Anda di halaman 1dari 3

Tutorial 8 : Dalam kumpulan, bincangkan dan rancangkan bagaimana mengumpul data secara

pemerhatian dan analisis dokumen berdasarkan konteks kajian yang diberi. Bincangkan cara
meningkatkan kesahan pengumpulan data secara temu bual.
Pemerhatian adalah suatu kaedah penyelidikan yang penting. Kaedah itu memerlukan pengkaji
mempunyai latar belakang pengetahuan serta pemahaman situasi yang luas untuk membuat
pemerhatian situasi yang sebenar. Lazimnya, pemerhatian melibatkan bukan sahaja aktiviti meneliti
situasi atau kejadian tetapi juga aktiviti berfikir secara original dan kritikal. Ia memerlukan pengkaji
yang mempunyai kecekapan mengesani peristiwa yang signifikan. Maka, ia adalah satu aktiviti di
mana kemahiran tinggi pengkaji sangat diperlukan.
Kebaikan Menjalankan Pemerhatian
(a) Aspek-aspek sahsiah yang penting biasanya dapat ditentukan dengan lebih berkesan melalui
pemerhatian. Setiap tingkah laku seseorang secara langsung dibandingkan kajian melalui soal selidik
atau temu bual.
(b) Aspek-aspek fizikal sesebuah bangunan, seseorang pelajar, atau seseorang guru biasanya dapat
dikaji dengan membuat pemeriksaan, ukuran, taksiran, dan bandingan dengan satu-satu piawai
melalui pemerhatian langsung.
(c) Pemerhatian secara langsung diperlukan bagi mengkaji aktiviti-aktiviti fizikal seperti permainan,
sukan, dan kerja amali.
(d) Pemerhatian bilik darjah boleh digunakan oleh penyelidik untuk membuat analisis terhadap
keberkesanan sesuatu pengajaran dan cara memperbaikinya.

Tumpuan pemerhatian
Beberapa persoalan perlu diambil perhatian sebelum melakukan pemerhatian. Antaranya ialah:
Siapakah yang akan membuat pemerhatian?
Siapa atau apa yang akan diperhatikan?
Di tempat-tempat manakah pemerhatian akan dilaksanakan? (elok adakan pemerhatian di

beberapa tempat dan situasi untuk mendapatkan kepelbagaian maklumat)


Bilakah pemerhatian akan dijalankan? (elok adakan pemerhatian pada masa-masa yang berlainan

untuk mendapatkan kepelbagaian maklumat)


Bagaimanakah pemerhatian itu akan dicatatkan atau dirakamkan?
Apakah prosedur yang patut diikut untuk memastikan pemerhatian itu boleh dipercayai (reliable)

dan ada keesahan (valid)?


Apakah teknik pemerhatian yang paling sesuai untuk keadaan bilik darjah yang dikaji? (Eloklah
data-data penting yang dikutip semasa pemerhatian mesti dicatat dengan serta merta sekurangkurangnya dalam bentuk nota)

Panduan Untuk Melaksanakan Pemerhatian Pengajaran Dalam Kelas.


Terangkan dengan tepat perkara-perkara berikut:
Apa yang dikatakan oleh guru atau pelajar?
Apa yang dilakukan oleh guru atau pelajar?
Apakah tugas-tugas yang diberikan kepada pelajar-pelajar dan muka surat buku teks yang
diguna?
Gunakan singkatan untuk perkataan yang sentiasa digunakan (contohnya: P untuk pelajar, G untuk
guru). Dalam kaedah ini, selalunya pemerhati menggunakan diagram atau borang tertentu. Contohnya

pemerhati menyediakan borang tentang apa yang ingin diperhatikan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung sama ada sikap pelajar, cara dan teknik guru mengajar atau sebagainya
dan borang ini akan ditanda oleh pemerhati itu sendiri semasa tempoh P & P itu berlangsung. Selepas
pemerhatian, semakan perlu dilakukan untuk membetulkan kesilapan yang dibuat atau untuk membuat
komen. Nota tambahan nota dipelukan bagi menyatakan perasaan akan sesuatu peristiwa atau
sesuatu idea baru. Bezakan catatan yang menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku dan tafsiran
yang dibuat mengenai sesuatu situasi.
Dokumen adalah segala bahan tertulis mahupun filem yang sudah tersedia pada tempat
tertentu (Noeng, 2000; Nana, 2005; Sudarwan, 2005). Analisis dokumen digunakan untuk membantu
penyelidik mendapatkan data secara objektif melalui dokumen serta tidak memerlukan kehadiran
informan dan juga dapat memberikan data yang konsisten kerana segala data diperoleh secara
tersurat dan dapat digunakan untuk memperoleh kesahan sesuatu jawapan yang diperoleh daripada
analisis soal selidik (Frankel, 2007). Penggunaan dokumen dalam penyelidikan adalah mendukung
dan menambah bukti daripada sumber-sumber lain. Terdapat tiga penggunaan kaedah dokumen
dalam penyelidikan:a) Membantu memeriksa data-data yang telah dikumpulkan.
b) Dapat menambah rincian khas lainya guna mendukung maklumat daripada sumber-sumber lain, jika
bukti dokumen bertentangan dan bukanya mendukung, penyelidik mempunyai alasan untuk mengkaji
lebih jauh tentang kajian yang sedang dilaksanakan.
c) Inferensi dapat dibuat dari dokumen-dokumen (Robert, 1996).
Soalan temu bual yang dibina oleh seseorang pengkaji perlu diuji kesahan muka dan kesahan
kandungannya. Sebagai contoh, seramai lima orang pensyarah kanan Institut Aminuddin Baki (IAB)
dirujuk untuk mendapatkan pengesahan tentang kesahan muka dan kesahan kandungan bagi soal
selidik dan temu bual. Soal selidik dan temu bual ini terdapat dalam kajian dengan judul,
Keberkesanan Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH) (Kamaruzaman,
2009). Protokol temu bual dibina menyentuh isu-isu yang terdapat dalam penilaian reaksi, penilaian
pembelajaran dan penilaian tingkah laku (Kamaruzaman, 2009). Isu seperti reaksi responden terhadap
Program Latihan NPQH, pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh, pemindahan pengetahuan dan
kemahiran semasa Program Sandaran, masalah yang dihadapi dan cadangan untuk meningkatkan
kualiti program ini dimasukkan dalam protokol temu bual. Ini merupakan satu usaha untuk menguatkan
bukti daripada data yang didapati melalui soal selidik, skor ujian pencapaian dan skor Program
Sandaran. Tegasnya, temu bual ini merupakan satu triangulasi iaitu satu proses untuk menguatkan
bukti daripada sumber yang berlainan.
Soal selidik dan soalan temu bual yang dibina oleh seseorang pengkaji perlu diuji kesahan
muka dan kesahan kandungannya. Sebagai contoh, seramai lima orang pensyarah kanan Institut
Aminuddin Baki (IAB) dirujuk untuk mendapatkan pengesahan tentang kesahan muka dan kesahan
kandungan bagi soal selidik dan temu bual. Soal selidik dan temu bual ini terdapat dalam kajian
dengan judul, Keberkesanan Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH)
(Kamaruzaman, 2009).
Kesahan konstruk sesuatu soal selidik pula boleh diukur dengan menggunakan nilai korelasi
antara skor setiap item dengan jumlah skor berkenaan. Hal ini dapat dilakukan dengan menggunakan

analisis korelasi Pearson antara skor setiap item dengan jumlah skor mengikut konstruk yang
berkenaan. Kaedah ini adalah bersesuaian dengan teori yang dikemukakan oleh Abu Bakar (1987)
dan Nunnally (1967). Menurut Abu Bakar (1995) pula, nilai pekali korelasi yang minimum dan boleh
diterima pakai adalah 0.30. Manakala Nunally (1967, 1978) serta Nunally dan Bernstein (1994)
menyatakan bahawa nilai korelasi antara item dengan jumlah skor yang melebihi 0.25 adalah
dianggap tinggi.
Bagi Cohen (1988), nilai pekali korelasi antara 0.10 hingga 0.29 dianggap kecil, nilai pekali
korelasi antara 0.30 hingga 0.49 dianggap sederhana dan nilai pekali korelasi antara 0.50 hingga
1.00 dianggap sebagai tinggi. Bagi Norusis (1977) pula, kesahan sesuatu instrumen boleh dilihat pada
nilai korelasi item yang diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item-Total Correlation) iaitu pekali
korelasi Pearson antara skor setiap item dengan jumlah skor tanpa item berkenaan.
Dalam konteks kajian tersebut, penulis telah menggunakan dua kaedah untuk menentukan
kesahan konstruk soal selidik iaitu (1) Menggunakan nilai korelasi antara skor setiap item dengan
jumlah skor, dan (2) Menggunakan nilai korelasi item yang diperbetulkan dengan jumlah skor
(Corrected Item-Total Correlation). Penulis juga akan merujuk kepada kurikulum Program Latihan
NPQH untuk menentukan kesahan konstruk.

Anda mungkin juga menyukai