Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK


&
PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS
FASA 1
anjuran
PANITIA BAHASA INGGERIS
SESI PETANG
KERTAS KERJA PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK & PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS (FASA 1)

NAMA PROGRAM
Program Peningkatan Akademik & Penggunaan Bahasa Inggeris (FASA 1)

ANJURAN
Panitia Bahasa Inggeris (Sesi Petang)

PENGENALAN
Program ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan murid samada dalam bentuk
bertulis mahupun secara lisan. Seterusnya, diharapkan melalui program ini murid akan lebih menguasai Bahasa
Inggeris seterusnya dapat membantu mereka untuk meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam Bahasa Inggeris
dan menyediakan mereka menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar seiring dengan era globalisasi.

MATLAMAT
Menyebar dan memupuk minat murid terhadap Bahasa Inggeris ke arah meningkatkan kecemerlangan pendidikan
sekolah dalam kalangan murid

OBJEKTIF
1. Menanamkan minat murid dalam menguasai kemahiran Bahasa Inggeris.
2. Menggalakkan murid mempunyai semangat daya saing secara sihat di dalam aktiviti yang disertai.
3. Menerapkan semangat ingin mencuba dan meningkatkan keyakinan diri murid-murid.

TARIKH

Bulan Mei - Ogos 2017

SUMBER KEWANGAN
1. PCG Bahasa Inggeris
2. DLP

AKTIVITI/PROGRAM

Program ini akan berlangsung bermula Mei - Ogos 2017. Aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program ini adalah
seperti dilampiran yang disertakan:-
TENAGA PENGAJAR

Guru-guru Bahasa Inggeris dan 2 orang Guru Praktikal Sesi Petang

Beberapa orang pelajar tingkatan 6 Rendah.

KUMPULAN SASARAN

100 orang pelajar dari Tingkatan 1 dan 2. Pelajar akan dipilih mengikut nisbah kategori pelajar sederhana dan
berpotensi lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA BIL ANGGARAN HARGA JUMLAH

Minum pagi 90 RM 3.50 RM315 .00

Peralatan 1.Kertas mahjong 15 keping LS RM485.00


2. Tag nama -15 keping
3. Kertas warna I pack
4. Kertas A4-2 rim
5. Crayon 10 kotak
6. Pen 50 batang
7. Cellophane tape 10
8. Gunting 10
9. Paper cutter - 10

Hadiah 3 LS RM300.00
Saguhati
Kertas pembalut

JUMLAH BESAR RM1100.00

PENUTUP

Adalah diharapkan dengan pelaksanaan program ini semua pelajar tingkatan 1 dan 2 SMK St. Michael, Ipoh
mendapat manfaat dengan penguasaan Bahasa Inggeris dan seterusnya dapat melonjakkan pencapaian sekolah
dalam peperiksaan dalaman dan awam kelak.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

__________________________ __________________________
(PUAN ZETI AKHTAR BT. ADNAN) ( ENCIK GUNALAN A/L TONY )
K/P B.Inggeris Sesi Petang Pengetua SMK St. Michael,
SMK St. Michael, Ipoh Ipoh.

Anda mungkin juga menyukai