Anda di halaman 1dari 3

NURUSYAHIRAH BIINTI ISMAIL EDU3093

REFLEKSI TUTORIAL 3 :
Sejauh manakah bahasa antarabangsa dapat menyumbang kepada globalisasi dalam
pendidikan?

Pada abad ke 21, perkembangan mendadak teknologi maklumat telah menjadi pemangkin
utama proses pengglobalisasian dunia. Globalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa
sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih
memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali.
Globalisasi dalam pendidikan ini membawa banyak perubahan dalam dunia pendidikan yang mampu
membawa kemajuan dan memberi kemudahan kepada generasi masa kini. Malaysia merupakan
Negara yang tidak dapat mengelak dari menerima globalisasi pendidikan.

Pada era globalisasi masa kini, bahasa antarabangsa dapat menyumbang kepada globalisasi
dalam pendidikan kerana bahasa inggeris merupakan bahasa antarabangsa atau disebut sebagai
lingua franca. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka Bahasa melayu dijadikan bahasa Lingua Franca
berikutan pedagang seluruh dunia bertumpu di pelabuhan Melaka untuk menjalankan perniagaan
mereka. Walau bagaimanapun selepas kejatuhan kesutanan melayu Melaka dan kebangkitan kuasa
barat sebagai kuasa terbesar dunia seperti Amerika Syarikat dan british yang menguasai ekonomi
dunia, teknologi, ilmu dan menjadi sumber maklumat dunia, maka bahasa Inggeris diiktiraf sebagai
Bahasa Antarabangsa.

Bahasa Inggeris juga penting dalam pendidikan di negara kita selaras dengan objektif
Falasafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan individu yang mampu bersaing dalam dunia
global. Penguasaan bahasa inggeris yang dimulakan dari sekolah mampu melahirkan individu yang
dapat berkomunikasi dengan berkesan dengan individu lain dari seluruh dunia. Sebagai contohnya,
kemahiran berbahasa Inggeris amat penting apabila seseorang individu ditugaskan di luar Negara atau
membawa misi negara di luar negara. Kegagalan berkomunikasi dengan berkesan menggunakan
bahasa Inggeris akan menjejaskan pelbagai peluang baik berupa peluang ekonomi mahupun sosial.
Jelasnya, pendidikan bahasa Inggeris di peringkat sekolah mampu melahirkan individu yang berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah dengan masyarakat lain di seluruh dunia.

Justeru itu, kerajaan berusaha untuk menjadikan rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam
bidang ilmu dengan menyediakan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003.
Rasional kepada perlaksanaannya ialah kepada peralihan bahasa pengantar dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah
atas dasar keprihatinan Kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai
taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era
globalisasi.

Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa yang amat
penting untuk dikuasai dalam era ini berikutan keperluannya diperingkat antarabangsa, alam pekerjaan,
NURUSYAHIRAH BIINTI ISMAIL EDU3093

penguasaan ilmu dan sebagainya. Perlu diingat bahawa majikan akan lebih tertarik untuk mengambil
pekerja yang mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa termasuklah berbahasa Inggeris. Sebagai
contohnya, pekerjaan dalam bidang telekomunikasi, penyiaran, teknologi maklumat dan sebagainya
amat memerlukan penggunaan bahasa Inggeris.

Kemajuan ekonomi negara yang telah melepasi sempadan negara, mengakibatkan Malaysia
memerlukan penduduk yang mampu berbahasa Inggeris dengan baik agar dapat bersaing dengan
mereka dari seluruh dunia. Pendidikan bahasa Inggeris amat penting bagi melahirkan masyarakat yang
dapat berkomunikasi dengan masyarakat antarabangsa. Sebagai contohnya, perkongsian dalam
bidang ekonomi, sosial mahupun bidang teknologi memerlukan mereka yang mahir berbahasa
Inggeris. Umumnya, mereka yang gagal menguasai bahasa ini akan berdepan dengan pelbagai
rintangan yang dapat mengganggu komunikasi serta boleh menggagalkan peluang yang tersedia pada
peringkat antara bangsa. Justeru, pendidikan bahasa Inggeris di sekolah berperanan membina
masyarakat yang lebih berdaya saing pada peringkat global suatu hari nanti.

Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun
bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali. Bahasa antarabangsa dapat menyumbang kepada
globalisasi dalam pendidikan kerana para pelajar mudah mendapat maklumat melalui internet.
Maklumat yang disebarkan melalui internet sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris. Selain itu,
cawangan universiti luar akan terus menjadikan bahasa Inggeris sebagai wahana dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini juga, sudah banyak IPTS yang telah menjadikan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Kesimpulannya, semua pihak harus menyedari kesan globalisasi ini dan bersedia dengan
langkah yang komprehensif. Kita tidak boleh mengelak daripada menghadapi globalisasi kerana
tanpanya kita akan terus ketinggalan. Oleh itu, kita perlu bersedia untuk mengatasi sebarang cabaran
yang wujud daripada fenomena globalisasi ini. Bagi sains, teknologi dan kejuruteraan sebenarnya
mempunyai perbezaan tetapi saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan. Tumpuan yang keterlaluan
pada salah satu hujungnya akan meruntuhkan ketiga-tiga bidang ini. Jika Malaysia ingin menjadi
negara industri yang sihat dan kukuh ia perlu mempunyai keupayaan kejuruteraan yang tinggi dan sains
asas yang kukuh serta pengaliran pengetahuan yang lancar diantara kedua-duanya.

Rujukan
Noriati a. Rashid, Boon,P.Y, Sharifah Fakhriah & Zuraidah A. Majid. (2010). Guru dan Cabaran
Semasa. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Modul Pembelajaran IPG EDU 3093. (2014). Guru dan Cabaran Semasa.
file:///C:/Users/User/Downloads/MODUL%20EDU3093.pdf. Tarikh capaian pada 15hb
Julai 2017
NURUSYAHIRAH BIINTI ISMAIL EDU3093

Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon. (2013). Guru dan Cabaran Semasa.
Kuala Lumpur. Penerbitan Multimedia

https://www.academia.edu/14188426/IMPAK_GLOBALISASI?auto=download

https://issuu.com/jamailia/docs/penulisan_globalisasi-jamailia_jumahari

http://akugpc.blogspot.my/2012/09/globalisasi-pendidikan.html

Anda mungkin juga menyukai