Anda di halaman 1dari 4

PROSES PENYELIDIKAN TINDAKAN BERDASARKAN

MODEL LEWIN (1946) & LAIDLAW (1992)

1. Mengenalpasti Aspek Amalan Bagi Penambahbaikkan


Pengkaji akan menekankan kepada pekara-pekara yang berikut:
i.

Mencari fokus kajian

Persoalan yang dicadangkan oleh mereka yang boleh menjadi permulaan kajian
Apa yang sedang berlaku?
Sejauhmana isu yang timbul dianggap sebagai satu masalah?
Apakah yang boleh saya lakukan?
Dari persoalan tersebut, pengkaji boleh menyambung ayat2 berikut
Saya ingin membuat penambahbaikkan terhadap
Saya berasa keliru tentang
Saya berminat untuk mengubah.
..menganggu suasana bilik darjah.saya bercadang untuk

ii.
Memilih fokus kajian
Bersifat praktikal dan perlukan perhatian segera pengamal
Berada dalam kawalan pengamal
Berada dalam kuasa pengamal
Mempunyai skop yang kecil tetapi penting dan tidak mengambil masa yang terlalu
lama untuk disiapkan
iii. Menulis fokus kajian

Sejauhmanakah intervensi dapat mengubah?


Bagaimanakah intervensi tersebut dapat menambahbaikkan..
2.

MERANCANG TINDAKAN
Matlamat tindakan jelas
Rasional tindakan yang akan diambil berasas
Tindakan yang diambil ditulis dengan terperinci
Impak kesan tindakan (dapatan kajian ) hendaklah ditulis dengan jelas
Tidak semestinya berbentuk pencapaian murid dalam ujian atau peperiksaan sahaja
Boleh berbentuk peningkatan kepada kualiti jawapan murid, atau kekerapan interaksi
antara murid atau menyoal dalam kalangan murid.

3. MELAKSANAKAN TINDAKAN
Dalam melaksanakan tindakan bagi mengatasi isu, penyelidik perlu melaksanakan
aktiviti-aktiviti intervensi mengikut ketetapan rancangan tindakan.
Walaubagaimanapun, penyelidik masih boleh mengubahsuai rancangan tindakan
sekiranya keadaan memerlukan.

4. PENGUMPULAN DATA
Sumber data yang dikumpulkan boleh dikategorikan kepada:
Data yang dijana sendiri oleh penyelidik contohnya spt data pemerhatian, penulisan
journal, log, diari, catatan lapangan
Data yang dijana orang lain tetapi dikumpul oleh penyelidik contohnya soal selidik,
temu bual, video, dokumen, sukatan pelajaran dan lain-lain.

5. REFLEKSI
i.
Refleksi Peringkat Awal
Membuat analisis situasi sertamenjelaskan isu, fenomena atau masalah pedagogi
Menganalisis kefahaman kendiri terhadap isu, fenomena atau masalah pedagogi
Menentukan isu/bidang keperihatinan
Mengenalpasti tindakan intervensi yang bersesuaian.

ii.

Refleksi Semasa Kajian


Membuat keputusan awal terhadap perjalanan proses tindakan
Menerima komen dan teguran spontan semasa menjalankan tindakan
Mengatasi segala rintangan dengan penambahbaikkan intervensi
Menilai keberkesanan tindakan intervensi tersebut

iii.

Refleksi Selepas Kajian

Mensistesis perubahan dan peningkatan diri guru dan murid


Menilai kembali kesan tindakan yang telah diambil serta kefahaman baru yang
diperolehi
Menentukan rumusan yang boleh dilaksanakan
Merancang tindakan susulan

6. TINDAKAN SUSULAN
Tindakan susulan merupakan tindakan yang diambil selepas refleksi dilakukan
Apabila objektif kajian tercapaipenyelidik akan mengekalkan kaedah ini untuk
pengajaran masa depan
Jika kajian tidak berjaya, penyelidik boleh menulis spt berikut memandangkan
kajian tindakan saya tidak mendatangkan hasil positif,
maka saya akan
menggunakan tindakan lain untuk mengatasi masalah ini
Penyelidik juga boleh meneruskan kajian tindakan dengan mengambil tindakan
susulan ( gelungan kedua)

PROSES PENYELIDIKAN TINDAKAN BERDASARKAN MODEL JACK WHITEHEAD


1. Amalan apakah yang perlu saya berikan perhatian/apakah yang ingin saya
perbaiki?

Pendekatan P&P yang saya gunakan tidak mendapat respon yang menggalakkan

2. Apakah yang akan saya lakukan mengenainya?

Saya membuat refleksi untuk mengatasi masalah tersebut. Mungkin saya boleh
gunakan pendekatan yang lebih bersesuaian seperti pembelajaran koperatif atau

soal jawab.
Saya sediakan bahan yang mampu ransang murid dan bahan-bahan tersebut
bersesuaian dengan pendekatan yang ingin diguna.

3. Data apakah yang saya perlukan untuk membolehkan saya membuat justifikasi

ke atas keberkesanan amalan?


Dokumentasi Murid, Diari, Jurnal

4. Bertindak dan mengumpul data


Temu bual, Pemerhatian, Analisis Dokumen
5. Penilaian keberkesanan
Saya membuat penilaian terhadap respon murid-murid melalui pendekatan yang
saya gunakan sama ada mendatangkan hasil positif/negative
6. Modifikasi amalan yang diberikan perhatian, idea dan tindakan
Saya sediakan perancangan baru dengan mengambil kira masalah yang timbul
7. Menyerahkan penerangan dan penjelasan tentang Bagaimana saya perbaiki
amalan saya yang dibuat kepada sekumpulan manusia yang akan
mengesahkannya

Anda mungkin juga menyukai