Anda di halaman 1dari 16

Dalam pengajian akademik, penetapan matlamat telah menjadi satu subjek kajian yang

menyeluruh, walaupun teori-teori berkenaan dengannya hanya muncul pada era 1960-
an. Hasil kerja Edwin Locke, seorang pakar psikologi dari Amerika Syarikat pada tahun
1966 menjadi perintis terhadap banyak kajian akademik lain berhubung dengan
penetapan matlamat dan prestasi kerja. Hasil kerja beliau telah diterima ramai sebagai
antara penyumbang utama dalam menjelaskan teori motivasi walaupun ia lebih
cenderung pada aplikasi di tempat kerja.
Kajian beliau berlegar untuk mencari penyelesaian pada persoalan bagaimana niat
seseorang dalam mencapai sesuatu boleh dihubungkaitkan dengan pencapaian
sebenar mereka? Inilah asas kepada penetapan matlamat ianya semudah
menetapkan niat untuk mencapai sesuatu. Jadi dalam kajian itu, beliau cuba mencari
hubungkait sama ada seseorang yang menetapkan sasaran untuk pencapaian yang
tinggi, adakah pencapaiannya akan lebih dari sebelumnya (yakni tanpa sebarang
sasaran)?
Dua penemuan utama yang didapati oleh beliau ialah:
Matlamat yang jelas dan spesifik adalah lebih baik dari matlamat yang kabur. Sebagai
contoh sekadar berkata Saya ingin buat yang terbaik penilaian itu atau Saya ingin
berkerja lebih kuat dari sekarang tidak begitu efektif kerana tidak jelas dan spesifik. apa
yang dimaksudkan dengan terbaik dan berkerja lebih kuat? Adalah lebih baik untuk
anda berkata Saya ingin capai markah 90% dalam penilaian itu atau Saya ingin
bekerja 2 jam lebih dari sekarang.
Matlamat yang sukar adalah lebih baik dari matlamat yang mudah. Ini kerana kita akan
lebih bermotivasi untuk mencapai matlamat yang sukar. Pencapaian matlamat itu juga
akan menjadi lebih bermakna. Sebagai contoh, jika anda teringin masak makan yang
sedap, menetapkan matlamat untuk masak ikan asam pedas contohnya, adalah lebih
bermakna dari hanya masak Mee Segera Perisa Asam Laksa kerana ikan asam pedas
lebih sukar dimasak tetapi anda puas dengan nikmat hidangan itu.
Dua penemuan utama Edwin Locke ini merintis jalan kepada beberapa penemuan lain
yang dilakukan oleh beliau dan juga pengkaji-pengkaji lain seperti Dr. Gary Latham
selepas itu. Beberapa konsep berkaitan seperti komitmen terhadap matlamat, maklum
balas terhadap prestasi dan hasil kerja, dan tahap kesukaran tugas telah mengukuhkan
teori penetapan ramai sehingga ianya diterima umum sehingga kini. Menerusi
penemuan merekalah muncul konsep mudah diingat iaitu SMART dalam penetapan
matlamat. Matlamat SMART, yang mana telah saya jelaskan dalam artikel sebelum ini,
memastikan factor-faktor yang mendorong atau menjejaskan prestasi dapat diambil kira
sebelum matlamat ditetapkan.
Jadi bagaimana maklumat ini membantu anda dalam menetapkan dan mencapai
matlamat?
Seperti yang telah dijelaskan, tetapkanlah matlamat anda supaya ia jelas dan spesifik.
Jika matlamat anda kabur cuba telitikannya supaya ada titik rujukan dan cara untuk
mengukur kemajuannya.
Selain itu anda perlu tambah tahap kesukaran matlamat itu supaya kebolehan anda
berkembang dengan pencapaian itu. Ingatlah bahawa anda tidak akan maju selagi tidak
menolak diri anda melakukan lebih dari apa yang biasa. Kerja yang sukar akan menjadi
lebih mudah apabila kerap dilakukan dan saya pasti jika matlamat itu bernilai buat anda,
anda akan dapat menikmati rasa manis kejayaannya.
Semoga berjaya mencapai kejayaan.
Penetapan matlamat ialah satu kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai kerana ia sama
penting seperti kemahiran membaca, menulis dan mengira, iaitu kemahiran asas yang diperkenalkan kepada
anak-anak kita yang masih kecil.
Penetapan metlamat jangka panjang dan jangka pendek yang jelas membolehkan anda untuk
mengukur tahap kemajuan anda dan mencapai kepuasan peribadi apabila anda telah berjaya mencapai
matlamat anda kelak.
Matlamat yang jelas dan spesifik adalah lebih baik dari matlamat yang mudah.
Penepatan maklumat jangka panjang dan jangka pendek yang jelas membolehkan anda untuk
mengukur tahap kemajuan anda dan mencapai kepuasan peribadi apabila anda telah berjaya mencapai
matlamat anda kelak.

Kepentingan Pengurusan Masa

1. Sebagai alat mencapai matlamat


2. Dapat menggunakan masa secara optimum
3. Menghindari masalah stress atau tekanan
4. Mencapai kepuasan diri
5. Menghindari kebimbangan
6. Memberikan motivasi
7.
Langkah-Langkah Penghayatan
1. Perancangan jadual belajar
2. Menyediakan jadual belajar
3. Peningkatan produktiviti
4. Pengukuran prestasi

Dalam blog yang lalu , berbagai rukun telah anda mahiri. Ini
termasuk rukun penarikan, rukun keirasan, rukun keyakinan dan
sebagainya. Cara terbaik untuk menggunakan semua rukun ini ialah
dengan menetapkan satu matlamat hidup. Matlamat membolehkan anda
mempersepadukan diri anda dengan semua rukun sejagat dn
membolehkan rukun-rukun ini membantu anda mencapai kejayaan.
Kajian pada individu yang berbeza tidak lari dari keupayaan
dirinya membentuk matlamat hidup. Sayang sekali, kita dapati
tidak sampai 5% orang yang membentuk matlamat hidup. Ada orang
menyatakan, individu yang tidak mempunyai matlamat hidup akan
tetap bekerja untuk individu yang mempunyai matlamat hidup.

Maka, keupayaan membina matlamat hidup serta keupayaan mengatur strategi tindakan
adalah teknik yang terpenting dalam menentukan keupayaan seseorang untuk berjaya.
Jika anda belajar cara mengatasi matlamat hidup untuk setiap masalah yang dihadapi, ia
akan mecetuskan komponen penjana matlamat hidup. Komponen ini akan memimpin
anda menuju ke matlamat hidup anda. Ia juga memimpin matlamat hidup bergerak
menuju anda. Ia menjadi suatu penggerak yang memastikan diri anda mencapai matlamat
hidup anda. Setiap insan mempunyai suatu komponen kegagalan yang dipanggil zon
keselesaan. Kebanyakan orang gagal menghidupkan potensi dirinya kerana mereka
terkongkong oleh komponen kegagalan. Bila anda membentuk matlamat hidup , anda
mencetuskan daya perjuangan yang positif. Matlamat hidup yang nyata membolehkan
anda membebaskan diri dari kongkongan zon keselesaan. Mengapakah seseorang tidak
membentukka matlamat hidupnya? Ini kerana dirinya tidak tahu pentingnya matlamat
hidup. Tidak ada seseorang yang mengajar kita tentang matlamat hidup waktu kecil dan
kita tidak tahu mengapa perlu mendirikan matlamat hidup. Kedua , ramai orang tidak
tahu cara mendirikan matlamat hidup. Ilmu mendirikan matlamat hidup tidak pernah
diperkenalkan oleh sistem pendidikan sekular di sekolah. Pelajar juga tidak diajar cara
bagaimana hendak mencapai matlamat hidup mereka.

Ketiga, kerana takut dibantah oleh orang lain. Jika kita tidak mendirikan matlamat hidup,
kita tidak akan dikritik oleh orang lain. Kami akan mengenepikan rasa takut gagal
mencapai matlamat.

Keempat , kerana takut diri akan gagal. Kebanyakan orang dewasa gagal kerana diri
mereka mempunyai ketakutan tentang gagal. Mereka rasa, saya tidak boleh, Saya akan
membuang masa dan duit, Setiap kali peluang kejayaan datang, juga akan timbul
kemungkinan untuk gagal. Sebenarnya, semakin banyak kegagalan ,semakin banyak
anda manfaat dan belajar darinya. Ini juga bermaksud semakin mudah untuk anda
mencapai prestasi yang anda hajatkan.

Lima syarat penetapan matlamat hidup.

Pertama : seseorang hendaklah mempunyai kesedaran bahawa perubahan merupakan


syarat penting dalam hidup. Perubahan adalah satu peringkat dalam pembangunan dan
perkembangan diri. Seseorang yang enggan membangun juga enggan mengubah dirinya.
Sememangnya, perubahan sentiasa menakutkan. Ini dikenal sebagai situasi keutuhan diri.
Seseorang terus cenderung untuk melindung zon keselesaan dirinya. Tetapi , bila
perubahan dijalankan berlandaskan matlamat hidup yang nyata, rasa ketakutan tidak akan
wujud. Bila kita dapat mengawal perubahan hidup, kita akan rasa yakin untuk mengawal
hala tuju hidup. Ini adalah kunci kejayaan kita. Kunci kedua ialah mengesan aspek
kecemerlangan. Ini kerana setiap orang mempunyai keistimewaan tersendiri dan
membolehkan anda mencapai kejayaan luarbiasa. Anda boleh mengesan aspek
kecemerlangan berdasarkan tiga pendekatan berikut. Pertama , perhatian anda , Apakah
perkara yang paling menarik perhatian anda ?

Kedua, minat anda ? Apakah bidang yang paling menarik minat anda ?

Ketiga , penerapan anda ? Bidang apa yang paling mudah anda fahami ?

Ketiga-tiga perkara di atas merupakan faktor yang paling penting dalam usaha mengenal
kekuatan dan kecenderungan anda.

Seterusnya, anda perlu mengenal lombong intan hidup anda. Setiap peluang sering
tersirat di sebalik kerja yang berat. Anda perlu mencurahkan tenaga dan usaha yang gigih
untuk mengesan lombong tersebut. Sekarang, lihatlah pada bawah tapak kaki anda dan
kesan lombong intan anda. Anda akan temui bakat keunikan sebagai bidang
kecemerlangan anda.

Keempat , kekalkan matlamat hidup yang seimbang. Terdapat tiga haluan yang
seimbang. Yang pertama , anda perlu matlamat peribadi dan matlamat keluarga. Ini
merupakan jawapan kepada semua kemuskilan hidup. Ia menjelaskan sebab anda hendak
hidup. Kedua, anda perlu matlamat hidup kerjaya. Ini adalah matlamat mencari wang,
cara mana dapat meningkatkan produktiviti kerja. Ketiga , anda perlu matlamat
pembangunan diri untuk bersiap sedia dengan masa depan yang lebih mencabar. Ia
adalah suatu peralatan matlamat hidup. Kelima , mahu membentuk misi hidup yang
nyata. Terlebih dahulu, pilih satu matlamat hidup yang paling penting pada anda.
Matlamat hidup ini perlulah suatu yang dapat anda kawal. Ia mestilah jelas dan dapat
dilihat, dapat dicapai dan diperolehi. Akhir sekali, anda perlu matlamat hidup jangka
panjang dan matlamat hidup jangka pendek. Jangka pendek merujuk pada tempoh 90 hari
manakala jangka panjang mengambil masa dua ke tiga tahun. Misi hidup anda perlulah
dua ke tiga tahun. Kemudian , bahagikan misi anda kepada beberapa peringkat mengikut
julat tiga bulan setiap peringkat.

Seterusnya, anda perlu menjawa tujuh soalan berikut demi membantu anda membentuk
dan memastikan matlamat hidup diri sendiri.

Soalan yang pertama : Sebutkan lima perkara yang paling bernilai dalam hidup anda

Sila tuliskan lima perkara tersebut mengikut turutan keutamaan. Ini kerana nilai diri anda
hanya akan tercetus bila matlamat hidup anda sejajar dengan nilai diri anda. orang yang
berjaya sentiasa tahu nilai diri mereka dan mereka sentiasa bertanya , Apakah nilai
hidup saya.

apa yang saya percaya. Ini penting untuk menyelaraskan kuasa luar dengan kuasa
dalaman.

Soalan kedua , tuliskan tiga matlamat hidup yang paling penting dalam hidup.Anda
diminta menulisnya dalam tempoh 30 saat. Dalam masa yang terhad ini, Minda Separa
Sedar akan mengeluarkan tiga perkara yang kini melanda diri anda sebagai perkara yang
penting. Ini adalah satu soalan yang sangat membawa perangsang. Tanyakanlah soalan ini
kepada rakan-rakan anda yang lain untuk membantu mereka mengenal diri sendiri.

Soalan ketiga, jika doktor anda memberitahu anda hanya ada lagi sisa hidup 60 hari
sahaja. Bagaimana cara anda hendak menghabiskan 60 hari ini? Apakah yang anda
hendak lakukan? Soalan ini akan membawa diri anda kembali ke nilai diri yang paling
asasi. Ia akan memberitahu anda nilai hidup yang sebenar. Bandingkan cara hidup anda
sekarang dengan corak hidup hidup 60 hari tersebut. Ingat, anda tidak akan tahu bilakah
60 hari yang terakhir.

Soalan keempat , Jika anda berjaya mendapat loteri 100 juta. Bagaimanakah anda hendak
mengubah cara hidup anda ? Apakah cara anda mengerjakan tugasan anda ? Juga tanya
jika anda mempunyai masa dan kekayaan yang secukupnya, apakah cara anda mengurus
hidup sendiri? Yang penting , anda perlu tetapkan satu matlamat, aturkan perancangan,
mengorak langkah dan terus maju ke depan. Mungkin anda tidak akan mencapai
matlamat hidup secepat seorang jutawan, tapi yang pastinya, anda akan mencapainya.
Soalan ini membantu anda membebaskan diri anda dari kongkongan minda sendiri.
Soalan kelima , apakah perkara yang anda hendak buat tetapi anda takut melakukannya.
Tuliskan semua perkara yang anda fikirkan pada sekping kertas. Soalan ini memberitahu
anda penghalang utama yang menyekat kemajuan dan potensi diri anda. Apakah had
keyakinan diri anda.

Soalan keenam , apakah aktiviti hidup yang membuatkan anda merasa diri sebagai
seorang yang penting dan berharga. Ini adalah cara mengesan aspek kecemerlangan diri
sendiri. Ini kerana , hanya kalau anda merasa kerja anda penting, anda boleh mengecapi
kecemerlangan.

Soalan ketujuh , jika anda tahu anda tidak akan kalah, apakah impian teragung yang anda
hendak laksanakan? Yang penting sekali, anda perlu tahu sejauhmanakah anda hajatkan
impian ini menjadi kenyataan. Adakah anda sudi berkorban untuk mencapainya. Selagi
anda mempunyai hajat yang tinggi dan sudi berkorban untuk mencapainya, anda pasti
akan berjaya.

Tujuan kita menanya soalan tadi ialah untuk membolehkan anda mengesan matlamat
hidup hidup diri sendiri dengan jelas dan nyata. Saya cadangkan anda menanya semua
soalan ini setiap hari sehingga anda dapat menjawab dengan jelas dan penuh keyakinan.

bstrak
Jika dilihat di dalam konteks pendidikan di Malaysia, penyelidikan dan kajian tentang
kecerdasan emosi masih kurang dilakukan. Pembelajaran sosial dan emosi dalam
kurikulum di sekolah-sekolah Malaysia dilaksanakan secara tidak langsung dan ia tidak
dijadikan sebagai satu subjek atau perkara yang khas (Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia 1983).Pada kebiasaannya, beberapa andaian wujud di
mana kemahiran-kemahiran sedemikian diperoleh oleh para pelajar melalui kurikulum
terselindung yang disampaikan oleh guru-guru secara tidak langsung. Namun, terdapat
beberapa mata pelajaran seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral yang dijadikan
subjek utama bagi memenuhi perkembangan yang berkesan pelajar-pelajar di Malaysia.
Tiga unsur yang akan diberikan keutamaan di dalam tugasan ini meliputi aspek intelek,
emosi dan rohani. Aspek intelek dilihat melalui konteks pencapaian akademik yang
merangkumi kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira, sentiasa berusaha
meningkatkan ilmu pengetahuan, mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan kritis
supaya mampu menghasilkan idea-idea yang bernas. Emosi pula adalah di dalam bentuk
pengukuran kecerdasan emosi, iaitu dari aspek mempunyai perasaan yang tenang dan
berfikiran waras. Aspek rohani dan jasmani dari segi tingkahlaku yang menekankan
tingkahlaku yang terkawal serta memiliki dan memupuk kasih sayang (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1992)

Bahagian A: Kepentingan Emotional Quotient (EQ) atau


Kecerdasan Emosi dalam pengajaran
Pendidikan Moral

1.1 Pengenalan
Dalam penghidupan, seseorang individu perlu melalui berbagai proses perkembangan
sehingga kematangan bagi mencapai matlamat modal insan menyeluruh. Salah satu
proses yang dialami ialah proses perkembangan moral. Mengikut Berk (1989), proses
perkembangan moral melibatkan tiga komponen kendiri moral individu. Beliau
menyenaraikan komponen-komponen tersebut sebagai penaakulan moral (moral
reasoning), emosi moral (moral feelings) dan tingkah laku moral (moral behavior).
Ketiga-tiga komponen tersebut adalah berbeza tetapi saling berkait.
Penaakulan moral dan emosi moral mempengaruhi tingkah laku moral individu. Dalam
usaha melahirkan insan yang bermoral, Pendidikan Moral memainkan peranan yang
penting untuk melahirkan modal insan menyeluruh yang dikehendaki. Pendidikan Moral
telah diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran formal dalam kurikulum Baru Sekolah
Rendah pada tahun 1983 kepada semua pelajar bukan Islam di darjah satu. Pelajar
tingkatan satu mula belajar Pendidikan Moral pada tahun 1989. Pendidikan Moral juga
mula bertaraf mata pelajaran peperiksaan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia mulai
tahun 1993.
Faktor kecerdasan emosi dilihat sebagai faktor yang mempengaruhi pembelajaran
seseorang pelajar. Justeru itu ia akan membawa implikasi terhadap pencapaian akademik
mereka. Statidtik menyatakan bahawa pencapaian akademik yang cemerlang sering
dikaitkan dengan kecerdasan pelajar yang tinggi sedangkan aspek emosi tidak diberikan
penekanan sewajarnya. Walau bagaimanapun, ahli psikologi telah menyedari akan
kepentingan peranan kecerdasan emosi pelajar dalam menjayakan pencapaian akademik
mereka.

1.2 Definisi Kecerdasan Emosi (EQ)


Istilah emotional intelligence (EQ) mula-mula sekali digunakan pada tahun 1990 oleh
ahli psikologi iaitu Peter Salovey (Universiti Harvard) dan John Mayer (Universiti New
Hampshire). Ia digunakan bagi menjelaskan kualiti-kualiti diri khusus yang terdapat pada
emosi yang penting supaya seseorang dapat mencapai kejayaan.
Lima tahun selepas itu, Daniel Goleman (1995) mempopularkan EQ dalam bukunya
Emotional Intelligence dan sekali gus berjaya membangkitkan kesedaran orang ramai
berkenaan konsep ini yang bermula dengan implikasinya ke atas mendidik kanak-kanak
sehinggalah kepentingannya di tempat kerja dan hampir dalam semua interaksi manusia.
Seandainya seseorang berkebolehan mengenal perasaan atau emosi apabila ia timbul,
beliau dikatakan mempunyai sedikit kesedaran kendiri dan seterusnya kecerdasan emosi.
Sekiranya seseorang dapat mengenali perasaan atau emosi secara mendalam, beliau
berasa lebih mudah menjalani kehidupannya.
Seperti aspek lain dalam kehidupan, kecerdasan emosi mempunyai peranan yang besar
dalam bidang pendidikan. Hakikatnya kecerdasan emosi menjadi pendukung kepada
kecerdasan intelek dalam menjamin kualiti produk yang dihasilkan. Apabila diperhalusi
dalam segala aspek pendidikan sama pendidikan secara umum, pendidikan kanak-kanak,
pendidikan orang dewasa apatah lagi pendidikan tinggi menekan aspek kecerdasan emosi
sama ada dalam pembentukan dan perlaksanaan kurikulum ataupun dalam aspek
pembangunan profesionalisme pendidiknya.
Ramai sarjana berpendapat istilah emosi sukar hendak diterjemahkan ia adalah milik
peribadi seseorang. Sebagai manusia biasa, kita pasti tidak lari daripada melakukan
kesalahan dan ini disebabkan tahap pemahaman diri seseorang itu begitu rendah ketika
cuba memahami maksud yang ingin disampaikan oleh rakan dan kenalan.
Emosi atau perasaan sebagai salah satu unsur yang terdapat pada manusia yang menjadi
subjek tumpuan dalam disiplin psikologi kognitif dan tingkah laku yang dikaji dalam
disiplin psikologi oleh Freud, Rogers, Maslow, dan Gardner yang terlebih dahulu
mengkaji fenomena emosi manusia yang diterjemah menerusi pelbagai teori dan model
mereka. Justeru itu, tidak hairanlah menurut sebuah klise yang diungkapkan oleh Plato
iaitu emosi hanya dimiliki oleh manusia, namun tidak semua manusia memiliki
kemanusiaan.
Apabila kecerdasan emosi mula-mula diperkenalkan kepada dunia banyak sarjana dan
pemikir yang mempersoalkan berkenaan keperluan dan signifikannya kepada kepintaran
manusia. Hal ini kerana, kepintaran menurut pandangan mereka merujuk kepada
kepintaran kognitif yang menggunaan simbol IQ. Namun selepas beberapa tahun ia
diperkenalkan secara giat dan komprehensif oleh sarjana-sarjana psikologi daripada
sekolah-sekolah psikologi ternama seperti Havard dan Yale, kepintaran emosi menjadi
kesedaran dan momentum baru kepada mana-mana individu, institusi dan masyarakat
seluruh dunia. Justeru itu, kepintaran tidak lagi menjadi faktor dominan sebagai penentu
penentu kepintaran manusia. Manusia pintar dan bijaksana dalam dekad ini bukan sahaja
memiliki IQ yang tinggi malah EQ yang tinggi.

1.3 Kepentingan Emotional Quotient (EQ) atau kecerdasan emosi


dalam pengajaran Pendidikan Moral
Selama ini, ramai yang menganggap bahawa jika seseorang individu itu memiliki tingkat
kecerdasan intelektual yang tinggi, maka individu itu akan memiliki peluang untuk
meraih kejayaan yang lebih baik berbanding dengan yang lain. Bagaimanapun, terdapat
banyak kes di mana seseorang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi
tersisih daripada orang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang lebih rendah.
Ini membuktikan bahawa kecerdasan intelektual yang tinggi tidak menjamin seseorang
itu akan meraih kejayaan dalam hidupnya.
Sebaliknya, kecerdasan emosi didapati dapat mengurangkan jurang penyisihan ini.
Kecerdasan emosi boleh dikembangkan seumur hidup melalui proses pembelajaran.
Kecerdasan emosi lahir seiring dengan pertumbuhan seseorang individu sejak lahir
sehinggalah beliau meninggal dunia. Pertumbuhan kecerdasan emosi dipengaruhi oleh
keluarga, lingkungan persekitaran dan contoh-contoh pengalaman yang diperolehi
seseorang sejak lahir dari kedua ibu bapanya. Kecerdasan emosi mempunyai kaitan
dengan pelbagai aspek yang dirasakan semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia
yang semakin moden dan maju kini. Sebaliknya, kecerdasan emosi didapati dapat
mengurangkan jurang penyisihan ini. Kecerdasan emosi boleh dikembangkan seumur
hidup melalui proses pembelajaran. Kecerdasan emosi lahir seiring dengan pertumbuhan
seseorang individu sejak lahir sehinggalah beliau meninggal dunia. Pertumbuhan
kecerdasan emosi dipengaruhi oleh keluarga, lingkungan persekitaran dan contoh-contoh
pengalaman yang diperolehi seseorang sejak lahir dari kedua ibu bapanya. Kecerdasan
emosi mempunyai kaitan dengan pelbagai aspek yang dirasakan semakin sukar dilihat
dalam kehidupan manusia yang semakin moden dan maju kini.
Matlamat Pendidikan Moral untuk sekolah rendah ialah membentuk insan yang berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah kehormonian dan kestabilan
negara serta masyarakat global.
Antara objektif-objektif Pendidikan Moral untuk sekolah rendah ialah:
1. memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia
2. Meningkatkan amalan budi pekerti mulia
3. Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi
mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat,
negara serta alam sekitar.
4. Mengembangkan dan mengaplikasi pemikiran moral, perasaan moral dan perlakuan
moral dalam membuat sesuatu pilihan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai
murni masyarakat Malaysia.

Selain itu, Pendidikan Moral juga merupakan satu cara untuk menghasilkan insan
bermoral. Insan bermoral hendaklah mempunyai tiga komponen berikut:

Bil. Komponen : Perkara

a. Kandungan Peraturan masyarakat Keperibadian mulia

b. Bentuk Etika pinsip Etika situasi

c. Dimensi Penaakulan Emosi Tingkah laku

Seseorang insan bermoral adalah seseorang yang memahami keperluan untuk peraturan
dalam masyarakat tetapi tidaklah pula mematuhi tanpa berfikir.
Antara empat kepentingan Emotional Quotient (EQ) atau kecerdasan emosi dalam
pengajaran Pendidikan Moral berdasarkan aspek-aspek berikut:
Kesedaran kendiri
Mengendalikan emosi
Penentuan matlamat
Kemahiran bersosial

1.3.1 Kesedaran Kendiri


Kesedaran kendiri ialah kebolehan mengenal pasti, mengakui dan mengiktiraf perasaan
dan memahami mengapa perasaan itu wujud. Tanpa kesedaran kendiri, bermakna
individu itu boleh bertindak balas dengan persekitaran tetapi tidak mampu membina
makna hasil daripada tindakan dan reaksi itu. Dalam dunia pendidikan, tidak dapat
dinafikan para pelajar mahu ataupun tidak terpaksa berdepan dengan pelbagai permintaan
dan harapan mereka semenjak mereka mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan
sehinggalah ke peringkat pendidikan tinggi.
Peperiksaan, ujian, kerja rumah, tugasan, kuiz, pertindihan jadual waktu, kekurangan
guru, kesibukan ibu bapa dan sikap guru adalah antara perkara yang menyumbang kepada
ketidakstabilan emosi di kalangan pelajar semasa pengajaran Pendidikan Moral. Tekanan
itu ditambahkan lagi dengan adanya masalah kewangan, keluarga, rakan-rakan, dan
masalah di bilik darjah. Keadaan ini menyebabkan pelajar menjadi tertekan, mengalami
gangguan tidur, kekurangan zat makanan, murung sehingga mereka boleh sampai ke
tahap mengalami masalah tingkah laku seperti vandalisme, merokok, ketagihan dadah
dan lain-lain lagi.
Bagi pelajar yang mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi, mereka berkebolehan dan
berkemampuan menangani ketidakstabilan emosi berpunca daripada tekanan itu dengan
positif seterusnya berjaya mengurusnya dengan baik. Seharusnya pelajar mengetahui dan
memahami punca tekanan emosi yang mereka hadapi bagi membolehkannya mencari
jalan bagi menanganinya.
Seseorang guru Pendidikan Moral seharusnya sentiasa memelihara kestabilan emosi
pelajar melalui kesediaan mereka dalam menerima dan mendengar keluhan dan masalah
yang dihadapi oleh para pelajar. Akan timbul ketidakadilan apabila para pendidik hanya
melayan para pelajar yang sering dan pandai mengemukakan soalan dan idea serta
berkeupayaan berkomunikasi dengan berkesan berbanding pelajar yang gugup, tidak
pernah mengeluarkan idea serta pasif.
Dengan mempunyai latihan tentang kesedaran kendiri yang tinggi akan membolehkan
pelajar mengemuka idea dan soalan dengan berkeyakinan hasil daripada kesedaran
kendiri yang tinggi yang sudah tentu bukan senang untuk diperoleh oleh semua pelajar.
Anjakan paradigma di kalangan guru diperlukan di mana mereka harus sedar dan
memahami pelajar, yakni semua pelajar haruslah dilayan dengan penuh bijaksana bagi
melahirkan kesedaran kendiri yang tinggi dalam diri mereka. Misalnya pelajar yang tidak
pernah bertanya dan tidak pernah mengeluarkan idea, pandangan dan soalan haruslah
juga mendapat perhatian daripada guru, apabila, apabila mereka tidak bertanya, guru
haruslah memulakan pertanyaan. Apabila mereka tidak pernah mengeluarkan idea dan
pandangan, rangsang mereka melalaui pelbagai kaedah sehingga mereka mampu
mengeluarkan idea dan pandangan.

1.3.2 Mengendalikan Emosi


Kemahiran mengendalikan emosi adalah salah satu elemen penting dalam menentukan
kejayaan dalam kehidupan. Perasaan seperti tertekan, murung, dan sedih harus
dikendalikan dan diuruskan dengan bijaksana terutamanya di kalangan para pelajar yang
sentiasa berdepan dengan pelbagai masalah dan tekanan emosi terutamanya apabila
menjelang peperiksaan.
Tidak dinafikan pelajar yang mempunyai kecerdasan intelek yang tinggi mampu
menandingi kecemerlangan dan kejayaan pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan
intelek yang sederhana tetapi mempunyai kemahiran mengendalikan emosinya dengan
baik.
Dalam konteks ini, konsep kejayaan harus diperhalusi. Biasanya masyarakat mengukur
kejayaan seseorang melalui pencapaian pelajar dalam bidang akademik. Sedangkan pada
hakikatnya, kejayaan seseorang harus diukur daripada sudut akademik dan juga bukan
akademik.
Dalam konteks Pendidikan Moral, seseorang guru haruslah melatih pelajar mengawal dan
mengendalikan emosi dengan bijaksana. Peranan guru dan pihak pengurusan sekolah
harus menyedari kepentingan kaedah dan teknik menggendalikan emosi terutamanya
apabila berurusan dengan pelajar.
Seseorang guru boleh membimbing pelajar menyedari dan memahami keadaan dan
situasi apabila dalam keadaan marah, sedih, dan tertekan. Dengan cara ini seseorang
pelajar dapat mengawal dan memantau emosinya dengan baik. Sekiranya dia dalam
keadaan sedih, dia akan berusaha mengembalikan keceriaanya dengan berbual-bual
dengan rakan-rakannya. Sebaliknya jika dia tidak mampu memantau emosi sedihnya, dia
akan berada dalam keadaan murung dan keadaan ini akan menyebabkan kesihatan
mentalnya terganggu. Kesihatan yang terganggu menyebabkan perubahan tingkah laku
daripada normal kepada abnormal seperti ponteng sekolah, tidak menyiapkan tugasan,
dan bersikap pendiam.

1.3.3 Empati
Empati ialah kebolehan menyedari dan memahami perasaan orang lain. Ini bermakna,
individu yang mempunyai empati, dapat mengenali dan memahami perasaan orang lain
sama ada dinyatakan oleh orang itu ataupun tidak. Integrasi antara komunikasi verbal dan
non-verbal dengan persekitaran dan situasi adalah kaedah yang digunakan bagi
menerbitkan empati dalam diri kita.
Bagi pelajar, empati membolehkan mereka mengenali dan memahami keadaan dan situasi
terlebih dahulu sebelum memulakan tindakan terutamanya apabila tindakan yang diambil
itu berkait secara langsung dengan guru atau pihak sekolah.
Sebagai contoh, seseorang pelajar yang mempunyai empati mengambil kira masa yang
paling sesuai untuk berbincang dengan guru berkenaan tugasan yang tidak dapat
disempurnakan dalam masa yang ditentukan. Ini dapat memastikan dia tidak dimarahi
ataupun digagalkan oleh gurunya.
Dalam konteks ini, seseorang guru Pendidikan Moral harus memainkan peranan penting
dalam usaha membina empati di kalangan pelajar. Guru harus menyediakan pengalaman
pembelajaran yang mampu meningkatkan empati di kalangan pelajar melalui pelbagai
kaedah seperti melatih pelajar kemahiran mendengar, mengaitkan pengajaran dan
pembelajaran dengan keadaan semasa dan seterusnya elemen empati merentasi mata
pelajaran yang diajar.

1.3.4 Kemahiran bersosial


Kesedaran kendiri, mengendali emosi, empati, pemantauan diri, dan penentuan matlamat
akademik dan diri adalah elemen yang menjadi penggerak dalam membangun dan
membina kemahiran bersosial dalam diri individu. Dalam dunia pendidikan terutamanya,
kemahiran bersosial adalah salah satu agenda utamanya sama ada diterjemahkan dalam
kurikulum itu sendiri ataupun tersirat dalam kurikulum yang tersembunyi.
Sehingga ke hari ini, pendidikan memainkan peranan dalm menjana semangat perpaduan,
cintakan negara dan memupuk semangat dan nilai toleransi di kalangan kanak-kanak dan
remaja yang satu hari nanti menjadi harapan negara untuk membentuk dan membawa
negara ke arah yang lebih progresif. Oleh itu, metodologi pengajaran dan pembelajaran
dalam pendidikan sentiasa menekankan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
berupaya membina kemahiran bersosial dikalangan pelajar. Contohnya, kaedah
perbincangan dan kerja lapangan dijalankan secara berkumpulan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, para guru seharusnya sentiasa
menggalakkan para pelajar berinteraksi dan bergaul dengan semua peringkat warga
sekolah di samping memantau teknik dan kaedah yang digunakan oleh pelajar supaya
teknik bersosial yang dipelajari dan diamalkan oleh pelajar memenuhi nilai dan ciri sosial
peradaban ketimuran.
Antara objektif yang ingin dicapai ialah membangunkan elemen dalam kecerdasan emosi
seperti nilai hidup bermasyarakat, mahir berkomunikasi dalam pelbagai bahasa,
penghargaan budaya pelbagai etnik, nilai bermasyarakat, akhlak dan etika yang
berasaskan agama dan moral yang tinggi, kemahiran berfikir dan sebagainya.

1.4 Kesimpulan
Kesimpulannya, pendidik bukan sahaja mengetahui elemen kecerdasan moral malah
mereka juga harus menyedari, memahami dan mengimplementasikan elemen itu dalam
semua mata pelajaran yang diajar. Elemen kecerdasan emosi ini bukan sahaja digunakan
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sahaja tetapi yang penting sekali adalah
sewaktu berinteraksi dengan pelajar. Pendidik harus bijaksana dalam memastikan elemen
ini diaplikasikan dan dalam masa yang sama mempu mengerakkan pelajar dalam
kecemerlangan akademik dan pembangunan diri para pelajar.

Bahagian B : Emotional Quotient (EQ) atau Kecerdasan


Emosi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral

2.1 Pendahuluan
Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang hidup dalam suasana yang
aman dan harmoni. Pendidikan dilihat sebagai satu medium yang penting kepada
pencapaian elemen-elemen tersebut. Untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian ini
akan sentiasa berterusan, faktor emosi perlulah dikawal dan dijaga sentiasa. Kecerdasan
emosi pelbagai kaum hendaklah sentiasa diberi penekanan dan dikawal dari kecil lagi.
Begitu juga perbezaan antara gender iaitu lelaki dan perempuan. Melalui proses
pengajaran dan pembelajaran yang terancang maka matlamat tersebut akan tercapai.
Pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Moral adalah berasaskan aktiviti yang
memerlukan penglibatan murid secara aktif. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran
dan pembelajaran supaya aktiviti di bilik darjah berjalan lancar.

2.2 Cara untuk memasukkan Emotional Quotient (EQ) atau


kecerdasan emosi semasa proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh diaplikasikan guru dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral seperti pembelajaran aktif, pembelajaran koperatif,
pembelajaran secara kontekstual, pengaplikasian kecerdasan pelbagai, kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif dan Theory of Constraints (TOC). Guru digalakkan
menggabungkan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah menarik dan berkesan.
Antara cara kecerdasan emosi diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral adalah seperti beberapa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
bawah:
2.2.1 Aktiviti 1
Dalam sesi pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral untuk kelas Tahun 2 yang
bertajuk Undang-undang Jalan Raya Kita Patuhi boleh dikaitkan dengan pembelajaran
kontekstual.
Sesi pengajaran selama 30 minit di mana objektifnya menekan kepentingan mematuhi
undang-undang jalan raya; dan bertimbang rasa dan bersopan di jalan raya boleh
dikaitkan dengan pengalaman murid berkaitan kesedaran mematuhi undang-undang jalan
raya sebagai pengetahuan sedia ada.
Secara berpasangan, murid diminta berbincang tentang isi pelajaran ini berdasarkan
gambar kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dan juga beberapa tanda
isyarat jalan raya yang dipamerkan oleh guru.
Melalui aktiviti perbincangan ini boleh membantu murid meningkatkan kesedaran kendiri
dengan mengemukakan soalan dan idea serta berkeupayaan melatih mereka
berkomunikasi dengan baik melalui sesi pelaporan hasil perbincangan. Guru haruslah
memberikan peluang yang adil kepada semua murid untuk mengemukakan pendapat
mereka di samping menggalakkan murid yang pasif di dalam kelas berinteraksi bagi
menanam rasa yakin dalam diri mereka. Guru haruslah bijak merangsang murid dengan
pelbagai kaedah sehingga mereka mampu mengeluarkan idea dan pandangan. Kesannya
murid akan lebih bermotivasi dalam pembelajaran mereka dan membantu pencapaian
akademik yang lebih baik.

2.2.2 Aktiviti 2
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral Tahun 2 yang bertajuk
Bertoleransi dalam Persahabatan yang boleh dikaitkan dengan pembelajaran kemahiran
berfikir.
Sesi pengajaran selama 30 minit dan objektif yang hendak dicapai ialah murid dapat
menyenaraikan kesan bersikap bertoleransi dalam persahabatan. Dari segi pengetahuan
sedia ada murid, mereka selalu berada dalam keadaan yang tegang terutamanya semasa
menjalinkan perhubungan bersama-sama rakan-rakan setiap hari.
Aktiviti bersoal jawab berkaitan pantun berkaitan toleransi dalam persahabatan boleh
menimbulkan permasalahan hendak disampaikan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran tersebut. Berdasarkan pantun tersebut, guru bersoal jawab memandu murid
memahami maksud berkaitan toleransi yang terkandung iaitu sikap berbaik-baik,
bermusuh dan sebagainya.
Kemudian murid-murid dibahagikan kepada empat pasangan murid dan berdasarkan kad
dialog pasangan 1 menjalankan aktiviti simulasi dalam keadaan tegang dan tidak
bertoleransi. Pasangan 2 menjalankan aktiviti simulasi dalam keadaan tenang dan
bertoleransi. Pasangan 3 menjalankan aktiviti simulasi dengan watak Ajay dalam keadaan
marah tetapi watak Daniel dalam keadaan tenang. Pasangan 4 menjalankan aktiviti
simulasi watak Ajay dalam keadaan tenang tetapi watak Daniel dalam keadaan marah.
Setelah itu, murid-murid dalam kumpulan dikehendaki berbincang bagi menyenaraikan
sikap-sikap yang dikehendaki dan yang tidak dikehendaki. Semasa sesi pelaporan murid-
murid dikehendaki menyenaraikan sikap-sikap yang dikehendaki dalam perhubungan
dengan rakan dalam kehidupan sehari-hari-harian.
Melalui aktiviti ini, guru boleh melatih murid dalam mengawal dan mengendalikan emosi
dengan bijaksana. Melalui kecerdasan emosi ini seseorang murid itu bukan sahaja dapat
mengendalikan emosinya semasa menjalinankan perhubungan dengan rakannya sahaja
malah boleh menanam sikap yang berbudi bahasa apabila berurusan dengan orang yang
lebih tua daripada mereka. Di samping itu, seseorang pelajar dapa menyedari dan
memahami keadaan dan situasi apabila dalam keadaan marah, sedih, dan tertekan.
Dengan cara ini seseorang pelajar dapat mengawal dan memantau emosinya dengan baik
serta tidak melanggar peraturan sekolah seperti ponteng sekolah, tidak menyiapkan
tugasan, bergaduh dan sebagainya.

2.2.3 Aktiviti 3
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral Tahun 2 yang bertajuk Alam
Milik Bersama yang boleh dikaitkan dengan pembelajaran kajian masa depan.
Sesi pengajaran selama 30 minit dan objektif yang hendak dicapai ialah murid dapat
menyenaraikan kesan pencemaran terhadap hidupan. Dari segi pengetahuan sedia ada
murid, mereka selalu melihat pencemaran yang berlaku di sekeliling kawasan tempat
tinggal mereka.
Guru menunjukkan gambar beberapa orang kanak-kanak sedang bermain dengan berlatar
belakangkan persekitaran yang tercemar. Kemudian beliau meminta murid menceritakan
apakah situasi yang mereka lihat itu. Berdasarkan kad situasi pula, guru meminta murid
melakonkan watak ikan, pokok, kulit kacang, kotak minuman dan beg plastik. Kemudian
murid diminta menceritakan perasaan mereka berdasarkan watak-watak tersebut.
Melaluinya murid diminta membuat rumusan akibat yang bakal dihadapi akibat
perlakuan manusia yang tidak bertanggungjawab melakukan pencemaran itu.
Sesi pengajaran dan pembelajaran diteruskan dengan murid membuat ikrar tidak
melakukan pencemaran alan serta membina sekeping kad yang berbentuk hati serta
menulis ayat yang menunjukkan kasih sayang kepada alam sekitar, contohnya Saya
sayang kepada bumi dan sebagainya. Kecerdasan emosi yang diharapkan dapat
diterapkan ialah murid kebolehan menyedari dan memahami perasaan orang lain. Ini
bermakna, individu yang mempunyai empati dapat mengenali dan memahami perasaan
orang lain sama ada dinyatakan oleh orang itu ataupun tidak. Integrasi antara komunikasi
verbal dan non-verbal dengan persekitaran dan situasi adalah kaedah yang paling sesuai
digunakan bagi menerbitkan empati dalam diri murid tersebut.
2.2.4 Aktiviti 4
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral Tahun 2 yang bertajuk
Kemesraan Keluarga Mengukuhkan Perpaduan yang boleh dikaitkan dengan
pembelajaran Theory of Constrain (TOC).
Sesi pengajaran selama 30 minit dan objektif yang hendak dicapai ialah murid dapat
mengamalkan perpaduan dalam keluarga. Dari segi pengetahuan sedia ada, murid
menyedari akan kepentingan perpaduan dalam keluarga.
Mula-mula guru menunjukkan kad ucapan hari lahir kepada anggota keluarga kepada
murid-murid. Melalui sesi soal jawab guru mengemukakan beberapa soalan seperti:
Pernahkah kamu memberi kad ucapan kepada anggota keluarga?
Apakah perasaan kamu dapat memberi kad ucapan tersebut?
Pernahkah kamu menerima kad ucapan daripada anggota keluarga?
Apakah perasaan kamu apabila menerima kad ucapan daripada anggota keluarga?
Melalui sesi perbincangan tersebut fakta yang diperolehi adalah sama ada positif ataupun
negatif. Melalui aktiviti perbincangan kumpulan, mereka diminta mengenalpasti usaha
untuk mengukuhkan perpaduan keluarga. Melalui kaedah TOC murid diminta berbincang
berkaitan:
Apa yang perlu diubah?
Kepada apa hendak dubah?
Bagaimana untuk menjalankan perubahan tersebut?
Dalam sesi pelaporan guru haruslah membimbing penyataan murid agar mereka dapat
menggerakkan kemahiran bersosial dalam diri terutamanya dalam mengukuhkan
perpaduan dalam keluarga masing-masing. Melalui pendapat murid tersebut secara tidak
langsung akan menimbulan kesedaran kendiri, mengendali emosi, empati, pemantauan
diri, dan penentuan matlamat akademik dan diri adalah elemen yang menjadi penggerak
dalam membangun dan membina kemahiran bersosial dalam diri individu. Dalam aktiviti
persekolahan pula murid akan menjalinkan semangat perpaduan, cintakan negara dan
memupuk semangat dan nilai toleransi di kalangan rakan-rakan dan warga sekolah.

3.1 Penutup

Kesimpulannya, para guru perlulah mempunyai kemahiran untuk mengeksploitasi


kelebihan-kelebihan yang terdapat pada setiap dimensi kecerdasan emosi pelajar. Oleh
sebab kecerdasan emosi merupakan satu sifat yang boleh dipupuk dan dikembangkan,
guru perlu ada pengetahuan tentang kecerdasan emosi agar dapat membantu
meningkatkan kecerdasan emosi pelajarnya.institusi pendidikan telah memainkan
peranan dalam mencorakkan kualiti moral dan akhlak yang mulia seperti yang dituntut
oleh masyarakat. Melalui sistem pendidikan, para pelajar akan melalui proses sosialisasi
moral dan proses pembesaran yang diorientasikan dan diperkukuhkan dengan pelbagai
tanggungjawab sosial. Pembangunan serta perubahan sosial dalam masyarakat
memerlukan perubahan dalam sistem pendidikan di sekolah bagi memenuhi keperluan
pelajar sesuai dengan keadaan sekeliling. Kita perlu memikirkan kembali sejauh manakah
keberkesanan sistem pendidikan kita pada hari ini memandangkan isu gejala sosial
remaja yang makin hari makin menular. Faktor kecerdasan emosi dilihat sebagai faktor
yang mempengaruhi pembelajaran seseorang pelajar. Justeru itu, ia akan membawa
implikasi terhadap pencapaian akademik mereka yang cemerlang.

RUJUKAN

A.J. Micheal (2006).Kompetensi Kecerdasan Emosi.Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala


Lumpur

Mohd. Azhar Abd. Hamid (2006).Panduan Meningkat Kecerdasan Emosi.PTS


Professional Publishing Sdn Bhd, Batu Caves, Selangor

Mok Soon Sang (1996). Pendidikan Di Malaysia.Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala
Lumpur

Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon (1994).Pendidikan Moral.Longman
Malaysia Sdn. Bhd, Petaling Jaya

Marimuthu. T (1990). Pengenalan Sosialogi Pendidikan. Fajar Bakti Sdn Bhd, Petaling
Jaya

Abdul Fatah Hasan, Haji ( 1998). Pemikiran keseluruhan otak [dalam penguusan
pendidikan dan kaitannya dengan kecerdasan emosi (emotional intelligence EQ)].
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Abd Rahim Abd Rashid (1999). Kemahiran berfikir merentasi kurikulum.


Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Shah Alam

http://members.tripod.com/~sarjana/remaja1.html

http://pendidikanmoral.um.edu.my/index.php?page=60

Anda mungkin juga menyukai