Anda di halaman 1dari 12

PERDAMAIN

(SULH)
TAKRIF
Sulh (Perdamaian) ialah :
• Usaha untuk menyelesaikan sesuatu perselisihan  Mencapai persetujuan
antara pihak yang bermusuh  Mewujudkan perdamaian antara mereka.

Kesahihan menurut Syarak


• “Perdamaian itu lebih baik” (An - Nisa : 128)
• “Perdamaian adalah harus dan Sah di antara orang - orang Islam, kecuali
Perdamaian yang menghalalkan perkara yang haram, atau mengharamkan
perkara yang halal(Hadis Nabi)
HIKMAH
Syariat Allah menggalakkan manusia supaya menunaikan segala hak orang lain.
Mengabaikan aspek ini akan menjadi punca utama berlakunya segala pergaduhan dan
perselisihan.
“ Janganlah kamu makan ( atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan
cara yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (sebagai rasuah)
kepada hakim-hakim supaya kamu dapat memakan (atau mengambil) sebahagian
daripada harta benda manusia dengan cara dosa, padahal kamu mengetahui
(kesalahannya)” (Al - Baqarah : 188)
“Janganlah kamu saling membenci. Janganlah kamu saling berdengki. Janganlah kamu
saling memutuskan hubungan. Sebaliknya jadilah kamu semua hamba-hamba Allah
yang bersaudara” (Hadis Nabi)
JENIS KONTRAK PERDAMAIAN

• JENIS KONTRAK PERDAMAIAN


1. Perdamaian antara negara Islam dan bukan negara Islam.
Contoh: Perjanjian Hudaibiyah (Sirah Rasulullah S.A.W) 2. Perdamaian
antara pihak yang benar dan pihak yang memberontak di kalangan orang
Islam (Bughah)
3. Perdamaian antara suami-isteri ketika berlaku perselisihan
4. Perdamaian antara dua pihak yang bertelagah mengenai perkara yang tidak
membabitkan harta dan mereka bukan golongan yang memberontak (bughah)
5. Perdamaian dalam aspek muamalat yang membabitkan harta
PERDAMAIAN DALAM
MUAMALAT
• Perdamaian antara Pendakwa dan Didakwa
1.Berlaku dalam keadaan orang yang didakwa menafikan dakwaan
tersebut.
2. Perdamaian ini dinamakan perdamaian beserta penafian
3. Berlaku dalam keadaan orang yang didakwa mengakui kebenaran
dakwaan tersebut
4. Perdamaian ini dinamakan perdamaian beserta pengakuan.
Perdamaian beserta Penafian
• Contoh : Seseorang membuat tuntutan ke atas orang lain. Misalnya dalam bentuk
hutang (RM 1000). Orang yang didakwa menafikan tuntutan tersebut . Perdamaian
tersebut tidak sah kerana ia menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang
halal.
• Jika pendakwa yang berbohong: Bermakna perdamaian ini menghalalkan dia
mengambil harta orang lain. Sedangkan perbuatan ini diharamkan.
• Jika dakwaan pendakwa itu benar : Bermakna dia telah mengharamkan sebahagian
hak miliknya sedangkan harta tersebut hak miliknya. Melalui penafian orang yang
didakwa memaksanya menggugurkan haknya.
Perdamaian berserta Pengakuan
• Kes ini membabitkan seseorang menuntut sesuatu hak daripada
orang lain, dalam bentuk hutang atau barangan.
• Orang yang didakwa mengakui kesahihan dakwaan tersebut
tetapi dia menuntut supaya diadakan perdamaian
• Orang yang membebaskan penghutang daipada bebanan tertentu mestilah orang yang layak
memberikan sumbangan
• Tidak sah dilakukan oleh penjaga /kanak-kanak
• Orang tersebut mestilah mengetahui bahagian yang dilangsaikannya (diibra’kan)  Tidak sah
jika dia membebaskan suku bebanan hutang sedangkan dia tidak tahu jumlahnya.
• Pelangsaian(ibra’) mestilah berkaitan dengan hutang. Tidak sah mengaitkannya dengan
barangan.
• Tidak terikat dengan syarat atau tempoh tertentu
• Jika penghutang enggan menjelaskan baki hutang?
• Adakah hutang tersebut kembali seperti sedia kala dan pemiutang boleh menuntut seluruh
jumlah hutang tersebut?
• Jawapan: Jika pemiutang telah mengibra’kan (melangsaikan) sebahagian hutang, pemiutang
hanya boleh menuntut baki hutang sahaja. “Perkara yang gugur tidak akan kembali
Perdamaian antara Pendakwa dan
Pihak Ketiga
• Kes ini membabitkan satu pihak mendakwa lawannya berhutang dengannya Muncul pihak ketiga yang membuar
perdamaian dengan pendakwa
1. Pihak ketiga ini mendakwa dia adalah wakil kepada yang didakwa dan dia akan membuat perdamaian bagi pihak yang
didakwa
• Jika tiada sebarang penafian daripada pihak yang didakwa, apabila mereka mencapai persetujuan, perdamaian tersebut
adalah SAH
• Jika pihak yang didakwa menafikan wakil tersebut, perdamaian tersebut TIDAK SAH

2. Pihak ketiga membuat perdamaian bagi pihak dirinya


• Contoh: Dia berkata. “ Orang yang anda dakwa mengakui dakwaan anda dan sayan datang untuk berdamai dengan anda
tentang barangan tersebut untuk digantikan dengan sesuatu”
• Dalam kes ini, pihak ketiga tidak mendakwa sebagai wakil pihak yang didakwa
• Perkara ini dikategorikan sebagai jual beli (Fadhuli), iaitu seorang membeli untuk orang lain (tanpa izin). • Amalan ini tidak
sah
Pihak yang didakwa menafikan
dakwaan pihak pendakwa tetapi…
• Pihak ketiga berkata : “Penafiannya itu tidak benar dan pihak ketiga ini
cuba berdamai tentang perkara tersebut bagi pihak dirinya”
• Kes ini sama seperti kes menjual barangan yang dirampas kepada orang
lain.
• Jika dia mampu mengambil semula barangan tersebut daripada pihak
yang didakwa, perdamaian tersebut SAH
• Jika tidak, ia TIDAK SAH
Rukun
• Rukun pertama : Pihak yang berdamai 1. Taklif 1. Orang yang berakal dan baligh 2.
Perdamaian oleh Kanak-kanak walaupun telah mumaiyyiz & Orang gila adalah TIDAK
SAH

• Rukun Kedua : Sighah  Penawaran dan persetujuan (ijab dan qabul)  Contoh (Pihak
yang didakwa): “Saya berdamai dengan anda tentang perkara ini bagi menggantikan dengan
perkara ini”.  Pihak kedua berkata; “Saya setuju”

• Rukun Ketiga : Perkara yang didamai  Merujuk kepada hak yang didakwa oleh pihak
pendakwa dan pihak yang didakwa menggantikannya dengan suatu barangan
/hutang/perkhidmatan.
HUKUM SESUATU PERDAMAIAN
SETELAH DIBATALKAN
• Pendakwa boleh mengemukan semula dakwaannya.
• Jika perdamaian tersebut membabitkan penafian sesuatu, perdamaian yang
disertakan dengan penafian adalah tidak SAH pada dasarnya.
• Jika perdamaian ity disertakan dengan pengakuan, pihak pendakwa boleh menuntut
semula hanya barangan yang didakwa sahaja daripada pihak yang didakwa. Semua
perkara akan kembali semula sepertimana keadaan sebelum perdamaian yang telah
dibatalkan.

Anda mungkin juga menyukai