Anda di halaman 1dari 7

KATA SERU

Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih,
gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya.

Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau
menurun.

Dalam bahasa Melayu, kata seru digunakan untuk membentuk ayat seru.

Semua ayat seru, tanda serunya mestilah diletakkan di hujung ayat dan bukannya selepas kata seru.
Semua ayat seru ditandai dengan tanda seru (!).

Kesalahan menggunakan kata seru yang salah atau tidak menggambarkan perasaan
yang dinyatakan. Contoh:

(a) (i) Wahai, gemuknya kambing peliharaan Pak Jusoh ini! (SALAH)
(ii) Wah, gemuknya kambing peliharaan Pak Jusoh ini! (BETUL)

(b) (i) Cis, sakit sungguh jariku ini! (SALAH)


(ii) Aduh, sakit sungguh jariku ini! (BETUL)
PERIBAHASA

Anda mungkin juga menyukai