Anda di halaman 1dari 5

Refleksi Pengajaran Makro

Pada tarikh 15/3/2017 yang lalu saya telah menjalankan satu sesi pengajaran makro dijalankan
bagi memenuhi kehendak tugasan bagi subjek Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran
(PRKA3012). Tajuk yang dipilih bagi sesi pengajaran makro ialah Organ deria dan Gerak balas
ransangan.

Kekuatan

Semasa menjalankan sesi pengajaran makro antara kekuatan yang telah saya kenalpasti ialah
kelantangan dan ketegasan suara saya. Suara saya yang lantang akan memudahkan murid-
murid saya mendengar dan ini akan mambantu kefahaman murid terhadap apa yang saya ajar
atau sampaikan.

Kelantangan suara juga dapat menunjukkan ketegasan semasa saya menyampaikan


pelajaran atau menanyakan soalan. Suara yang lantang dan tegas akan memberi kesan kepada
tumpuan dan fokus murid-murid saya. Saya dapat menarik perhatian murid-murid saya dengan
suara yang lantang. Murid-murid saya juga akan memberi perhatian dengan sepenuhnya semasa
saya mengajar di depan.. Murid-murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran
tanpa menghiraukan gangguan-gangguan yang lain. Saya tidak suka anak murid saya bercakap
semasa saya mengajar sebab ini akan mengganggu saya dan murid yang lain. Sekiranya suara
guru tidak lantang, murid-murid akan tidak dapat mendengar isi pelajaran dengan jelas. Ini akan
menyebabkan murid-murid bosan dan tidak memberi perhatian atau tidak berfokus isi pelajaran.

Seterusnya, kekuatan lain yang dapat saya kenal pasti ialah saya berjaya mengurus dan
mengawal bilik darjah dengan tersusun dan berkesan. Antara kaedah yang saya gunakan untuk
menarik perhatian murid sekiranya mereka hilang tumpuan adalah saya akan bertanyakan hello
dan murid-murid perlu menjawab hai untuk mendapatkan perhatian mereka.

Selain itu, saya juga sedar bahawa saya berupaya untuk mewujudkan komunikasi yang
berkesan dan interaksi dua hala dengan murid dengan baik. Semasa mengajar, saya
mengutarakan soalan-soalan yang sesuai dengan tahap kognitif mereka. Kemudian, semasa
membincangkan lembaran kerja, saya akan berinteraksi dengan murid dengan meminta murid
memberikan pendapat atau jawapan mereka dan bertanya kepada murid-murid lain sama ada
mereka bersetuju dengan jawapan tersebut.

Di samping itu, dari sesi pengajaran makro bersama rakan sekelas yang lepas saya telah
mempelajari bagaimana untuk membaiki keyakinan diri. Sebelum memulakan aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran (PDP), saya melakukan satu sesi ice breaking bersama murid bagi
mewujudkan rasa selesa bersama dengan murid. Ia juga membantu untuk menghilangkan rasa
gemuruh di dalam diri dan mewujudkan satu suai kenalan antara murid dan guru. Pada saya,
keyakinan diri ini adalah amat penting kerana murid hanya akan mendekati, menghormati, dan
mencontohi tindakan gurunya apabila gurunya sentiasa berkeyakinan dalam menjalankan semua
tugasannya. Kesannya, pengajaran saya berjaya dan semua murid membuat apa yang saya
minta tanpa menimbulkan sebarang masalah disiplin. Saya juga dapat memupuk semangat
kecindanan atau humor ketika bersama dengan murid.

Kelemahan

Antara kekurangan atau kelemahan yang dikenalpasti dalam sesi pengajaran makro ialah saya
mempunyai suara yang jelas tetapi mungkin ketegasan yang kurang. Sewaktu sesi menjelankan
eksperimen di dalam berkumpulan saya menghadapi kesukaran untuk mengawal murid kerana
mereka berinteraksi di dalam kumpulan dan saya hanya dapat menumpukan kepada satu
kumpulan pada satu-satu masa. Saya perlu belajar untuk menjadi lebih garang pada masa akan
datang.

Selain itu, kelemahan yang dikenalpasti ialah ketepatan masa, sewaktu sesi PdP dijalankan
saya mungkin telah terlebih menggunakan masa yang ditetapkan contohnya semasa melakukan
fasa orientasi masa yang ditetapkan di dalam rancangan pengajaran harian adalah 5 minit tetapi
saya telah menggunakan sebanyak 7 minit. Namun begitu, saya memperbaiki semula ketetapan
masa saya dengan menolak masa dari aktiviti yang lain.

Di samping itu, Antara kelemahan lain yang mungkin saya kenal pasti ialah pegerakan saya
yang terhad sewaktu mengajar. Semasa menonton semula sesi rakaman makro teaching saya
mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan adalah terhad di mana saya berfokus di hadapan
dan kurang pergerakan di belakang kelas. Sekiranya pergerakan yang berlaku adalah terhad
ianya akan menyebabkan murid mungkin hilang tumpuan di dalam kelas
Cadangan Penambahbaikan

Antara penambahbaikan yang boleh dibuat ialah melakukan pergerakan dari satu tempat ke
satu tempat, dengan kadar yang sesuai. Hal ini demikian kerana saya percaya bahawa
pergerakan yang terlampau banyak juga kurang sesuai kerana ia boleh dianggap sebagai satu
gangguan kepada murid-murid. Oleh itu, memiliki sedikit pergerakan di dalam bilik darjah nescaya
mampu menarik perhatian murid dan menyebabkan mereka fokus kepada pembelajaran tanpa
berani melakukan apa-apa perkara yang tidak berkaitan dengan pelajaran.

Seterusnya, saya perlu belajar untuk menjadi lebih tegas atau garang bagi mewujudkan rasa
takut atau hormat kepada guru tetapi masih wujud satu persefahaman antara murid dan guru.
Contohnya, walaupun saya tegas tetapi saya masih boleh mempunyai sifat humor ketika
mengajar. Dengan ini murid akan rasa selesa dan lebih menghormati guru

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan , saya telah mempelajari banyak perkara yang tidak dapat saya pelajari
dalam kuliah daripada pengajaran makro ini. Ia memberikan keyakinan diri kepada saya untuk
menjadi seorang guru yang cemerlang dan berdisiplin bagi menghadapi praktikum pada semester
depan. Oleh itu, saya berharap dapat melakukan yang terbaik sewaktu sesi praktikal pada
semester hadapan
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai