Anda di halaman 1dari 2

4.

0 Refleksi

Saya berasa bersyukur kerana mampu menyiapkan kerja kursus ini dalam
masa yang ditentukan. Sebelum memulakan kerja kursus ini, saya kurang faham
kehendak soalan tugasan ini. Manakala dengan penerangan jelas yang telah
disampaikan oleh pensyarah pembimbing subjek Bahasa Melayu Kontekstual iaitu
Encik Ibrahim bin Yusof, saya telah mendapati bahawa apa yang perlu saya
menjalankan dalam tugasan ini.Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepadanya kerana telah banyak menyumbangkan jasa dalam memberikan tunjuk
ajar sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Komitmen beliau yang tinggi dalam
memastikan setiap dari kami dapat mengikuti interaksi dengan berkesan telah
mendorong saya dan rakan-rakan untuk turut memberikan kerjasama yang
maksimum. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang sudi berkongsi dan
bertukar-tukar maklumat sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini.

Tugasan Bahasa Melayu Kontekstual merupakan tugasan yang tidak akan


saya lupakan kerana ia membolehkan saya belajar perkara-perkara penting. Melalui
tugasan ini, saya berpeluang untuk mengenali pelajar-pelajar dari unit lain dan
pergaulan dengan mereka membolehkan saya belajar tentang budaya mereka.
Contohnya, seorang rakan tamil mengajar saya tentang bahasa komunikasi mereka.
Oleh sebab tugasan ini memerlukan persembahan di atas pentas, kumpulan saya
telah mengadakan banyak kali perbincangan dan kadangkala perbincangan tidak
berlaku dengan lancar kerana masa terhad dan juga perlu menyiapkan tugasan
subjek lain pada masa yang sama. Namun begitu, kita masih dapat menyiapkan
persembahan sketsa ini dengan berjaya sekali dan mendapat tempat keempat dalam
pertandingan tersebut. Kerjasama daripada ahli-ahli kumpulan saya amat penting
dan dihargai semasa perbincangan.

Seperkara lagi, tugasan ini membolehkan saya belajar cara menggunakan


komputer untuk mengawal teknikal persembahan sketsa. Sebelum ini, saya tidak
begitu pandai dalam kemahiran teknikal tetapi melalui tugasan ini, saya mula
berminat untuk menjalankan tugas sebagai ahli teknikal. Saya berpeluang
mempelajari cara menghasilkan kesan bunyi yang unik dan menarik menggunakan
perisian Windows Movie Maker. Sepanjang persembahan sketsa, saya perlu
mengawal kesan bunyi agar persembahan menjadi lancar dan menarik. Walaupun
begitu, masalah teknikal muncul semasa persembahan. Namun setelah mendapat
bantuan daripada rakan saya, masalah tersebut dapat diselesaikan.

11
Tambahan pula,perkara yang ingin saya fokuskan dalam tugasan kerja
kursus adalah terhadap teori asas komunikasi secara kontekstual yang perlu
diaplikasikan secara lisan dan bukan lisan yang digarapkan dalam satu lingkungan
kesantunan berbahasa yang baik.Kemahiran komunikasi secara lisan dengan betul
amat perlu dikuasai agar dapat berinteraksi dengan orang lain ataupun diaplikasikan
dalam aktiviti seharian. Sebelum ini, saya tidak memahami tentang konsep laras
bahasa tetapi setelah mendapat bantuan daripada rakan, pensyarah dan kamus
perdana, saya telah mengetahui bahawa laras bahasa bermaksud kelainan bahasa
yang digunakan oleh penutur dalam kehidupan sehari-harian. Seseorang penutur
akan mengubah laras bahasa bergantung kepada situasi sesuatu peristiwa bahasa
itu berlangsung.

Secara keseluruhannya, saya mengharapkan saya mampu melakukan


perubahan dalam diri saya terutama dari segi sikap sambil lewa terhadap subjek
yang dipelajari serta lebih rajin untuk membuat latihan agar penguasaan kemahiran
komunikasi khalayak dapat dikukuhkan. Saya akan cuba memajukan diri untuk
memahami dan menguasai kemahiran ini dengan lebih mendalam memandangkan
masih banyak yang saya masih kurang jelas dalam aspek bahasa Melayu ini.
Tugasan ini secara jujurnya, menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempelajari
lebih banyak kemahiran dan pengetahuan daripada pensyarah-pensyarah yang
mempunyai banyak pengalaman di institut ini. Hal ini sekali lagi mendorong saya
untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu menjadikan setiap
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sentiasa berkesan. Semua yang telah
saya fahami dan pelajari ini akan saya ingat dan praktikkan apabila menjadi guru
kelak.

12

Anda mungkin juga menyukai