Anda di halaman 1dari 2

Kawad kaki pada asasnya terbahagi kepada 3 bahagian; iaitu kawad kaki statik, kawad kaki

dinamik dan kawad formasi yang juga dikenali kawad senyap atau kawad hantu (dalam
tentera). Untuk tujuan mengajar kawad kaki, eloklah dimulakan dengan kawad kaki statik,
iaitu kawad yang belum melibatkan pergerakan berjalan.
Bagi tajuk-tajuk dalam kawad statik ialah:
1. sedia, senang diri dan rehatkan diri
2. berpusing ke kanan, kiri dan ke belakang

3. langkah sebelah

4. hentak kaki

5. buka dan tutup barisan

6. luruskan barisan

7. hormat

Bahasa Hukuman Kawad Statik

1 - sedia
"BARIS..BARIIIIS SEDIA !"

2 - senang diri
"SENAAANG DIRI!"

3 - rehatkan diri
"REHATKAAAN DIRI!"

4 - berpusing ke kanan*
"BERGERAK KE KANAAAN, KE KANAAAN..PUSING!"

5 - berpusing ke kiri**
"BERGERAK KE KIRIII, KE KIRIII..PUSING!"
6 - berpusing ke belakang***
"BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKAANG, KE BELAKAAANG ..PUSING!"

*sekiranya platun (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawad). Untuk


menghadapkan semula platun ke hadapan, bahasa hukumannya: "BARIS AKAN
MENGHADAP KE HADAPAN, KE KIRIIII..PUSING!"

**sekiranya platun (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawad). Untuk


menghadapkan semula platun ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN
MENGHADAP KE HADAPAN, KE KANAAAAN..PUSING!"

***sekiranya platun (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawad). Untuk


menghadapkan semula platun ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN
MENGHADAP KE HADAPAN, KE BELAKAAANG..PUSING!"
[Ingatan: Apabila berpusing ke belakang, hendaklah berpusing melalui sebelah kanan badan, walau ke arah

mana pun platun anda sedang menghadap]

7 - langkah sebelah
"SATU/DUA/TIGA LANGKAAAH.. KE KANAAAAN/KIRIII..GERAK!"

8 - hentak kaki
'HENTAK KAKIII..CEPAT!"
untuk menghentikan platun dari hentak kaki, bahasa hukumannya : "BARIIIS..HENTI!"

9 - buka/tutup barisan
"BUKA/TUTUP BARISAAAN..GERAK!"

10 - luruskan barisan
"KE KANAAAAN..LURUS!" apabila semua anggota dalam platun telah siap melakukan
pergerakan meluruskan barisan, berikan pula bahasa hukuman kawad
"PANDAAAANG..DEPAN!"

11 - hormat ke hadapan
"HORMAT, HORMAT KE HADAPAAAN..HORMAT!"

Anda mungkin juga menyukai