Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN PROGRAM

LAWATAN WARGA EMAS KE PUSAT JAGAAN HARIAN WARGA EMAS RAUB


Pada 14 September 2015 (Isnin), Unit Bimbingan dan Kaunseling SJK (C) Chung
Ching, Raub telah mengadakan Lawatan Warga Emas ke Pusat Jagaan Harian
Warga Emas, Raub. Program Lawatan Warga Emas adalah program berdasarkan
kepada program penyayang. Seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada Ahli
KRS dan Badan Unit Beruniform telah menyertai lawatan sambil belajar ini.
Rombongan ini bertolak ke Pusat Jagaan Harian Warga Emas Raub sekitar
jam 10.30 pagi. Kami disambut oleh seorang pegawai bertugas. Beliau telah
membuat perkenalan tentang asal usul pertubuhan Pusat Jagaan Harian Warga
Emas Raub. Selain itu, kami juga diberi taklimat ringkas mengenai warga emas di
sini dan juga jadual kegiatan harian mereka setiap-hari.
Aktiviti dimulakan dengan gotong-royong rumah kebajikan itu. Semua murid
telah membuat kerja pembersihan dengan menggunakan alatan yang dibawa oleh
mereka sendiri. Selepas makan tengah hari, murid-murid telah membuat
persembahan untuk menghiburkan para warga emas. Aktiviti seperti menyanyi lagu,
menari, bercerita dan sebagainya telah disediakan. Semua warga emas sangat
gembira dan seronok dengan persembahan yang disediakan.
Selepas Tea time, murid-murid telah menghadiahkan cenderamata yang
dibuat sendiri kepada para warga emas. Lawatan ini diakhirkan dengan mengambil
gambar bersama sebagai kenangan manis. Pada 4.00 petang, rombongan telah
bertolak balik. Secara keseluruhannya, objektif program yang ditetapkan telah
tercapai. Semua murid telah mendapat manfaat dalam program itu.

Anda mungkin juga menyukai