Anda di halaman 1dari 13

KANDUNGAN MUKA SURAT

Penghargaan 2

Objektif kajian 3

Kaedah kajian 4

Hasil kajian 5

Latar belakang keluarga 8

Kenangan manis dan pahit 11

Rumusan 12

1
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih
kepada ibu bapa saya yangbanyak
memberi sokongan dan semangat
yang kukuh kepada saya untuk
menyiapkan folio Sejarah saya ini.
Mereka juga merupakan orang
sumber bagi kajian salasilah
keluarga saya ini.

Saya juga ingin mengucapkan


setinggi-tinggi terima kasih kepada
Pn. Nor Salimi bt. Che Ngah iaitu
guru matapelajaran Sejarah saya
atas segala bimbingan dan tunjuk
ajar yang telah diberi olehnya
semasa saya membuat folio ini.

Kepada rakan-rakan seperjuangan


saya, saya ingin mengucapkan
terima kasih kerana mereka secara
tidak langsung telah memberi sedikit

2
sebanyak idea bagi memperbaiki
lagimutu folio saya ini.
Sekian, terima kasih

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan folio sejarah ini mempunyai
beberapa objektif seperti yang berikut:

1. Saya dapat mengenali dan memahami asal usul keluarga saya .

2. Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga saya


bermula dari datuk dan nenek sehinggalah ke generasi saya.

3. Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap anggota
keluarga saya.

4. Saya boleh berasa bangga dan sayang kepada keluarga saya atas segala
kemajuan yang dicapai oleh keluarga saya.

5. Saya dapat menjadikan kegigihan anggota keluarga saya dalam mencapai


sesuatu kejayaan sebagai panduan dan pedoman untuk meneruskan
kesinambungan kemajuan dan kejayaan yang dikecapi oleh mereka agar
tidak tergugat dan hilang begitu sahaja.

3
6. Saya boleh menyatakan rasa berterima kasih dan bersyukur kerana memiliki
sebuah keluarga yang harmoni dan ceria.

7. Saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, rekod dan


menganalisis maklumat tentang keluarga saya

KAEDAH KAJIAN

Kaedah-kaedah kajian salasilah keluarga yang saya gunakan adalah seperti berikut:

1. Kaedah lisan iaitu saya menemuramah sumber yang merupakan ibu bapa saya
bagi mengetahui dengan lebih lanjut beberapa peristiwa sama ada melalui
penglibatan mereka secara langsung dalam peristiwa itu atau sekadar
menyaksikannya.

2. Kaedah pemerhatian iaitu saya melihat dan mengkaji perkembangan orang


sumberiaitu ibu bapa saya dari segi aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan
tingkah laku mereka.

4
3. Kaedah rujukan iaitu saya melihat dan mengambil maklumat daripada
bukucatatan harian ibu bapa saya dan mengumpul beberapa gambar dari album
keluarga.

5
HASIL KAJIAN

SALASILAH KELUARGA

6
SALASILAH KELUARGA (IBU)

Omar bin Baba (Datuk)


+
Zainon bt Abu (Nenek)

Marzita (Ibu) Marzila (Ibu saudara)


Lenny Marlina (Ibu saudara)
+ +
+
Nik Rahiman (Bapa) Jeffrey
Tun Masri

Nik Asyraful Nik Danial Nik Faris Raihana


Zarif Iman Lily Farhana
Aiman Aiman Aiman Jasmine

Tun Amylia Tun Alyssa Tun Adriana


Farina Farina Farina

7
SALASILAH KELUARGA (BAPA)
Nik Mohd Taib bin Nik Idris
+
Nik Mariam binti Nik Mohammed

Nik Rasilah
Nik Radziyah + Nik Rafidah+ Nik Rahiman (Bapa) +
(Arwah)
Afip Noruddin Marzita (Ibu)

Aman Fifi Aqilah

Liyana Fawwaz Irfan Nadira

Nik Asyraful
Aiman Nik Danial Aiman ** Nik Faris Aiman

8
LATAR BELAKANG KELUARGA SEBELAH IBU

Ibu saya dilahirkan pada tanggal 7 Jun 1967 di negeri Melaka. Datuk dan nenek
ibu saya (moyang) berasal dari negeri Johor Darul Takzim. Moyang saya
merupakan seorang anggota polis hutan semasa Tanah Melayu dijajah oleh tentera
Jepun. Terdapat terlalu banyak peristiwa pahit dan menyayat hati yang pernah
diceritakan oleh nenek saya semasa zaman pendudukan Jepun tersebut.

Selepas peristiwa Bukit Kepong, mereka berhijrah ke negeri Melaka untuk


memulakan kehidupan baru. Nenek sebelah ibu saya adalah satu-satunya anak
perempuan moyang saya yang dihantar bersekolah Inggeris iaitu Government
English School, Masjid Tanah semasa bersekolah rendah dan beliau menyambung
pelajaran beliau di Malacca Girls High School, Durian Daun Melaka. Nenek saya
berjaya menjadi seorang guru Bahasa Inggeris di SRK Ramuan China Kecil,
Lubok China, Melaka. Sebelum menamatkan perkhidmatan, beliau merupakan
seorang Guru besar di SRK La Salle, Brickfield, Kuala Lumpur.

Datuk saya juga merupakan seorang guru pada mulanya. Beliau juga merupakan
seorang graduan bidang Ekonomi dari Universiti Malaya (UM). Beliau bernasib
baik kerana dipilih oleh Wisma Putra untuk berkhidmat sebagai Diplomat di luar
negara. Beliau pernah berkhidmat sebagai Atache Pelajaran di Australia dan New
Delhi, India. Dengan demikian, ibu saya mempunyai banyak pengalaman
bersekolah rendah di luar negara.

Memandangkan ibu saya mempunyai banyak pengalaman berada di luar negara


pada zaman kecilnya, beliau juga pernah bertugas di luar negara selama beberapa
tahun sebelum menceburkan diri dalam bidang pendidikan. Ibu saya menceburi
bidang pendidikan pada usia yang agak lewat.

Itulah serba ringkas tentang latar belakang keluarga ibu saya.

9
LATAR BELAKANG KELUARGA SEBELAH BAPA

Bapa saya dilahirkan pada tanggal 10 April 1966 di Kota Bharu Kelantan. Datuk
dan nenek bapa saya (moyang) sememangnya berasal dari negeri Kelantan.
Moyang perempuan saya berasal dari daerah Bukit Marak manakala moyang lelaki
saya berasal dari Kubang Pasu Kota Bharu.

Tidak banyak maklumat yang diperolehi daripada bapa saya. Menurut bapa saya
moyang lelaki saya iaitu datuk bapa saya adalah seorang yang bekerja dengan
kerajaan mungkin sebagai seorang pegawai atau kerani. Manakala nenek bapa saya
hanyalah seorang suri rumah sahaja.

Datuk saya mempunyai isteri (arwah) pertama yang merupakan anak buahnya
sendiri. Setelah isteri tersebut meninggal dunia, datuk saya mengahwini sepupunya
sendiri yang merupakan nenek saya sekarang. Nenek saya merupakan seorang
yang bertanggungjawab kerana sanggup menjaga anak-anak tiri selain daripada
menjaga anak beliau sendiri. Keluarga bapa saya agak besar kerana mempunyai
lapan adik beradik termasuk kakak dan abang tiri yang tinggal serumah sewaktu
kecilnya. Namun demikian mereka kelihatan sangat akrab dan mesra.

Datuk saya menyara keluarga dengan bekerja sebagai Ketua Kerani di Jabatan
Kerja Raya (JKR) ketika itu. Datuk saya telahpun meninggal dunia sewaktu saya
baru berumur 40 hari. Menurut ibu saya datuk saya adalah seorang yang sangat
sabar dan baik hati orangnya. Beliau meninggal mungkin disebabkan oleh
komplikasi paru paru akibat merokok. Kenangan manis datuk saya bersama
semua ahli keluarga masih segar dalam ingatan.

Nenek saya pula masih sihat dan menjalankan perniagaan makanan sejuk-beku di
tempat kediamannya. Perniagaan beliau mendapat sambutan yang agak
memberangsangkan dan beliau mempunyai ramai pelanggan. Mak saudara saya
juga membantu dalam perniagaan tersebut.

Demikianlah kisah tentang latar belakang keluarga sebelah bapa saya.

10
LATAR BELAKANG DIRI SAYA

Saya dilahirkan pada 7 Oktober 1997 di Hospital Tanjung, Jalan Burmah, Pulau
Pinang . Saya merupakan anak kedua dalam keluarga. Saya bersekolah di dua buah
sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Bertam Indah selama 3 tahun pertama dan
Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam selama 3 tahun selanjutnya.

Selepas berjaya memperolehi keputusan 3A2B dalam peperiksaan UPSR pada


tahun 2009, saya dimasukkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung
Selamat untuk melanjutkan pelajaran saya di tingkatan 1.

Saya mempunyai seorang adik dan seorang abang. Adik saya bernama Nik Faris
Aiman yang berumur 9 tahun dan berada di darjah 3 Berlian di Sekolah
Kebangsaan Bertam Indah, Kepala Batas.

Abang saya pula bernama Nik Asyraful Aiman yang sekarang berada di Tingkatan
5 MRSM Taiping, Perak. Beliau berjaya mendapat keputusan yang sangat
cemerlang dalam peperiksaan PMR semasa berada di MRSM Transkrian, Nibong
Tebal Pulau Pinang.

Ibu saya bernama Marzita bt Omar yang kini berumur 43 tahun. Ibu saya
merupakan seorang graduanSains dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang
Kimia dan Biologi. Beliau merupakan salah seorang Penolong Pengarah di Sektor
Pengurusan Akademik di Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang (JPNPP).

Ayah saya pula ialah Ar. Nik Rahiman bin Nik Mohd Taib yang berumur 44 tahun.
Beliau merupakan seorang profesional dalam bidang arkitek dari University of
Manchester Institute of Science and Technolgy (UMIST), United Kingdom. Beliau
merupakan seorang arkitek yang berdedikasi yang bekerja di sebuah firma arkitek
di Butterworth.

11
KENANGAN MANIS DAN PAHIT
Antara kenangan manis yang tidak saya lupakan ialah setiap kali saya pulang ke
rumah datuk dan nenek sebelah ibu saya di Petaling Jaya ialah keriuhan dan gelak
ketawa saya serta sepupu-sepupu saya ketika bermain bersama-sama.

Saya berasa amat seronok kerana setiap pagi dan petang, saya dan sepupu saya
akan berjoging di sekitar taman di Seksyen 17, Petaling Jaya. Rumah datuk dan
nenek saya berada betul betul di belakang Tropicana City dan juga berhampiran
dengan One Utama. Itulah tempat dimana nenek membawa kami untuk membeli-
belah.

Nenek dan datuk saya juga kerap mengunjungi saya di Kepala Batas, Pulau Pinang
datuk saya sangat gemar berehat di rumah saya kerana suasananya yang tenang ,
damai dan aman. Menurut datuk saya, dia gemar datang ke rumah saya kerana jauh
dari kesibukan kota.

Namun demikian, kesihatan datuk saya tidak berapa baik sejak kebelakangan ini.
Beliau pernah menjalani pembedahan buah pinggang untuk mengeluarkan batu
karang dari buah pinggangnya. Beliau juga, mempunyai penyakit darah tinggi dan
kencing manis. Sekarang ini pula beliau mempunyai masalah sakit-sakit lutut yang
akan dirujuk kepada doktor pakar pada masa terdekat. Datuk bernasib baik kerana
nenek saya masih sihat dan kuat untuk menjaga beliau.

Kenangan manis apabila setiap kali saya mengunjungi nenek saya di Kota Bharu
pula ialah apabila menjamu selera hasil masakan nenek saya. Beliau adalah
seorang yang pandai memasak. Antara makanan kegemaran saya ialah murtabak
dan karipap buatan nenek saya. Patutlah ramai pelanggan yang datang membeli
daripadanya. Walau bagaimanapun, nenek saya juga tidak berapa sihat kerana
mempunyai masalah pergerakan akibat kecederaan pada lututnya suatu ketika
dahulu.

12
RUMUSAN

Melalui kajian sejarah ini saya berpeluang untuk menghayati serta merasai
kepentingan sejarah dalam kehidupan masyarakat kini. Ini kerana secara tidak
langsung dapat melahirkan perasaan jati diri yang tinggi serta membentuk
keperibadian bangsa dengan menghampuskan rasa rendah diri dengan bangsa lain
didunia ini.

Hasilnya saya dapat meluaskan pengalaman dan mendapat banyak maklumat


mengenai salasilah diri keluarga selain mengetahui nilai-nilai patrotisme yang
perlu diterapkan kepada kita semua sebagai rakyat Malaysia. Pengalaman nilai-
nilai patrotisme dapat membantu serta mendidik kita supaya menjadi seorang
rakyat Malaysia yang terbaik contohnya kita mesti berdisiplin dan beradab walau
dalam apa keadaan sekali pun serta bersemangat kekitaan.

Akhirnya saya berjaya menghadapi pelbagai kesukaran untuk mengahasilkan kerja


kursus ini antaranya kesuntukan masa dan masalah untuk mencari maklumat.
Walau bagaimanapun dengan bantuan guru,keluarga dan rakan-rakan, saya berjaya
menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Sesungguhnya institusi keluargaan
yang mantap dapat menjamin kebahagiaan keluarga. Begitu juga dengan
pengalaman nilai-nilai patriotism yang baik akan dapat melahirkan warganegara
Malaysia yang cintakan tanah air, berani dan yakin diri.

13

Anda mungkin juga menyukai