Anda di halaman 1dari 4

PROSES PENYELIDIKAN TINDAKAN BERDASARKAN MODEL LEWIN 1946 &

LAIDLAW 1992

(1) MENGENALPASTI ASPEK AMALAN BAGI PENAMBAHBAIKKAN


Pengkaji akan menekankan kepada pekara-pekara yang berikut:
1. Mencari fokus kajian
anda tidak perlu bermula dengan satu masalah, sebaliknya hanya perlu satu idea umum
tentang apa yang boleh dibuat penambahbaikkan
(KEMMIS&MCTAGGET 1981)
Persoalan yang dicadangkan oleh mereka yang boleh menjadi permulaan kajian
apa yang sedang berlaku?
sejauhmana isu yang timbul dianggap sebagai satu masalah?
apakah yang boleh saya lakukan?
Dari persoalan tersebut, pengkaji boleh menyambung ayat2 berikut
saya ingin membuat penambahbaikkan terhadap
saya berasa keliru tentang
saya berminat untuk mengubah.
..menganggu suasana bilik darjah.saya bercadang untuk

2. Memilih fokus kajian

Bersifat praktikal dan perlukan perhatian segera pengamal

Berada dalam kawalan pengamal

Berada dalam kuasa pengamal

Mempunyai skop yang kecil tetapi penting dan tidak mengambil masa yang terlalu
lama untuk disiapkan

3. Menulis fokus kajian


sejauhmanakah intervensi dapat mengubah?
bagaimanakah intervensi tersebut dapat menambahbaikkan..
(2)

MERANCANG TINDAKAN
Matlamat tindakan jelas
Rasional tindakan yang akan diambil berasas
Tindakan yang diambil ditulis dengan terperinci
Impak kesan tindakan (dapatan kajian ) hendaklah ditulis dengan jelas

Impak Tersebut

Tidak semestinya berbentuk pencapaian murid dalam ujian atau peperiksaan sahaja
boleh berbentuk peningkatan kepada kualiti jawapan murid, atau kekerapan
interaksi antara murid atau menyoal dalam kalangan murid.

(3) MELAKSANAKAN TINDAKAN


Dalam melaksanakan tindakan bagi mengatasi isu, penyelidik perlu melaksanakan
aktiviti-aktiviti intervensi mengikut ketetapan rancangan tindakan.
Walaubagaimanapun, penyelidik masih boleh mengubahsuai rancangan tindakan
sekiranya keadaan memerlukan.

(4) PENGUMPULAN DATA


Sumber data yang dikumpulkan boleh dikategorikan kepada:
Data yang dijana sendiri oleh penyelidik contohnya spt data pemerhatian, penulisan
journal, log, diari, catatan lapangan
Data yang dijana orang lain tetapi dikumpul oleh penyelidik contohnya soal selidik,
temu bual, video, dokumen, sukatan pelajaran dan lain-lain.

(5) REFLEKSI
Dalam konteks pendidikan, refleksi ialah proses sesaorang berusaha untuk
mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah difikirkan atau
dialaminya, menganalisis dan menilai kesannya, termasuk cara membaiki dan
merancang dengan mengubahsuainya untuk digunakan dengan lebih berkesan
pada masa hadapan.
REFLEKSI PERINGKAT AWAL
Refleksi peringkat ini dilakukan sebelum memulakan sesuatu kajian tindakan. Antara
langkah yg perlu diambil:

Membuat analisis situasi sertamenjelaskan isu, fenomena atau masalah pedagogi


Menganalisis kefahaman kendiri terhadap isu, fenomena atau masalah pedagogi
Menentukan isu/bidang keperihatinan
Mengenalpasti tindakan intervensi yang bersesuaian.

REFLEKSI SEMASA KAJIAN


Refleksi peringkat ini dilakukan semasa kajian tindakan. Antara langkah yg perlu diambil:

Membuat keputusan awal terhadap perjalanan proses tindakan


Menerima komen dan teguran spontan semasa menjalankan tindakan
Mengatasi segala rintangan dengan penambahbaikkan intervensi
Menilai keberkesanan tindakan intervensi tersebut

REFLEKSI SELEPAS KAJIAN


Antara langkah yg perlu diambil:
Mensistesis perubahan dan peningkatan diri guru dan murid
Menilai kembali kesan tindakan yang telah diambil serta kefahaman baru yang
diperolehi
Menentukan rumusan yang boleh dilaksanakan
Merancang tindakan susulan

(6) TINDAKAN SUSULAN

Tindakan susulan merupakan tindakan yang diambil selepas refleksi


dilakukan

Apabila objektif kajian tercapaipenyelidik akan mengekalkan kaedah ini


untuk pengajaran masa depan

Jika kajian tidak berjaya, penyelidik boleh menulis spt berikut


memandangkan kajian tindakan saya tidak mendatangkan hasil positif,
maka saya akan menggunakan tindakan lain untuk mengatasi masalah ini

Penyelidik juga boleh meneruskan kajian tindakan dengan mengambil


tindakan susulan ( gelungan kedua)

PROSES PENYELIDIKAN TINDAKAN BERDASARKAN MODEL JACK WHITEHEAD


1. Amalan apakah yang perlu saya berikan perhatian/apakah yang ingin saya perbaiki?
Pendekatan P&P yang saya gunakan tidak mendapat respon yang menggalakkan
2. Apakah yang akan saya lakukan mengenainya?
- Saya membuat refleksi untuk mengatasi masalah tersebut. Mungkin saya boleh
gunakan pendekatan yang lebih bersesuaian seperti pembelajaran koperatif atau soal
jawab.
- Saya sediakan bahan yang mampu ransang murid dan bahan-bahan tersebut
bersesuaian dengan pendekatan yang ingin diguna.
3. Data apakah yang saya perlukan untuk membolehkan saya membuat justifikasi ke
atas keberkesanan amalan?
Dokumentasi Murid, Diari, Jurnal
4. Bertindak dan mengumpul data
Temu bual, Pemerhatian, Analisis Dokumen
5. Penilaian keberkesanan
- Saya membuat penilaian terhadap respon murid-murid melalui pendekatan yang
saya gunakan sama ada mendatangkan hasil positif/negatif
6. Modifikasi amalan yang diberikan perhatian, idea dan tindakan
- Saya sediakan perancangan baru dengan mengambil kira masalah yang timbul
7. Menyerahkan penerangan dan penjelasan tentang Bagaimana saya perbaiki
amalan saya yang dibuat kepada sekumpulan manusia yang akan
mengesahkannya

Anda mungkin juga menyukai