Anda di halaman 1dari 10

Soalan: Berdasarkan laporan tahunan Kementerian Sumber Manusia,

bincangkan perkaitan antara tahap pendidikan dengan mobiliti pekerja.

PENGENALAN

Pada abad ke-21 ini, pendidikan amat penting untuk seseorang dan merupakan
kunci utama ‘pengeluaran’ atau ‘hasil’ kehidupan.. Pendidikan mempunyai impak
yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memperolehi dan
mengekalkan kualiti kehidupan. Pendidikan sangat berkait rapat dengan kehidupan
masa depan seseorang individu. Tahap pendidikan merupakan kunci utama bagi
menentukan jenis kerjaya yang diceburi oleh seseorang individu.

Lazimnya, individu yang memiliki tahap pendidikan yang tinggi akan


mempunyai lebih banyak pilihan pekerjaan serta pendapatan yang lebih lumayan.
Namun begitu, sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan
sepanjang hidup sementara individu yang lain mungkin akan bertukar-tukar
pekerjaan. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya mobiliti pekerja.

MOBILITI PEKERJA

Mobiliti pekerja juga boleh dikenali sebagai mobiliti buruh. Mobiliti pekerja
bermaksud keupayaan seseorang pekerja itu menunjukkan pergerakkan dalam bidang
pekerjaan. Mobiliti pekerja boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu mobiliti
geografi dan mobiliti pekerjaan.

Mobiliti Geografi

Mobiliti geografi merupakan keupayaan seseorang pekerja untuk bekerja di


lokasi fizikal yang tertentu atau menyeberangi sempadan negara untuk mencari
pekerjaan yang sesuai. Dalam kata lain, seseorang itu menunjukkan perubahan dari
segi tempat kerja. Sebagai contoh, seorang pekerja yang asalnya bekerja di Malaysia
telah bergerak ke Amerika Syarikat.
Faktor-faktor berlakunya Mobiliti Geografi

Terdapat banyak faktor yang mengakibatkan berlakunya mobiliti geografi.


Yang pertama, gaji yang lebih tinggi pasti menarik minat seseorang pekerja bergerak
ke tempat lain atau tukar tempat bekerja. Misalnya, seseorang tukang masak akan
bertukar tempat bekerja sekiranya majikan berkenaan menawarkan gaji yang lebih
lumayan berbanding dengan majikan sedia ada. Keadaan ini akan menyebabkan
berlakunya mobiliti geografi.

Selain itu, tawaran faedah yang lebih baik juga merupakan faktor yang
menyumbang kepada berlakunya mobiliti geografi. Faedah seperti bilangan hari cuti
tahunan, elaun kerja lebih masa dan sebagainya memang menjadi kunci kepada
pekerja untuk bertukar tempat kerja. Misalnya, sesebuah syarikat yang menawarkan
elaun kerja lebih masa yang baik akan menjadi pilihan pekerja kerana elaun sebegini
sedikit sebanyak dapat menambah pendapatan bagi memperbaiki keadaan kewangan
mereka.

Bukan itu sahaja, suasana tempat bekerja juga merupakan salah satu faktor
berlakunya mobiliti geografi. Suasana tempat bekerja yang tidak selesa akan
menyebabkan pekerja tersebut teringin-ingin untuk bertukar tempat kerja yang lebih
selesa dan kondusif. Dengan adanya tempat kerja yang kondusif, produktiviti pekerja
berkenaan juga akan meningkat. Secara tidak langsung, pekerja tersebut akan dapat
memperbaiki keadaan kewangan semasa dan memiliki taraf hidup yang lebih baik
untuk keluarga.

Mobiliti Pekerjaan

Mobiliti pekerjaan pula boleh didefinisikan sebagai keupayaan pekerja itu


mengubah jenis pekerjaan yang diceburi pada masa tersebut. Mobiliti ini akan
menyebabkan berlaku mobiliti geografi yang melibatkan perubahan dari segi tempat
kerja disebabkan pertukaran pekerjaan. Misalnya, seseorang mekanik kereta yang
telah bertukar pekerjaannya sebagai pemandu lori.
Faktor-faktor berlakunya Mobiliti Pekerjaan

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya mobiliti


pekerjaan. Yang pertama ialah gaji yang lebih tinggi. Semasa pemilihan pekerjaan,
pendapatan memang merupakan faktor yang utama dalam pertimbangan seseorang
individu. Lazimnya, seseorang individu akan memilih pekerjaan yang menawarkan
gaji yang lebih tinggi berbanding dengan pekerjaan yang lain. Sebagai contoh,
seseorang kerani akan bertukar pekerjaannya kepada jurujual yang menawarkan gaji
yang lebih tinggi berbanding dengan pekerjaan sedia ada. Maka berlakulah mobiliti
pekerjaan.

Faktor kedua yang menyumbang kepada berlakunya mobiliti pekerjaan adalah


pekerjaan sedia ada tidak sesuai dengan minat atau bidang yang dimiliki. Senario
sebegini sangat biasa berlaku pada generasi muda sekarang. Kebanyakan pemuda
yang telah habis ijazah dalam bidang tertentu tidak dapat pekerjaan yang bersesuai
dengan bidangnya. Hal ini berlaku kemungkinan disebabkan oleh bidang yang
dimiliki itu agak luar biasa dan peluang pekerjaan untuk bidang tersebut adalah tidak
banyak. Justeru itu, mereka terpaksa menerima pekerjaan sedia ada tanpa membuat
pertimbangan tentang minat sendiri bagi menampung perbelanjaan keluarga.
Misalnya, seseorang graduan yang menguasai bidang oceanology memang susah
mendapat pekerjaan dan mereka terpaksa menerima bidang pekerjaan yang lain.
Pekerjaan yang tidak sesuai tentang minat atau bidang yang dimiliki sememangnya
tidak memaparkan produktiviti yang tinggi. Selepas beberapa bulan memulakan
pekerjaan berkenaan, mereka akan berasa kecewa dengan produktiviti diri dan
timbulnya pemikiran untuk bertukar pekerjaan yang lebih bersesuaian. Keadaan ini
akan menyebabkan berlakunya mobiliti pekerjaan.

Faedah pekerjaan yang lebih baik juga merupakan salah satu faktor berlakunya
mobiliti pekerjaan. Faedah pekerjaan seperti bilangan hari cuti tahunan, tempoh masa
bekerja dan sebagainya akan menjadi tarikan untuk seseorang individu itu bertukar
pekerjaan. Syarikat yang menawarkan faedah yang lebih baik akan menjadi rebutan
pemuda-pemudi yang sedang mencari pekerjaan yang bersesuaian. Keadaan ini akan
berlaku mobiliti pekerjaan.
Faktor yang seterusnya adalah faktor pengalaman pekerjaan. Terdapat
sesetengah individu yang ingin mendapat pengalaman yang pelbagai dalam bidang
pekerjaan. Keadaan ini lazimnya berlaku pada pemuda-pemudi yang ingin mendapat
pengalaman dalam bidang pekerjaan. Pengalaman yang pelbagai akan membantu
mereka dalam usaha memulakan sesuatu perniagaan. Misalnya, seseorang individu
yang ingin memulakan perniagaan dalam bidang makanan akan bertukar pekerjaan
kepada tukang masak atau pelayan restoran terlebih dahulu. Tujuannya adalah untuk
menimba seberapa banyak pengalaman yang boleh untuk membantu memudahkan
usaha memulakan sesuatu perniagaan. Hal ini juga akan menyebabkan berlakunya
mobiliti pekerjaan.

Seterusnya, mobiliti pekerjaan berlaku apabila seseorang individu ingin


mengalami suasana pekerjaan yang berlainan. Suasana pekerjaan sememangnya
berlainan untuk setiap bidang pekerjaan. Contohnya, suasana pekerjaan penyambut
tetamu kaunter dan pelayan restoran adalah berlainan. Seseorang individu yang lama
menjadi kerani dan bekerja dalam pejabat akan mula berasa bosan dengan pekerjaan
semasa. Maka, mereka akan cuba membuat perubahan dari segi suasana pekerjaan
seperti bertukar kerja menjadi jurujual dan sebagainya. Bagi individu yang ingin
mengalami suasana pekerjaan yang berlainan, maka tindakan ini akan menyumbang
kepada mobiliti pekerjaan berlaku.

HUBUNGAN ANTARA TAHAP PENDIDIKAN DENGAN MOBILITI


PEKERJA

Berdasarkan sumber data dari Laporan Tahunan Kementerian Sumber


Manusia 2017, kadar pengangguran tenaga pekerja Malaysia adalah sebanyak 3.3%.
Keadaan ini dapat dikatakan bahawa tenaga pekerja Malaysia yang sedia ada
menghadapi masalah dalam pekerjaan. Daripada 3.3% kadar pengangguran itu, tahap
pendidikan merupakan salah satu faktor yang menyumbangkan keadaan sebegini.
Rajah berikut merupakan data dari Laporan Tahunan Kementerian Sumber Manusia
2017.
Rajah 1 : Data utama Malaysia.

Lazimnya, tahap pendidikan dapat dikategorikan kepada dua kumpulan, iaitu


tahap pendidikan rendah dan tahap pendidikan tinggi. Individu yang dikumpulkan
dalam kumpulan tahap pendidikan rendah adalah individu yang tercicir dalam
pembelajaran. Misalnya, mereka yang terpaksa berhenti sekolah selepas pendidikan
rendah disebabkan masalah kewangan keluarga. Hasilnya, pencapaian akademik
mereka tidak memuaskan tahap minimum dan terpaksa di kategorikan sebagai tahap
pendidikan yang rendah. Bagi individu yang memiliki tahap pendidikan yang tinggi,
biasanya mereka menamatkan alam persekolahan dengan pencapaian akademik yang
cemerlang. Bukan itu sahaja, individu yang berpendidikan tinggi juga berpeluang
melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi di universiti di dalam atau luar
negara. Rajah berikut merupakan kadar pengangguran berdasarkan tahap pendidikan
yang dimiliki.
Rajah 2 : Kadar Pengangguran berdasarkan Tahap Pendidikan yang Dimiliki.

Bagi seseorang individu yang memiliki tahap pendidikan yang rendah,


biasanya pilihan pekerjaan yang ditawarkan adalah terhad berbanding dengan orang
lain. Hal ini kerana syarat pekerjaan harus bersesuaian dengan tahap pendidikan yang
dimiliki. Sebagai contoh, seseorang yang tidak fasih dalam Bahasa Inggeris tidak
sesuai menjadi penyambut tetamu kaunter kerana kemungkinan besar mereka akan
menghadapi masalah apabila berhadapan dengan tetamu asing. Individu yang
berpendidikan rendah juga cenderung diberi jawatan yang rendah. Secara langsung,
jawatan yang rendah akan mendapat gaji yang rendah. Hasilnya, taraf hidup yang
dimiliki juga akan rendah.

Bagi seseorang individu yang berpendidikan rendah, terdapat tiga senario yang
mungkin berlaku. Senario yang pertama ialah individu berkenaan berkemungkinan
besar tiada pekerjaan. Biasanya, syarikat hanya akan mengambil pekerja yang
mempunyai tahap pendidikan yang minimum atau bersesuaian dengan keperluan
minimum pekerjaan itu. Bagi seseorang individu yang mempunyai tahap pendidikan
yang sangat rendah, mereka akan menghadapi masalah dalam usaha mencari
pekerjaan.

Senario yang kedua bagi individu yang berpendidikan rendah adalah mencari
pekerjaan lain yang bergaji lebih tinggi sementara menerima pekerjaan sedia ada yang
bergaji rendah. Misalnya, seseorang individu bekerja sebagai jurujual sambilan
sementara mencari pekerjaan yang bergaji tinggi dan stabil. Mereka akan bertukar
pekerjaan apabila mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan dan cukup untuk
menampung perbelanjaan mereka. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya
mobiliti pekerjaan.

Bagi individu yang berpendidikan rendah, mereka juga mungkin akan mencari
pekerjaan di luar negara maju yang menawarkan gaji yang lebih tinggi. Seperti yang
sedia maklum, negara maju seperti Singapura dan Australia memang menjadi pilihan
pemuda-pemudi yang ingin mendapatkan pekerjaan yang menawarkan gaji yang
lumayan. Sebagai contoh, gaji bagi pelayan restoran di Malaysia adalah RM1200
manakala gaji di Singapura adalah sebanyak RM3600. Perbezaan yang besar ini akan
mendorong pemuda untuk bekerja di luar negara bagi memiliki gaji pendapatan yang
lumayan dan meningkatkan taraf hidup semasa. Keadaan ini menyebabkan berlakunya
mobiliti geografi.

Bagi seseorang individu yang memiliki tahap pendidikan yang tinggi, biasanya
pilihan pekerjaan adalah lebih banyak berbanding dengan mereka yang berpendidikan
rendah. Hal ini kerana kebanyakan pekerjaan ditawarkan adalah berdasarkan tahap
pendidikan seseorang. Selain itu, mereka juga cenderung ditawarkan jawatan yang
lebih tinggi dan bersesuaian dengan tahap pendidikan yang dimiliki. Dalam hal ini,
gaji yang ditawarkan juga lebih tinggi dan bersesuaian dengan tahap pendidikan
mereka.

Seseorang individu yang berpendidikan tinggi juga akan menyumbang


berlakunya mobiliti pekerja. Terdapat beberapa senario yang akan berlaku pada
individu yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. Senario yang pertama adalah
individu yang berpendidikan tinggi dan ingin kemajuan dalam pekerjaannya akan
mencari pekerjaan yang menawarkan faedah yang lebih baik dalam bidang yang
sedang diceburi. Sebagai contoh, pengurus jualan akan tukar syarikat atau tempat
kerja sekiranya syarikat lain menawarkan faedah yang lebih baik berbanding dengan
syarikat sekarang seperti bilangan hari cuti, elaun, masa bekerja yang fleksibel dan
sebagainya. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya mobiliti geografi iaitu
pertukaran tempat kerja.

Seterusnya, individu yang berpendidikan tinggi juga mempunyai hasrat untuk


mendapatkan gaji yang lebih tinggi berbanding dengan gaji yang sedia ada. Oleh yang
demikian, sesetengah individu akan memilih untuk bekerja di luar negara maju yang
menawarkan gaji pekerjaan yang lebih lumayan. Misalnya, seseorang individu akan
bekerja di Australia bagi mendapatkan gaji pekerjaan yang lebih tinggi. Hal ini juga
akan menyebabkan berlakunya mobiliti geografi.

Namun begitu, bukannya semua individu yang berpendidikan tinggi tidak


menghadapi masalah dalam usaha mencari pekerjaan. Bagi individu yang mempunyai
kelulusan pendidikan dalam bidang tertentu seperti bidang zoologi, mereka akan
menghadapi masalah tiada kekosongan jawatan bagi bidang yang dimiliki. Kesannya,
mereka akan menceburi ke bidang yang tidak bersesuaian dengan bidang pengajian
mereka. Keadaan ini kemungkinan besar akan mengalakkan berlakunya mobiliti
pekerjaan di mana seseorang individu itu berusaha untuk mencari pekerjaan yang
lebih bersesuaian dengan diri mereka.

Dalam 3.3% kadar pengangguran yang ditunjukkan, tahap pendidikan adalah


salah satu faktor. Bagi penganggur yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi,
masalah yang dihadapi adalah disebabkan oleh bidang pengajian dan kemahiran yang
dimiliki. Manakala untuk penganggur yang berpendidikan rendah pula, mereka
menghadapi masalah kekurangan kemahiran atau pendidikan dalam usaha
mendapatkan pekerjaan.

Oleh yang demikian, Kementerian Sumber Malaysia menunjukkan usaha bagi


membantu mengurangkan masalah pengangguran dalam kalangan tenaga pekerja
Malaysia. Salah satu badan di bawah Kementerian Sumber Manusia iaitu Perbadanan
Tabung Pembangunan Kemahiran telah diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk
memberikan pembiayaan latihan kemahiran secara pinjaman dan geran (percuma)
kepada pelatih yang layak. Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran ditubuhkan
untuk memberikan pinjaman latihan kemahiran kepada pelatih yang mengikuti latihan
kemahiran. Jumlah pinjaman yang dibiayai adalah antara RM8,600 hingga RM24,000
setiap seorang bergantung kepada kursus yang diikuti. Jumlah pinjaman ini termasuk
bayaran yuran latihan, Elaun Sara Hidup (ESH) dan insurans. Misalnya, Program
Pinjaman Lepasan Sekolah telah disediakan dibawah Perbadanan Tabung
Pembangunan Kemahiran. Dalam hal ini, dana pinjaman latihan kemahiran yang
berterusan diberikan untuk lepasan sekolah atau pelajar tercicir yang layak. Bukan itu
sahaja, Program Pinjaman kepada Pekerja juga diadakan. Tujuan program ini adalah
untuk peningkatkan kelayakan dan latihan semula tentang kemahiran dalam sesuatu
bidang. Pinjaman latihan kemahiran ini khas untuk pekerja yang sedang bekerja,
pekerja yang bekerja sendiri atau pekerja yang telah diberhentikan dan mengikut
latihan kemahiran bagi tujuan reskilling, multiskilling dan upskilling.

Di samping itu, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran juga


menyediakan Program Pembiayaan Tempat Latihan Bagi Program Latihan Dalam
Bidang Khusus. Program ini adalah program yang menyediakan pembiayaan secara
geran atau percuma kepada lepasan siswazah atau graduan untuk menjalani latihan
kemahiran. Latihan ini bertindak sebagai persediaan dan nilai tambah sebelum
memasuki alam pekerjaan dengan memenuhi kehendak industri. Program sebegini
amat sesuai dengan keadaan sekarang di mana kebanyakan lepasan siswazah atau
graduan dalam bidang yang kurang familiar amat memerlukan latihan kemahiran
sebelum memasuki bidang pekerjaan yang tidak dimiliki olehnya.

Seterusnya, Program Geran Latihan TVET Bagi Golongan B40 juga


disediakan. Pembiayaan secara geran atau percuma diberikan kepada pelatih yang
terdiri daripada golongan miskin tegar dan berpendapatan rendah serta berdaftar
dalam ban data kemiskinan nasional (e-Kasih). Program ini ditujukan untuk isi rumah
berpendapatan kurang daripada RM3800 dan terdiri di dalam golongan B40.
Lazimnya, isi pendapatan keluarga yang rendah agak susah untuk menyediakan
perbelanjaan pelajaran untuk anak-anak. Peluang untuk melanjutkan pelajaran yang
lebih tinggi agak kurang. Justeru itu, program ini amat sesuai untuk membantu dalam
usaha meningkatkan tahap pendidikan seseorang.

Seperti yang sedia maklum, usaha yang ditunjukkan oleh Kementerian Sumber
Malaysia adalah demi kebaikan semua. Usaha berkenaan akan membantu dalam
mobiliti pekerja terutamanya mobiliti geografi. Dengan menyediakan program seperti
yang telah dikongsikan di atas, maka individu yang menghadapi masalah
penggangguran akan mendapat latihan kemahiran dan seterusnya pekerjaan
berkenaan. Dengan ini, individu itu akan terus bekerja di Malaysia. Impaknya, kadar
mobiliti geografi yang melibatkan luar negara dapat dikurangkan.

Kesimpulannya, tahap pendidikan sangat berkait rapat dengan mobiliti


pekerja. Kerjaya yang baik selalunya dikaitkan dengan tahap pendidikan yang tinggi.
Bagi memastikan memiliki kerjaya yang baik, seseorang individu itu perlu memiliki
tahap pendidikan yang tinggi pada masa persekolahan lagi. Bagi membantu rakyat
Malaysia mendapat pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah diberi
peruntukan sebanyak RM60.2 bilion pada tahun 2019. Tujuan utamanya adalah untuk
memberi peluang pendidikan kepada rakyat bagi memenuhi peluang pekerjaan
terutama bidang Sains & Teknologi dan bersiap sedia menghadapi abad ke-21. Justeru
itu, setiap individu harus berusaha menimba ilmu pengetahuan seberapa yang baik
semasa berada di alam persekolahan demi keselesaan kehidupan masa depan.

RUJUKAN

Financial Magazine (2000). Ekonomi Mobiliti Buruh. Diakses pada 15 Mac 2019.

Jabatan Perangkaan Malaysia (2018). Statistik Utama Tenaga Buruh Di Malaysia.


EMBARGO.

Kementerian Sumber Manusia (2018). Laporan Tahunan Kementerian Sumber


Manusia 2017. Kementerian Sumber Manusia.

Tekom Job (2011). Mobiliti Pekerjaan. Diakses pada 15 Mac 2019.

Anda mungkin juga menyukai