Anda di halaman 1dari 5

Sinopsis Cerita

Airin dan Dhia merupakan pelajar 5 Delima di sebuah sekolah di bandar Pontian. Mereka

merupakan kawan baik sejak di sekolah rendah lagi. Airin dan Dhia tinggal di asrama sekolah

kerana rumah mereka jauh dari sekolah untuk ulang-alik balik ke rumah dan sekolah. Sekolah

mereka ini tersimpan kisah misteri yang telah menjadi bualan sejak dahulu lagi kerana sekolah

tersebut merupakan sekolah lama yang telah dibina sejak pendudukkan tentera Jepun lagi.

Dhia seorang budak perempuan yang berhati kental, dan tidak mudah percaya dengan kisah yang

telah didengarinya. Manakala Airin pula seorang budak perempuan yang lemah semangat. Pada

suatu hari , mereka berdua tidak pulang ke kampung kerana terlibat dengan satu program anjuran

sekolah. Ramai di antara rakan-rakan mereka juga tidak dapat pulang pada waktu itu. Pada waktu

petang ketika rakan-rakan mereka sedang berada di dewan makan, Airin dan Dhia naik ke dorm

mereka terlebih dahulu kerana Airin tertinggal baju untuk diberikan kepada salah seorang rakan

mereka. Ketika Airin masuk sahaja ke dalam dorm, Airin tersentak dengan satu bauan yang

sangat busuk sehingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya seakan-akan terkunci di dada

bumi.
Airin : Dhia!

Dhia : Ya, kenapa Airin? Kenapa muka kau pucat semacam je ni?

Airin : Aaaku rasamacam terbau sesuatu yang busuk sangat Dhia.

Dhia : Kau bau apa? Aku tak bau apa-apa langsungpun sekarang ni.

Airin : Jom kita keluar dari sini. Kita pergi dewan makan semula.

Airin sempat mengambil baju yang tertinggal itu sebelum dia keluar dari dorm tersebut. Airin

masih lagi terkejut dengan bau yang dihidunya tadi. Kegundahan yang terpendam di lubuk

fikirannya dapat ditafsirkan daripada pandangan mata dan raut wajahnya. Dhia hanya

memerhatikan Airin kerana dia tidak mahu bertanya banyak perkara lagi tentang kejadian tadi.

Dhia tahu bahawa Airin sangat takut dan mahukan masa untuk tenangkan dirinya.

Usai makan malam, mereka naik ke dorm masing-masing untuk bersiap-siap menunaikan solat

maghrib.

Airin : Dhia, aku rasa tadi semacam je kat dorm. Aku ada bau something yang busuk sangat.

Tapi taktau bau tu dari mana dan apa benda.

Dhia : Ish, kau ni Takde bendelah. Tu cuma perasaan kau je. Aku takde bau ape-ape pun tadi.

Jangan fikir sangatlah tau.

Dhia cuba untuk menenangkan hati Airin kerana dia tidak mahu Airin terlampau berfikir

tentang kejadian petang tadi.

Malam keesokkannya...

TokkkTokkkTokkk
Dhia terbangun daripada tidur lenanya kerana terdengar bunyi ketukan di dinding dorm

mereka.

Dhia : Siapa tu?

Bunyi tadi telah berhenti.Tetapi belum sempat Dhia kembali ke katilnya, ada bunyi lain seakan

memanggilnya semula. Kali ini bunyi cakaran di dinding dormnya pula. Dhia terus ke katil Airin

untuk mengejutnya tidur.

Dhia : Airin! Airin! Bangun wehhh. Tadi aku dengar bunyi kat pintu dengan dinding tu. Macam

ada something je weh.

Airin : Huh??? Kau dengar apa? Jangan buat aku takut Dhia.

Dhia : Tadi aku dengar macam

Airin : Macam macam apa?

Dhia : Aku dengar ada bunyi bising dari dinding penjuru tu. Tak lama lepastu, aku dengar ada

orang cakar kat dinding. Aku taknak kejutkan kawan-kawan lain weh.

Airin : Jom kita tidur je. Jangan layan bunyi yang kau dengar tadi.

Airin sudah mula rasa seram sejuk kerana dia seorang yang lemah semangat. Dia tidak mahu

Dhia bertindak lebih lagi kerana dia tahu Dhia akan cari dari mana punca bunyi itu.

Dhia : Aku rasa aku nak tau lah apa yang bunyi tadi tu. (Dhia terus beranikan dirinya untuk

menjenguk ke luar)

Tiba-tiba

Gedebushhhhh!!!

Bunyi tersebut membuatkan kalut di dada mereka semakin bergulung-gulung. Mereka terdiam

dan tergamam.
Keesokkan harinya, mereka membuat satu perjumpaan bersama ahli asrama untuk berbincang

tentang hal yang berbangkit mengenai kejadian semalam. Kejadian tersebut telah

memeranjatkan seluruh warga aspuri tersebut.Rupa-rupanya, bau yang dihidu oleh Airin adalah

bau najis kucing yang sudah lama di dalam stor di sebelah dorm Airin dan Dhia. Terdapat

sebuah stor untuk menyimpan barang-barang di aras dorm mereka di mana stor tersebut

terletak bersebelahan dengan tangga dan dorm. Bunyi yang Dhia dengar pula merupakan bunyi

yang datang daripada cakaran kucing dan barang-barang yang terjatuh akibat daripada kucing

tersebut yang ingin keluar daripada stor itu. Kucing itu mahu melepaskan diri daripada stor

tersebut kerana sudah berhari-hari terperangkap.Kucing tersebut telah diselamatkan oleh Dhia

pada malam kelmarin dan pada pagi hari tersebut mereka bersama-sama membersihkan stor

tersebut. Akhirnya terungkailah kisah misteri yang berlegar-legar di minda Airin dan Dhia.

__________________________________TAMAT_____________________________________

Anda mungkin juga menyukai