Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN

Hikayat Raja-Raja Pasai merupakan hasil sastera sejarah yang tertua yang dipercayai
disusun pada abad ke-15 iaitu semasa pemerintahan Malikul Saleh hingga Pasai ditakluki oleh
Majapahit. Ia dapat dibahagikan kepada 3 mengikut peralihan cerita.
Pertama, mengenai pembukaan Negeri Samudera-Pasai dan kisah pengislamannya.
Kisahnya mengaitkan keturunan raja-raja Pasai yang bernama Raja Ahmad & Raja Muhammad.
Ketika berburu, Raja Ahmad menjumpai budak perempuan daripada buluh betung. Mereka
berkahwin & mendapat seorang puteri bernama Puteri Betong. Puteri Betong pula dikahwinkan
dengan Merah Gajah & mendapat 2 orang putera iaitu Merah Silu & MerahHanum. Setelah
dewasa, Merah Silu telah membuka Pasai Samudera sempena seekor semut besar. Kisah
pengislaman Pasai pula dikaitkan dengan Merah Silu yang bermimpi bertemu dengan Rasulullah
& menukar nama kepada Sultan Malikul Saleh.
Manakala bahagian kedua menceritakan kisah mengenai kisah mengenai Tun Brahim
Bapa yang merupakan tokoh yg menjadi kebanggaan Kerajaan Pasai. Kegagahan Tun Brahim
Bapa (anak Sultan Ahmad) digambarkan seperti Hang Tuah. Beliau juga amat dikenali rakyat
kerana prihatin akan kehidupan rakyat.
Bahagian akhir cerita pula mengenai kisah penaklukan Pasai oleh Majapahit. Puncannya
bermula akibat daripada sifat dengki pembesar Pasai kepada Tun Brahim Bapa. Mereka
memfitnah Tun Brahim Bapa kononnya ia telah menceroboh gundik kesayangan raja lalu
dijatuhkan hukuman dgn meminum racun. Setelah kematian Tun Brahim, kekuasaan Pasai
menjadi lemah & mudah ditakluki Majapahit. Akhirnya, Pasai dapat dikalahkan oleh Raja Aceh
iaitu Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.
Dalam hikayat ini ada terselit unsur metos iaitu ketika Raja Muhammad membuka negeri
& berjumpa dgn buluh betung. Dari betung itu lahir seorang puteri bernama Puteri Betong.
Manakala kakanda Raja Muhammad iaitu Raja Ahmad mendapat putera yang dipelihara oleh
gajah lalu diberi nama Merah Gajah. Setelah Merah Gajah berkahwin dgn Puteri Betong,mereka
memperolehi anak bernama Merah Silu dan Merah Hanum.
Ada juga dikaitkan dgn legenda mengenai kedatangan Islam yg dihubungkan dengan
Nabi Muhammad. Merah Silu mendapat mimpi sehingga dapat mengucap dua kalimah syahadat
dan dapat membaca Al-Quran. Setelah memeluk Islam, ia berkahwin dgn Puteri Ganggang dari
Perlak dan mendapat putera bernama Malikul Tahir.
Kesimpulannya, Hikayat Raja-Raja Pasai mengandungi unsur metos & sejarah seperti
yang terdapat dlm ciri sastera sejarah. Kegagahan Tun Brahim diselitkan di samping
memasukkan bentuk puisi. Akan tetapi penggunaan bahasa kurang menarik dan menyukarkan
pembaca. Ayatnya juga tidak sempurna di samping terselit bahasa Melayu kuno. Namun begitu,
ia merupakan sastera sejarah yang bermutu.

2.0 FALSAFAH

Hikayat Raja-raja Pasai menerapkan beberapa falsafah hidup seperti tidak berputus asa
dalam menempuhi ranjau kehidupan. Kita sudah maklum bahawa hidup di dunia ini penuh
dengan cabaran dan rintangannya. Sejak dari kecil lagi kita sudah mempunyai keinginan untuk
mencapai atau memiliki sesuatu. Namun setiap apa yang kita inginkan itu semestinya
mempunyai cabarannya tersendiri untuk ditempuhi. Setiap orang mempunyai datangnya daripada
latar belakang yang berbeza, ada yang datang daripada golongan yang sederhana dan ada juga
datang daripada golongan sederhana ataupun miskin. Walau dari mana pun datangnya seseorang
itu, mereka tentunya akan mempunyai cabarannya yang tersendiri dan masing-masing juga akan
menggunakan pendekatannya yang tersendiri untuk mengatasi cabaran yang datang menghadap
tersebut. Pengajaran yang boleh pelajar curi dalam mengatasi cabaran atau halangan tersebut ada
di dalam Hikayat Raja Pasai dan kisah tersebut berbunyi seperti berikut:
Maka segala orang dalam negeri itu pun dengaranlah akan Merah Silau itu. Maka kata segala
orang dalam negeri itu, Binatang apa dibawa ini; jikalau demikian janganlah tuan-tuan duduk
berama-sama dengan kami. Setelah Merah Silau menegar kata mereka sekalian, maka kata
Merah Silau, Hai segala tuan-tuan dalam negeri ini, sabarlah tuan-tuan dahulu sementara
hamba mencari tempat duduk.
(Halaman 8)
Petikan di atas menyoroti peristiwa di mana Merah Hasum menggunakan tipu helah
untuk mengusir keluar Merah Silau daripada tanah jajahan Merah Hasum. Setelah dihalau keluar
negeri, Merah Silau terpaksa merantau ke tempat-tempat lain untuk mencari kawasan baharu
untuk didiami. Dalam perjalanannya, Merah Silau terpaksa menghadapi pelbagai dugaan seperti
tidak diterima oleh orang setempat apabila dia baru sahaja mahu menetap di sesuatu kawasan
kerana dia membawa kerbau yang banyak dan kerbau itu telah merosakkan banyak tanaman
orang kampung. Merah Silau tidak putus asa untuk meneruskan perjalanan mencari tempat
baharu. Dengan menggunakan kebijaksanaan dia dan sikap tidak berputus asa dia, akhirnya dia
berjaya mendapatkan tempat baharu dan yang lebih penting dia juga diangkat menjadi raja di
kawasan baharunya itu.
Sikap seperti inilah yang perlu ada dalam diri pelajar. Kita harus ingat, orang yang gagal
akan mempelajari perkara yang baharu untuk berjaya. Hal ini disebabkan mereka yang gagal ini
sudah mengetahui cara betul untuk berjaya dan tidak lagi menggunakan cara yang salah kerana
mereka sudah mempunyai pengalaman. Perkara ini akan berlaku apabila seseorang pelajar itu
tidak berputus asa. Namun, perkara lain akan berlaku jika berputus asa. Pelajar yang berputus asa
tidak akan memjumpai jalan penyelesaian yang lain kerana mereka akan berhenti pada suatu
jalan sahaja setelah mereka jalan. Pelajar seperti biasanya akan gagal pada masa hadapan kerana
tanggungjawab sebagai seorang pelajar sebenarnya belum cukup besar berbanding apabila
mereka sudah bekerja kelak lebih-lebih lagi apabila mereka memikul tanggungjawab sebagai ibu
bapa kepada anak-anak mereka kelak. Oleh itu, tanamkan dalam diri dan selalu katakan pada diri
sendiri bahawa kita boleh dan kita mampu menhadapi segala onak duri kehidupan.

3.0 PANDANGAN HIDUP

Nilai kasih sayang merupakan aspek yang terpenting dalam membina diri seseorang insan
itu. Kita harus sedar bahawa kelahiran seseorang itu ke dunia yang fana ini adalah beraspirasikan
perasaan kasih sayang. Jika pupusnya nilai ini dalam diri insan, kesannya kita boleh lihat pada
masa sekrang di mana manusia sanggup menyakiti orang lain sehinggakan mereka sanggup
saling membunuh antara satu sama lain untuk mendapatkan matlamat masing-masing. Kisah
seperti ini juga terkandung di dalam Hikayat Raja Pasai yang mana aspek nilai kasih sayang
boleh diterapkan kepada pembaca seterusnya memberikan kesan yang positif. Petikan daripada
hikayat ini adalah seperti berikut:
maka hendak diparang oleh Raja Muhammad rebung itu, maka keluar seorang kanak-kanak
perempuan terlalu baik parasnya; maka dibuangkannyalah gedubangnya, lalu segera
diambilnya kanak-kanak itu, [di]dukungnya lalu dibawanya pulang ke rumahnya. Serta dilihat
oleh isteri baginda Raja Muhammad mendukung kanak-kanak itu, maka segeralah didapatkan
oleh isteri baginda lalu disambut.
(Halaman 1)
Petikan yang diambil menunjukkan kisah Raja Muhammad yang terjumpa dengan
seorang bayi perempuan di dalam rebung buluh betung. Disebabkan perasaan kasihnya Raja
Muhammad kepada bayi perempuan tersebut, lalu dibawanya bayi perempuan itu balik ke
rumah. Dapat kita lihat nilai baik yang cuba ditonjolkan oleh Raja Muhammad melalui kisah
yang dipaparkan di dalam hikayat ini. Kisah tersebut boleh dijadikan teladan kepada pembaca
khususnya golongan pelajar untuk mengadaptasi niai tersebut ke dalam diri masing-masing.
Kita tidak mahu negara kita mempunyai manusia yang tandus sifat kasih sayang mereka
kerana apabila tiada lagi sifat kasih sayang dalam diri seseorang itu, maka sifat yang
bertentangan daripada sifat kasih asyang itu akan wujud dalam diri, iaitu sifat kekejaman.
Bersangkutan dengan hal yang tersebut, banyak perkara yang membimbangkan akan terjadi,
contohnya kegiatan jenayah akan meningkat. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Polis
Diraja Malaysia (PDRM), walaupun kegiatan jenayah di Malaysia sedikit menurun pada tahun
2013, namun tahap kekejaman yang berlaku adalah lebih mengerikan. Hal ini menunjukkan nilai
kasih sayang dalam diri pelaku tersebut sememangnya sudah pupus dan mereka sudah tidak
mempunyai hati dan perasaan lagi. Sehubungan dengan itu, begitu pentingnya kita melihat nilai
kasih sayang ini dipupuk ke dalam diri pelajar sejak mereka kecil lagi dan menggunakan cara
sastera merupakan pendekatan yang sangat berkesan bagi mencapai matlamat tersebut. Usaha
yang dijalankan ini harus secara berterusan dan tidak memisahkan diri mereka dengan sastera
untuk diteladani kisahnya.
Selain nilai kasih sayang, nilai hormat-menghormati juga perlu wujud dalam diri
seseorang pelajar itu bagi membentuk satu personality yang positif. Jika kita hidup pada zaman
dahulu, adat sopan berkaitan dengan soal hormat ini sangat dititikberatkan. Adalah sangat
pantang apabila orang yang lebih muda berkelakuan kurang adap kepada orang yang lebih tua.
Mereka akan dianggap tidak hormat ataupun kurang ajar kepada orang tua. Namun begitu, nilai
hormat-menghormati dalam diri seseorang itu khususnya pelajar masa sekarang semakin
terhakis. Kita sendiri boleh menilai dengan mata kita sendiri bagaimana perangai anak muda
sekarang. Seharusnya nilai hormat-menghormati ini diwujudkan semula untuk meninggikan
semua kesedaran kita terhadap kepentingan adap, lebih-lebih lagi kita ini sebagai manusia yang
berbangsa Melayu. Nilai hormat-menghormati ini sudah lama wuwjud dalam masyarakat Melayu
dan telah termaktud dalam Hikayat Raja Pasai. Petikannya adalah seperti berikut:
Setelah baginda sampai lalu masuk ke dalam rumah adinda itu, maka adinda pun memberi
hormat kepada kakanda itu berpesilakan duduk. Maka baginda pun duduk duduklah dua laki
isteri dan adinda pun duduklah mengadap dua laki isteri.
(Halaman 2)
Jika diselusuri dengan lebih dalam petikan di atas, kisah di atas menunjukkan adinda iaitu
Raja Muhammad dan kakandanya iaitu Raja Ahmad. Kedua-dua orang ini adalah raja kepada
kerajaan masing-masing. Kedudukan kedua-dua orang ini adalah setara, walau bagaimanapun
nilai hormat yang ada dalam diri Raja Muhammad kepada abangnya iaitu Raja Ahmad
membuatkan Raja Muhammad meberi hormat kepada Raja Ahmad. Kisah yang lebih lanjut
dalam peristiwa ini, Raja Muhammad dan isterinya melayan Raja Ahmad dan isterinya dengan
baik sekali semasa mereka berkunjungkan ke istananya. Apa yang dapat dikeluarkan berdasarkan
peristiwa ini adalah nilai hormat-menghormati tersebut.
Kita sebagai orang Melayu yang sudah lama terkenal dengan sifat adap sopan serta penuh
dengan nilai hormat tetapi kini kian terhakis. Melalui pembelajaran pelajar terhadap Hikayat
Raja Pasai ini, kisah-kisah yang berkaitan dengan nilai hormat-menghormati seperti yang
ditonjolkan dalam petikan di atas banyak dapat ditemui seterusnya sering mengingatkan kepada
pelajar yang membacanya untuk bersikap hormat-menghormati kepada sesiapa sahaja yang
berada di dalam kalangan mereka. Nilai hormat ini sangat-sangat ditekankan kerana pada masa
sekarang pelajar sangat terdedah dengan soal hormat ini. Contohnya pada masa dahulu, pelajar
sangat takut dan hormat kepada guru kerana guru orang yang memberi ilmu kepada mereka.
Tetapi pada hari ini dapat kita lihat ada pelajar yang sanggup bersikap kurang ajar kepada guru
dan apa yang lebih menyedihkan ada pelajar yang tergamak bersikap kurang ajar kepada kedua-
dua ibu bapanya sendiri. Maka, dengan kesedaran ini, nilai hormat-menghormati yang boleh
diperoleh berdasarkan pembacaan ini diharap dapat menyentuh jiwa nurani pelajar untuk
menanamkan sifat hormat-menghormati dalam diri masing-masing

4.0 NILAI ILMU

Sebagai manusia yang hidup di dunia ini, manusia bebas untuk melakukan apa sahaja
yang mereka mahu selagi mereka mampu untuk melakukannya. Namun bagi sesetengah
manusia, mereka dihalangi atau terbatas melakukan segala perkara yang ada di atas dunia ini
kerana mereka takut ada kuasa yang lebih besar akan memberikan pembalasan ke atas mereka
yang melakukan perkara yang dihalang tersebut. Batasan tersebut boleh kita sebutkan sebagai
agama. Dan yang paling dekat dengan kita sebagai orang Melayu adalah agama Islam. Pegangan
agama yang kuat sedikit sebanyak mampu menghindarkan diri kita daripada melakukan perkara-
perkara yang tidak baik. Nilai keagamaan ini juga ada diselitkan di dalam Hikayat Raja Pasai di
mana peristiwa Merah Silau bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W. dan di dalam
mimpi itu Merah Silau telah diislamkan oleh baginda nabi sendiri. Merah Silau kemudiannya
bertukar panggilan kepada nama Sultan Malikul Saleh. Peristiwa yang lainnya boleh dilihat
berdasarkan petikan di bawah:
Maka pada keesokan harinya datanglah fakir itu membawa Quran tiga puluh juz itu kepada
Sultan Malikul Saleh; maka diunjukkannya oleh fakir itu Quran kepada Sultan Malikul Saleh;
maka disambutnya dengan | takzim lalu dijunjungnya * serta dibukanya lalu dibacanya, tiadalah
ia minta ajari lagi, tahulah ia membaca dia sendirinya; maka fakir dan Syekh Ismail pun
keduanya mengucap, Al-hamdulilllahi Rabbil-alamin.
(Halaman 13)
Peristiwa di atas boleh disimpulkan sebagai kita khusunya pelajar sebagai umat Islam
mestilah meluangkan masa untuk membaca al-Quran setiap hari sekurang-kurangnya satu
halaman. Hal ini disebabkan pelajar sebagai orang Islam berpegang kepada dua perkara sahaja
iaitu al-Quran dan al-Hadis sebagai panduan hidup kita seperti yang diingatkan oleh Nabi
Muhammad S.A.W. sendiri. Al-Quran bukan sahaja perlu dibaca tetapi perlu juga difahami
isinya kerana tujuan membaca al-Quran adalah untuk pelajar teladani dan diamalkan isi
kandungannya. Banyak ilmu yang akan diperoleh apabila pelajar benar-benar memahami al-
Quran. Ilmu yang diperoleh tersebut pula selain diamalkan oleh pelajar itu sendiri, adalah lebih
baik dikongsi juga kepada orang lain yang mungkin belum mengetahuinya dan pelajar itu sendiri
harus mengambil tanggungjawab untuk sentiasa berpesan-kepada yang baik. Dalam Hikayat
Raja Pasai juga ada menceritakan berkenaan kisah berpesan-pesan kepada kebaikan dalam
konteks agama Islam. Berikut petikan yang menunjukkan kisah Islam berkaitan Mengajak
kepada kebaikan, menegah kepada keburukan:
Hai cucuku kedua, ketahuilah oleh kamu, karnan aku ini sakit sangat, rasanya hampirlah
hkum Allah taala akan daku berpindah daripada negeri yang fana ke negeri yang baka it:
adapunpeninggalku* ini baik-baik kamu kedua memelihara pekerjaan [al-]amr bil maruf wa
[l]-nahy an-munkar. Sebermula | jangan kamu banyak tamak akan arta dunia, karna dunia ini
tempat segala yang maghrur dan jangan sangat kamu ini
(Halaman 21)
Semua makhluk di dunia ini tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Oleh sebab itu
sikap berpesan-pesan itu sangat dituntut dalam Islam. Hal ini dsebabkan mungkin di antara
pelajar itu mempunyai ilmu yang lebih dan pelajar tersebutlah seharusnya memainkan peranan
untuk mengingatkan atau menyampaikan ilmu yang baik kepada rakan-rakanya supaya sikap
positif akan terus dapat disemai. Walaupun ada pepatah Melayu yang menyebut jaga tepi kain
sendiri, sebenarnya tidak salah juga pepatah ini digunakan. Pepatah ini lebih sesuai jika
maknanya diberikan kepada perbuatan mengumpat atau mengata seseorang di atas kesalahan
yang telah dilakukannya. Perbuatan mengumpat kadang-kala boleh membawa kepada perbuatan
fitnah dan fitnah merupakan perbuatan yang sangat keji dalam agama Islam. Oleh sebab itu,
walau apa pun yang terjadi, kita semua khususnya kepada golongan pelajar mesti mengamalkan
sikap berpesan-pesan kepada kebaikan supaya kita dapat mengingatkan orang lain selain
mengingatkan diri kita sendiri bahawa kita sebenarnya mempunyai tanggungjawab kita sebagai
makhluk kepada penciptaNya. Kita harus sedar, nilai keagamaan inilah setinggi-tinggi martabat
seseorang itu dalam menentukan seseorang itu mempunyai modal insane yang berkualiti ataupun
tidak.

5.0 KESIMPULAN.

Pembangunan modal insan dalam setiap diri individu seharusnya diterapkan dengan baik
supaya dapat melahirkan insan yang mempunyai jati diri yang utuh. Setiap insan cenderung ke
arah kebaikan kerana setiap insan lahir ke dunia dengan fitrah yang sesuai dan sempurna
manakala unsur kejahatan yang hadir dalam diri setiap insan berpunca daripada pengaruh yang
muncul daripada pendidikan dan persekitaran. Maka tanggungjawab harus diambil oleh setiap
individu untuk menerapkan nilai insan yang membentuk kepada modal insan tersebut. Hal ini
disebabkan setiap insan itu sendiri yang menentukan peranannya dalam kalangan masyarakat dan
individu itu sendiri juga yang menempatkan diri mereka sebagai orang yang berguna atau
mempunyai fungsi dalam membentuk suatu masyarakat itu.
Secara kesimpulannya, ciri-ciri modal insan bagi generasi yang mempunyai kepakaran
dan mengikut ajaran agama dan generasi yang celik sejarah dalam novel tersebut seharusnya
dijadikan contoh kepada kita. Kajian ini telah memberikan saya pengalaman dan pengetahuan
baru terhadap perkaitan ciri-ciri modal insan dengan petikan-petikan yang terkandung dalam
Hikayat Raja Pasai ini. Kajian ini juga meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya
terutamanya tentang nilai sebuah perjuangan tokoh-tokoh pejuang tanah air dahulu. Kini, saya
sudah memahami dengan jelas mengenai ciri-ciri modal insan dan akan cuba mempraktikkannya
menerusi hikayat lain pula.

6.0 RUJUKAN

1. http://cikgufazril.blogspot.com/2011/04/hikayat-rajaraja-pasai_28.html
2. Russell Jones (Eds) (1997). Hikayat raja pasai. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd
3. Ding Choo Ming (2009). Kajian manuskrip Melayu: masalah, kritikan,, dan cadangan.
Selangor: Utusan Publication & Distributors

Anda mungkin juga menyukai