Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan
Hoki adalah sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di kebanyakan negara di
seluruh dunia. Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis yang dimain di atas
padang rumput, dan sejenis lagi yang dimain di dalam gelanggang ais. Di negara
yang mana hoki ais tidak begitu menonjol, jenis hoki yang dimain di dalam
padang rumput dikenali dengan mudah sebagai "hoki", sementara di negara
yang mempunyai hoki ais, sukan itu dikenali sebagai hoki padang. Adalah
dipercayai nama hoki berasal daripada bahasa Perancis, iaitu "hoquet", yang
kemudiannya diterjemah kepada bahasa Inggeris menjadi "hockey".
Terdapat catatan yang telah dikenal pasti mengesahkan bahawa
permainan ini menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya di katakan
sebagai permulaan bagi permainan hoki sekarang bermula berabad yang lalu.
Menurut catatan yang telah diperolehi, ia dimainkan oleh orang-orang Greek,
Parsi, dan Rom sejak tahun 2000 S.M lagi. Namun, permainan ini kemudiannya
lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia diperkenalkan semula di
England.
Permainan ini pada ketika itu begitu mengujakan dan menarik minat dan
semangat masyarakat di negara tersebut. Oleh kerana permainan ini masih tidak
mempunyai sebarang undang-undang dan peraturan yang khusus, maka
pelbagai teknik di hasilkan untuk menjadikan permainan ini lebih unik.
Bagaimanapun, keadaan ini menyebabkan sering berlakunya kekecohan dan
pergaduhan sehingga membawa kepada pertumpahan darah. Setelah meneliti
kesan daripada keadaan ini maka pihak atasan British telah pun mengharamkan
permainan ini.
Dalam pada itu, hoki mula mendapat tempat oleh banyak negara dunia
setelah undang-undang permainan mula direka khusus. Meskipun usaha ini
memakan masa yang lama, namun ia telah memberikan peluang yang besar
untuk permainan ini bersaing dengan permainan yang lain. Dengan adanya
peraturan dan undang-undang maka permainan hoki dapat dimainkan dengan
teratur dan memudahkan lagi bagi individu-individu yang ingin mengenalinya dan
mempelajarinya.
1

Dahulunya sukan ini hanya dikenali dengan pelbagai nama dan


panggilan. Contohnya di Wales, ia dikenali dengan nama banty atau bandy. Lain
pula apabila di Perancis nama permainan ini di panggil sebgai hoquet. Akhirnya
difahamkan perkataan hoki telah diambil sempena perkataan Perancis tersebut
dan telah pun di Inggeriskan menjadi hockey.
Setelah itu bermulanya satu era baru bagi permainan itu apabila hoki
mula diterima semula oleh pihak Britain malah ia bukan sahaja di mainkan oleh
orang lelaki sahaja tetapi kaun wanita juga turut mengambil bahagian. Pasukan
hoki yang pertama telahpun ditubuhkan di negara tersebut pada tahun 1840, dan
Kelab Blackheath di Selatan London dianggap pasukan hoki pertama dan tertua
di dunia. Kelab ini telah menubuhkan pasukan hokinya pada tahun 1861. Kelab
ini juga turut memperkenalkan undang-undang permainan hoki seperti cara
bermain,

penggunaan

pengadil,

kawasan

permainan

yang

terhad

dan

menggenakan hukumankepada pemain yang melakukan kesalahan.


Berikutan dengan itu, undang-undang hoki telah pun di gubal serta
diperkemaskan dalam satu mesyuarat di London pada tahun 1875. Lapan tahun
kemudian, Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang
lebih baik dan kemas untuk permainan ini. Pada tahun 1886, sukan hoki mula
diiktiraf dan menjadi sukan paling diminati di dunia. Dari England, permainan ini
mula tersebar ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat dan beberapa
negara Eropah.
Perkembangan sukan hoki ini terus menular ke setiap pelusuk negara
dengan pesatnya. Maka, detik bermulanya sebagai permainan antarabangsa
apabila sukan ini diterima sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik pada
tahun 1896. Meskipun ditolak pada Sukan Olimpik tahun 1924 tetapi telah
diterima semula pada tahun berikutnya. Kini sukan hoki menjadi tidak asing lagi
dalam setiap sukan terbesar yang berlangsung.
Seperti permainan yang lain hoki juga turut mempunyai satu badan
khusus di peringkat dunia bagi menyelaraskan dan menganjurkan setiap
pertandingan yang melibatkan suka hoki. Pada tahun 1924, tertubuhlah
persatuan Hoki Antarabngsa (FIH) atas usaha negara-negara Eropah iaitu
2

Austria, Belgium, Czechoslovakia, Hungary, Perancis, Sepanyol dan Switzerland.


Dengan itu, permainan hoki kini mempunyai badan khusus yang menjadi
pengelola rasmi bagi sukan ini di peringkat antarabangsa.
Antara usaha terpenting badan ini ialah memperkemaskan undangundang serta peraturan permainan ini agar semua negara dapat bermain dengan
lebih teratur dan menarik. Badan ini juga turut bertanggungjawab menganjurkan
kejohanan dunia seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan asia, Kejohanan
Antara

Benua,

Kejohanan Antara

Juara-Juara,

Kejohanan

Eropah

dan

sebagainya. Di peringkat dunia, antara pasukan yang sering menjadi pencabar


terkuat termasuklah India dan Malaysia. Negara dari Asia, Malaysia, Belanda,
Jerman Barat, Sepanyol dan England yang mewakili Eropah serta Australia dan
New Zealand.

2.0 Sejarah Hoki di Malaysia


Sukan hoki ini diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris
yang bertugas di sini pada tahun 1892. Pada awal pengenalan, sukan ini hanya
menarik minat orang-orang Inggeris dan Eropah sahaja. Walau bagaimanapun,
masa berubah dengan pantas sehingga pada tahun 1904 telah berlangsungnya
perlawanan pertama di negara kita iaitu antara Selangor dan Singapura.
Mulai tahun 1920 permainan ini mula menular di kalangan penduduk
tempatan dimana berlakunya anjakan yang memberangsangkan apabila banyak
penyertaan yang diterima untuk mempelajari dan bermain. Semua peringkat
umur mula meminati sukan ini tidak mengira bangsa dan jantina. Pada tahun
1926, perlawanan hoki yang pertama melibatkan penduduk tempatan, iaitu di
antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat.
Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan
hokinya sendiri. Ini terjadi pada tahun 1923, iaitu sebagai usaha mengadakan
perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan India yang mengadakan
lawatan ke negara kita. Ketika itu pasukan India baru sahaja memenangi pingat
emas Sukan Olimpik. Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di
Taiping kemudian di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada
tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan
penyelaras permainan ini di negara kita. Pada tahun 1953 FIH telah menerima
MHF sebagai ahli gabungannya. Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah
pada tahun 1951 hingga kini. Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai
Presiden MHF pada 1957, beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan
untuk pertandingan antara negeri ini. Piala ini dinamakan Piala Razak.
Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.
Perlantikan Allahyarham Tun Razak sebagai Presiden MHF telah
memberi perangsang dan galakan serta semangat baru kepada MHF serta orang
ramai untuk memajukan permainan hoki di negara ini. Buktinya kini terdapat
berbagai-bagai pertandingan peringkat kebangsaan setiap tahun di bawah
anjuran MHF. Kini Presiden MHF ialah KDYTM Tengku Abdullah Al Haj Ibni
Sultan Haji Ahmad Shah. MHF juga menguruskan perlawanan dan pertandingan
4

peringkat antarabangsa. Hasil pertemuan Tanah Melayu dan India telah


mendorong pasukan tersebut untuk mengadakan perlawanan ulangan pada
tahun 1954. Setahun kemudian, pasukan hoki Pakistan pula mengadakan
perlawanan persahabatan dengan pasukan negara.
Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi hoki negara. Ini kerana
pada tahun itu pasukan negara turut mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik
yang diadakan di Melbourne, Australia. Malaysia menduduki tempat kesembilan
daripada 12 pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan hoki juga turut
mengambil bahagian dalam Kejohanan Piala Dunia yang mula diadakan pada
tahun 1971.
Pada tahun 1975 negara kita terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia,
dimana Malaysia menduduki tempat ke-empat. Manakala dalam Sukan Asia
pasukan negara sering menduduki tempat ketiga di belakang India dan Pakistan,
dan dalam Sukan SEA pula, tiada negara yang mampu menggugat pasukan
negara.

3.0 Hoki Malaysia di peringkat Asia

Anda mungkin juga menyukai