Anda di halaman 1dari 2

Bola sepak merupakan satu permainan yang sangat diminati oleh semua peringkat umur

daripada kanak-kanak hinggalah kepada orang dewasa. Menurut Luxbacher (2006), bola
sepak popular di seluruh dunia tanpa mengira perbezaan umur, jantina, etnik dan
sebagainya. Di sekolah pula, berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan
Jasmani Tahun 5, murid didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas dalam permainan
kategori serangan seperti bola sepak. Dalam permainan bola sepak terdapat banyak
kemahiran seperti menendang bola, menyerkap bola, mengelecek bola, menghantar bola,
menanduk bola dan menjaga gol. Kemahiran hantaran merupakan satu kemahiran yang
asas dalam permainan bola sepak. Hantaran yang baik dapat dihasilkan dengan
menggunakan teknik yang betul. Hantaran leret merupakan satu kemahiran yang dilakukan
apabila membuat hantaran dekat dan menjaringkan gol. Menurut Huijeng B, Elferink-
Gemser M, Post W, Visscher C (2010), kemahiran hantaran leret merupakan kemahiran
yang paling utama yang perlu dikuasai oleh seseorang pemain. Menurut Luxbacher (2006),
untuk menjadi seorang pemain yang berkualiti, pemain mestilah menguasai kemahiran
hantaran leret dengan teknik yang betul. Melalui pengalaman saya menjalani praktikum di
sekolah, saya mendapati bahawa segelintir murid yang berumur sebelas tahun menghadapi
masalah melakukan kemahiran hantaran leret semasa menjalankan aktiviti Pendidikan
Jasmani. Bagi membantu murid-murid ini, saya melakukan demonstrasi bagaimana
melakukan tendangan leret yang betul untuk menghantar bola kepada rakan. Saya
menggunakan ansur maju statik dan daripada pemerhatian saya, murid-murid ini
bermasalah apabila melakukan tendangan leret. Semasa murid menjalankan aktiviti, saya
mendapati bahawa tendangan leret yang digunakan untuk menghantar bola kepada rakan
masih lagi menggunakan teknik yang salah dan hantaran menjadi kurang tepat. Ini
menyukarkan rakan untuk menahan bola dengan baik dan terpaksa berlari jauh untuk
mengambil bola yang dihantar kepada mereka Akibatnya, masalah ini menyebabkan murid–
murid tidak menguasai standard pembelajaran yang hendak dicapai. Justeru, saya amat
tertarik dan berminat untuk mengkaji masalah hantaran leret tidak tepat. Hasil kajian ini
adalah bertujuan untuk membantu guru meningkatkan kemahiran tendangan leret murid
tahun 5.

Anda mungkin juga menyukai