v. Servis
a. Tidak boleh melengahkan servis selepas mengayun raket ke belakang.
b. Pemain yang membuat servis dan menerima servis tidak dibenarkan memijak garisan gelanggang.
c. Kedua-dua belah kaki sentiasa menyentuh lantai gelanggang dan dalam keadaan tetap.
d. Bahagian gabus bulu tangkis perlu disentuh dahulu semasa membuat servis.
e. Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang dan batang (shaft) mesti menghala ke bawah
semasa melakukan servis.
f. Servis dilakukan setelah penerima telah bersedia.
x. Perlawanan Perseorangan
a. Pemain akan membuat servis pertama dari petak servis kanannya. Mata genap di petak kanan dan kiri
bagi mata bilangan ganjil.
b. Pembuat servis akan membuat servis secara melintang kepada pihak lawan.
c. Pemain yang menang dalam game pertama akan memulakan servis dalam game berikutnya.