Anda di halaman 1dari 3

Tanda baca ialah lambang-lambang tertentu yang digunakan sewaktu menulis untuk

memberikan penjelasan tambahan tentang makna yang ingin disampaikan. Pada kali ini
dikongsikan beberapa kesalahan yang sering berlaku dalam penggunaan tanda-tanda baca,
iaitu tanda titik atau noktah (.), tanda sempang (-) dan tanda seru (!). Diharap dengan
adanya penerangan ini kita akan lebih peka dan dapat menggunakan tanda-tanda baca ini
dengan betul dalam penulisan.

1. Kesalahan Tanda Titik/Noktah (.)


Tanda titik atau noktah ialah tanda baca yang penting dan mesti digunakan dengan betul.
Selain berfungsi sebagai tanda penamat dalam ayat, tanda titik juga digunakan untuk
menyatakan singkatan. Kesalahan berlaku apabila tanda titik tidak digunakan, seperti
berikut:

SALAH BETUL
Hj Hj.
Ak Ali Ak. Ali
Dk Hjh Roslina Dk. Hjh. Roslina
Prof Prof.
Dr Yahya Dr. Yahya

2. Kesalahan Tanda Sempang (-)


Terdapat banyak tempat dalam penulisan yang memerlukan sempang, tetapi penggunaannya
sering diabaikan. Tidak menggunakan sempang pada tempat-tempat yang diperlukan
merupakan kesalahan. Berikut dihuraikan kesalahan-kesalahan dari segi penggunaan tanda
sempang:

(a) Sebagai Tanda Kata Ganda


Kata ganda ditulis dengan penggunaan tanda sempang.

SALAH BETUL
meja meja meja-meja
jabatan jabatan jabatan-jabatan
berkata kata berkata-kata
bantah membantah bantah-membantah
ipar duai ipar-duai
saudara mara saudara-mara

(b) Antara Ke dengan Angka


Sempang hendaklah hadir antara ke dengan angka.
SALAH BETUL
ke 21 atau ke21 ke-21
ke 102 atau ke102 Ke-102

(c) Antara Angka yang Merujuk Tahun dengan Akhiran -an


Sempang perlu hadir antara angka yang merujuk tahun dengan akhiran -an.
SALAH BETUL
tahun 90 an atau tahun 90an tahun 90-an
tahun 20 an atau tahun 20an tahun 20-an
(d) Antara Huruf Kecil dengan Huruf Besar
Huruf besar digunakan apabila merujuk Tuhan atau nama khas. Jikalau huruf besar ini
digunakan serangkai dengan perkataan lain, maka sempang digunakan untuk memisahkan
huruf besar dengan huruf kecil.

Contohnya:

1. Merujuk Tuhan

SALAH BETUL
hambaMU atau hamba mu hamba-Mu
rahmatNya atau rahmat Nya rahmat-Nya

2. Huruf besar bagi nama khas

SALAH BETUL
pro Barat atau proBarat pro-Barat
pan Asia atau panAsia pan-Asia
KDN nya atau KDNnya KDN-nya

3. Kesalahan Tanda (!)

Tanda seru hadir di akhir ayat. Salah jika tanda seru diletakkan sepelas kata seru.
Contohnya:

SALAH BETUL
Amboi! Mahalnya harga baju ini.Amboi, mahalnya harga baju
ini!
Alamak! Saya terlupa bawa Alamak, saya terlupa bawa
pensil. pensil!

UJI DIRI ANDA


Sila kesan dan betulkan kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam ayat-ayat berikut:

a. Nama beliau ialah Pro Dr Hj Ak Roslan.


b. Oh! Tuhan kepada Mu tempatku meminta.
c. Dk Rosnita dilahirkan sekitar tahun 80an.
d. “Mendapat tempat ke7 dalam pertandingan ini ialah Pg Hj Bakri,” kata pengacara itu.

e. Dia seorang yang anti Barat.


Sila emelkan jawapan anda ke rosainora@gmail.com untuk mendapatkan maklum balas.

Disediakan oleh:
Muhammad Husaini

Disesuaikan daripada:
Eksplorasi Bahasa Melayu, KBSM Tingkatan 1, 2003. Fajar Bakti Sdh.., Bhd., Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai