Anda di halaman 1dari 7

1. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa.

Kenal
pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat
berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Kesediaan kertas kerja paling penting sekali dalam apa-apa jua


projek agar perlaksanaannya dapat berjalan lancar.
ii. Bahasa Melayu dapat menjadikan teras penumbuhan kebudayaan
nasional di dalam negara yang berbilang kaum.

Jawapan:

i. Penyediaan kertas kerja paling penting dalam apa-apa jua projek


agar pelaksanaannya dapat berjalan lancar.
ii. Bahasa Melayu dapat dijadikan teras pertumbuhan kebudayaan
nasional di negara yang berbilang kaum.

2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal


pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat
berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Kanak-kanak yang berusia sepuluh setengah tahun itu memperolehi


hadiah khas kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi
Maklumat dan Komunikasi ( ICT ).

ii. Perabut yang dibeli oleh saya itu diimport daripada luar negeri.

Jawapan:
i. Kanak-kanak yang berusia sepuluh tahun setengah itu memperoleh
anugerah khas kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi
Komunikasi dan Maklumat ( ICT ).

ii. Perabot yang saya beli itu diimport dari luar negeri.

3. Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal


pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat
berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Kain sutera-kain sutera yang terjual di butik itu sangat cantik sekali.
ii. Baju kurung yang emak jahit itu saya akan pakai di pagi hari raya.

Jawapan:
i. Kain-kain sutera yang dijual di butik itu sangat cantik.
ii. Baju kurung yang dijahit oleh emak jahit itu akan saya pakai pada pagi
hari raya.

Latihan 1
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Ali ditugas sebagai Pengarang di akhbar Utusan Melayu semenjak lapan


tahun yang lalu.
2. Hana berkecimpung di dalam bidang peternakan itik, rusa dan Angsa sejak
kecil lagi.

Latihan 2
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Asean dianggota oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai,


Vietnam, Singapura, Laos, myanmar, dan kemboja.
2. Menurut percayaan masyarakat Melayu, sang kancil adalah binatang yang
pintar.

Latihan 3
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Tabeat merokok bagi wanita hamil akan bahayakan kesihatan dan


keselamatan bayi yang di kandung.

2. "Keahlian aku di dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam


tahun," berkata pensyarah tersebut.

Latihan 4
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. "Sekolah saya akan adakan satu persembahan anekaragam," kata Alias


kepada ibunya.
2. Kami hendaklah senantiasa berwas pada terhadap anasir negatif kalangan
ahli persatuan ini.

Latihan 5

Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Kita bagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangun ekonomi negara.
2. Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan industri seni utamanya industri muzik
dan perfileman tanahair.

Latihan 6
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. "Dimanakah awak letakkan gergaji yang telah gunakan tadi?" tanya Ramzi
kepada anaknya.

2. "Engkaulah Wakil Jualan yang perlu saya tunggu-tunggu?" kata Linggam


kepada lelaki itu.

Latihan 7
Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Pastikan awak mencatit nama dan angka giliran pada kertas jawap tersebut.
2. Pengurus Pemasaran akan sentiasa membantu engkau di dalam
melaksanakan tugas-tugas tersebut.

Contoh Jawapan
Latihan 1

1. Ali ditugaskan/bertugas sebagai pengarang di Akhbar Utusan Melayu


semenjak lapan tahun yang lalu.

2. Hana berkecimpung dalam bidang penternakan itik, rusa dan angsa


sejak kecil lagi.

Latihan 2

1. Asean dianggotai oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai,


Vietnam, Singapura, Laos, Myanmar, dan Kemboja.

2. Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, Sang Kancil adalah binatang


yang pintar.

Latihan 3

1. Tabiat merokok bagi wanita hamil akan membahayakan kesihatan dan


keselamatan bayi yang dikandung.

2. "Keahlian saya dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam


tahun," kata pensyarah tersebut.

Latihan 4

1. "Sekolah kami akan mengadakan satu persembahan aneka ragam," kata


Alias kepada ibunya.

2. Kita hendaklah senantiasa berwaspada terhadap anasir negatif di


kalangan ahli persatuan ini.

Latihan 5

1. Kami sebagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangunkan


ekonomi negara.
2. Gejala cetak rompak boleh melumpuhkan industri seni terutamanya
industri muzik dan perfileman tanah air.

Latihan 6

1. "Di manakah kamu letakkan gergaji yang telah digunakan tadi?" tanya
Ramzi kepada anaknya.

2. "Engkaukah Wakil Jualan yang perlu kami tunggu-tunggu?" tanya Linggam


kepada lelaki itu.

Latihan 7

1. Pastikan kamu mencatat nama dan angka giliran pada kertas jawapan
tersebut.
2. Pengurus pemasaran akan sentiasa membantu kamu dalam
melaksanakan tugas-tugas tersebut.

Cari satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan.

1. Yang DiPertua Majlis Perbandaran telah memesan kepada kaki tangannya supaya bekerja
bersungguh-sungguh.

2. Kerajaan telah melengkapi stesen bas itu dengan pelbagai pasarana untuk golongan OKU.

3. Para belia yang tidak berjaya menyambung pelajaran ke universiti telah disarankan agar mengikut
kursus kemahiran di instituisi kemahiran yang ada.

4. Matan Perdana Menteri telah menyeru para belia agar lebih proaktif untuk bangunkan negara.

5. Pengguna jalan raya untuk ke gua Musang telah dinasihatkan oleh pihak berkuasa agar lebih berhati-
hati kerana jalan raya tersebut mempunyai beberapa kawasan merbahaya.

6. Permohon untuk jawatan kosong di syarikat itu boleh dihantar menerusi mesin fax sahaja.

7. Pada awalnya, gagasan 1Malaysia telah memberikan pelbagai definasi oleh pihak-pihak tertentu
sehingga wujud kekeliruan.

8. Semua calon SPM dijangka akan terima keputusan masing-masing pada bulan Febuari.

9. Hajjah Saorah telah ternobat sebagai Ibu Mithali negeri Melaka pada tahun 2011 atas kejayaan beliau
mendidik anak-anaknya menjadi orang berjaya.

10. Semua kenderaan yang berusia sepuluh tahun atau lebih telah dipaksa membayar insuran yang lebih
mahal.
Insya-Allah jawapan akan muncul pada hari Rabu.

Sekian dan terima kasih. Selamat Maju Jaya!

Jawapan:
1. Yang DiPertua = Yang Dipertua
memesan = berpesan
2. pasarana = prasarana
melengkapi = melengkapkan
3. instituisi = institut
mengikut = mengikuti
4. Matan = Mantan
bangunkan = membangunkan
5. gua Musang = Gua Musang
merbahaya = berbahaya
6. fax = faks
Permohon = Permohanan
7. definasi = definisi
memberikan = diberikan
8. Febuari = Februari
terima = menerima
9. Hajjah = Hajah
ternobat = dinobatkan
10. insuran = insurans
dipaksa = terpaksa

1. Fikri Nasir memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2012
yang baru diumumkan

tengahari tadi.

2. Segala tuduhan berkenaan dengan disiplin pelajar-pelajar akan diperhalusi oleh


jawatankuasa tata tertib

sekolah.

3. Datin Tominah menghidangkan tetamunya kuih-muih yang lazat pada petang itu
sebelum mereka bertolak

ke Johor Bharu.

JAWAPAN:-
1.

Pengimbuhan : memperolehi > memperoleh

Ejaan : tengahari > tengah hari

2.

Pengimbuhan : diperhalusi > diperhalus/dihalusi

Ejaan : tata tertib > tatatertib

3.

Pengimbuhan : menghidangkan > menghidangi

Ejaan : Johor Bharu > Johor Bahru

3(c)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan. senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Majlis dailog antara guru dengan ibu bapa akan diadakan dalam masa berdekatan untuk
membincangkan masalah disiplin murid.

(ii) Kerajaan telah memperuntukkan berbillion ringgit untuk persediaan prasarana di kawasan
pedalaman.

(iii) Demi memastikan keselamatan penumpang, pihak berkuasa sering menjalani pemantauan
terhadap bas-bas ekspress terutamanya pada musim perayaan.
[6 markah]
Jawapan :

(i) dailog - dialog berdekatan - terdekat


(ii) berbillian - berbilion persediaan - menyediakan/ penyediaan
(iii) ekspress - ekspres menjalani - menjalankan

3(d)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Sikap profesion yang ditunjukkan oleh pegawai itu amat dikagumi oleh saya.
(ii) Kerajaan telah mengambil beberapa langkah-langkah positif untuk memelihara seni muzik
gambus supaya tidak pupus dimakan zaman.

(iii) Sungai Melaka yang menyusur di tengah-tengah Bandar Raya Melaka di suatu masa dahulu
amat
kotor tetapi kini telah diperindah hingga menjadi tarikan pelancong.
[6 markah]

Jawapan :

(i) profesion - profesional amat dikagumi oleh saya - amat saya kagumi
(ii) beberapa langkah-langkah - beberapa langkah / langkah-langkah dimakan - ditelan/
dimamah
(iii) menyusur - mengalir di suatu - pada suatu

1. Sistem pemasaran merupakan suatu aspek yang sanggat penting dalam melarisi buku-buku terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sanggat = sangat, melarisi = melariskan
2. Tekanan merupa masaalah yang sering dialami oleh semua lapisan masyarakat tidak kira golongan
muda mahupun golongan tua.
Merupa = merupakan, masaalah = masalah
3. Sarap yang dibuang ke dalam longkang boleh menyekat longkang dan saliran lain sekaligus menyebab
air tidak dapat mengalir dengan lancar.
Sekaligus = sekali gus, menyebab = menyebabkan
4. Misi utama penubuhan Kursi Pengajian Melayu adalah untuk meningkat kesedaran masyarakat dunia
terhadap kebudayaan melayu.
Meningkat = meningkatkan, melayu = Melayu
5. Perkembangan Teknoloji Maklumat telah menghasilkan berbagai-bagai perisian yang diciptakan khusus
untuk membantu pengguna dalam memudah kerja serta mendapatkan hasil yang berkualiti.
Teknoloji = teknologi, memudah = memudahkann
6. Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perunding dan khidmat nasihat yang meliputi
peluang penerbitan, panduan penulisan buku, hakcipta dan royalti, penyediaan manuskrip, dan proses
penerbitan.
Perunding = perundingan, hakcipta = hak cipta
7. Semasa menanti adik di rawat kerana ketulangan, ibu tertidur berbantal lengan.
Di rawat = dirawat, berbantal = berbantalkan
8. Amalan dan corak permakanan manusia senentiasa berubah mengikut peredaran masa.
Permakanan = pemakanan, senentiasa = senantiasa
9. Ayer kelapa tua, jika dibuang dengan banyaknya ke dalam parit atau sungai, dapat mendatang mudarat
kepada hidupan air.
Ayer = air, mendatang = mendatangkan
10. Segala perkara yang mencemarkan harmoni dan kesejahteraan dapat dicegah dengan semangat kerja
sama dan keprihatinan sesama jiran.
Keharmonian, kerjasama

Anda mungkin juga menyukai