Anda di halaman 1dari 3

Doa solat hajat.

Aku memulakan hajatku dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah
lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan penguasa sekalian alam,
selawat dan salam ke atas ahli-ahlinya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang tersembunyi di dalam


diriku dan apa yang nyata, terimalah keuzuranku ini dan perkenankan hajatku,
berilah apa yang aku pinta sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan apa yang
terkandung di dalam diriku mengenai perkara agama dunia dan akhirat,
perkenankanlah permohonanku ini wahai Tuhan penguasa alam semesta.

Tiada tuhan yag disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang


Maha Lemah-Lembut dan Maha Pemurah. Maha Suci Allah pemerintah kerajaan
yang maha besar, segala puji khusus bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam. Ya
Allah wahai Tuhan kami, aku bermohon kepadaMu akan segala sebab yang boleh
mendorong mendapatkan rahmatMu dan kepastian mendapat keampunanMu dan
terpelihara daripada segala dosa, beruntung mendapat pahala, terselamat daripada
dosa, beroleh kejayaan syurga dan terlepas daripada api neraka. Ya Allah, jangan
tinggalkan kepadaku walau satu dosapun kecuali Engkau ampunkan, tiada tertimpa
walau satu kesusahan kecuali Engkau lepaskan, tiada dihinggapi oleh sesuatu
beban hutang melainkan Engkau jelaskan, tiada timbul sesuatu hajat mengenai
dunia dan akhirat melainkan Engkau tunaikan hajat itu, ya Allah Tuhan sebaik-baik
mengurniakan rahmat.

Ya Allah wahai Tuhan kami, bahawa sesungguhnya kami bermohon dan


berharap kepadaMu dengan NabiMu Muhammad, Nabi pembawa rahmat, wahai
junjungan kami, wahai Muhammad, segala rahmat dan sejahtera ke atasMu, kami
berharap denganMu kepada Tuhan kami semoga berhasil hajat kami.

Ya Allah, syafaatilah Nabi Muhammad s.a.w dalam perkara yang tersebut,


ampunkan dosa besar dan dosa kecil kami,Engkau adalah Tuhan segala yang baik-
baik, Tuhan Yang Maha Gagah lagi Maha Pengurnia, Lemah-Lembut lagi Maha
Bijaksana, rahmat sejahtera mudah-mudahan dicucuri rahmat ke atas junjungan
kami Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Segala
puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam.
Sumber : Qiamullail Amalan Orang-orang Yang Soleh. Susunan Jainal Sakiban al-
Jauhari. Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor. Cetakan ketiga 2003.

Ya Allah ya Azim..pada kesempatan malam yang mulia ini kami memanjatkan


permohonan dan pengharapan kepadaMu ya Allah.

Kurniakanlah kepada kami, anak-anak didik kami, anak-anak kami kejayaan


yang cemerlang dalam UPSR pada tahun ini seterusnya meningkatkan lagi
pencapaian UPSR sekolah ini berbanding pada tahun lepas.

Tetapi kami jua sedar ya Allah, segala apa yang akan Engkau kurniakan kelak
nanti tidak kiralah apa jua juga keputusannya adalah yang terbaik bagi kami,
sesungguhnya Engkau tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia kecuali sudah pasti ada
hikmah yang tertentu sama ada kami sedari atau tidak kami sedari.

Ya Allah ya Azizun Hakim, jadikanlah kami hamba-hambaMu yang berjaya


bukan sahaja di dunia malah lebih penting daripada itu, kejayaan dan kebahgiaan
di akhirat yang kami pinta. Berilah kami taufik dan hidayah dalam mengharungi
cabaran kehidupan agar keredhaanMu jualah yang kami terima akhirnya nanti.

Ya Allah ya Ghaniyun Hamid, hindarilah kami daripada segala bencana dan


wabak penyakit agar kami dapat terus melata di muka bumi ini untuk terus mencari
rezeki di samping mengharapkan keredhaan dan berkatMu ya Allah. Berkatilah
usaha kami, gandakanlah kekuatan dan azam kami, permudahkanlah urusan kami
baik urusan dunia mahupun urusan akhirat ya..Allah.

Ya Azizun Jabbarun Mutakbbir, jauhilah kami daripada segala gangguan yang


nampak ataupun yang tidak kami nampak agar pembelajaran kami tidak terganggu
dalam kami berusaha mengejar cita-cita kami, sesungguhnya Engkaulah Raja
Segala Raja Tuhan sekalian alam.

Kurniakanlah kekuatan kepada kami agar kami dapat menghadapi segala


dugaan dan gangguan dengan jayanya dan meingkatkan lagi keimanan kami
seterusnya menjadi hambaMu yang lebih bersyukur.
Nukilan Mohd Razin Bin Supangat. SK Seri Kenanga, Tampoi, Johor Bahru.Suntingan
Kedua. 2011.

Anda mungkin juga menyukai