Anda di halaman 1dari 3

PENDEKATAN BERTEMA

Pendekatan bertema bermaksud pengajaran yang disusun atau dirancang mengikut sesuatu
konsep atau tema. Ianya merangkumi koleksi bahan, aktiviti, isi pelajaran serta teknik
penyampaian. Pendekatan bertema memberi peluang kepada guru untuk menghubungkait
mata pelajaran yang diajar dengan mata pelajaran lain. Penggabungjalinan beberapa mata
pelajaran dalam sesuatu pengajaran ini memberi peluang kepada murid-murid untuk
meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang telah
dirancangkan. Dalam pemilihan dan penentuan tema banyak perkara yang guru perlu
ketahui agar pengajaran dan pembelajaran yang dirancang berkesan. Antara perkara
tersebut ialah:-

tema yang dipilih hendaklah berasaskan kemahiran, pengalaman serta pengetahuan


sedia ada murid
tema yang dipilih berfokus kepada sesuatu isu. Contohnya isu-isu semasa.
sumber-sumber pengajaran dan bahan bantu mengajar mudah didapati dalam tema
yang dipilih
guru perlu mempunyai banyak pengetahuan dalam tema yang dipilih.
guru perlu memastikan tema pengajaran tersebut mempunyai pemeringkatan aktiviti
dari yang mudah kepada yang lebih mencabar.

Pendekatan bertema juga dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk mengikuti
pengajaran dan pembelajaran dengan adanya pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Ini
disebabkan tema yang dipilih mempunyai beberapa kemahiran seperti kemahiran bertutur,
membaca, menulis, asas matematik, berfikir, menyanyi dan mengekspresi bakat (melukis).

Terdapat banyak tema yang boleh digunakan oleh guru. Tema-tema tersebut boleh
dikategorikan dalam tiga jenis tema iaitu:-

Tema persekitaran
Tema Masyarakat
Tema Komunikasi
Berikut merupakan satu contoh pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema. Tema
yang digunakan ialah tema persekitaran.

Mata pelajaran : Bahasa Malaysia


Kelas : Tahun 4
Tema : Pengangkutan
Persekitaran : Persekitaran Teknologi

Di dalam pengajaran ini isi-isi pelajarannya dapat dikaitkan dengan mata pelajaran lain
seperti Sains, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Pendidikan Pergerakan dan
Kesihatan dan Kajian Tempatan dan Matematik. Di dalam pengajaran dan pembelajaran ini
murid-murid akan di dedahkan dengan beberapa perkara penting seperti :-

- sejarah teknologi pengangkutan;


- kepentingan pengangkutan kepada manusia
- kesan-kesan teknologi pengangkutan terhadap alam sekitar, kesihatan manusia,
haiwan dan tumbuhan
- bentuk-bentuk pengangkutan
- pergerakan kenderaan
- perkaitan antara laju dan jarak menggunakan kenderaan

Tema persekitaran teknologi dipilih kerana ia telah membawa kemajuan dan pembangunan
kepada manusia. Teknologi juga melahirkan dunia tanpa sempadan dan telah
memperkenalkan konsep globalisasi. Teknologi yang hebat dan hebat mampu menarik minat
dan memotivasikan murid-murid untuk melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti-aktivi
pengajaran yang berjalan. Murid juga akan dapat meneroka pergerakan kreatif, imej, bunyi
serta meluahkan perasaan mereka secara bebas.

C.ii Pengintegrasian Matapelajaran

Penegasan yang berkesan amatlah dititik beratkan bagi memastikan pengajaran dan
pembelajaran berjaya dan mencapai objektifnya terutama sekali kepada murid-murid. Bagi
memastikan hasrat kerajaan dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara tercapai beberapa
kaedah pengajaran digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah konsep
integrasi. Ianya meliputi semua bidang kemahiran ke arah penguasan ilmu pengetahuan,
kemahiran bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni untuk melahirkan modal insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Kerana keseimbangan ini adalah
asas kepada keharmonian negara. Antara aspek pengintegrasian yang boleh digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

A. Penggabungjalinan
Ia adalah proses menyepadukan (penggunaan) pelbagai bidang kemahiran bagi menjadikan
suatu pelajaran itu integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini
berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu matapelajaran disampaikan secara menyeluruh
dan bersepadu dengan mengaitkannya dengan satu mata pelajaran atau beberapa mata
pelajaran. Penggunaan strategi ini dapat memberi peluang murid-murid menguasai
beberapa kemahiran yang berkaitan dengan isi pelajaran yang diajar. Ia juga boleh
mengelakkan kebosanan dan menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih menarik.
Untuk menjadikan proses penggabungjalinan ini lebih berkesan, murid-murid hendaklah
terlebih dahulu menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar, bertutur, mengira,
membaca dan menulis secara mekanis. Tujuan menguasai kemahiran asas ini ialah untuk
menarik perhatian guru untuk memberi kefahaman dan penerangan yang lebih bermakna
kepada murid.

B. Penyerapan

Penyerapan bermaksud sebagai proses menyatupadukan isi pengetahuan daripada mata


pelajaran untuk dijadikan isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Contohnya
bahan atau kandungan isipelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Matematik, Seni
Pergerakan, Sains, Pendidikan Muzik, Seni Visual atau Kajian Tempatan yang digunakan
sebagai isi kandungan dalam pelajaran Bahasa Malaysia. Penyerapan pengajaran
dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti dan gerak kerja yang dijalankan oleh murid di
sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berjalan.

Bagi tema Pengangkutan yang dipilih terdapat beberapa aktiviti integrasi mata pelajaran
lain yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah dengan
menayangkan jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di negara kita serta beberapa
penerangan tentang pengangkutan tersebut. Selepas itu murid diminta melakukan beberapa
aktiviti.

Anda mungkin juga menyukai