KANDUNGAN
1 Pendahuluan 3
SK Peserian 11
6 Rumusan 18
7 Apendix 19
1
1. PENDAHULUAN
Guru penasihat sukan dan permainan selaku jurulatih memainkan peranan penting
dalam pembangunan sukan di sekolah khususnya dan negara amnya. Mereka merupakan
aset yang menjadi nadi penting dalam membentuk ahli sukan yang mantap dan
berkemahiran tinggi bagi mencapai matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
yang menyerlah dalam kegiatan sukan yang disertai di peringkat antarabangsa. Amat
penting, guru-guru tersebut diberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan serta
kemahiran yang berkaitan agar dapat diterapkan dalam sesi latihan yang dirancang.
Sebagai jurulatih sukan di sekolah, guru-guru tersebut hendaklah diberi sedikit
ruang dan masa untuk merancang program yang bersesuaian dengan murid-murid yang
telah dipilih seterusnya melaksanakan program mengikut fasa-fasa latihan dalam jangka
masa yang bersesuaian. Selain itu faktor lain juga turut menyumbang kepada kejayaan
program antaranya sokongan daripada pihak sekolah dan ibu bapa, sumber kewangan
serta peralatan dan kemudahan yang mencukupi bagi sesi latihan yang dirancang.
Pertandingan dalam sukan merupakan satu medan yang baik dan berkesan untuk
mengenal pasti bakat, mengaplikasi taktik dan strategi permainan serta menilai prestasi
peserta dalam usaha untuk meningkatkan mutu sukan negara. Pengetahuan dan
kemahiran jurulatih dalam aspek penyediaan program latihan yang lengkap, sesuai dan
sistematik amat dititikberatkan bagi memastikan matlamat yang disasarkan dapat dicapai.
Di samping itu, kemahiran pengelolaan juga amat penting bagi membentuk serta
melahirkan guru Pendidikan Jasmani yang berpengetahuan, versatile dan berkemahiran
dalam permainan spesifik.
Perancangan yang baik melalui kertas kerja yang lengkap serta mengandungi
butiran berkaitan sukan atau permainan yang dipilih akan memudahkan jurulatih di
sekolah mendapatkan sokongan terutama daripada pentadbir, masyarakat dan badan-
badan yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan latihan yang lebih berkesan terutama
berkaitan dengan soal kewangan dan kesediaan ibu-bapa melepaskan anak mereka untuk
menyertai latihan yang telah dirancang.
2
2. KERTAS KERJA LATIHAN PUSAT BOLA SEPAK
Pengenalan
Pasukan Bola Sepak SK Peserian mula ditubuhkan pada 15 Januari 1965. Bagi
tahun 2011, seramai 20 orang telah dipilih bagi menyertai latihan. Sehubungan itu, pihak
pengurusan pasukan telah merancang latihan pusat untuk meningkatkan keupayaan
pasukan sekolah dalam pertandingan yang bakal disertai kelak yang dijangkakan akan
dilaksanakan pada penghujung Disember 2011.
Rasional
Latihan Pusat yang dirancang akan menyediakan pasukan yang mantap melalui pemilihan
yang lebih sistemetik di samping berupaya memantapkan kemahiran sedia ada pemain
bola sepak sekolah. Semangat esprit de corp akan diserapkan dalam diri pemain di
mana kejayaan bukan hanya untuk individu tetapi pasukannya di samping dapat
menaikkan nama sekolah.
Matlamat
Matlamat latihan pusat ini ialah untuk meningkatkan tahap kecergasan pemain di
samping menerapkan teknik dan taktikal yang sesuai dalam permainan bola sepak. Selain
itu, peraturan dan undang-undang berkaitan juga dititikberatkan agar para pemain
memahami aspek pengadilan bola sepak seterusnya dapat meningkatkan keyakinan diri
serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap pemain. Aktiviti yang diadakan dalam
latihan pusat ini diharapkan dapat meningkatkan persefahaman dan kerjasama dalam
kalangan pemain. Pemukiman pemain dalam latihan pusat ini diharapkan membantu
pemain agar lebih kreatif dalam merencana strategi bagi memburu kemenangan dalam
setiap perlawanan yang telah diatur.
3
Objektif
Maklumat Pelaksanaan
4
Bilangan Hari Latihan
Disediakan oleh
3 Kasut Bola / Stoking 20 pasang
pemain sendiri.
Disediakan oleh
4 Bola 30 biji Jawatankuasa
Latihan
Mengikut
7 Video Bola Sepak - sda -
Kesesuaian Jurulatih
Jawatankuasa Latihan
5
Penasihat : Encik Khalidi Senan GB SK Peserian
Penyelaras : Encik Mohd Khalid Zaharin GPK Kokurikulum
Pengerusi : Encik Abd Ghafar Ahmad
Setiausaha : Encik Nazri Ghani
Bendahari : Puan Khalsom Ahmad
Jurulatih : Encik Anuar Albar Bakri
Pen. Jurulatih : Encik Alias Abd Kadir
AJK
Anggaran Perbelanjaan
6
7 Fail Pengurusan / Pelbagai RM 50.00
8 Yuran Pendaftaran pertandingan RM 30.00
9 Jurulatih Jemputan RM 150.00
10 Perbelanjaan Luar Jangka RM 70.00
JUMLAH RM 2000.00
Sumber Kewangan
1. Peruntukan Kokurikulum.
2. Sumbangan PIBG.
3. Sumbangan Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Peserian.
4. Sumbangan ibu-bapa / penjaga.
5. Sumbangan individu.
Strategi
1. Pemilihan pemain melalui pertandingan antara kelas.
2. Memaklumkan program kepada ibu-bapa / penjaga.
3. Latihan mengikut Fasa.
4. Perlawanan persahabatan dengan sekolah yang berhampiran.
a. SK Seri Comel, Batu Pahat.
b. SK Seri Maimon, Batu Pahat.
c. SK Pekan Baru, Muar.
d. SK Orang Kaya Ali, Muar.
5. Menyertai pertandingan peringkat Zon Semerah.
6. Jemputan Jurulatih Luar ( Program JKID )
7
5. Muhd Idham Nordin Penyerang
6. Mohd Hilmi Aris Penyerang
7. Nuqman Abd Halim Penyerang
8. Mohd Syukri Wagiman Tengah
9. Mohd Aminuddin Johari Sayap
10. Ahmad Anwar Mujahid Jaafar Pertahanan
11. Muhd Fikri Abu Bakar Sayap
12. Muhd Haziq Zulkifly Pertahanan
13. Muhd Izwan Azhar Tengah
14. Muhd Taqiuddin Masri Pertahanan
15. Muhd Amir Farhan Abd Ghafar Penjaga Gol
16. Mohdi Khairul Nizam Abd Jalil Penyerang
17. Muhd Rashidi Sulaiman Sayap
18. Muhd Rashidi Suhaimi Pertahanan
19. Muhd Aswad Mohd Samsudin Tengah
20. Muhd Syihabudin Muhidir Tengah
....................................... .......................................
( NAZRI BIN GHANI )
Setiausaha,
Program Latihan Pusat Pasukan Bola Sepak,
SK Peserian, Batu Pahat.
8
pembinaan kecergasan fizikal menyeluruh terutama dalam aspek daya tahan
kardiovaskular, daya tahan otot dan kekuatan asas. Aktiviti ini meliputi 70% daripada
latihan yang dijalankan dan 30% lagi dikhususkan kepada pendedahan dan latihan teknik.
Jadual Latihan haruslah fleksibel mengikut tahap penerimaan murid. American
Coaching Effectiveness Programme (1996), menyarankan sekiranya jurulatih mendapati
pemain tersangkut pada sesuatu kemahiran, mereka seharusnya diberikan masa yang
lebih lama untuk menyesuaikan diri walaupun ini bermakna berlaku sedikit penundaan
dalam jadual latihan. Pemain yang tidak dapat menangani kemahiran asas akan pasti
tidak dapat melaksanakan kemahiran yang lebih sukar.
Jadual Latihan juga hendaklah mengambil kira aspek-aspek seperti prinsip-prinsip
latihan, jenis latihan yang sesuai dengan fasa, kaedah latihan, tempoh latihan Periodisasi,
Jangka masa latihan dan jumlah sesi latihan
Pada awal musim, pemain boleh dilatih dengan meningkatkan tahap kecergasan
dan kemahiran yang penting serta kurang sukar. Objektif program boleh ditetapkan tetapi
jurulatih boleh mempelbagaikan aktiviti bagi mencapai objektif tersebut. Susunan aktiviti
yang tidak terlalu padat haruslah dipertimbangkan bagi mengelakkan pemain atau pelatih
mengalami kelesuan melampau selepas sesuatu sesi latihan.
Selain itu, aspek keselamatan dan pemakanan pemain juga mesti diambil kira
dengan memberikan panduan yang berterusan kepada mereka. Aspek kebajikan pemain
perlu diambil berat bagi meningkatkan motivasi mereka dalam latihan dan pertandingan
yang disertai.
9
Strategi Latihan : 5 hari latihan / minggu
2 hari cuti.
10
4.1.2 Persediaan Khusus
11
- Latihan kemahiran mengawal lawan / - minit kekerapan jaringan.
menutup ruang gol. - Jaringan melalui sepak
- Latihan Variasi Jaringan / Tendangan penalti terus, penalti, tendangan
/ Tendangan sudut. percuma, tendangan sudut,
- Penilaian pemain / pemilihan pemain utama. tandukan bola, volli dll.
4.2.1 Pertandingan.
12
4.3 Fasa Transisi
13
betul, kita perlu mengetahui kadar nadi sebelum, semasa dan selepas latihan. Kadar nadi
boleh dikira dengan manual melalui cara menggunakan 2 jari diletakkan di leher dan
mengiranya selama 1 minit. Justeru, pada kebiasaanya kadar rehat atau sebelum
memulakan latihan adalah diantara 60-80 denyutan seminit. Jadi, pemain akan berada
ditahap yang optimum warm up bila mencapai diantara 120-140 bpm (beat per minute).
Latihan Fartlek yang digunakan dalam jadual melibatkan aktiviti joging ringan (5
minit), Lari pecut (20 meter), joging perlahan (100 meter), jalan keliling (200 meter) dan
lari undur (20 meter ) bagi set 1 manakala bagi set 2 pula melibatkan aktiviti lari biasa 50
m, lari perlahan 5 minit, lari pecut 50 m dan berjalan 100 m. Selain meningkatkan
keupayaan daya tahan kardiovaskular, latihan ini juga berupaya meningkatkan keupayaan
daya tahan otot.
Melalui kaedah latihan Litar, pemain disediakan latihan melibatkan aktiviti tekan
tubi (stesen 1), lari ulang alik (stesen 2), skipping (stesen 3), mengangkat kaki (stesen 4)
dan bangkit tubi. Kaedah latihan ini dapat meningkatkan motivasi kendiri, menambah
daya tahan dan kelenturan fizikal pemain. Latihan ini juga dapat membina dan
meningkatkan kecergasan aerobik.
Kaedah latihan keempat yang digunakan dalam jadual latihan ialah latihan jeda.
Latihan jeda mengandungi sesi senaman, kerja atau latihan yang diselang-selikan dengan
masa rehat. Menurut Mohd Ramli Nordin (1989), tujuan utama latihan jeda ialah untuk
menambahkan kecekapan sistem tenaga aerobik supaya menambahkan kebolehan
individu dalam prestasi yang lebih hebat.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam latihan jeda ialah lari naik dan turun tangga,
lari striding 50 m bagi sesi 1 serta lari pecut 50 m dan lari bergalop. Latihan ini juga
melibatkan penentuan masa larian, masa rehat serta nisbah kerja kepada jeda rehat.
Latihan jeda melibatkan intensiti tinggi dan kemungkinan untuk cedera juga adalah
tinggi. Ini kerana ia memberi tekanan ke atas otot-otot. Sebaik-baiknya kuantiti setiap
aktiviti dan jumlah ulangan perlu dikawal tanpa menjejaskan kualiti latihan serta dapat
mengekalkan masa rehat yang ditetapkan.
14
Beberapa latihan berkaitan kemahiran dan teknik bola sepak diajar dan
diaplikasikan dalam jadual latihan. Peraturan asas bola sepak diperkenalkan bagi
menambahkan dan memperkayakan input sedia ada tentang bola sepak dalam diri
pemain. Di akhir setiap sesi fasa utama, jurulatih boleh memberi peluang kepada pemain
mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari melalui permainan kecil bola sepak.
Antara kemahiran yang dicadangkan dalam jadual latihan ialah kemahiran
menyepak bola, menyerkap, menanduk bola dan beberapa jenis kemahiran hantaran bola
yang sesuai dijalankan dalam jangka masa latihan. Jenis kemahiran seharusnya tidak
terlalu padat hingga mendatangkan masalah kepada para pemain untuk mengingati
seterusnya menguasai kemahiran yang diajar dengan baik. Pemain tidak harus ditekan
untuk menguasai sesuatu kemahiran bagi mengelakkan mereka mengalami kelesuan dan
psikologi mereka terganggu dengan corak latihan yang terlalu keras dan melampau.
15
dan perlawanan yang disertai. Tayangan video perlawanan pilihan yang melibatkan
bintang-bintang bola sepak juga membantu meningkatkan keazaman dan semangat
pemain agar cuba bermain mengikut pasukan pilihan dan idola mereka. Sikap sentiasa
bersedia dan berani mengambil risiko demi kemenangan pasukan juga diterapkan melalui
sesi motivasi yang dijalankan.
6. RUMUSAN
APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
Ab. Alim Abdul Rahim (1994). Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar
Bakti Sdn Bhd.
16
Abdullah Ali ( 1989 ). Bola Sepak. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Modul Latihan Sukan Untuk
Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah Sukan Bola Sepak Sekolah Rendah.
Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hasbullah Ismail, Mohamed @ Mohd Sadek Mustaffa, Borhan Yusof (2011). HBPE3103
Kegiatan Profesional (Permainan). Seri Kembangan : Open University Malaysia.
Mohd Ramli Nordin ( 1989 ). Pendidikan Jasmani Untuk Kecergasan. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Stacey Chapman, Edward Derse, Jacqueline Hansen (2008). Soccer Coaching Manual.
Los Angeles : LA84 Foundation.
Wee Eng Hoe ( 1997 ). Kecergasan Satu Panduan Hidup Sihat. Shah Alam : Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Wee Eng Hoe ( 1994 ). Pengajaran Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
17
Wee Eng Hoe, Teng Boon Tong ( 1998 ). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 4.
Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia ; Dewan Bahasa dan Pustaka ;
Media Network Sdn. Bhd.
18