Anda di halaman 1dari 3

SMP 3262

ISU SEMASA DALAM PENDIDIKAN MUZIK

TUGASAN INDIVIDU

JURNAL
DISCIPLINE IN THE MUSIC CLASSROOM: ONE COMPONENT
CONTRIBUTING TO TEACHER STRESS

KUMPULAN A

DISEDIAKAN OLEH :
FATINI DIANA BINTI OTHMAN
D20061026939

DISEDIAKAN UNTUK :
ENCIK MOHD AZAM BIN SULONG
PENGENALAN
Tekanan yang dialami guru adalah disebabkan oleh suasana persekitaran
penganjaran yang pelbagai. Tekanan yang melampau akan menghasilkan ketegangan,
kebimbangan, dan juga kepenatan yang seterusnya akan mewujudkan kecemasan
dalam diri. Tekanan ini adalah perkara biasa bagi setiap orang. Walau bagaimanapun ia
dianggap perasaan yang negatif jika guru mengalaminya. Hal ini kerana perasaan
sebegini akan menghasilkan reaksi yang tidak sepatutnya kepada pelajar. Greenberg
(1984) telah mencirikan bahawa tekanan sebagai tindakan daripada fizikal, mental dan
emosi kesan tidak balas persekitaran. Hamann (1985) pula menyatakan bahawa
tekanan dan kepenatan adalah kerap terjadi pada individu yang terlalu komited dan
cekap dalam kerjanya serta ingin menghasilkan kualiti kerja yang tinggi. Sebenarnya,
guru di kawasan Bandar menghadapi masalah disiplin dan pengurusan yang lebih besar
akibat perlu menghadapi kelas yang besar serta kurang persediaan bagi guru. Masalah
lain adalah penggunaan bahasa dan perbezaan budaya. Tekanan yang berpanjangan
akan memberi kesan kepada tanda-tanda penyakit saluran darah di otak tersumbat,
Bloch (1978). Di samping itu, persediaan guru dari segi pedagogi adalah tidak
mencukupi. Keadaan ini dibezakan dengan sekolah di luar bandar sekitar Amerika,
dimana menghadapi masalah pelajar yang kurang berminat, ketidakhadiran dan
mengambil dadah serta alkohol (Farber, 1991; Bainer, 1993). Guru juga tidak bersedia
dengan suasana penganjaran di luar bandar yang begitu tidak dijangka. Selain itu juga,
guru di luar bandar dikehendaki mengajar banyak matapelajaran lain yang tidak
berkaitan denagn bidangnya dan ini akan menambahkan tekanan akibat dari
ketidaksediaan guru tersebut. Seterusnya, menurut kajian yang pernah dilakukan oleh
Gupta & Jenkins, 1981 dan Okebukola & Jegede, 1989, mendapati bahawa guru lelaki
mengalami lebih tekanan berbanding guru perempuan.

TEKANAN DAN GURU MUZIK


Menurut Hamann (1985), tekanan yang dialami oleh guru muzik adalah
disebabkan oleh kurang penyertaan dalam pembuat keputusan sekolah, matlamat
sekolah yang tidak jelas, tugasan yang terlampau banyak, kekurangan kemudahan dan
peralatan dan kurang minat pelajar serta galakan ibu bapa. Selain itu, sikap dan
kelakuan pelajar juga adalah faktor utama berlakunya tekanan guru muzik. Keadaan ini
akan memberi kesan kepada produktiviti dan tahap pelajar yang semakin berkurangan.
KAJIAN
Kajian ini telah melibatkan seramai 103 orang guru latihan muzik di sekitar
sekolah di Iowa. Kesemua guru adalah guru muzik sepenuh masa di sekolah menengah
dalam mengajar muzik umum, instrumental (band dan orkestra) atau program koir.
Setelah 6 bulan, peserta yang terlibat harus menghadiri temubual yang berbeza bagi
memberi tindak balas terhadap kajian tekanan yang dihadapi oleh guru-guru muzik.

HASIL KAJIAN
Kajian ini melibatkan seramai 67 orang guru perempuan dan 36 orang guru
lelaki. Seramai 26.2% adalah guru dari K-6, 14.6% adalah dari sekolah rendah, dan 8.7%
adalah dari sekolah menengah. Guru-guru ini adalah terdiri daripada guru yang
mengajar muzik umum, koir dan instrumental. Hasil kajian ini mendapati bahawa
masalah tekanan sering kali dihadapi oleh guru lelaki. Hal ini kerana guru lelaki
terutamanya kawasan bandar lebih tertekan apabila berhadapan dengan pelajar yang
kurang minat belajar. Faktor tekanan lain adalah ketika di dalam kelas, pelajar
menunjukan sikapnya yang negatif, kemalasan, keresahan serta mengalami kekurangan
galakan daripada ibu bapa. Guru juga semakin tertekan dengan pengurusan sekolah
yang lemah, masalah disiplin pelajar, saiz kelas yang begitu ramai, lambakan tugasan
yang berpanjangan, kurangnya kerjasama dari pelajar dan guru lain serta sikap
pentadbir sekolah yang kurang berminat. Sebenarnya, pengajaran di sekolah dalam
bandar adalah lebih tertekan kerana sikap disiplin pelajar yang teruk.

PENUTUP
Kesemua masalah ini adalah berpunca dari saiz kelas yang begitu besar. Jika
bilangan pelajar dapat dihadkan dalam kumpulan yang kecil, ternyata tekanan yang
dihadapi oleh guru muzik dapat dikurangkan. Guru juga perlulah bijak menyesuaikan
serta mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas. Justeru itu, bilangan guru
muzik perlulah ditingkatkan agar dapat menampung keperluan sekolah serta sentiasa
mempertingkatkan kemahiran guru agar lebih bersedia menghadapi segala cabaran di
sekolah.

Anda mungkin juga menyukai