Anda di halaman 1dari 3

Gaya program individu reka bentuk pelajar.

(I)

Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang
memahami tugasan, masalah dan muri juga perlu berfikir secara logik dan sistematik. murid
akan menetapkan sendiri tugasan dan menyelesaikannya mengikut kebolehan individu.

Guru akan membantu murid sebagai penasihat. Murid akan merancang program atau
aktiviti pembelajaran seterusnya murid sendiri yang akan menyelesaikan masalah. Contohnya
merancang satu pergerakan kreatif bagi membentuk persembahan. Pergerakan kreatif tersebut
akan dibantu oleh guru dengan memurnikan lagi persembahan kreatif mereka.

DEFINISI

Menurut mosston(2002)stail pengajaran ini adalah asas kepada satu set penentuan
untuk melakukan pengajaran. Perubahan dari satu gaya pengajaran kepada satu gaya
pengajaran merujuk kepada penentuan keperluan guru dan murid. Bergantung kepada
penetapan gaya pembelajaran murid membolehkan pelajar bebas memilih cara belajar dan
penilaian yang akan dibuat terhadap gaya pembelajaran murid tetapi memerlukan tahap disiplin
untuk membina kreativiti. Murid belajar secara kendiri melalui penggunaan bahan pengajaran
dan memilih aktiviti pembelajaran sendiri serta menilai dan memantau kemajuan mereka sendiri
.Dengan ini murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab serta berdikari atas
pembelajaran mereka.

OBJEKTIF

1. Menyelidik,mencipta dan mengorganisasi idea-idea individu

2. Membina topik yang berkaitan dengan isu-isu yang rumit dalam masa yang agak panjang

3. Melibatkan satu proses yang sistematik dalam penerokaan dan pengkajian dalam sesuatu
topik

4. Menetapkan satu piawai pencapaian dan penilaian bagi individu

5. Menyesuaikan dengan perbezaan individu dari segi pemikiran dan pencapaian


6. Meningkatkan pengalaman pembelajaran dengan sendiri melalui satu jangka masa yang
panjang.

7. Memberi peluang kepada individu itu sendiri.

CIRI-CIRI

1. Kesesuaian jenis permainan atau aktiviti yang dipilih. Stail I tidak sesuai untuk semua jenis
permainan atau aktiviti.

2. Kesediaan pelajar untuk melaksanakan Stail I ini. Pelajar yang mempunyai minat dan
kemahuan yang tinggi untuk belajar.

3. Pelajar perlu benar-benar memahami peranan mereka mengikut kehendak yang diperlukan
oleh guru. Pelajar mesti melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran yang
dijalankan.

4. Mengambil masa yang panjang untuk melaksanakan atau menyelesaikan jenis Stail I. Ini
kerana pelajar sendiri yang merancang dan menyelesaikan permasalahan pembelajaran itu
sendiri

5. Merangsang penglibatan pelajar. Stail I memberikan ruang kepada pelajar untuk melibatkan
diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

PERANAN GURU DAN PELAJAR

GURU

1. Menyatakan tajuk secara umum supaya pelajar boleh tentukan topik

2. Memantau dan membuat pemerhatian perkembangan pelajar semasa proses perbincangan


pelajar.

3. Guru mendengar hasil pembentangan pelajar mengenai soalan dan jawapan berdasarkan
topik yang dipilh pelajar
PELAJAR

1. Memilih topik yang akan difokuskan

2. Kenalpasti soalan dan isu yang berkaitan dengan topik.

3. Mencipta dan susun soalan dan tugasan.

4. Mengumpul data dan susun jawapan dalam rangka kerja.

5. Menentukan prosedur dan penyelesaian masalah.

Kekuatan

1. Meningkatkan kemampuan kognitif murid

2. Meningkatkan kemahiran fizikal

3. Membina kreativiti pelajar

4. Membina inovasi pelajar

5. Memberi kepuasan emosi dan motivasi diri

6. Memberi peluang kepada murid menilai prestasi diri

7. Meningkatkan tahap disiplin

KELEMAHAN

1. Memerlukan masa yang panjang

2. Perbezaan kemahiran antara murid menyukarkan pelaksanaan

3. Banyak alatan semasa aktiviti

4. Disiplin yang lemah

5. Bilangan pelajar yang ramai menyukarkan guru untuk mengendalikan kela

Anda mungkin juga menyukai