Anda di halaman 1dari 7

Pangkalan Data

:: Data ::
- Merupakan maklumat/informasi yang telah diproses, disusun dan disimpan.
- Berbentuk alphabet, nombor atau simbol.
-Data boleh diperoleh dari dalam atau luar organisasi
i) Internal data : Data dari dalam organisasi
ii) External data : Data dari luar organisasi

Jenis- jenis data


i) Kualitatif : abstrak, bukan numeric, tidak mempunyai nilai konkrit
ii) Kuantitatif : angka, mempunyai nilai konkrit, diwakili oleh nilai tersendiri

Perspektif Data
i) Data primer
ii) Data sekunder

:: Maklumat ::
- Maklumat merupakan data yang berasal dari fakta yang tercatat dan selanjutnya diproses
menjadi bentuk yang berguna atau bermanfaat bagi pemakainya.
- Memerlukan kendalian data dalam menghasilkan maklumat.

Kendalian Data
Data dan maklumat penting dalam membuat perancangan, mengurus, mengawal dan membuat
keputusan.

:: Pangkalan Data ::
- Merupakan himpunan data yang disimpan di tempat khusus dan akan digunakan untuk membuat keputusan.
- Data yang dihimpunkan berkait antara satu sama lain dan ditakrifkan sebahai koleksi data logikal yang saling
berkaitan.
:: Sistem Pengurusan Pangkalan Data ::
- Merupakan perantara di antara pengguna dan pengkalan data.
- Sistem yang menyimpan data, menyokong query, membuat laporan dan membina borang. Jika
tiada sisitem ini, organisasi akan sukar untuk mencapai data dengan cepat.
- Terdiri dari 3 komponen:
i) Bahasa definisi data
ii) Bahasa manipulasi data
iii) Kamus data

DBMS
DBMS adalah sistem yang dibuat khusus untuk memudahkan pengguna dalam mengelola basis
data. Sistem ini dibuat untuk mengatasi kelemahan yang terdapat dalam sistem pemprosesan
pangkalan data.

Evolusi Pengurusan Data

Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat telah menyebabkan evolusi beberapa jenis
utama pengkalan data:

:: Sejarah Pengkalan Data ::


Generasi Pertama
Idea dicetuskan pada tahun 1960-an semasa projek pendaratan kapal angkasa Apollo di
bulan.
Produk berasaskan struktur hieraki yang dikenali sebagai IMS (Information Management
System) oleh IBM.
Pada pertengahan 1960-an, General Electric memperkenalkan IDS (Integrated Data
Store) yang merintis jalan sehingga terhasilnya pengkalan data berstruktur rangkaian.
Sistem berasaskan rangkaian dapat mengatasi masalah perwakilan perhubungan
pangkalan data yang lebih rumit yang tidak dapat dimodelkan menggunakan struktur hieraki.
Ekoran itu, satu piawaian pangkalan data telah dibentuk melalui satu badan yang dikenali
sebagai CODASYL.
CODASYL seterusnya menubuhkan satu jawatankuasa petugas yang dikenali
sebagai DBTG (Data Base Task Group).
DBTG telah mengumumkan piawaian pengkalan data pada tahun 1971 yang
mengusulkan penggunaan Bahasa Takrifan Data (Data Definition Language / DDL) dan Bahasa
Pengolahan Data (Data Manipulation Language / DML).
DDL digunakan untuk menaktif struktur pangkalan data manakala DML digunakan
untuk mengolah data dalam pangkalan data.
Masalah pangkalan data generasi pertama ini ialah sokongan perkakasan dan perisian
yang lemah. Ianya perlu dibangunkan menggunakan bahasa COBOL dan PL/1.
Aturcara yang panjang perlu ditulis untuk menjawab pertanyaan ekoran tiada bahasa
pertanyaan berstruktur pada ketika itu.
Generasi Kedua

Berkembang pesat pada era 80-an dengan penghasilan Bahasa Pertanyaan Berstruktur
(Structured Query Language / SQL) sebagai bahasa pertanyaan piawai.
Kemunculan pengkalan data komersil
seperti DB2, ADABAS, INGRES, Informix, ORACLE, dan Sybase.
Kebanyakan DB ini digunakan di kerangka utama dalam komputer mini.
DB hubungan menghadapi masalah pemprosesan yang lambat kerana memerlukan
sumber komputer yang lebih besar.
Struktur model hubungan yang berasaskan lajur dan baris tidak dapat dimanfaatkan
disebabkan keterbatasan kuasa komputer.
Keadaan ini dapat diatasi apabila bila komputer berkuasa tinggi diperkenalkan.
Perkembangan memberangsangkan apabila DB berasakan komputer mikro
diperkenalkan. Bermula dengan dBase II dikeluarkan oleh syarikat Ashton-Tate dan dipaparkan
sebagai DBMS hubungan pada 1979.
E.F Codd mengatakan bahawa dBase II bukanlah DBMS hubungan, tetapi produk yang
lebih baru seperti dBase IV, Foxpro, Paradox dan lain-lain adalah DBMS hubungan.
Kemasyuran DBMS komputer Mikro menyebabkan beberapa produk yang dikhususkan
untuk kerangka utama seperti ORACLE dan INGRES dikeluarkan dalam versi komputer
Mikro.
Dengan adanya sistem kendalian berasaskan tetingkap atau GUI, DBMS kini menjadi
lebih mesra pengguna seterusnya dapat memenuhi keperluan pengguna yang rata-ratanya bukan
terdiri daripada pakar dalam pengkalan data. Contoh DBMS seperti ini ialah Visual
Foxpro, PowerBuilder dan Microsoft Access.
Generasi Terkini
Perkembangan teknologi komputer dan telekomunikasi telah menyumbang kepada
rangkaian setempat dan pemprosesan teragih secara meluas.
Pangkalan data multimedia dan internet juga telah menjadi sesuatu yang penting dan
berguna dalam pembangunan aplikasi dalam talian (online).
Permodelan data hubungan telah didokong oleh Model Perhubungan Entiti (Model E-R)
yang diperkenalkan oleh Chen pada 1976.
Satu lagi perkembangan sistem pangkalan data ialah sistem Pangkalan data berasaskan
objek (ODMS) yang digunakan untuk menyimpan dan menyelenggara struktur data daripada
Pengaturcaraan Berorientasikan Objek.
Teknologi terkini pangkalan data juga ialah pangkalan data cerdas dan sistem pangkalan
data multimedia dan pangkalan pengetahuan.
Pada lewat tahun 80-an Pengaturcaraan berorientasikan objek telah mula digunakan.
:: Komposisi Sistem Pengkalan Data ::

Perisian

Sistem pengurusan pangkalan data


Perisian penggunaan
Perisian sistem kendalian
Perkakasan
Keperluan perkakasan bergantung kepada jenis penggunaan, keperluan organisasi dan
sistem pengurusan pangkalan data yang digunakan.
Manusia
Pentadbir data
Pentadbir pangkalan data
Perekabentuk pangkalan data
Pengaturcara penggunaan
Tatacara
Prosedur yang perlu diikuti oleh pengguna pangkalan data.

:: Jenis & Seni Bina Pangkalan Data ::


Sistem Pangkalan Data Terpusat
Komputer pusat (telepemprosesan)
Seni bina pelanggan-pelayan
Pangkalan data peribadi
Pangkalan data multimedia

Sistem Pangkalan Data Teragih


Sebuah pangkalan data logikan yang diagihkan kepada beberapa komputer pada lokasi
berlainan tetapi bekerja secara sepadu.
Banyak persamaan dengan senibina pelayan-pelanggan manakala perbezaan jelas dari
segi bilangan DBMS.
Contoh: syarikat insurance multinasional
:: Kelebihan Sistem Pengkalan Data ::
Pangkalan data terkawal
Kesepaduan data
kebebasan format fail
Perwakilan data organisasi
Tatacara keselamatan lebih selamat
Kapasiti capaian pengguna tinggi
Tatacara sandar dan pemulihan

:: Kelemahan Sistem Pangkalan Data ::


Kos tinggi
Kos perkakasan
Kos penukaran
Saiz dan kerumitan
Prestasi tidak konsisten
Risiko kegagalan
:: Aplikasi Sistem Pangkalan Data ::
Sistem tempahan tiket kapal terbang
Sistem pinjaman dan tempahan buku
Sistem pangkalan data pesakit
Sistem maklumat pelajar
Sistem perekodan inventori
Sistem tempahan tiket wayang

Anda mungkin juga menyukai