Anda di halaman 1dari 5

FASA-FASA DALAM PROSES KAUNSELING

| at 9:40 AM
Proses dalam kaunseling

Terdapat 7 langkah dalam proses mengendalikan kaunseling iaitu (1)


menyediakan prasesi, (2) membina hubungan, (3) meneroka dan
menganalisis masalah, (4) mengenal pasti punca masalahm (5) mengambil
tindakan, (6) menamatkan sesi dan (7) susulan.

Langkah Pertama: Menyediakan Prasesi

Kaunselor perlu sedar tentang klien yang datang ke sesi kaunseling iaitu
sama ada secara sukarela, dirujuk dan rela dan dirujuk dan tidak rela.
Apabila klien datang untuk temu janji, kaunselor perlu mengumpul
maklumat atau mendapatkan profil ringkas dari klien untuk memudahkan
kaunselor membentuk hubungan yang diperolehi terlebih dahulu akan
membantu kaunselor dari segi penyediaan mental.

Langkah Kedua: membina Hubungan ( Melayan, Mendengar dan


memahami)

Bagi klien, pandangan pertama atau fisrt impression tentang kaunselor


yang akan memberikan pertolongan kepadanya menentukan sama ada
klien akan terus datang berjumpa kaunselor. Persepsi atau pandangan
pertama ini akan mencorakkan hala tuju dan kualiti pertemuaan antara
kaunselor dan klien. Salah satu perkara yang akan dilakukan oleh
kaunselor dalam membina hubungan ialah menstruktur sesi kaunseling.
Penstrukturan merupakan asas kepada penyediaan mental dan
psikologikal klien terhadap sesi dan proses kaunseling. Berikut adalah
beberapa panduan bagi mewujudkan hubungan yang baik di antara
kaunselor dan klien.
i. Menunjukkan tingkah laku tanpa lisan yang mesra.
ii. Menunjukkan keinginan untuk menolong
iii. Mendengar apa yang diperkatakan
iv. Mendengar dan luahan perasaan yang dinyatakan
v. Mendengar dan memahami perasaan dan erti yang tidak dinyatakan
vi. Mendengar dan memahami perasaan dan erti yang tidak boleh
dinyatakan
vii. Tidak cepat membuat tanggapan dan penilaian.
viii. Mendengar dengan telinga, mata dan tubuh badan apa dikatakan
melalui perkataan dan ditunjukkan melalui perkataan dan ditunjukkan
melalui tingkah laku klien.
ix. Tidak banyak bercakap, tetapi cuba lebih banyak mendengar dan
memahami.

Secara ringkasnya, langkah kedua merupakan satu tahap membina asas


yg kukuh utk mewujudkan satu perkongsian bekerjasama.
(1)Mewujudkan suasana yg menggalakkan interaksi.
(2) Menentukan matlamat awal kaunseling.
(3) Menstruktur hubungan.;kefahaman tentang proses kaunseling;
penjelasan peranan klien, kaunselor dan matlamat.; Aspek kerahsiaan
klien.
(4) Membina kepercayaan.

Langkah Ketiga: Meneroka dan Menganalisis Masalah

Bahagian penerokaan ini adalah penting dalam proses kaunseling.


Penerokaan perlu dilakukan dengan teliti. Memang benar, masalah klien
perlu diterokai dan dianalisis dengan lebih objektif. Semasa menoraka
masalah klien, kaunselor tidak boleh mengabaikan diri klien kerana klien
dan masalahnya adalah berkait rapat. Sukar bagi kaunselor untuk
memahami masalah klien tanpa mengenali siapa klien itu sebenarnya.
Adalah menjadi tugas kaunselor untuk membantu klien mengenali dirinya.
Kekusutan yang dialami oleh klien banyak berpunca dari kekaburan
tentang siapa diri klien itu yang sebenarnya. Penerokaan yang dilakukan
dari segi ke sesi perlu bergerak dari permukaan kepada tahap yang lebih
mendalam. Ini kerana manusia adalah kompleks dan sukar untuk
memahaminya dalam jangka masa pendek. Kompleksiti masalah berkait
rapat dengan kompleksiti manusia. Lagi kompleksiti manusia itu, lagi
kompleks masalahnya. Kaunselor perlu sedar bahawa klien memiliki
banyak maklumat tentang dirinya. Penerokaan yang teliti akan memberi
peluang kepada kaunselor untuk mengumpul maklumat tentang klien.
Kaunselor akan mengalami kerumitan jika dia tidak mempunyai banyak
maklumat tentang klien.
Langkah Keempat: Mengenal Pasti Punca Masalah

Klien perlu mengenal pasti punca masalahnya. Intervensi atau proses


intervensi sukar dijalankan sekiranya klien tidak pasti tentang masalah
yang dihadapinya. Adalah sukar bagi kaunselor dan klien untuk
menentukan matlamat kaunseling buat diri klien jika klien kabur
tentangpunca masalahnya. Selepas klien mengenal pasti masalahnya,
barulah kaunselor dan klien boleh memfokus kepada pembentukan
matlamat kaunseling untuk klien. Matlamat kaunseling adalah penting
untuk menentukan hala tuju proses kaunseling atau destinasi untuk klien.
Klien sering mengalami kekeliruan antara punca utama masalah dan punca
sampingan masalah. Tidak mustahil bagi klien untuk mengandaikan punca
sampingan masalah. Apabila ia berlaku, klien membazir tenaga dengan
memfokus kepada perkara yang remeh-temeh dan bukan kepada perkara
utama. Antara perkara utama ialah mengenali diri klien, orang lain, tetapi
melibatkan diri klien dan takdir.
Adalah penting untuk mengambil kira ketiga-tiga faktor di atas sebagai
usaha untuk membezakan apa yang mampu dilakukan dan apa yang tidak
mampu dilakukan oleh klien. Apabila masalah berpunca daripada orang
lain, klien perlu sedar tentang tahap kemampuannya untuk mengatasi
masalah tersebut. Apabila masalah berpunca daripada orang lain tetapi
melibatkan klien, masalah ini dikatakan terbit daripada dua orang. Dalam
konteks ini, kemampuan klien untuk mengatasi masalah adalah terhad.
Klien hanya mampu melakukan sesuatu dalam lingkungan sesuatu yang di
luar bidang kuasanya. Prinsip penting di sini ialah setiap manusia
bertanggungjawab ke atas dirinya. Maka apabila masalah timbul, kedua-
kedua belah pihak perlu bertanggungjawab dalam mengatasi masalah
tersebuat. Seandainya manusia memilih untuk memikul tanggungjwab
orang lain, tidak mustahil suatu hari nanti tanggungjawab tersebut akan
menjadi beban.
Pembentukan matlamat kaunseling merupakan perkara yang perlu diberi
perhatian selepas kaunselor dan klien mengenalpasti masalah. Matlamat
kaunseling akan menjadi panduan kepada kaunselor untuk mencari fokus
dalam proses kaunselin. Matlamat kaunseling akan membuka
perbincangan antara kaunselor dan klien. Seterusnya, perbincangan ini
akan mambantu klien memilih jalan yang paling sesuai untuk dirinya.
Langkah kelima: Mengambil Tindakan

Pilihan atau alternatif yang telah dipilih perlu disusuli dengan tindakan.
Dalam proses kaunseling, kaunselor perlu menerokai tindakan-tindakan
yang bakal diambil oleh klien untuk memastikan klien benar-benar tahu apa
yang akan dilakukan. Kejayaan klien akan dimanifestasikan oelh
tindakannya. Klien belum berjaya jika dia masih berada pada tahap ingin
bertindak tetapi masih tidak bertindak.

Langkah Keenam: Menamatkan Sesi

Semua sesi kaunseling perlu ditamatkan. Ia dibuat semasa setiap sesi atau
setelah satu permasalahan dapat diuruskan. Ada beberapaa elemen yang
perlu diambil kira semasa membuat keputusan untuk menamatkan sesi
atau proses kaunseling. Kaunselor perlu menilai kemajuan atau
perkembangan diri klien. Di antara kejayaan sesuatu kaunseling ialah
apabila klien membuat keputusan dan tanggungjawab keatas
keputusannya. Ini bermakna sekiranya keputusan yang diambil tidak
menghasilkan sesuatu yang positif, klien bertanggungjawab dan mempu
mengatasi masalah yang timbul. Lazimnya, klien membawa beberapa
masalah ke sesi kaunseling. Apa yang penting ialah kaunselor
memfokuskan kepada masalah utama yang sering dan senantiasa
menganggu klien. Tidak bermakna setiap masalah yang dibawa oleh klien
perlu diterokai. Jika sesi atau proses kaunseling berjaya, klien sudah
mampu mengatasi rangkaian masalah yang lain. Elemen penting ialah
klien memeliki kesedaran, ilmu pengetahuan atau kebijaksanaan dan
kemahiran untuk mengatasi masalahnyaTiga perkara yg mesti dicapai:
(1) kemajuan selama menjalankan kaunseling selama ini mesti dirumuskan
kepada tiga kesan-kesannya.
(2) Isu-isu yang mesti diselesaikan pada masa ini hendaklah dikemukakan.
(3) Memikirkan cara-cara mengekalkan pertumbuhan klien setelah
ditamatkan kaunseling.

Langkah Ketujuh: Susulan

Dalam proses kaunseling, ada sesetengah kes yang , memerlukan khidmat


susulan. Lazimnya, ia melibatkan kes dadah atau pemulihan akhlak di
mana kemajuan diri klien perlu dipantau dengan rapi oleh kaunselor.
Apabila klien telah menunjukkan kemajuan diri dan kaunselor berpuas hati
dengan kemajuan tersebut, kedatangan klien untuk khidmat susulan
bolehlah dijarakkan. Apabila klien telah menunjukkan kemajuan diri yang
paling baik, kaunselor perlu menamatkan khidmat susulan ini. Ini bermakna
klien mampu berdikari dan tidak membahayakan diri sendiri atau orang lain

http://download.tamiltunes.com/songs/Hits/Maestro/Mella%20Mella%20-
%20TamilWire.com.mp3

Anda mungkin juga menyukai