Anda di halaman 1dari 16

KERTAS KERJA

PROGRAM PENDIDIKAN LUAR PISMP


SEMESTER 6 MAJOR PENDIDIKAN JASMANI
AMBILAN JUN 2016

TEMA

“One for All and All For One”

TARIKH

11 MAC — 15 MAC 2019

TEMPAT

Pusat Sains Marin, UPM (COMAS), Port Dickson, Negeri Sembilan


1.0 PENDAHULUAN

Mengikut sukatan pelajaran yang telah digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia,
guru pelatih yang berada di Institut Pendidikan Guru (IPG) khususnya opsyen Major
Pendidikan Jasmani perlu mengambil mata pelajaran Pendidikan Luar (PJMS3113)
sebagai salah satu mata pelajaran yang wajib. Mata Pelajaran tersebut perlu diambil
oleh guru pelatih yang memegang opsyen Major Pendidikan Jasmani pada semester
6. Setiap calon perlu lulus untuk meneruskan pengajian di peringkat yang seterusnya.
Oleh sebab itu, unit Pendidikan Jasmani Ambilan Jun 2016 telah merancang untuk
mengelolakan satu program penilaian Pendidikan Luar seperti yang dinyatakan dalam
ini.

Pendidikan luar boleh didefinisikan sebagai suatu falsafah pendidikan yang


berteraskan kaedah pembelajaran melalui pengalaman (experiential learning), kerap
dilaksanakan di alam semulajadi dan melibatkan pelaksanaan aktiviti lasak sebagai
medium membina kemahiran insaniah (Bunting, 2006; Md Amin, 2004). Alam luar
digunakan bagi meningkatkan dan menyempurnakan pengajaran dan pembelajaran
kurikulum dan kokurikulum yang sedia ada untuk mengembangkan domain psikomotor,
kognitif dan afektif. Pendidikan luar bertujuan untuk memahami alam luar dari segi
pertalian ekologi dan memupuk perasaan bertanggungjawab terhadap kualiti alam
sekitar yang terdapat di sekeliling kita. Ini dapat merangsang pelajar untuk
menggunakan masa lapang dengan bijak dan berfaedah melalui penglibatan dalam
pelbagai jenis aktiviti fizikal seperti berkayak, snorkelling, abseiling, tali-temali, bantu
mula, aktiviti keyakinan air, ikhtiar hidup, pengurusan perkhemahan dan sebagainya.

Selain dijadikan mata pelajaran akademik, pendidikan luar juga telah


dilaksanakan sebagai satu program khas bagi melahirkan golongan pendidik Malaysia
yang tahan lasak dan memiliki jati diri cemerlang seiring dengan cabaran terhadap
profesion keguruan yang semakin hari semakin mencabar.

2.0 Rasional

Program ‘Pendidikan Luar 2019’ diwujudkan bertujuan untuk memberi peluang kepada
guru pelatih menimba pengetahuan dan pengalaman mengenai Pendidikan Luar.
Objektif dan matlamat program diharap dapat menyumbang idea-idea baru bagi
membantu meningkatkan tahap kepimpinan, pengetahuan, pengalaman, kemahiran,
disiplin, dan jati diri guru-guru pelatih melalui pendidikan luar.
Program seumpama ini juga dijalankan bertujuan untuk meningkatkan daya ketahanan
fizikal dan mental dalam kalangan guru-guru pelatih. Program ini juga dapat
merapatkan lagi hubungan silaturahim antara guru pelatih, pensyarah dan pihak-pihak
yang terlibat. Di samping itu juga, program ini merupakan salah satu proses
pembelajaran melalui pengalaman yang dijalani oleh guru-guru pelatih terutamanya
dari segi teori dan praktikal. Program ini juga diadakan adalah untuk memenuhi
kurikulum PJMS3113 iaitu Ujian Amali untuk Pendidikan Luar program PISMP unit PJM
ambilan Jun 2016. Pelajar akan diuji secara amali dan Teori berhubung dengan amalan
dan aktiviti dalam Pendidikan Luar.

Selain itu, program ini juga diadakan untuk menjadikan seseorang itu lebih
berkemahiran dan berdisiplin. Kesimpulannya, dengan menyertai program ini, guru-
guru pelatih akan memperolehi pengalaman dan pengetahuan yang boleh dipraktikkan
di sekolah mahupun dalam kehidupan seharian apabila berjaya menjalani program ini.

3.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Program pendidikan luar perlu dirangka dengan teliti dan mempunyai matlamat yang
jelas. Antara matlamat dan objektif pendidikan luar bagi peserta Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang mengambil mata pelajaran Pendidikan
Jasmani ialah :

i Guru pelatih dapat menjalani penilaian Pendidikan Luar (PJMS3113) sebagai


syarat untuk meneruskan pengajian;
ii Melatih para guru pelatih untuk mengeluarkan atau menjana idea baru untuk
melakukan penambahbaikan yang berterusan dalam sesuatu bidang;
iii Guru pelatih dapat mengamalkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai
dalam kehidupan seharian;
iv Guru pelatih dapat mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat
dijadikan contoh yang baik;
v Guru pelatih dapat mengembangkan sifat-sifat kreatif dan inovatif serta membuat
keputusan yang cepat dan tepat terutamanya dalam keadaan kecemasan;
vi Guru pelatih dapat menunjukkan sikap positif, semangat kewarganegaraan,
kesedaran sivik yang tinggi dan memupuk semangat patriotisme;
vii Guru pelatih dapat membina ketahanan, disiplin dan keyakinan diri dalam
menghadapi cabaran semasa;
viii Guru pelatih dapat meningkatkan pembelajaran menerusi pengalaman yang
menyeronokkan dan selamat dalam persekitaran yang berbeza;
ix Guru pelatih dapat menunjukkan kepekaan dan keprihatinan terhadap kekayaan
dan keindahan alam semula jadi termasuk isu alam sekitar;
x Guru pelatih dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas kegiatan luar mengikut
kemampuan diri; dan
xi Guru pelatih dapat merancang, mengurus dan mengelolakan aktiviti-aktiviti
pendidikan luar.

4.0 TARIKH

11 MAC 2019 — 15 MAC 2019

5.0 TEMPAT

Pusat Sains Marin, UPM (COMAS), Port Dickson, Negeri Sembilan.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Unit PISMP Major Pendidikan Jasmani Semester 6 Ambilan Jun 2016.


(Rujuk Lampiran 1)

i. Pelajar :
Lelaki : 5 orang
Perempuan : 8 orang

ii. Pensyarah pengiring : 8 orang

7.0 AHLI JAWATANKUASA

7.1 Jawatankuasa Pengurusan

PENGERUSI : Leximi a/p Anpalagan

NAIB PENGERUSI : Mohamad Shahrul Fitri Bin Mohamad Mastor

SETIAUSAHA : Vignesa a/l Chandran

BENDAHARI : Rebecca a/p Sandanasamy


7.2 Jawatankuasa Program

AJK Peralatan Dan Logistik : Syasya Fakhira Binti Rosdi

AJK Makanan : Sholehah Binti Che Dok

AJK Tugas-Tugas Khas : Muhammad Naqib Bin Mohd Fazili

AJK Perkhemahan : Muhammad Hisyamuddin Bin Jukri

AJK Abseiling : Ainul Nadia Binti Yusli

AJK Snorkeling : Aina Fadhlin Syahmina Binti Abas

AJK Orienteering : Hariz Shazri Bin Ahmad Nadzri

AJK Ikhtiar Hidup : Nava Mathi Selvan

AJK Kayak : Munirah Binti Ha Ali

7.3 PERANAN DAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KERJA

Rujuk Lampiran 2

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA KOS JUMLAH

1. Makanan RM 16.00 x 13 Orang x 5 hari RM 1040.00


2. Buluh RM 300 RM 300.00
3. Tapak Khemah
RM 400 RM 400.00
4. BBQ
RM 10.00 x 13 orang RM 130.00
5. Hadiah
RM 100.00 RM 100.00
6. Banner
RM 32.00 (1 unit) RM 32.00

JUMLAH RM 2002.00
9.0 ATUR CARA/ TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 3

10.0 PENUTUP

Pendidikan luar ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang
tersusun dan terancang. Melalui pendidikan luar ini, secara tidak langsung ia berupaya
untuk meningkatkan kualiti guru pelatih dalam serta meningkatkan tahap disiplin diri
seseorang individu itu sendiri. Semoga program yang berbentuk latihan ini dapat
mencapai objektif seperti yang telah ditetapkan. Dengan adanya program ini, dapat
memberikan pendedahan dan pembelajaran secara positif kepada para guru pelatih
melalui segala aktiviti yang dijalankan. Program seperti ini diharapkan dapat melahirkan
guru yang berwawasan dan tahan lasak dalam menghadapi kehidupan dan berjaya pada
masa hadapan. Secara tidak langsung, program ini akan mengeratkan lagi pertalian
dalam kalangan pensyarah dan guru-guru pelatih. Program ini juga secara tidak
langsung dapat membantu pihak institut melahirkan guru yang berpengalaman luas
dalam bidang rekreasi.

Diharapkan melalui program ini akan dapat meningkatkan daya tahan dan
kekuatan fizikal serta mental pelajar untuk menghasilkan guru yang berketerampilan,
berdaya saing dan berkeyakinan tinggi. Program ini juga diharapkan dapat
mencetuskan minat, semangat dan keinginan pelajar untuk mengikuti aktiviti-aktiviti
yang lebih mencabar dan bergiat aktif di peringkat yang lebih tinggi pada masa akan
datang.

Disediakan oleh,

________________________

(VIGNESA A/L CHANDRAN)


Setiausaha,
Kursus PJMS3113 Pendidikan Luar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.
Disemak oleh,

_________________________

(ENCIK MUHAMMAD FAIRUZ BIN HASSAN)

Pensyarah Pendidikan Luar,

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.

Disahkan oleh,

___________________________

(TUAN HAJI ABDUL HALIM BIN MOHD SALLEH)

Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani,

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.

Diluluskan oleh,

_____________________

(DR. HAJI NIZAM BIN ABDUL LATIB)

Tuan Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.


LAMPIRAN 1

BIL NAMA NOMBOR K/P

1 Aina Fadhlin Syahmina Bt Abas 971111245942

2 Ainul Nadia Binti Yusli 970302145174

3 Hariz Shazri Bin Ahmad Nadzri 960220025161

4 Leximi A/P Anpalagan 950721025590

5 Mohamad Shahrul Fitri Bin Mohamad Mastor 960229085881

6 Muhammad Hisyamuddin Bin Jukri 971201017231

7 Muhammad Naqib Bin Mohd Fazili 971027065579

8 Munirah Binti Ha Ali 970108085948

9 Nava Mathi A/P Selvan 970225265198

10 Rebecca A/P Sandanasamy 971011085508

11 Sholehah Binti Che Dok 970316025210

12 Syasya Fakhira Binti Rosdi 960223035808

13 Vignesa A/L Chandran 970802025427


LAMPIRAN 2

AJK BIDANG TUGAS


Pengerusi  Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran,
kewangan dan aktiviti.
 Memastikan arahan daripada penasihat program dapat
dijalankan.
 Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada ahli
jawatankuasa dalam melaksanakan tugas atau aktiviti.
 Menjadi orang tengah dalam mengemukakan cadangan
atau usul ahli kepada pihak yang berkenaan.
 Bertanggungjawab menentukan hala tuju program
pendidikan luar.
Naib Pengerusi  Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang diberi semasa ketiadaannya.
 Membantu Pengerusi dalam perancangan dan pelaksanaan
program dan mempengerusikan mesyuarat semasa
ketiadaan pegerusi.
 Menerima arahan pengerusi dari semasa ke semasa.
Setiausaha  Bertanggungjawab dalam bidang pengurusan dan
pentadbiran.
 Mengumpul semua maklumat seperti merekodkan semua
fail-fail untuk rujukan.
 Bertanggungjawab untuk hadir setiap mesyuarat dalam
perlaksanaan program.
 Memanggil ahli jawatankuasa untuk bermesyuarat.
 Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan
surat pekeliling kepada yang berkenaan.
 Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan
agenda mesyuarat.
 Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berkelompok dalam
kalangan ahli jawatankuasa.
 Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh program.
 Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan
mesyuarat.
Naib Setiausaha  Membantu setiausaha dalam perancangan dan pelaksanaan
program.
 Menjalankan tugas setiausaha semasa ketidaannya.
 Menerima arahan setiausaha dari semasa ke semasa.
Bendahari  Menyenaraikan jumlah kewangan yang diperlukan
sepanjang masa aktiviti program.
 Mengutip wang yang mencukupi daripada setiap peserta.
 Bertanggungjawab dalam bidang pengurusan pentadbiran
kewangan.
 Menerima dan menyimpan cek-cek dan wang tunai milik
program.
 Menyimpan semua resit-resit, buku rekod wang keluar
masuk dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan
kewangan.
 Menjaga dan menguruskan harta benda bagi program
dengan baik.
 Menyediakan laporan wang keluar masuk setiap kali
mesyuarat.
 Memberi pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan
masalah kewangan bagi perlaksanaan program.
AJK Peralatan dan  Bertanggungjawab dan berusaha mendapatkan peralatan
Logistik yang diminta oleh setiap jawatankuasa.
 Memastikan kelengkapan peralatan yang diperlukan.
 Membantu AJK lain menyediakan bahan atau peralatan
yang diperlukan.
 Memantau penggunaan peralatan yang digunakan oleh AJK
lain supaya sentiasa dalam keadaan yang baik serta
memuaskan.
 Memastikan peralatan bersih dan selamat sebelum dan
selepas digunakan.
AJK Makanan  Menyediakan senarai menu dalam jadual memasak untuk
dimasak oleh kumpulan aktiviti yang bertugas sepanjang
perjalanan program.
 Memastikan penyediaan makanan untuk peserta dan
pensyarah.
 Memastikan kelancaran urusan yang melibatkan makanan.
 Memastikan makanan disediakan mengikut masa yang
dijadualkan.
 Membuat jadual tugasan memasak mengikut giliran.
 Memastikan tahap kebersihan pengurusan makanan dan
dapur.
 Sajian yang disediakan selaras dengan aktiviti yang ingin
dijalankan.
AJK Pengangkutan  Merancang, mengatur dan menguruskan jadual perjalanan
serta hal berkaitan urusan pengangkutan ke tempat rekreasi
yang ditetapkan.
 Mengisi borang dan membuat surat tempahan bas IPGKRM.
 Meminta pendapat dan gambaran tentang perjalanan
daripada individu yang berpengalaman ke destinasi.
 Memastikan kelancaran perjalanan ke destinasi termasuk
semasa pertukaran pengangkutan.
 Menguruskan pengangkutan peserta sekiranya diperlukan
sepanjang berada di Port Dickson.
 Memastikan masa dan jadual bertolak dari IPGKRM berjalan
dengan lancar.
 Menetapkan waktu untuk pulang ke IPGKRM.
AJK Perhubungan  Melaksanakan kerja-kerja perhubungan.
 Membuat tempahan mengenai tempat dan harga
penginapan.
 Memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar.
AJK Buku Program  Menyediakan buku program.
 Mendapatkan atur cara sepanjang pelaksanaan program
dan maklumat berkaitan.
 Memastikan cetakan buku program mencukupi untuk diberi
kepada pihak tertentu.
AJK Hadiah  Memastikan jumlah hadiah yang diperlukan bagi setiap
aktiviti.
 Menyediakan hadiah mengikut bajet yang ditetapkan.
 Memastikan hadiah berada dalam keadaan baik sepanjang
masa aktiviti program dijalankan.
AJK Kebersihan dan  Menyediakan Jadual kebersihan sepanjang aktiviti
Keselamatan dijalankan.
 Menyenaraikan semua peralatan yang diperlukan.
 Memastikan kawasan perkhemahan bersih sama ada
semasa atau selepas perkhemahan.
 Menyediakan tempat pembuangan sampah yang
mencukupi.
 Memastikan keselamatan peserta dan kawasan sekitar
perkhemahan.
 Membuat jadual tugasan malam mengikut giliran kumpulan
aktiviti.
 Memastikan jadual tugasan malam dilaksanakan dengan
sebaik mungkin oleh setiap kumpulan yang ditugaskan.
 Bertindak pantas apabila berlaku sebarang kecemasan.
 Memastikan peti pertolongan cemas dibawa dan
peralatannya adalah lengkap.
 Sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga serta
membuat pemantauan dan kawalan keselamatan.
AJK Dokumentasi  Memastikan rekod dicatatkan sebelum, semasa dan selepas
dan Publisiti aktiviti dijalankan.
 Mengambil gambar terhadap semua aktiviti yang dijalankan.
 Mengumpul gambar dan membuat rumusan terhadap
gambar.
 Memastikan laporan diselesaikan selepas program ini habis
dijalankan.
AJK Tugas-tugas  Memastikan peserta mematuhi peraturan dan disiplin yang
Khas telah ditetapkan.
 Memastikan peserta menepati masa sebagaimana yang
dijadualkan.
 Memastikan peserta mematuhi dan mengikuti setiap arahan
yang diberikan.
 Mengawal pergerakan dan tingkah laku peserta sepanjang
program dijalankan.
 Mengadakan perhimpunan pada setiap pagi ataupun waktu
tertentu mengikut keperluan aktiviti.
 Bertanggungjawab memastikan tapak perkhemahan
sentiasa berada dalam keadaan bersih, selesa dan selamat.
 Memastikan peserta tidak membawa barang yang
berbahaya ataupun berlarang.
 Memastikan peserta tidak melakukan perkara berlarang.
 Memastikan perselisihan faham yang kritikal atau
pergaduhan tidak berlaku dalam kalangan peserta.
 Memastikan bilangan peserta sentiasa mencukupi.
AJK Malam Budaya  Merangka, merancang dan mengurus persembahan yang
hendak dijalankan.
 Menyediakan keperluan atau peralatan yang diperlukan
untuk setiap persembahan yang hendak dilakukan.
 Memastikan semua peserta menyertai persembahan yang
dijalankan.
 Memastikan kerjasama dengan pelbagai pihak yang
bertanggungjawab.
 Bertanggungjawab memastikan persembahan dijalankan
mengikut masa dan jadual yang ditetapkan.
 Memastikan kelancaran persembahan.
AJK Khemah dan  Memastikan tempat mendirikan khemah yang selamat dan
Gadjet sesuai supaya mengelakkan daripada ancaman haiwan
serta perosak.
 Memastikan setiap peserta dapat mendirikan khemah
dengan baik, kukuh dan selamat.
 Khemah hendaklah dibersihkan dan dikeringkan sebelum ia
disimpan balik.
 Membuat check-list bilangan kraf perkhemahan yang perlu
dibuat.
 Memastikan keadaan dan bilangan peralatan untuk gajet
perkhemahan mencukupi.
 Memastikan guru pelatih membuat gajet-gajet perkhemahan
dengan betul dan selamat digunakan.
AJK Abseiling  Memastikan peralatan yang akan digunakan selamat dan
berada dalam keadaan yang baik serta mencukupi.
 Menyediakan dan menyusun peralatan di tapak aktiviti
dengan kemas dan teratur (atas ground sheet).
 Mengemas semua peralatan setelah selesai menjalankan
aktiviti.
 Alatan-alatan yang telah digunakan perlu disimpan di tempat
yang kering.
AJK Snorkeling  Memastikan keadaan dan bilangan peralatan snorkeling
mencukupi.
 Menyenaraikan peraturan aktiviti snorkeling.
 Memastikan guru pelatih mematuhi peraturan-peraturan
semasa aktiviti snorkeling.
AJK Orienteering  Memastikan alatan yang hendak digunakan cukup dan boleh
digunakan.
 Memastikan persediaan tempat untuk melakukan
orienteering mengikut aktiviti yang hendak dijalankan.
 Membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan kecil.
 Memberi arahan terhadap aktiviti yang ingin dijalankan
dengan ringkas dan jelas.
AJK Solo Camp /  Menyediakan peralatan yang bekalan yang patut dibawa.
Ikhtiar Hidup  Memastikan keselamatan semua peserta semasa
melakukan aktiviti.
 Menyenaraikan peraturan aktiviti dan memastikan setiap
peserta mematuhinya.
 Menyediakan pelan kecemasan semasa waktu kecemasan
AJK Kerohanian  Merancang dan melaksanakan aktiviti kerohanian
termasuklah solat, kuliah subuh dan kuliah maghrib.
 Membuat giliran imam dan bilal bagi setiap waktu solat.
 Memastikan peserta bukan Islam mengamalkan ajaran
masing-masing dan diberi kuliah moral.
AJK Kayak  Memastikan keselamatan tempat dan peserta pada masa ke
masa.
 Memastikan peralatan berkayak mencukupi dan sesuai
untuk diguna.
 Menyenaraikan peraturan aktiviti berkayak dan memastikan
setiap peserta mematuhinya.
Lampiran 3

Masa
0530-0800 0800-0900 0900-1000 1000 -1200 1430-1630 1630-1830 1830 - 2100 2100-2300 2300-0530
Tarikh

Taklimat Riadah
penyediaan
Memunggah alatan ke dalam bas dan tapak Pengurusan Refleksi Kawalan
11 MAC
bergerak ke COMAS khemah dan diri / Solat / malam
Penyediaan
ISNIN aktiviti Kerohanian
Port Dickson gajet/
memasang / Makan
khemah Malam

12 MAC Solat Subuh


/ Senaman / Amali dan Penilaian Kayak / Snorkelling Riadah Ikhtiar hidup/Solo camping
SELASA Sarapan

Amali dan Pengurusan


13 MAC Solat Subuh Amali dan penilaian tali/Abseiling
Penilaian diri /
/ Senaman / Riadah Refleksi
RABU Pengurusan kawalan
Sarapan orienteering diri / Solat / malam
Kerohanian
/ Makan Pengurusan
14 MAC Solat Subuh
Penilaian Perkhemahan / Gotong-royong membersih Persiapan Malam Malam diri /
/ Senaman /
KHAMIS kawasan perkhemahan Malam Bakat Bakat kawalan
Sarapan
malam

15 MAC Solat Subuh Memunggah Perjalanan


Mengemas
/ Senaman / barang ke balik ke
JUMAAT alatan
Sarapan dalam bas IPGKRM

Anda mungkin juga menyukai