Anda di halaman 1dari 3

Faktor-faktor berlaku kes ragut.

Pendahuluan
a. Pada era globalisasi ini, kes ragut sering menjadi polemik
hangat yang terpampang di dada akhbar.
b. Masalah ini bagai duri dalam daging dan amat
membimbangkan anggota masyarakat terutamanya kaum
wanita.
c. Menurut kamus Dewan, perkataan ragut bermaksud
menarik dengan paksa atau dengan kekuatan.
d. Jenayah ini bukan sahaja mengakibatkan kerugian harta
benda, malah juga menyebabkan kecederaan dan
meragut nyawa yang tidak berdosa.
e. Persoalannya, apakah faktor pencetus masalah ini kerana
ada asap ada apinya?

Isi 1
a. Salah satu faktor yang menyebabkan kes ragut semakin
meningkat ialah terdapat sebilangan anggota masyarakat
tidak menitikberatkan keselamatan diri.
b. Golong ini dikatakan tidak mengambil iktibar daripada
peribahasa ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
c. Sikap masyarakat ini gagal mengambil langkah-langkah
keselamatan.
d. Mereka pulang dari pejabat bersendirian, berjalan di
lorong yang gelap dan sunyi atau mudah percaya akan
orang lain.
e. Tindakan mereka ini menyebabkan mereka menjadi
mangsa/sasaran peragut.
f. Jadi, kes ragut akan terus meningkat jika anggota
masyarakat tidak memberi perhatian kepada keselamatan
diri.

Isi 2 Kegawatan ekonomi dunia yang teruk.


a. Selain itu, kegawatan ekonomi dunia yang teruk juga
mengakibatkan kes ragut semakin meningkat.
b. Kegawatan ekonomi dunia menyebabkan kilang dan
syarikat yang banyak tutup peniagaan mereka/muflis.
c. Hal ini menyebabkan banyak pekerja hilang periuk nasi
mereka.
d. Golongan ini akan menghadapi masalah kewangan
terutamanya golangan yang berumah tangga.
e. Golongan yang berumah tangga memerlukan wang untuk
membeli beras dan tepung susu untuk mengisi perut ahli
keluarga.
f. Bebanan ini mendesak mereka menjadi peragut.
g. Tegasnya, kemerosotan ekonomi telah menyebabkan kes
ragut semakin meningkat kerana banyak penganggur
telah beralih untuk menjadi peragut.

Isi 3 Kekurangan didikan agama.


a. Di samping itu, kekurangan didikan agama juga
menyebabkan kes ragut semakin serius.
b. Golongan yang kekurangan didikan agama lebih
cenderong untuk menjadi peragut.
c. Hal ini kerana golongan tersebut tidak dapat
membezakan intan daripada kaca.
d. Semasa mereka melakukan jenayah seperti meragut,
mereka tidak takut akan pembalasan tuhan .
e. Pendek kata, kes ragut semakin meningkat kerana
terdapat segelintir masyarakat telah lupa akan agama
mereka.

Isi 4
a. Sementelahan itu, kegagalan pihak berkuasa mengambil
langkah pencegahan yang efektif juga menyebabkan kes
ini semakin menjadi-jadi/berleluasa.
b. Mungkin mereka sudah lupa bahawa mencegah lebih
baik daripada mengubatinya/sediakan payung sebelum
hujan.
c. Pihak berkuasa terutamanya pihak polis dikatakan kurang
mengadakan rodaan di tempat-tempat yang berisiko
tinggi kes ragut berlaku.
d. Tempat-tempat yang berisiko tinggi juga tidak dipasang
dengan kamera litar tertutup.
e. Jika pihak berkuasa memasang lebih banyak kamera
seperti ini sudah pasti peragut akan berfikir dua kali
sebelum bertindak.
f. Selain itu, pihak kerajaan tidak berusaha untuk
menjalankan propaganda kepada rakyat tentang cara-cara
mengelakkan diri daripada menjadi mangsa ragut.
g. Jelaslah bahawa kes ragut akan terus meningkat jika
kerajaan tidak mengadakan langkah pencegahan yang
efektif.
Penutup
a. Kesimpulannya, punca-punca kes ragut yang dikenal pasti
harus disusuli langkah-langkah penyelesaian yang efektif.
b. Semua pihak yang terlibat perlu barganding bahu bagai
aur dengan tebing untuk mengatasi masalah ini.
c. Langkah-langkah yang dijalankan perlulah berterusan dan
bukanlah hangat-hangat tahi ayam.
d. Dengan ini, kerugian harta benda dan kehilangan nyawa
yang tidak berdosa dapat dikurangkan.
e. Suasana kehidupan masyarakat yang harmoni, aman dan
sentosa dapat diwujudkan.
f. Hal ini penting kerana masyarakat yang harmoni dan
aman merupakan tunjang kemakmuran negara.

Tema, persoalan, konflik,

Anda mungkin juga menyukai