Anda di halaman 1dari 3

SEK.

MEN KEB SEBERANG PERAK


JALAN TERATAI PUTIH, TAMAN BERJAYA
05050 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN

PROGRAM
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN FIZIK SPM

1.0 PENDAHULUAN
Kebanyakan pelajar tidak tahu cara belajar yang berkesan menyebabkan
mereka begitu tertekan apabila mereka akan menghadapi sesuatu peperiksaan. Ini
tidak akan membantu mereka dalam meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang
akademik. Cara belajar yang tidak menekankan kepada konsep `smart learning
menjadikan pelajar rasakan terlalu banyak aspek yang perlu diketahui dan ditelaah oleh
mereka. Mereka ini perlu dibantu supaya mereka akan lebih meyakini diri serta seronok
dengan proses pembelajaran yang mereka lalui. Pendek kata pembelajaran bukan
membebankan tetapi amat selesa dan satu cabaran yang dinantikan oleh pelajar.
Justeru, itu pihak sekolah merasakan penting diadakan satu bengkel teknik menjawab
soalan bagi setiap mata pelajaran untuk mendedahkan pelajar-pelajar yang bakal
menduduki SPM nanti dengan teknik menjawab yang betul serta bentuk soalan yang
bakal keluar nanti. Hal ini kerana ramai di antara pelajar-pelajar yang masih tidak tahu
bagaimana menjawab soalan peperiksaan dengan betul yang mana akhirnya hanya
akan merugikan mereka sendiri.

2.0 OBJEKTIF
a. Pelajar dapat menguasai teknik menjawab soalan Fizik.
b. Pelajar dapat membuat persediaan awal dari segi mental dan fizikal untuk
menghadapi peperiksaan
c. Pelajar dapat menguasai kemahiran mengurus masa dan pengurusan diri
dengan lebih baik
d. Pelajar dapat menjawab soalan sepertimana kehendak soalan

3.0 MATLAMAT
a. Melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai teknik dan kemahiran belajar
yang efektif dan mudah diamalkan.
b. Mengenal potensi pelajar ke arah kecenderungan pembelajaran dan
mendorong pelajar berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan
c. Melahirkan pelajar yang berjaya, cemerlang dan seimbang sebagai insan
yang cemerlang di dunia dan akhirat.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar tingkatan 5 Sains (20 orang)

5.0 Tarikh / Tempat


30 Julai 2016 (Sabtu)
SMK Tun Sharifah Rodziah

6.0 JAWATANKUASA PENGANJUR

Penaung
Tn Hj A. Saifuddin bin Abd Aziz
Pengetua SMK Seberang Perak

Pengerusi 1
Pn Hashroh binti Mehad
Penolong Kanan Kokurikulum

Pengerusi 2
Datin Roksana binti Rakhir
Penolong Kanan Pentadbiran

Pengerusi 3
Pn Hajah Jamilah binti Ludin
Penolong Kanan HEM

Setiausaha 1
Pn. Tan Choon Heong
Guru Kanan Sains & Matematik

Setiausaha 2
Pn Noor Asyikhin bt Osman
Guru Bimbingan Dan Kaunseling

Jawatankuasa Kerja

Fotografi
Guru bertugas

Siaraya & Peralatan Teknikal LCD


En. Ahmad Johari b. Hussain
En. Abd Halim b. Ariffin

Kawalan & Disiplin/Guru Bertugas


Semua guru Fizik yang terlibat
7.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Bengkel Teknik Menjawab akan dijalankan kepada semua pelajar Aliran Sains.

8.0 SUMBER PERBELANJAAN

Perbelanjaan adalah peruntukan daripada panitia mata pelajaran Sains


(Fizik/Biologi).

9.0 PERBELANJAAN

Bayaran Penceramah RM150.00 X 1 orang RM150.00

JUMLAH BESAR RM150.00

10.0 PENUTUP
Diharap apabila pelajar telah dapat memahami kesemuanya secara konseptual dan
operational, maka lebih mudah untuk mereka menjalani kehidupan mereka sebagai
seorang pelajar. Disamping itu juga, semoga program ini akan berjalan dengan lancar
dan mencapai objektif yang diharapkan. Kerjasama daripada semua pihak termasuk ibu
bapa, guru-guru dan pelajar sendiri adalah sangat penting untuk menjayakan program
ini. Dengan itu, prestasi akademik pelajar dan keputusan peperiksaan SPM diharapkan
dapat ditingkatkan seterusnya bakal mengharumkan nama baik sekolah bukan sahaja
di peringkat negeri malahan negara sekalipun.

Disediakan Oleh,

...............................................

Anda mungkin juga menyukai