercorak manusia dan material kedalam satu sistem yang kukuh
dengan tujuan memenuhi objektif yang ditetapkan. 5. Sementara itu Campbell, Bridges dan
Nystrand (1977) dalam buku yang bertajuk Introduction to Educational Administration
berpendapat bahawa pentadbiran pendidikan ialah satu proses untuk menyelaras usaha
dikalangan berbagai-bagai anggota bagi memenuhi matlamat yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran
2. Merancang Merujuk kepada sumber fizikal dan manusia 5.4.2.
Tugas Pentadbiran Sekolah 1. Proses Pentadbiran Sekolah 1.1.
Tugas pengetua / guru besar sebagai pentadbir bermula dengan merancang kemudian
membuat keputusan serta memberitahu keputusan yang telah diambil, mengadakan proses
kawalan untuk mencapai keputusan yang telah ditentukan dan menilai kembali aktiviti-aktiviti
Pusingan ini dapat membantu pengetua/ guru besar menjalankan fungsi pentadbiran
sekolahnya.Jadi secara ringkasnya matlamat akhir yang dikehendaki dalam pentadbiran
sekolah ialah untuk meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu sebagai
pentadbir sekolah pengetua perlu ianya berjalan lancar. Dalam organisasi konsep pentadbiran
dan pengurusan sekolah selalu digunakan dan saling bertukar ganti. Definisi pengurusan lebih
kurang sama dengan pentadbiran ,iaitu proses mengarah, mengawal sesuatu institusi yang
melibatkanperancangan. Secara amnya memang telah terdapat pernjelasan fungsi-fungsi
pentadbir pendidikan, iaitu membuat keputusan tentang apa yang hendak dilaksanakan,
membentuk perancangan menurut matlamat yang telah ditentukan , mengurus peruntukan
sumber manusia dan kewangan, mengadakan faktor-faktor motivasi yang boleh mendorong
kakitangan, mengadakan kerja berkumpulan untuk meningkatkan semangat dan membuat
penilaian antara prestasi sebenar dengan prestasi yang diharapkan supaya kelemahan dan
penyelewangan dapat diatasi.
Tugas pengetua/ guru besar sebagai pengurus sekolah. Peranan Guru Besar Di antara peranan
dan tanggungjawab guru besar sebagai pengurus sesebuah organisasi pendidikan ialah
merancang dan melaksanakan perancangan, mencadangkan polisi-polisi , tindakan dan
memberi cadangan cadangan alternative, mencari maklumat , menentukan sumber , dan
menyediakan khidmat bimbingan, menentukan keperluan dan mengenal pasti masalah dan
nenilai 1.2. Pengetua juga hendaklah melaksanakan tugas-tugas berikut: Mengawal

Komunikasi Membuat keputusan mempunyai peranan dan tanggungjawab ke atas kejayaan


pencapaian hasrat, cita-cita dan kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sesebuah
sekolah. memainkan peranan yang positif dan serius untuk menjamin staf profesionalnya
bukan sahaja setakat memahami bahkan juga bertindak untuk mencapai matlamat pendidikan
yang ditetapkan, sama ada secara tersurat atau tersirat. i bawahnya ketika melaksanakan
tugas mereka untuk memastikan segala program dan kegiatan yang dijalankan itu sesuai,
selaras dan secocok dengan falsafah dan matlamat pendidikan tersebut.
4. Kemahiran menangani masalah dan cabaran ke arah membentuk jiwa yang rasional
berkeupayaan mengawal emosi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Kemahiran
mengurus dan menjalankan aktiviti luar ke arah melahirkan generasi yang mempunyai nilai
kepimpinan yang tinggi, sihat, berpengalaman, dinamik dan peka terhadap persekitaran luaran.
Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan ke arah melahirkan masyarakat
penyayang, mempunyai nilai-nilai murni, bersefahaman serta semangat bekerjasama dalam
satu pasukan. Kemahiran membuat kajian pendidikan ke arah membudayakan masyarakat
yang peka terhadap perkembangan penyelidikan dalam menentukan kualiti pendidikan.
Kemahiran menilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis terhadap pencapaian pelajar
dan hubungkaitnya dengan objektif pembelajaran. Kemahiran mengajar iaitu dapat
menggabungkan aspek-aspek teori- teori, pedagogi dan teknologi pendidikan untuk
diintegrasikan dalam pengajaran. Kemahiran menyediakan bahan pengajaran/pembelajaran
ke arah mewujudkan pendekatan yang lebih bersifat resource base dalam proses pengajaran.
Kemahiran merancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan serta
bersistematik. Kemahiran berfikir ke arah mewujudkan pemikiran yang lateral iaitu yang
bersikap positif, kreatif dan inovatif. Kemahiran belajar ke arah mempertingkatkan lagi potensi
pelajar- pelajar dalam proses pembelajaran. menjadikan sekolahnya sebagai lambang kepada
segala nilai, kepercayaan, cita-cita dan hasrat yang diperjuangkan oleh sekolahnya serta
berkeupayaan untuk menjelaskan tujuan dan rasional di sebalik pelaksanaan kurikulum dan
kokurikulum sekolah kepada semua pihak yang berkenaan. 2. Peranan Guru Guru mempunyai
peranan yang sangat besar dalam mendidik murid-murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Negara. Kemahiran dan pengalaman mengajar bukan sahaja didapati di bilik-bilik kuliah, tetapi
dari penglibatan yang menyeluruh dan bersepadu melalui pelbagai aktiviti gerak kerja luar.
Profesion perguruan berkehendakkan guru-guru melengkapkan diri mereka dengan pelbagai
pengetahuan dan kemahiran. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya menguasai pelbagai
kemahiran iaitu: membimbing dan mendorong serta meransang guru untuk bekerja dengan
semangat dedikasi dan komitmen yang tinggi dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi.

5. Kemahiran berusaha ke arah perkembangan kendiri ke arah memupuk imej kendiri (selfimage), kesedaran diri (self-awareness) sebagai salah satu aspek motivasi diri. Kemahirankemahiran di atas bukan sahaja dapat diperolehi di bilik- bilik kuliah atau di pusat-pusat sumber,
tetapi melalui penglibatan yang aktif dalam kelab atau persatuan dan juga aktiviti-aktiviti sosial.
5.4.4. Kurikulum Sekolah 1. Kurikulum boleh ditakrifkan sebagai pengalaman yang diberikan
kepada murid-murid secara terancang di bawah bimbingan dan panduan sekolah. Dari segi

prinsip utamanya, kurikulum sekolah rendah memberi pendidikan yang bercorak pendidikan
asas dengan penegasan kepada pendidikan di bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Kurikulum juga menegaskan perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang dari
segi intelek, rohani, jasmani dan perkembangan bakat murid-murid. 2. Dari segi
pelaksanaannya, kurikulum sekolah rendah menegaskan pemerolehan pengetahuan dan
kemahiran melalui pengalaman secara langsung, yakni penglibatan setiap murid secara aktif
melalui aktiviti- aktiviti yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Kurikulum
merangkumi perkara-perkara seperti kursus pengajian, sukatan pelajaran, penjadualan waktu
pembelajaran, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah
(kokurikulum) yang dilaksanakan secara terancang dan bahan- bahan sokongan yang
dicadangkan, dihasil dan dibekalkan untuk pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah. 4.
Terdapat dua jenis kurikulum sekolah iaitu kurikulum tersurat dan kurikulum tersirat. 5.
Kurikulum tersurat ditujukan kepada aspek-aspek kurikulum yang telah ditetapkan dan
dinyatakan secara jelas dan terang kepada pelaksana- pelaksana kurikulum. Perkara-perkara
yang tersurat seperti mata pelajaran, sukatan pelajaran, peruntukan masa, bahan-bahan
pengajaran, kaedah- kaedah pengajaran, pengurusan pengajaran. Segala yang tersurat ini
mudah dinilai dan dikawal berpandukan peraturan-peraturan, arahan-arahan dan cara-cara
penilaian yang telah ditetapkan. 6. Kurikulum tersirat pula adalah unsur-unsur yang tidak
dirancang tetapi mempunyai pengaruh dan memainkan peranan yang berkesan terhadap
proses kurikulum yang sudah tersurat tadi. Contohnya iklim sekolah, budaya kerja, budaya
sosial sekolah dan persekitaran juga mendatangkan kesan dalam membentuk sikap, minat,
akhlak, aspirasi dan kepercayaan seseorang murid. 7. Panitia Mata Pelajaran Di antara tujuan
panitia mata pelajaran (PMP) ialah merancang dan menyelaraskan pengurusan mata pelajaran
masing-masing, memperbaiki dan meningkatan mutu dan kekesanan pengajaran dan
pembelajaran di
6. menyemaikan kesedaran agama dan kepercayaansamping berusaha memperbaiki dan
mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif mengikut perkembangan pendidikan
semasa yang boleh mendorong mewujudkan perkembangan intelek dan rohani murid- murid
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu PMP juga mempunyai objektif
memperbaiki prestasi murid-murid di dalam peperiksaan sekolah ataupun peperiksaan awam
dalam mata pelajaran berkenaan. Ini dibuat berpandukan kepada prestasi atau sasaran yang
ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah. PMP juga boleh mewujudkan semangat
bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dan persatuan akademik yang ditubuhkan di
sekolah. 5.4.5. Kokurikulum 1. Kepentingan gerakerja kokurikulum adalah berasakan bahawa
semua murid harus ada perseimbangan antara perkembangan mental dan perkembangan
sosial, jasmani dan rohani. Dengan itu murid-murid boleh dididik dan boleh pula mendidik diri
sendiri dan juga rakan-rakan mereka ke arah memperkembangkan bakat semulajadi. Sekolah
juga bertanggungjawab menyediakan murid-murid untuk keperluan masyarakat yang mana
masyarakat juga mempunyai tanggungjawab yang sama mendidik murid-murid itu. 2. Matlamat
gerakerja kokurikulum yang hendak dicapai adalah untuk:
membina dan meningkatkan
kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat
setempat. 5.4.6. Kewangan Sekolah Tanggungjawab tentang penggunaan kewangan sekolah
diletakkan di bahu guru besar. Perbelanjaan kewangan ini mestilah mengikut peraturan-

peraturan yang telah ditetapkan oleh Peraturan Kewangan Sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia. Semua peraturan ini termasuk juga tentang pemungutan wang, pengawalan
perbelanjaan, penyimpanan dan penyelenggaraan cek, resit dan sebagainya. Segala kerja
hendaklah dilaksanakan secara betul dan bersistem supaya dapat memastikan kelancaran dan
kelicinan perjalanan sekolah. membina dan meningkatkan lagi suasana sekolah supaya lebih
menarik dan menggembirakan. membina dan meningkatkan disiplin murid-murid.
mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid dalam sekolah dan di
antara sekolah-sekolah. memperseimbangkan antara perkembangan mental dan fizikal muridmurid. kepada Tuhan di kalangan murid-murid.
7. Menyemai unsur-unsur keselamatan, kebersihan dan keindahan di sekolah-sekolah Proses
keceriaan sekolah boleh berlaku dengan sendirinya apabila semua pihak sedar tanggungjawab
masing-masing. Pengurusan sekolah boleh memberi kebebasan kepada guru dan kakitangan
untuk mengekspresikan ilham serta kebolehan masing-masing. Semua guru, murid, kakitangan
serta kawasan yang ada merupakan aset yang penting dalam program keceriaan sesebuah
sekolah. Keceriaan sekolah juga menjadi pemangkin kepada peningkatan akademik sekolah.
Guru-guru dan kakitangan yang mempunyai kemahiran seni landskap, kreatif dan inovatif,
dapat mengindahkan kawasan lapang serta sudut-sudut sekolah dengan taman-taman yang
bermotifkan pembelajaran. Binaan-binaan seperti biorama mempunyai ciri-ciri pembelajaran
alam sekitar yang cukup kuat yang menggabungkan alam hutan dan alam akuatik. Sudut
biorama yang dihiasi dengan pemandangan yang menceritakan perlunya alam sekitar
dipelihara dalam keadaan asalnya dan tidak dimusnahkan. Program Menggalakkan hubungan
baik dan kerjasama antara pihak sekolah danmasyarakat setempat serta agensi-agensi lain
dalam usaha-usaha keselamatan, kebersihan dan keindahan. Menanamkan sikap sayang dan
cinta kepada sekolah dan seterusnya mengurangkan perlakuan merosakkan harta benda
sekolah. Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif kepada pengajaran dan
pembelajaran. Menggalakkan pihak sekolah mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat,
bersih dan indah. Kemantapan kewangan sesebuah sekolah bergantung kepada
kebijaksanaan guru besar untuk merancang lebih awal sebelum sesuatu perbelanjaan
dilakukan supaya dapat menentukan bahawa wang peruntukan yang diberi kepada sekolah dan
lain-lain wang sekolah dapat dibelanjakan dengan berfaedah kepada murid-murid khususnya
dan kepada sekolah amnya. 5.4.7 Pejabat sekolah Pejabat sekolah adalah pusat di mana
semua urusan luar dan dalaman dilakukan. Di sini letaknya pengurusan yang menjadi asas
organisasi pendidikan itu. Di sini tenaga perkeranian memainkan peranan utama. Hubungan
sekolah dengan pihak atasan yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kementerian
Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan juga hubungan
dengan institusi-institusi lain dan masyarakat sekitar banyak berlaku di sini. Kepakaran guru
besar, penolong- penolong kanan dan juga pembantu tadbir menyelesaikan masalahmasalahyang dihadapi oleh guru dan murid membolehkah pengurusan pendidikan itu berjalan
lancar.
8. stesen alam sekitar, yang dilekatkan dengan soalan-soalan bermotifkan pengajaran alam
sekitar. Selain itu boleh dibina Taman Matematik, dengan kepelbagaian bentuk susunan bata,
disesuaikan dengan kurikulum matematik. Semasa merancang pembinaan taman-taman di

sekeliling sekolah, nilai-nilai kecantikan berimejkan sekolah serta mempunyai motif


pembelajaran haruslah diutamakan. Dalam usaha menceriakan kawasan sekolah, kerjasama
daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak-pihak lain termasuk Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) juga diperlukan. Selain itu sekolah juga boleh memupuk budaya
penyayang antara waris, guru, para pentadbir dan murid-murid dengan menubuhkan Tabung
Penyayang untuk membantu murid-murid yang tidak berkemampuan. 5.4.8 Prinsip-prinsip
Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah Pendekatan pengurusan saintifik menumpukan kepada
pekerja atau peringkat bawah.Pendekatan yang dikenali juga sebagai analisis tugas ini
diasaskan oleh Frederick Taylor(1856-1915) dalam bukunya The Principal of Scientific
Management(1911). Penyumbang-penyumbang lain ilaha Henry L Gantt dan Frank Gilberth.
Pendekatan ini timbul disebabkan oleh masalah dalam revolusi industri pada tahun 1900.Tujuan
utama kajiannya ialah menilai prestasi pekerja dan meningkat profesionalisme dalam
pengurusan. Dengan kejayaan pendekatan tersebut beliau digelar sebagai bapa pengurusan
SAINTIFIK.Beliau yang berasala dari Amerika Syarikat mempunyai banyak pengalaman bekerja
di kilang besi waja iaitu di Midvale Steel Company.Bermula dari buruh sehingga menjadi
seorang jurutera. Prinsip Taylor dalam pendekatan pengurusan saintifik ini ialah: 1. Produktiviti
boleh ditingkatkan melalui kerja yang berkesan 2. Memilih pekerja paling sesuai sebab ada
yang layak dan tidak. 3. Gaji seimbang dengan kerja 4. Perlu memotivasikan pekerja. 5. Masa
yang standard bagi semua pekerja. 6. Tugas perancangan harus dipisah denagan pengeluaran.
7. Pengurus menentukan cara-cara bekerja bagi pekerja. 8. Pengurus dilatih prinsip-prinsip
pengurusan dan kawalan. 9. Pengurus harus mengambil alih tugas merancang daripada
pekerja. Prinsip-prinsip am untuk menguruskan sekolah secara berkesan adalah dengan
amalan demokrasi yang merupakan pertimbangan penting bagi pentadbir sekolah untuk
mengurus guru secara individu dan kolektif.Masalah manusia yang dianggap kecil selalunya
memerlukan perhatian dan pertimbangan yang luas.Pentadbir sekolah bertanggungjawab untuk
memudahkana interaksi
9. antara kakitangan dan perlu mengamalkan kepipmpinan ciri-ciri kepimpinan demokratik.
Semua individu yang terlibat dalam sebarang keputusan hendaklah diberikan kesempatan
untuk menentukan corak tindakan yang perlu dilaksanakan. RUJUKAN a. Omardin Ashaari
(1999), Pengurusan Sekolah (Satu panduan lengkap),Utusan Publication & Distributors
Sdn.Bhd b. Mohd Salleh Lebar (2000), Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan di Malaysia,
Penerbit Addison Wesley Longman Malaysia Sdn.Bhd. c. Jaafar Muhamad (1992), Asas
Pengurusan, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. d. Ahmad Kilani Mohamed (2003), Pengurusan
Pendidikan di Sekolah, UTM Skudai. e. Jaafar Muhamad (1993), Asas Pengurusan
Perniagaan ,Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd

TEORI X
Profesor Douglas McGregor
Teori X-menganggap bahawa orang-orang pada dasarnya malas dan akan
mengelak daripada bekerja jika mereka boleh. Untuk memastikan bahawa pekerja
bekerja, Teori X pengurus mengenakan peraturan yang ketat dan memastikan
bahawa semua keputusan penting dibuat hanya oleh mereka.

Teori ini boleh diaplikasikan dalam Pengurusan Pusat Sumber yang mempunyai
masalah disiplin.
4. TEORI Y
Teori Y mengandaikan bahawa orang mencari
kepuasan dalam kerja mereka.
Pengurus Teori Y percaya bahawa orang-orang yang kreatif dan akan datang
dengan idea-idea yang baik jika digalakkan untuk berbuat demikian. Mereka
cenderung untuk memberi pekerja mereka lebih kebebasan dan membiarkan
mereka membuat kesilapan.
#Jika sesebuah organisasi Pusat Sumber mempunyai seorang ahli yang kreatif,
mereka boleh menggunakan cara ini bagi menonjolkan bakat dan dapat menaikkan
semangat ahli yang lain.
JENIS-JENIS TEORI PENGURUSAN
1. PENGURUSAN SAINTIFIK
Frederick Winslow Taylor-(1856-1915) adalah bapa Pengurusan Saintifik. Apabila
dia bekerja sebagai pelatih di syarikat keluli di Midvale, beliau mendapati
kebanyakan pekerja tidak bekerja keras. Bagi meningkatkan kecekapan, Taylor
cuba memahami konsep one best way untuk melaksanakan tugas tertentu. Untuk
berbuat demikian, beliau menggunakan jam randik untuk menentukan kaedah ini
adalah yang paling berkesan. Kajian ini telah dikenali sebagai Time and Motion
Studies.
PENGURUSAN SAINTIFIK TAYLOR
Pekerjaan perlu direka mengikut peraturan saintifik daripada peraturan kaedah rule
of thumb. Majikan perlu mengumpul, mengelaskan, dan menjadualkan data untuk
menentukan one best way untuk melaksanakan tugas atau siri tugas.
Pekerja harus dipilih dan dilatih mengikut kaedah-kaedah saintifik. Majikan juga
perlu melatih pekerja untuk meningkatkan prestasi mereka.
Prinsip-prinsip pengurusan saintifik perlu dijelaskan kepada pekerja.
Pengurusan dan pekerja harus saling bergantung supaya mereka bekerjasama.

Anda mungkin juga menyukai