Anda di halaman 1dari 8

SJK (C) PEI HWA JB

BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 2


PENILAIAN 2
Nama :__________________ ( ) Markah:_______%
Kelas:2( ) Tarikh:____/____/2013
T/tangan Ibu bapa:_____

Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan 1 hingga 5 berdasarkan


petikan ini.

Ai Ling dan Anisa suka bersenam. Setiap petang, Ai Ling dan Anisa akan
bersenam di taman. Bersenam setiap hari baik untuk kesihatan. Kita perlu
bersenam supaya badan cergas, otak cerdas.

Badan yang sihat dapat mengelakkan diri kita daripada dijangkiti


penyakit. Oleh itu, kita perlulah rajin bersenam demi kesihatan tubuh
badan. Selepas bersenam,kita perlu mandi tetapi janganlah mandi kerbau
pula.

1. Siapakah yang suka bersenam?


A. Ai Ling B. Ai Ling dan Anisa C. Ai Fang dan Anisa

2. Di manakah Ai Ling dan Anisa bersenam?


A. taman B. padang C. sekolah

3. Mengapakah kita perlu bersenam?


A. badan bersih, otak cerdas
B. badan cergas, otak bersih
C. badan cergas, otak cerdas

4. Bilakah Ai Ling dan Anisa akan bersenam?


A. pagi B. petang C. malam

5. Apakah maksud mandi kerbau di dalam petikan?


A. mandi yang bersih B. mandi tidak bersih C. mandi yang lama

Caroline Siu /Bahasa Melayu K 1 /Tahun 2 / Mei /Muka surat 1


Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan 6 hingga 10
berdasarkan petikan ini.

Saya ialah sebuah tandas awam. Saya dicuci oleh tukang cuci setiap hari.
Tukang cuci mencuci lantai dengan sabun. Dia memberus lantai sehingga
bersih. Oleh itu, saya tidak kotor dan berlumut. Kemudian, dia mop
lantai sehingga kering.

Selepas itu, tukang cuci mencuci mangkuk tandas supaya sentiasa


bersih. Dia juga mengelap cermin di singki. Banyak orang suka
menggunakan saya kerana saya bersih dan wangi.

6. Siapakah yang akan mencuci saya setiap hari?


A. tukang cuci B. kakak C. ibu

7. Apakah benda yang digunakan oleh tukang cuci untuk mencuci lantai?
A. berus gigi B. ubat gigi C. sabun

8. Bilakah tukang cuci akan mencuci saya?


A. setiap hari B. setiap minggu C. setiap bulan

9. Mengapakah banyak orang suka menggunakan saya?


A. kerana saya bersih dan wangi.
B. kerana saya sihat dan wangi.
C. kerana saya tandas awam.

10.Saya di dalam petikan ialah sebuah __________ .


A. tandas khas
B. tandas swasta
C. tandas awam

Caroline Siu /Bahasa Melayu K 1 /Tahun 2 / Mei /Muka surat 2


Pilih jawapan yang betul bagi Kata Adjektif di bawah bagi soalan 11
hingga 15.
gambar soalan 11

11. Sandwic yang disediakan oleh ibu __________ sekali.


A. manis B. tawar C. enak

gambar soalan 12

12.Adik minum jus oren kerana __________ .


A. masin B. haus C. tawar

gambar soalan 13

13. Air kopi itu sangat____________ kerana terlebih gula.


A. pahit B. masam C. manis

gambar soalan 14

14. Rasa jeruk mangga dan jeruk betik itu _____________ .


A. masam B. manis C. tawar

gambar soalan 15

15. Bau bunga mawar itu sangat ____________.


A. sedap B. wangi C. haus

Caroline Siu /Bahasa Melayu K 1 /Tahun 2 / Mei /Muka surat 3


Pilih kata hubung yang betul bagi soalan 16 hingga 20.

gambar soalan 16

16. Ai Ling ________ Nora bermain buaian di taman.


A. dan B. atau C. tetapi

gambar soalan 17

17. Kamu hendak menyertai Kelab Tae Kwan Do _______ Kelab Silat?
A. dan B. atau C. tetapi

gambar soalan 18

18. Bayi itu menangis _______ dia lapar.


A. kerana B. tetapi C. sambil

gambar soalan 19

19. Beego dan Aiman berjalan _______ berbual-bual.


A. kerana B. tetapi C. sambil

gambar soalan 20

20. Lisa mahu pergi ke latihan bola jaring _______ dia kurang sihat.
A. kerana B. tetapi C. sambil

Caroline Siu /Bahasa Melayu K 1 /Tahun 2 / Mei /Muka surat 4


Pilih Kata Kerja yang betul bagi soalan 21 hingga 24.

gambar soalan 21

21. Ibu Anisa _____________ lantai yang kotor itu.


A. lap B. mop C. jirus

gambar soalan 22

22. Pak Cik Muthu __________ lantai untuk membersihkan bilik air itu.
A. basuh B. masuk C. jirus

gambar soalan 23

23. Nisya ________________ bingkai gambar itu di atas meja.


A. letak B. buang C. simpan

gambar soalan 24

24. Ayah _____________ ubat-ubatan itu ke dalam peti ubat khas.


A. letak B. buang C. simpan

Caroline Siu /Bahasa Melayu K 1 /Tahun 2 / Mei /Muka surat 5


Pilih kata ganti nama diri yang betul bagi soalan 25 hingga 28.

gambar soalan 25

25. Suzi dan Nita hendak pergi bercuti. __________sedang mengemas


pakaian.
A. Saya B. Mereka C. Dia

gambar soalan 26

26. Ibu, _________ mahu membeli buku cerita ini, kata Nora kepada
ibunya.
A. saya B. mereka C. kami

gambar soalan 27

27. Hari ini hari lahir ibu Mei Ling . ________ membeli sejambak bunga
untuk ibunya.
A. -nya B. Dia C. Kami

gambar soalan 28

28. Puan Minah dan anak ________ suka makan kek pisang .
A. -nya B. kita C. kami

Pilih kata tanya yang betul bagi soalan 29 hingga 32.

29. _________kah Aiman dan bapanya pergi berjoging?


A. Apa B. Siapa C. Bila

30. ___________kah harga sebiji kek di kedai itu?


A. Berapa B. Apa C. Siapa

Caroline Siu /Bahasa Melayu K 1 /Tahun 2 / Mei /Muka surat 6


31. _____________kah yang menyiram bunga di halaman rumah?
A. Siapa B. Bila C. Mengapa

32. ___________kah buah-buahan kesukaan Beego?


A. Apa B. Mengapa C. Bila

Pilih ayat tunggal yang betul berdasarkan gambar bagi soalan 33


hingga 35.

gambar soalan 33

33. A. Kucing kesayangan Anisa bernama Si Putih.


B. Anjing kesayangan Anisa bernama Si Putih.
C. Anisa benci akan kucing.

gambar soalan 34

34. A. Lina mencuci pakaian.


B. Lina menjemur pakaian.
C. Lina menjahit pakaian.

gambar soalan 35

35. A. Mohan mengutip buah.


B. Mohan mengambil gambar.
C. Mohan berlari di tepi pantai.

Caroline Siu /Bahasa Melayu K 1 /Tahun 2 / Mei /Muka surat 7


Pilih ayat majmuk yang betul bagi soalan 36 hingga 38

36. A. Kavita kerana adik suka makan tembikai.


B. Kavita lalu adik suka makan tembikai.
C. Kavita dan adik suka makan tembikai.

37. A.Saya hendak pergi ke perpustakaan tetapi saya perlu meminta


kebenaran daripada ibu.
B.Saya hendak pergi ke perpustakaan sambil saya perlu meminta
kebenaran daripada ibu.
C.Saya hendak pergi ke perpustakaan kerana saya perlu meminta
kebenaran daripada ibu.

38. A. Aiman minum air kelapa muda tetapi berasa haus.


B. Aiman minum air kelapa muda sambil berasa haus.
C. Aiman minum air kelapa muda kerana berasa haus.

Pilih simpulan bahasa yang betul bagi soalan 39 hingga 40.


39. Mei Mei berasa _____________ kerana buku ceritanya dikoyak oleh
adiknya.
A. sakit hati B. ulat buku C. suka hati

40. Ibu menyediakan kek untuk Herina sebagai _____________ pada


waktu rehat.
A. mandi kerbau B. alas perut C. ambil berat

Disediakan oleh : Caroline Siu ________


Disemak oleh : Ng Mee Fong ________

Caroline Siu /Bahasa Melayu K 1 /Tahun 2 / Mei /Muka surat 8

Anda mungkin juga menyukai