Anda di halaman 1dari 17

MEMORANDUM

MAJLIS SYIAH MALAYSIA


o 10-12, Jalan 4/4C, Desa Melawati, 53100 Kuala Lumpur.

Tarikh : 6 Jun 2011/ 5 Rejab 1432H

Kepada:-

DULI YANG MAHA MULIA,

YANG DI PERTUAN AGONG,

AL-WATHIQU BILLAH,

TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI,

ALMARHUM AL-SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH AL-HAJ

Melalui,

PERDANA MENTERI MALAYSIA

Y.A.B DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK

Pejabat Perdana Menteri,


Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,

Kerajaan Persekutuan Pusat Pentadbiran,


62502 Putrajaya, MALAYSIA

1
RAYUAN RAKYAT MALAYSIA BERMAZHAB SYIAH AGAR FATWA &
PEWARTAAN PENGHARAMAN & KESESATAN SYIAH DIKAJI SEMULA &
DIMANSUHKAN SAMADA DI PERINGKAT NEGERI & KEBANGSAAN

Dengan rasa hormatnya, seperti perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berhubung dengan ini, patik sekalian rakyat Malaysia yang bermazhab Syiah menjunjung
kasih kepada DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri dapatlah kiranya
meneliti dan menerima rayuan patik sekalian agar tidak diganggu serta ditangkap dan tidak
dihapuskan. Kalau boleh patik sekalian dapat hidup dan bebas beramal seperti rakyat Malaysia
yang lain. Patik sekalian bermazhab Syiah adalah minoriti umat Islam di Malaysia (200,000
300,000 orang), dari segi amalan tidak jauh berbeza dengan amalan umat Islam yang majoritinya
bermazhab Syafie.

3. Rentetan peristiwa 15 / 12 / 2010 dimana Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu dan
menahan lebih kurang dua ratus (200) orang pengikut Syiah yang sedang berkabung mengingati
kesyahidan cucunda Rasulullah s.a.w iaitu Imam Husein bin Ali a.s di salah sebuah rumah kedai
di Taman Sri Gombak yang dikenali sebagai Hauzah Ar-Ridha. (Lampiran 1). Pengarah JAIS
ketika itu Datuk Khusrin Munawi telah memfitnah kami pengikut Syiah kononnya, Syiah tidak
mewajibkan ibadah haji, Syiah mengkafirkan dan menghalalkan darah pengikut Islam yang
bermazhab lain, dan banyak lagi. Semua ini adalah tidak benar sama sekali.

4. Rentetan dari peristiwa di atas, kami telah bertemu dengan SUHAKAM (Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia) untuk mendapatkan pembelaan dan hak sebagai rakyat Malaysia mengikut
Perlembagaan Persekutuan.

5. Mazhab Syiah juga telah dituduh sebagai Bahaya oleh JAKIM dan JAIS, dan perkara ini
bertentangan dengan kenyataan Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu YB Dato`
Seri Hishammuddin bin Tun Hussein bahawa, Syiah tidak ancam negara dan gerakan Syiah
tidak menjejaskan sama sekali keselamatan Negara (Lampiran 2).

6. Kenyataan KDN ini benar-benar terbukti jika dinilai sejak dari tahun 1984 yang mana Syiah
telah diterima sebagai mazhab Islam yang sah di Malaysia. Umat Islam Syiah di Malaysia belum
pernah direkodkan membunuh atau menyerang masyarakat Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah.1
Bahkan, Syiah sebuah mazhab yang mengutamakan kedamaian dan persaudaraan sesama Islam.
Umat Islam Syiah sentiasa memandang positif dan menyambut seruan kerajaan Malaysia yang

2
mahukan kemajuan dan perpaduan sesama rakyat (1Malaysia). Hidup 1Malaysia!! Umat Islam
Syiah di Malaysia sentiasa mengimbangi dalam arena politik Malaysia. Dari sudut ekonomi,
umat Islam Syiah di Malaysia tidak pernah ketinggalan ke belakang. Bahkan, mereka sentiasa
berada di hadapan memacu ekonomi rakyat Malaysia tanpa mengira aliran pemikiran mazhab
dan agama juga membantu Dasar Ekonomi Baru. Manakala dari sudut pendidikan, umat Islam
Syiah di Malaysia juga telah bersama-sama mengambil bahagian memajukan diri mereka dan
menaik-taraf pada setiap sudut bidang hingga mengatasi cendekiawan dunia antarabangsa, dan
ini bertepatan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang diseru oleh pihak kerajaan Malaysia.
Inilah juga ajaran dan petunjuk al-Quran, as-Sunnah dan Ahlul Bait yang dipegang dan
diamalkan oleh masyarakat Islam Syiah di Malaysia dan di seluruh dunia sejak dulu sehingga
kini. Seandainya ketulusan kami patik bermazhab Syiah di Malaysia ini diragui, kami, patik
bermazhab Syiah rela dan sanggup untuk bersumpah laknat diri (mubahalah) sebagai bukti
bahawa Kami sanggup berkorban demi kebenaran dan cinta kami kepada Agong kami,
Sultan-sultan (Raja & Yam Tuan Besar) kami, Perdana Menteri kami, pemimpin-
pemimpin kami, saudara-saudara kami dan negara kami Malaysia. Ini janji kami dan ini
juga SUMPAH kami.

7. Demi keadilan seperti rakyat Malaysia yang lain dimana pada 9 / 3 / 2011 semasa Persidangan
Parlimen telah berlaku perbahasan mengenai Syiah dimana telah berkata Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Y.B Senator Mejar Jeneral Dato` Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom, Syiah
boleh diamalkan tapi tidak boleh disebarkan (Lampiran 3). Meskipun kenyataan menteri ini
menjadi dinyatakan Di Palimen Malaysia, namun pihak JAIS tetap menyerbu kami patik sekalian
bermazhab Syiah di tempat kami sendiri dan kemudian menuduh kami dengan tuduhan-tuduhan
palsu dan dusta. Lebih teruk lagi, kami, patik rakyat malaysia bermazhab Syiah tidak dibenarkan
atau tidak diberikan ruang untuk bersuara untuk menepis pendustaan tersebut ataupun sekurang-
kurangnya mempertahankan kebenaran kami bermazhab Syiah yang berpegang kepada al-Quran
dan as-Sunnah serta Ahlul Bait, samada menerusi media-massa dan cetak. Akhirnya, dusta yang
disuarakan pihak JAIS menjadi hasutan, dan akhirnya kami, patik rakyat Malaysia bermazhab
Syiah dicemuh dan disesatkan masyarakat kami sendiri yang termakan hasutan jahat tersebut.

8. Paling menyedihkan patik sekalian yang bermazhab Syiah sekali lagi JAIS bersama pengarah
barunya iaitu Tuan Haji Marzuki bin Husin telah membuat penangkapan empat (4) orang
pengikut Syiah pada 24 / 5 / 2011 semasa patik sekalian bermazhab Syiah sedang meraikan
ulangtahun Puteri Rasulullah s.a.w, Fatimah Az-Zahra a.s (Lampiran 4), sedangkan rakyat
Malaysia memiliki hak kebebasan meraikan Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Kekasih (Valentine Day),
Hari Wesak, Tahun Baru Cina, Hari Kkrismas dan berbagai lagi bentuk perayaan samada yang
bertujuan menyanjung seseorang atau sempena kemuliaan sesebuah hari, apatah lagi hari
memperingati puteri tercinta Rasul s.a.w yang digelar sebagai Penghulu Wanita di dunia dan di
syurga. 2 Untuk makluman DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri
bahawasanya pihak kami telah mendapat Permit dari Majlis Perbandaran Selayang dan sesalinan
kepada telah dihantar oleh Majlis Perbandaran tersebut kepada pihak Polis DiRaja Malaysia
(sebagaimana yang ditulis dalam Surat Permit kelulusan tersebut).

3
9. Demi keadilan dan kebenaran sebagai rakyat Malaysia, patik sekalian yang bermazhab Syiah
menuntut kebebasan beragama menurut Perlembagaan Negara dan sebagai rakyat Malaysia
yang cintakan keamanan dan perpaduan Negara - 1Malaysia. Patik sekalian yang bermazhab
Syiah mempunyai seramai 200,000 hingga 300,000 orang pengikut Syiah menjunjung kasih dan
taat setia kepada negara yang sepertinya telah termaktub di dalam Perlembagaan dan Rukun
Negara. Tiada sebarang niat untuk menderhaka kepada DYMM Yang DiPertuan Agong dan
Kerajaan Malaysia. Patik sekalian berharap agar kesetiaan dan kecintaan kami kekal ke anak
cucu terhadap negara Malaysia.

10. Para ulama dan dunia Islam telah mengakui Syiah sebagai salah satu mazhab yang diakui
sebagai Islam yang sah. Namun, ia amat berlainan sekali dengan apa yang telah berlaku di
Malaysia terutamanya di Negeri Selangor diikuti JAKIM dan Majlis Fatwa kebangsaan
(MFK/MKI). Penangkapan dan penyebaran fitnah dan hasutan yang menyatakan Syiah Sesat
dan Syiah perlu dihapuskan di Malaysia secepat mungkin masih berlaku seperti 15 / 12 /
20103, 9 / 5 / 20114, 23 / 5 / 20115 dan 24 / 5 / 20116. Perkataan-perkataan sesat dan kafir masih
kedengaran, Bukankah perkara ini telah menentang Perlembagaan Persekutuan yang telah
memberikan hak kebebasan beragama kepada rakyat Malaysia dan KDN mengatakan Syiah
tidak mengancam keselamatan negara.

11. Patik sekalian yang bermazhab Syiah ingin mendapat penjelasan kukuh dari pihak Majlis
Fatwa Kebangsaan (MFK/MKI) berkenaan fatwa MFK/MKI yang dikeluarkan pada tahun 1984
yang mengakui Syiah sebagai ajaran Islam yang sah di Malaysia, telah dimansuhkan oleh
muzakarah MFK/MKI pada tahun 1996. Patik sekalian bermazhab Syiah bukan ingin
mempertikaikan tetapi ingin penjelasan. Jika dinilai dari sudut keadilan dan hak, mengapa ajaran
Salafi-Wahabi yang pada awalnya ditentang dan dinilai oleh MFK/MKI sebagai ajaran yang
memecah-belah umat Islam khususnya di Malaysia yang telah diperbincangkan mengenainya
sebanyak sembilan (9) kali dari tahun 1985 sehingga tahun 2003 oleh Jawatankuasa Majlis
Fatwa Kebangsaan, namun telah diterima7 sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah? Jika ajaran Salafi-
Wahabi diterima sebagai Islam di Malaysia, maka mengapa tidak bagi Islam Syiah? Isu ajaran
dan fahaman Salafi-Wahabi diberi peluang membuat penjelasan tetapi berkenaan Syiah, tiada
seorapun wakil kami mazhab Syiah yang dipanggil untuk memberikan penjelasan. Berkenaan
ajaran dan fahaman Salafi-Wahabi telah diberikan penjelasannya oleh YM Sobibus Samahah
Mufti Perlis ketika ituDato Haji Mat Jahya bin Haji Hussin (1980-2007) yang menyebabkan
Salafi-Wahabi diterima sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia dan negeri Perlis
terkecuali dari terikat pada mana-mana mazhab empat (4) Ahli Sunnah Wal Jamaah Hanafi,
Maliki, Syafi`ie dan Hanbali -. Demi keadilan seperti rakyat Malaysia yang lain, sepatutnya patik
sekalian bermazhab Syiah juga harus diberi peluang yang sama seperti pihak Salafi-Wahabi,
bukan menidakkan hak kami sebagai minoriti di dalam masyarakat Islam di Malaysia dan bukan
menghapuskan etnik kami.

4
12. DYMM Yang Dipertuan Agong dan YAB Perdana Menteri, ajaran Salafi-Wahabi merupakan
ajaran yang benar-benar terpesong dari ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang empat (4) iaitu
mazhab Hanafi, Maliki, Syafi`ie dan Hanbali. Mereka menentang sifat 20 yang telah ditetapkan
oleh ijma` mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahkan ajaran Salafi-Wahabi juga tidak
mentakwilkan ayat-ayat al-Quran dan as-Sunnah berkenaan sifat-sifat Allah s.w.t. Mereka
meyakini bahawa Allah ada tangan, kaki, pinggang, muka dan anggota-anggota lainnya seperti
makhluk. Mereka juga meyakini Allah berada di langit dan di atas Arasy. (Lampiran DVD).
Semua ini bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah yang menolak pentajsiman dan pentasybihan
(penyerupaan) Allah seperti makhluk.

Ajaran Salafi-Wahabi juga menuduh umat Islam yang menyambut maulud Nabi, kenduri arwah,
zikir beramai-ramai, menggunakan tasbih, memanggil Nabi Muhammad sebagai Saidina (Tuan),
sambutan isra` mikraj, membaca tahlil untuk si mati, membaca qunut, membaca bismillah,
selawat dan berbagai lagi sebagai pelaku syirik dan pembuat bid`ah yang menyesatkan. Bahkan,
ajaran Salafi-Wahabi juga menghalalkan umat Islam menternak babi. Tulang dan kulit babi halal
untuk dipakai dan digunakan melainkan dagingnya diharamkan makan bukan untuk dipegang.8
Dengan ini semua, pihak Majlis Fatwa Kebangsaan masih menganggap ajaran Salafi-Wahabi
sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah, sebaliknya menentang ajaran Islam Syiah yang diakui oleh
ulama dan dunia Islam sebagai kelompok Islam yang sah sebagai sesat oleh pihak Majlis Fatwa
Kebangsaan, JAKIM, JAIS dan jabatan-jabatan agama di setiap negeri di Malaysia. Bahkan
ketua Pengarah JAKIM, Dato Othman Mustafa telah menyebut bahawa Syiah perlu dihapuskan
dengan segera. (Lampiran 5 )

13. DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri, walaupun Islam di Nusantara
kini majoriti bermazhab Syafi`ie, tetapi pada awalnya ia dipengaruhi oleh fahaman Syiah.
kedatangan Syiah ke Asia Tenggara bermula semasa gabenor bani Umayyah yang zalim bernama
al-Hajjaj bin Yusuf ats-Tsaqafi (695-705M). Ketika itu ramai golongan Syiah telah melarikan
diri dan ada yang datang ke nusantara dan mereka menuju ke Campa9 kemudian ke pulauan Sulu,
Sulawesi dan Kalimantan. Semua ini terdapat pada batu-batu nisan di mana terdapatnya kubur-
kubur orang Islam. Pada abad ke-9M dan ke-12M, golongan Syiah mencapai kekuatan politik di
Timur Tengah, lalu kedatangan mereka ke Asia Tenggara bertukar corak dari pelarian kepada
politik. Mereka menyebarkan dakwah Syiah di dunia Islam khususnya Nusantara. Pada abad ke-
10M pula berlaku penghijrahan kaum muslimin Parsi ke Nusantara seperti antaranya keluarga
Lor (dari wilayah Lor di Parsi) ke Jawa Timur. Mereka mendirikan perkampungan Lorin di
Gresik dan keluarga Jawani di Pasai dan keluarga Syiah di Sumatera Timur. Maka boleh
dikatakan bahawa sepanjang abad ke-11M dan 12-M, Indonesia dan Nusantara dipengaruhi oleh
aliran Syiah. Ini bererti, sebelum kedatangan mazhab Ahli Sunnah - yang dominan di Nusantara
ini - adalah mazhab Syiah dan ia telah mempengaruhi masyarakat dan kerajaan Islam di
Nusantara ini.10 Pada tahun 878M, telah berlaku pemberontakan oleh Hwang Chao yang

5
menyebabkan hampir 10,000 orang asing (kebanyakan Arab-Islam) terbunuh. Ramai yang
melarikan diri ke Semenanjung khususnya ke Kedah.

Kesan dari itu, maka amalan Islam mazhab Syiah lalu menyerap masuk ke dalam budaya dan
adat penduduk setempat, antaranya mendirikan kuburan, membesarkan orang-orang alim dan
wali-wali yang sudah meninggal dunia, memperingati hari kematian atau hari hol. Begitu juga
dengan berzanji, sambutan maulud, membaca talkin, bacaan surah Yassin secara berjemaah pada
setiap malam Jumaat, tahlil, sambutan Isra Mikraj, Nisfu Syaban, hari Hol, bubur Merah, bubur
Putih dan banyak lagi. Semua amalan-amalan yang berasal dari Syiah ini tetap diteruskan
masyarakat Malaysia sebagai amalan agama yang tidak boleh ditinggalkan, jauh sekali ditentang.

Jika dilihat perkembangan Islam di Aceh serta Nusantara, peninggalan Syiah masih ada dan
sejarahnya kekal seperti Sambutan Asyura masih disambut setiap tahun di Palembang. Universiti
Syiah Kuala di Aceh, Makam Habib Noh di Singapura11 dan buku-buku seperti Hikayat Amir
Hamzah dan Hikayat Mohammad Ali Hanafiah. Bahkan adat pepatih - disamping adat
temenggong - yang masih lagi diamalkan di negeri melaka dan negeri sembilan wujud pengaruh
ajaran Syiah di dalamnya. Diikuti sejarah Hamzah Fansuri yang merupakan salah seorang ulama
tamadun melayu Islam juga bermazhab Syiah. Sultanul Arifin yang menjadi mubaligh kepada
keislaman Parameswara juga bermazhab Syiah. Parameswara telah mengubah namanya kepada
Megat Iskandar Shah.12 Bahkan sebahagian besar alat muzik diraja di Istana Melayu dari dulu
sehingga kini adalah berasal dari Parsi atau Iran. Salah satu yang paling terkenal ialah Naubat
atau Nobat, Nafiri dan rubab (Rebab). Tidak ketinggalan songkok yang juga berasal dari Parsi
(Iran). Satu masa dahulu songkok melambangkan keparsian (justeru, ke-Syiah-an). Hari ini
songkok sebagai budaya Parsi telah menyerap dan sebati sebagai budaya Melayu. Meskipun kini
masyarakat Parsi telah meninggalkan budaya bersongkok, namun songkok dalam kalangan
Melayu menjadi lambang kehormatan. Kanun Melayu yang terkenal susunan Tun Sri Lanang ada
menghantar satu hint yang penting tentang pencinta Ahlul Bait (Syiah) di alam Melayu. Tun Sri
Lanang dalam buku Hikayat Silatu Salatin telah menulis dengan sejelas-jelasnya tentang asal
usul Raja-raja Melayu. Mereka adalah berasal dari darah daging Iskandar Zulkarnain
(Alexander the Great) . Mereka dari darah Parsi Syiah dan sekarang ini dikenali sebagai Iran
Syiah. Menurut Persatuan Silat Kalimah Malaysia dan tertera dalam Website mereka:
http://www.silat-kalimah.com, pengasas mereka adalah bernama Syeikh Abdullah Rafaei Qibrari atau
Syeikh Tajred. Beliau adalah seorang pedagang dan juga seorang mubaligh Islam. Beliau berasal
dari Tanah Besar Parsi dan seorang Islam yang bermazhab Ahlul Bayt (Syiah). Sultan Kedah
pada waktu iaitu yang bernama Phra Ong Mahawangsa telah memeluk Islam dan menggantikan
nama Baginda kepada Sultan Muzaffar Shah.

Pengaruh Parsi (Syiah) telah mencorak kemasukan Islam di alam Melayu serta Benua Kecil
Siam. Pengaruh Parsi dalam tamadun Melayu jelas dapat dilihat dalam lapangan bahasa,
kebudayaan dan keagamaan umpamanya kitab Taj al-Salatin13 banyak merujuk daripada kitab-
kitab Parsi.14 Betapa eratnya hubungan Melayu dan Parsi terjalin sehingga sejak awal-awal lagi
kesultanan Melayu sudah memakai nama Syah dari bahasa Parsi yang melambangkan kedudukan

6
mereka sebagai raja. Ketika itu pengaruh Parsi ini juga berkembang pesat di Shahr Nuwi
Ayuthiya.15

Semua ini bukti bahawa Syiah sudah lama bertapak dan berakar umbi di Malaysia ini sebelum
kemasukan mazhab-mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang lain, diikuti fahaman dan ajaran
Salafi-Wahabi yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah dan Muhammad bin Abdul Wahhab.

14.Gerakan Salafi-Wahabi telah memberi penerangan yang salah kepada pihak berkuasa16
terutamanya Jabatan Agama Islam dengan niat yang jahat dan telah menghasut, mengatakan
Syiah itu sesat dan perlu dihapuskan dengan apa cara sekalipun meskipun dibunuh sebagaimana
yang telah terjadi di Iraq, Sri Lanka, Afghanistan, Indonesia, Thailand, Pakistan dan Bahrain.
Penghapusan etnik (Genocide) yang sedang dilakukan pihak Salafi-Wahabi di dunia luar dan di
Malaysia ini benar-benar merupakan salah satu jenayah berat bagi bidangkuasa undang-undang
no. 26 Mahkamah Jenayah Dunia (Jurisdiction International Criminal Court) yang diasaskan
pada tahun 2000. Bahkan ia melanggar undang-undang yang ditemui di Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu 1948 Konvensyen tentang Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid
(CPPCG)17.Bagi patik sekalian bermazhab Syiah adalah satu peristiwa hitam dan pahit untuk
kami terima. Kami, patik sekalian bermazhab Syiah di Malaysia memohon ampun jika menyebut
bahawa tindakan pihak JAKIM yang benar-benar mahu menghapuskan Syiah di Malaysia ini
telah mengancam rakyat bukan Islam di negara ini. Pasti mereka akan berfikir bahawa, jika
kelompok Islam mahu menghapuskan kelompok Islam yang lain, maka pasti tidak ada jaminan
bagi agama-agama lain selain Islam - seperti hindu, budha, kristian, sikh - juga bakal dihapuskan
oleh pihak Jabatan Agama di Malaysia khususnya JAKIM dan MFK/MKI.

15. Apa yang berlaku di dalam dunia Islam, ianya amat bertentangan sekali dengan apa yang
berlaku di Malaysia, diskriminasi dan hak sebagai rakyat Malaysia minoriti Islam telah dinafi
bahkan etnik kami mahu dihapuskan. Jika dilihat, Dunia Islam telah menerima Syiah sebagai
mazhab Islam yang sah dan boleh diamalkan dan bebas untuk disebar dan dipelajari. Fatwa
Mufti-mufti Mesir (yang terbaharu fatwa Dr. Ali Jum`ah), Para Ulama Universiti Al-Azhar,
Deklarasi Amman Message 2004,18 Deklarasi OIC 199619 serta Islam Hadari 2010. (Lampiran 6
). Merujuk kepada 26 / 12 / 2010, Perjanjian Madinah diantara Syiah, Ahli Sunnah dan Salafi-
Wahabi telah dimeterai dimana Syiah telah diterima oleh semua para ulama dan Dunia Islam.

16. Melihat akan kesungguhan tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak Salafi-Wahabi ini
yang berbagai cara dengan mengadakan berbagai seminar Bahaya Syiah dan menggunakan
media-massa dan cetak untuk memfitnah Syiah dan menghasut masyarakat sekaligus memecah-
belahkan rakyat 1Malaysia dan menjejaskan keselamatan negara, maka kami, patik mazhab
Syiah ini ingin DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri dapat mengarahkan
kepada pihak JAKIM dan JAIS agar menghentikan provokasi terhadap mazhab Syiah serta
menitah kepada pihak yang terlibat mengkaji semula fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa
kebangsaan 1984 yang membolehkan Syiah di 1Malaysia yang telah dibatalkan oleh Majlis
Fatwa Kebangsaan pada tahun 1996.

7
Patik sekalian bermazhab Syiah mengetahui bahawa wujud pengaruh Salafi-Wahabi dalam
perkara pengharaman dan penghapusan Syiah ini. Ini disebabkan terdapat beberapa orang
pegawai JAKIM dan JAIS yang dilihat pro kepada fahaman Salafi-Wahabi, atau kalaupun
mereka bukan berfahaman Salafi-Wahabi, namun tindakan mereka sedikit sebanyak berjaya
merosak dan memecah-belahkan kesatuan dan perpaduan masyarakat Islam di 1Malaysia, atau
tindakan mereka menguntungkan musuh-musuh Islam (Yahudi & Nasrani) yang sememangnya
mencari peluang untuk memusnahkan Islam dan umatnya dari dalam. Mereka adalah seperti Dr.
Juanda Jaya (mufti Perlis), Datuk Marzuki Husin (Pengarah JAIS), Datuk Othman Mustafa
(Pengarah JAKIM) dan Datuk Abdul Shukor Husin (Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan) serta
pegawai-pegawai JAKIM yang lain seperti Prof. Zakaria Stapa, Dato Dr. Johari Mat, Datuk
Khusrin Munawi (mantan Pengarah JAIS), Dr. Asri bin Abu Thalib @ Zainal Abidin (mantan
Mufti Perlis), Datuk Seri Shahidan Kasim (mantan Menteri Besar Perlis). Manakala penyokong-
penyokong tindakan dan agenda Nawasib samada disedari atau tidak ataupun disengaja atau
tidak sengaja adalah (Dr.) Uthman El-Muhammady20, Asri Yusuf21, Rasul Dahri, Fauzi (Abu
Huzaifah), Latif (Harun Embong), Husin Yee, Mohd Aizam Mas`ud, Abdullah Yasin, Arif
Nazri, Dr. Azwira Abdul Aziz, Mazlee Malek, Abdul Basit Abdul Rahman (Abu Anas Madani),
Ahmad Najib Abdullah, Hasliza Hasan (Berita Harian), Haryati (Metro), Fathul Bari, Kapten
Hafiz Firdauz, Abu Hasan Din (bekas imam masjid negara), Dr. Aziz Hanafi, Yusoff bin
Abbas22, Dr. Muhamad Rahimi Osman (UiTM)23, Fadlan Mohd. Othman24, Ruwaifi Sulaimi25,
Mohd. Yaakub Mohd. Yunus26, Salahuddin27 dan lain-lain (mohon pihak berkuasa menyiasat dan
mengesahkan perkara ini). Bukan sekadar api perpecahan yang Salafi-Wahabi ini tiupkan ke
dalam masyarakat kita. Tetapi mereka juga adalah golongan yang membawa nama buruk kepada
Islam. Jika diperhatian dari gerakan mereka bermulanya dengan pengeboman World Trade
Center di New York, pengeboman di Bali, pengeboman station keretapi api di Britain,
pengeboman station kereta api di Portugal, pembunuhan umat Islam di Sri Lanka sewaktu
mereka menyambut Mauludi Rasul, kewujudan Jemaah Islamiyyah di Indonesia, kewujudan
gerakan Al Maunah di Malaysia adalah hasil dari gerakan Salfi-Wahabi ini. Mereka golongan
yang mewujudkan Islamphobia di dalam dunia masa kini. Kesannya dapat dirasakan oleh hampir
semua orang Islam yang ada hubungan negara Dunia Barat terutamanya dengan negara Amerika
Syarikat dan Great Britan.

17. Tindakan mereka seakan menyahut deklarasi yang pernah ditandatangani oleh 38 orang
ulama Saudi berfahaman Salafi-Wahabi yang bersetuju untuk menyebarkan kepada dunia
bahawa Syiah adalah musuh Ahli Sunnah dan Syiah penyebar ajaran sesat dan berbagai lagi
fitnah dan pembohongan liar yang disebarkan ke seluruh dunia. Kami, patik sekalian bermazhab
Syiah khususnya bimbang nama-nama yang kami sebutkan di atas akan terpengaruh dengan
dakyah dan penipuan Salafi-Wahabi tersebut. Seluruh Dunia Islam sedang melihat Kerajaan
1Malaysia yang dikenali sebagai Negara Islam contoh. Syiah yang ada di 1Malaysia seramai
200,000 - 300,000 orang dan di Dunia Islam seramai 700 juta orang sedang memerhati langkah
kerajaan 1Malaysia mengambil tindakan yang bijaksana bagi mengatasi masalah dan ancaman
serta penghapusan etnik yang sedang dihadapi oleh umat Islam Syiah di 1Malaysia. Tindakan

8
mereka yang pro atau menyebelahi agenda Salafi Wahabi telah melemahkan kekuatan dan
Ketuanan Melayu Islam di 1Malaysia.

Ia menjadi lebih rumit akan ketegangan ini apabila, Kerajaan Saudi telah memberi peruntukan
yang begitu besar kepada penuntut-penuntut 1Malaysia yang mahu menuntut ilmu di universiti-
universiti aliran Wahabi-Salafi. Patik sekelian memohon agar penghantaran penuntut ke sana di
kaji dan diperhalusi sebaik mungkin.

18. Untuk pengetahun DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri, Syiah adalah
golongan mazhab yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai ikutan dan pegangan ajaran
mazhab. Juga menerima kepimpinan Ahlul Bait yang mengikuti Al-Quran dan As-Sunnah 100%.
Gerakan yang memusuhi pencinta Ahlul Bait ini disebut sebagai Nawasib. Kaum Nawasib
pembunuh imam Ali sahabat dan menantu Nabi di medan Siffin. Nawasib pembunuh imam
Husein cucu Nabi di Karbala. Nawasib adalah golongan yang menyakiti Ahlul Bait dengan
perkataan dan perbuatan. Syiah adalah pencinta dan pengikut ajaran Ahlul Bait sebagaimana
yang telah diperintahkan Allah (Al-Quran) dan Nabi (As-Sunnah). Syiah adalah Ahli Sunnah
kerana mengakui dan mengikuti kepimpinan (wilayah/mawla) Allah dan Rasul. Setelah
kewafatan Rasul, Syiah adalah Jamaah yang mengakui dan mengikuti kepimpinan
(wilayah/mawla) Allah, Rasul dan Ahlul Bait. Syiahlah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

19. DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri dirayu agar menitah pihak-pihak
berkuasa meneliti gerakan ini di 1Malaysia dan mereka (yang telah disebutkan nama-nama di
atas) yang dilihat pro kepada fahaman Salafi-Wahabi. Mereka telah menggunakan berbagai cara
untuk menuduh pencinta dan pengikut ajaran Ahlul Bait yang dikenali sebagai Syiah ini sebagai
sesat dan bahaya serta perlu dihapuskan dengan segera meskipun dengan cara membunuh.
Mereka telah menyalah-guna kuasa mereka di Jabatan-jabatan agama, JAKIM, JAIS dan pusat-
pusat pengajian tinggi (IPT). Tidak mustahil juga mungkin mereka telah menerima rasuah (moral
dan / atau material) dari pihak tertentu kerana mereka-lah yang menjadi sebab pembatalan Fatwa
1984 yang mengakui Syiah sebagai mazhab Islam yang diterima di 1Malaysia. (Mohon pihak
SPRM dan Cawangan Khas menyiasat perkara ini untuk pengesahan). Di sini dengan izin, patik
merakamkan Peristiwa Seminar Bahaya Syiah dari sudut Aqidah, Syariah dan Negara anjuran
JAIS di Peringkat Kebangsaan yang di dijalankan di Intekma Resort UiTM pada 27 / 4 / 2011
dan kemudiannya satu Seminar sepatutnya di buat di DPlama Hotel, Ampang terpaksa di
batalkan; setelah beberapa pengikut Syiah telah membuat laporan polis ke atas Seminar yang
dianjurkan oleh JAIS di Intekma Resort. Mengikut maklumat yang patik sekian yang bermazhab
Syiah perolehi Seminar itu di biayai oleh KEDUTAAN SAUDI sebanyak RM160,000 (Ringgit
Malaysia Ribu; Satu Ratus dan Enam puluh sahaja). (Minta disiasat).

9
20. Adakah tindakan JAKIM, JAIS dan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK/MKI) akan
menjejaskan nama baik 1Malaysia sebagai negara Islam contoh? Bagi pihak kami, patik sekalian
bermazhab Syiah tidak mahu sama sekali nama 1Malaysia terjejas, dan Dunia Islam akan
mengatakan bahawa 1Malaysia sedang mendiskriminasi, menafikan hak dan mahu

10
menghapuskan etnik kami mazhab Syiah dengan berselindung di sebalik fatwa mufti. Apatah
lagi fatwa tersebut berlanggar dengan Perlembagaan Persekutuan dan fatwa-fatwa dunia
Islam, yang jelas melanggar hak kebebasan beragama bagi semua negara bertamadun dan
berperadaban. Bahkan, keputusan yang salah yang sedang dilakukan oleh pihak JAKIM dan
Majlis Fatwa Kebangsaan di 1Malaysia ini berkenaan isu Syiah ini mungkin bakal merosakkan
hubungan politik, sosial dan ekonomi antara 1Malaysia dan negara-negara yang majoriti
berfahaman Islam Syiah khususnya Iran (98% Syiah), Iraq (60% Syiah), Syria (13% Syiah),
Bahrain (80% Syiah), Lubnan (45% Syiah), Afghanistan (15-19% Syiah), Pakistan (28% Syiah),
Yaman (46% Syiah), Arab Saudi (10-15% Syiah), Turki (9.9% Syiah), Kuwait (20-30% Syiah),
Qatar (10% Syiah), Oman (17% Syiah), UAE (15% Syiah), Myanmar (4% Syiah), Indonesia (2-
3% Syiah) dan negara-negara yang lain. Tidak dilupakan negara-negara yang telah menetapkan
perlembagaan negara mereka bahawa Syiah adalah salah sebuah mazhab yang bebas diamal dan
dipelajari seperti Indonesia, Sri Lanka, Pakistan, Brunei, Thailand, Kemboja, Vietnam,
Singapura dan lain-lain. Cukup dinyatakan bahawa Perlembagaan negara republik Iran28
disamping negara-negara yang telah disebutkan di atas - yang telah menjadikan Syiah sebagai
mazhab rasmi negara mereka, namun perlembagaan mereka juga tidak pernah sekali-kali
menghalang lain-lain mazhab seperti mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu Hanafi, Maliki,
Syafi`ie dan Hanbali, diikuti mazhab selain Ahli Sunnah seperti Zaidiyah, Ibadhiyah dan
Zohiriyah untuk mengamalkan ajaran mereka. Bahkan mereka bebas untuk diadili mengikut
mazhab masing-masing. Keputusan JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan benar-benar telah
mencemarkan nama baik 1Malaysia yang terkenal dengan sebuah negara yang aman dan damai
meskipun berbilang bangsa dan agama, namun dalam soal hak kebebasan rakyat untuk beragama
yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan telah dicemari oleh pihak-pihak
berkenaan.

21. Atas keperihatinan DYMM DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri, kami, patik
sekalian bermazhab Syiah merayu agar keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan 1996
yang telah membatalkan keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan 1984 yang mengakui
Syiah sebagai Islam yang sah dan bebas untuk diamal dan dipelajari di 1Malaysia dikaji dengan
teliti dan dimuzakarahkan semula. Jika fatwa MFK/MKI 1984 boleh dibatalkan oleh MFK/MKI
1996, maka tidak mustahil ia juga boleh dimuzakarahkan dan dipinda semula kembali kepada
pewartaan fatwa asal iaitu Syiah diterima sebagai mazhab Islam yang sah di 1Malaysia. Kami,
patik sekalian bermazhab Syiah juga memohon agar wakil kami diizinkan hadir dan duduk
bersama-sama berbincang dan memberikan penjelasan yang sewajarnya berkenaan Syiah agar
tidak wujud lagi salah faham dan tuduhan yang tidak berasas sebagaimana pihak JAKIM, JAIS
dan MFK/MKI pernah menggunakannya dari tahun 1996 (zaman pengharaman Syiah) hingga
sekarang. Inilah rayuan kami, patik bermazhab Syiah. Bahkan rayuan ini tidak bertentangan
dengan hak kami yang menjadi Orang Kena Tuduh (OKT) untuk membela diri kami sendiri demi
kebenaran dan kesejahteraan Islam dan umatnya, khususnya di 1Malaysia.

22. Isu perbezaan pemikiran antara mazhab-mazhab bukanlah suatu perkara yang perlu
diperbesarkan.29 Seharusnya, pihak JAKIM dan jabatan-jabatan agama negeri membantu pihak

11
kerajaan 1Malaysia dan lebih memfokuskan teknik dan cara terbaik untuk menangani isu-isu
sosial yang sedang melanda masyarakat Islam di 1Malaysia. Pelbagai kes keruntuhan akhlak
dilaporkan seperti pembuangan bayi, pelacuran, penyalah-gunaan dadah, pembunuhan,
rompakan dan berbagai lagi jenayah yang merupakan masalah besar kepada kemajuan rakyat dan
negara 1Malaysia. Pihak JAKIM seharusnya memainkan peranan utama selaku badan agama
yang diamanahkan dengan cari jalan penyelesaiannya sehingga ke akar umbi agar ia dapat
dihapuskan atau setidak-tidaknya mengurangkannya hingga ke paras paling minimum. Pihak
JAKIM diseru agar memandang serius perkara-perkara tersebut dengan mendidik masyarakat
Islam 1Malaysia agar celik al-Quran dan as-Sunnah supaya 1Malaysia menjadi sebuah negara
contoh terbaik dunia Islam dan bukan Islam. Anjakan paradigma dari berbagai sudut khususnya
dari sudut ekonomi perlu diketengahkan kepada masyarakat Islam 1Malaysia agar kadar
kemiskinan yang lebih sinonim dituju kepada masyarakat melayu Islam dihapuskan. Lebih
dianjurkan kepada pihak JAKIM dan jabatan-jabatan agama negeri yang banyak membuang
masa, tenaga dan wang ringgit rakyat 1Malaysia untuk menghapuskan pengikut-pengikut
mazhab Islam Syiah di 1Malaysia lebih baik bekerjasama dengan komuniti Syiah di 1Malaysia
ini bersama-sama menjayakan seruan kerajaan 1Malaysia yang mahukan rakyat 1Malaysia
menjadi bangsa yang bersatu padu, maju dari sudut ekonomi dan sosial mereka.

23. Akhir kalam, kami patik bermazhab Syiah tidak mahu 1Malaysia sebuah negara yang
disanjung oleh Dunia Islam terjejas disebabkan tindakan yang diambil oleh JAKIM, JAIS dan
MFK kepada pengikut Syiah. Sekali lagi, kami, patik sekalian bermazhab Syiah secara telus
merayu DYMM Yang Dipertuan Agong dan YAB Perdana Menteri untuk meneliti dan mengkaji
semula fatwa MFK 1984 yang mengakui keIslaman Syiah dan membolehkan Syiah diamalkan di
1Malaysia. Kami patik sekalian bermazhab Syiah amat berbesar hati sekiranya dipanggil untuk
memberi penjelasan sama ada secara terbuka (dialog) atau tertutup. Demi keadilan, harapan kami
agar permasalahan ini diberi perhatian oleh pihak Tuanku DYMM Yang Dipertuan Agong dan
Datuk Seri YAB Perdana Menteri Malaysia agar kami sebagai rakyat 1Malaysia tidak dianiaya
dan keselamatan kami terjamin. Dalam masa yang sama keselamatan negara dan juga hak
ketuanan melayu Islam tidak tergugat dan kekal dipertahankan. Segala jasa baik dan
keperihatinan serta tindakan DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri, kami
patik rakyat 1Malaysia bermazhab Syiah mendahulukannya dengan ucapan jutaan terima kasih.
Semoga Allah memberkati dan merahmati DYMM Yang DiPertuan Agong, sultan-sultan, YAB
Perdana Menteri Malaysia, pemimpin-pemimpin dan saudara-saudara kami rakyat 1Malaysia,
sekaligus memakmurkan bumi 1Malaysia ini dengan keamanan dan perpaduan umat Islam dan
rakyat 1Malaysia seluruhnya. Hidup 1Malaysia!

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

12
Salam 1Malaysia kepada DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri dan seluruh
rakyat Malaysia.

Sekian.

Yang Ikhlas

..

(Setiausaha Agung Majlis Syiah Malaysia)

Mohd Haidar bin Mohd Hashim.

+6012-9357821

Melalui / Dengan Persetujuan Presiden Majlis Syiah Malaysia.

** Bersama memorandum ini disertakan 4 buah buku sebagai rujukan kajian YDMM
Yang DiPertuan Agung & YAB Perdan Menteri Malaysia

Memorandum ini di sokong juga oleh NGO-NGO lain Seperti di bawah :-

1. Majlis Pendekatan Mazhab Mazhab Islam Malaysia.


2. Majlis Pembebasan Al-quds Malaysia.
3. Persatuan Insaf Malaysia.

s/k

13
1. Duli Yang Maha Mulia Sultan selaku Ketua Agama Negeri
2. YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran

(Mohon jabatan YAB Datuk mengkaji semula buku-buku teks yang menjadi silibers (sukatan)
pelajaran tingkatan 5 di Malaysia berkenaan mazhab Islam Syiah yang disebut sebagai ajaran
sesat dibatalkan)

3. YB Menteri Dalam Negeri


4. YB Menteri Hal-Ehwal Agama Islam
5. YAB Menteri-Menteri Besar
6. YAB Ketua-Ketua Menteri
7. YB Sohibul Samahah Para Mufti Negeri
8. YB Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan
9. YB Pengarah JAKIM
10. YB Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri
11. YB Ketua Polis Negara
12. YB Pengarah Cawangan Khas
13. YB Ketua Polis Negeri-Negeri
14. YB Ketua Cawangan Khas Bukit Aman
15. YB Ketua Pengarah SPRM
16. PAS
17. SUHAKAM
18. SUARAM
19. SHURA
20. PUM
21. ABIM
22. MAJLIS PENDEKATAN MAZHAB-MAZHAB ISLAM MALAYSIA
23. MAJLIS PEMBEBASAN AL-QUDS MALAYSIA
24. MAJLIS PEMIKIR, CENDEKIAWAN, INTERLEK & ULAMA MALAYSIA
25. MAJLIS PERSAUDARAAN & PERPADUAN ISLAM MALAYSIA
26. MAJLIS AHLUL BAIT MALAYSIA
27. PERSATUAN INSAF MALAYSIA

Carbon copy in English

1. PBB
2. OIC
3. ASEAN
4. Republik Islam Iran menerusi kedutaan
5. Repubilk Arab Syria menerusi kedutaan
6. Republik Iraq menerusi kedutaan
7. Kerajaan Bahrain menerusi kedutaan
8. UNSCR (United Nations Security Council Resolution)
9. Amnesty International Malaysia

14
10. Darul Taqrib

1 Bahkan ia diharamkan oleh mazhab Islam Syiah, melainkan dengan haknya iaitu menerusi
pengadilan menerusi undang-undang yang telah ditetapkan.

2 Pihak kami tidak melanggar undang-undang ketika mengadakan jamuan kenduri tersebut.
Kami diberikan permit oleh pihak polis.

3 Utusan Malaysia (Muka Depan), Berita Harian (Muka Depan), TV1, TV3, nTV7 dan TV9.

4 Harian Metro, ms 16.

5 Beria Harian ms 24.

6 Ibid.

7KENYATAAN JAWATANKUASA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN & JAKIM MENGENAI


AJARAN SALAFI-WAHHABI. KERAJAAN MALAYSIA MENOLAK DAN MENYEKAT AJARAN
SALAFI-WAHHABI BERDASARKAN:

1. MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-12 PADA TAHUN 1985.


2. MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-14 PADA TAHUN 1985,
3. MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-16 PADA TAHUN 1986,
4. MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-40 PADA TAHUN 1996,
5. MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-42 PADA TAHUN 1997,
6. MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-44 PADA TAHUN 1998,
7. MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-14 PADA TAHUN 2000,
8. MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-20 PADA TAHUN 2002,
9. MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-23 PADA TAHUN 2003.

KESEMUA KEPUTUSAN ADALAH MENYEKAT AJARAN SALAFI-WAHHABI KERANA


MENGGUGAT PERPADUAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA.

8 Pihak JAKIM yang dikhuatiri terpengaruh dengan ajaran Salafi-Wahabi yang menghalalkan
penggunaan bahan-bahan bersumber dari babi telah menyebabkan banyak aduan masyarakat
Islam kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia berkenaan makanan-makanan yang
mengandungi lemak babi (gelatin) berserakan dijual di pasaran yang berlogo halal dari pihak
JAKIM. Bahkan pakaian kulit yang diperbuat dari kulit babi telah banyak dikesan di seluruh
Malaysia.

9 Yang merupakan penempatan awal orang-orang Parsi.

10 Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara, Abdur Rahman Abdullah, Utusan Publication, 2000,

15
11 Di Makamnya tercatat bahawa beliau bemazhab Syiah Imamiyah.

12 Shah adalah berasal dari perkataan Parsi yang bermaksud Raja atau Sultan.

13 Tulisan Bukhari al-Jauhari (ulama dan sasterawan melayu pada abad 16-17M), tahun 1603.
Naskah disalin oleh Muhhamd bin Umar Syeikh Farid di Pulau Pinang pada tanggal 4 zul hijjah
1239H (31 julai 1824). Ia merupakan kitab perrtama dalam sastera melayu islam yang
membicarakan masalah etika, kepimpinan politik dan pentadbiran pemerintahan. Kitab ini selesai
ditulis di Aceh Darussalam pada tahun 1603M. buku ini terutama berisi petunjuk dalam
menjalankan pemerintahan dan memimpin rakyat yang majmuk secara etnik, agama dan latar
belakang kebudayaan.

14 Prof. Amat Johari 2006, Prakata Kamus Farsi-Melayu-Ingeris, DBP.

15 Rujuk segalanya menerusi buku Sejarah Dan Tamaddun Asia Tenggara, Abdur Rahman
Abdullah, Utusan Publication, 2000, hlm 220 - 224 & 252, Pakar-pakar Fiqh, Sepanjang
Sejarah, Abdullah Mustofa Al-Maraghi,hlm. 140 & Napolean and Islam From French and Arab
Documents, Christian Cherfils, terjemahan dari Bahasa Perancis oleh James Gibb-Stuart, Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd, 1999, hlm 279-280.

16 Jika diperhatikan, seluruh sumber rujukan utama JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan ketika menuduh dan
memfitnah Syiah, mereka telah menggunakan sumber rujukan yang memusuhi Islam Syiah dan Islam Ahli Sunnah
sendiri seperti tulisan-tulisan Ibnu Taimiyah, Muhammad bin Abdul Wahhab, Ehsan Ilahi Zohir, Aali Syeikh, Bin
Baz, Albani, Ibnu Utsaimin, Utsman Khamis dan ramai lagi.

17 Genocide scholars, a legal definition is found in the 1948 United Nations Convention on the Prevention and
Punishment of the Crime of Genocide (CPPCG).

18 http://www.ammanmessage.com/

19 http://www.oic-oci.org/

20 Artikel dalam Majalah Al Islam, keluaran Februari 2011.

21 Artikel dalam Majalah I, Bil 100, Februari 2011 dan Artikel pada 27 / 4 / 2011 di Intekma
Resort UiTM.

22 Artikel dalam Majalah Al Islam, keluaran Februari 2011.

23 Artikel dalam Majalah I, Bil 100, Februari 2011.

24 Ibid.

25 Ibid.

16
26 Ibid.

27 Ibid.

28 Iran negara Islam yang majoriti masyarakat mereka adalah Syiah.

29 Kerana masalah ini telahpun diselesaikan oleh para ulama dunia Islam yang diiktiraf seperti
universiti al-Azhar, mesir, OIC dan amman message.

17

Anda mungkin juga menyukai