Anda di halaman 1dari 1

TATACARA PENYELESAIAN BAGI SEKOLAH YANG MEMPUNYAI MASALAH

BERKENAAN KAMPUS ASTRO


Sekolah yang tidak selalu melayari atau menutup suis dekoder Astro pada tempoh yang lama, maka Kampus
Astronya tidak berfungsi lagi. Kampus Astro di sekolah yang tidak berfungsi disarankan untuk membuat
pengaktifan semula melalui Kampus Astro,
Sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan: - Sekolah : 1 300 82 3838 atau 1 300 82 0001,
emel: kampusastro@astro.com.my

Berikut merupakan tatacara penyelesaian isu kampus Astro :-

1. Sila hubungi talian 1 300 82 0001 ( nyatakan kod sekolah sebagai rujukan )

2. Bagi bantuan teknikal, perlu berada di hadapan dekoder Astro bagi memudahkan proses setting
decoder tersebut.

3. Tiada Siaran / dapat dengar radio sahaja / ada beberapa siaran sahaja :- Telefon 1 300 82 0001,
pastikan sedia dengan nombor siri kad astro dan perlu berada di hadapan decoder Astro.

4. Remote rosak :-
Buat surat yang bertandatangan Guru Besar / Pengetua, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod
sekolah, nombor siri kad pintar serta faxkan surat tersebut untuk perhatian 'Head of corporate
responsibility department' di talian 03-95437333.
Bawa remote yang rosak ke Astro Customer Service Centre untuk mendapatkan penggantian.
( Penggantian pertama adalah percuma sekiranya kerosakan itu adalah berdasarkan syarat yang
dinyatakan )

5. Kad Astro hilang:-


Surat bertandatangan Guru Besar, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor kod
sekolah . Untuk perhatian 'Head of corporate responsibility department'.
Faxkan surat tersebut ke 03-9543 7333 atau email kepada wecare@astro.com.my dan telefon talian 1
300 82 0001. ( Caj akan dikenakan untuk penggantian kad yang hilang sebanyak RM50 ).

6. Mengalih piring ke bangunan baru:-

Akan dikenakan bayaran sebanyak RM150 (sekiranya ada tambahan kabel akan dikenakan caj kabel)
yang ditanggung oleh pihak sekolah.
Tulis surat bertandatangan Guru Besar, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri
kad dan nombor decoder. Untuk perhatian 'Head of corporate responsibility department' dan faxkan
surat tersebut ke 03-9543 7333 dan telefon talian 1 300 82 0001.

7. Sekolah baru:-

Sila faxkan surat ke 03-9543 7333 untuk permohonan baru Kampus Astro dan telefon talian
1 300 82 0001 atau 03-7491 9888.

Anda mungkin juga menyukai