Anda di halaman 1dari 8

Media Pengajaran Kaedah RMB

SATU PENDEKATAN DINAMIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASAS LITERASI BAHASA MELAYU eBaTu
Set lengkap Kaedah Ransangan Membaca Bersistematik (RMB) memperkenalkan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang disusun secara sistematik, kemas dan mudah ke arah penguasaan kemahiran membaca dan menulis. Ini juga adalah selari dengan keluaran terbaru kami yang dipanggil e-BaTu. e-BaTu adalah akronim bagi Eja Baca Tulis. Pendekatan dinamik dalam pengajaran dan pembelajaran asas leterasi Bahasa Melayu ini adalah hasil daripada pengalaman, pemantauan dan perkongsian ilmu bersama guru yang dapat dirumuskan bahawa ada anak murid yang: a) Boleh eja tetapi tidak boleh membaca perkataan - mereka kenal huruf b) Boleh baca tetapi tidak boleh tulis huruf atau perkataan - mereka kenal gambar c) Boleh tulis tetapi tidak boleh baca - menyalin (copy writing) dan mereka adalah merupakan sebahagian besar yang gagal dalam saringan Linus dan terpaksa menjalani proses pembelajaran yang khusus mengikut keupayaan mereka. Modul Latihan e-BaTu disediakan untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran asas literasi. Penyediaan modul ini berasaskan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid Tahap Satu sebelum mereka melangkah ke Tahap Dua. Modul e-BaTu mengandungi set : 1. 2. 3. 4. Buku Bacaan 'Rajin Mengeja Pandai Membaca' Modul A Latihan Asas Buku Latihan e-BaTu Latihan yang disusun mengikut konstruk Media Pengajaran 1 - Carta

5.

Media Pengajaran 2 Kad Imbasan

Modul Latihan e-BaTu diperkenalkan dengan harapan dapat memberi sinar kepada guru menyusun strategi untuk memberi ilmu pengetahuan, kemahiran dan kebolehan kepada murid-murid untuk menguasai konstruk asas yang disenaraikan dalam tempoh tiga tahun pertama persekolahan disamping murid dapat meningkatkan motivasi mereka dan self-esteem daripada negative kepada positif.

1. Buku Bacaan 'Rajin Mengeja Pandai Membaca' - Buku 1 dan 2

Memperkenalkan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia secara sistematik, kemas dan mudah ke arah penguasaan kemahiran membaca dan menulis. Menguasai kemahiran abjad, vokal dan suku kata akan dapat membantu kanak-kanak membina perkataan ayat dan membolehkan mereka membaca dengan lancar dan tepat.

2. Modul Latihan A (Latihan Asas)


5 buah buku latihan disediakan dan setiap latihan disusun mengikut kemahiran; i. ii. iii. iv. v. Asas penulisan Suku kata Ejaan Pemahaman Penulisan

Setiap modul disusun mengikut kemahiran. Pembelajaran secara mastery akan dapat membantu kanak-kanak melaksakan aktiviti penulisan dengan lebih berkesan.

3. Buku Latihan e-BaTu (Latihan yang disusun mengikut konstruk)


Terdapat 3 modul latihan iaitu 12 unit pembelajaran mengikut konstruk yang mewakili pecahan kemahiran mengeja, membaca, membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat. Setiap unit pembelajaran ini disediakan gambar-gambar yang dapat menarik minat murid dan mereka dapat memahami perkataan dengan lebih jelas.

4. Media Pengajaran 1 - Carta


Menyediakan 15 keping carta suku kata.

Carta huruf kecil Carta huruf besar Carta huruf vokal Carta suku kata kv Carta suku kata kvk Carta perkataan Carta ayat

5. Media Pengajaran 2 - Kad Imbasan


Menyediakan 262 keping kad imbasan.

Huruf kecil Huruf besar Huruf vokal Suku kata kv, kvk, kvkk, diftong, digraf, vokal berganding, kad pantun, kad perkataan bergambar dan kad bacaan bergred

Produk Kaedah RMB ini sesuai digunakan oleh murid-murid Pra-sekolah, Tahun 1, Program LINUS (Literasi), Pemulihan Khas, Protim (Tahun 2) dan Probim (Sek. Menengah).

Bahan-bahan ini disediakan oleh Puan Rosmimah binti Embi ~ Guru Inovatif / JU Kebangsaan, PROTIM, RROBIM dan Pemulihan Khas.

Pesanan terus kepada :


KAEDAH RMB 44, Jalan Cempaka 14, Taman Cempaka, 68 000 Ampang, Selangor Darul Ehsan Tel : 019 272 6978 (Pn Rosmimah) 019 222 1879 (En Razali) 019 331 7404 (En Amar) Tel / Fax : 03 9285 0005 Maklumat lanjut, sila layari: http://kaedah-rmb.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai