Anda di halaman 1dari 2

Tajuk: Understanding our learners and developing reflective practice: Conducting

action research with English language learners


Tujuan
Mengkaji bagaimanakah cara kajian tindakan dapat membantu guru dalam pengajaran
Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak pelbagai latar belakang dan memberi peluang kepada
mereka untuk lebih reflektif terhadap pengajaran mereka.

Pernyataan masalah
Mengenalpasti apakah langkah dan amalan terbaik dalam pengajaran bagi memastikan
para pelajar yang terdiri dari pelbagai latar belakang untuk lebih mudah memahami bahasa
Inggeris Mengenal pasti program pendidikan yang sesuai untuk menyediakan guru terlatih
yang boleh bersosial dengan budaya kanak-kanak yang berlainan latar belakang.

Sampel kajian
Melibatkan enam orang graduan yang mengajar Bahasa Inggeris dan mempunyai
pengalaman mengajar yang berbeza. Kesemua mereka tidak mempunyai kelayakan
mengajar bahasa Inggeris.

Setting kajian.
Kajian ini dijalankan selama satu semester untuk kelas di Universiti Mid-Western. Semua
graduan ini sedang mengajar di sekolah-sekolah di Bandar MidWestern termasuk tadika.

Prosedur Kajian
Tindakan Kajian tindakan ini menggunakan kaedah soalan. Soalan-soalan yang ditanyakan
adalah:
1. Apakah cara yang digunakan semasa membuat kajian tindakan yang dapat
menolong guru belajar mengenai pengajaran bahasa kepada pelajar yang berlainan?
2. Apakah yang guru belajar mengenai amalan mereka di dalam kertas kerja dan
semasa menjalankan projek kajian tindakan?

Pengumpulan Data
Kajian ini berbentuk kualitatif. Data diperoleh dengan menjalankan kaji selidik dan kertas
refleksi berdasarkan kepada projek, kajian tindakan, kertas kerja professional dan juga
tinjauan. Terdapat enam soalan jenis soalan jenis terbuka di dalam tinjauan yang dibuat
pada akhir semester.

Analisis data
Analisis data dibuat dengan mengkodkan data dan dianalisis berdasarkan corak dan
tema berdasarkan persoalan kajian. Setiap data yang diperoleh daripada enam orang
pelajar ini di analisis dan di integrasikan. Untuk mengtriangulate hasil yang diperoleh
dibincangkan dengan pensyarah dan dibentangkan kepada tiga orang pensyarah lain
untuk pengesahan.

Anda mungkin juga menyukai