Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Pengenalan

Suasana bilik darjah sangat mempengaruhi emosi guru dan juga murid. Persekitaran
pembelajaran yang kondusif menzahirkan hubungan yang positif antara guru dengan murid.
Tetapi, jika hubungan guru dengan murid tidak bertunas, maka masalah disiplin dalam
kalangan murid-murid akan berleluasa. Menurut Miltenberger (2011), tingkah laku
merupakan percakapan atau perlakuan seseorang yang boleh dinilai, direkod dan juga
boleh mentafsir kekerapannya. Tingkah laku mencerminkan identiti seseorang. Tingkah laku
bermasalah didefinisikan sebagai sebarang aksi murid yang dianggap oleh guru sebagai
disruptif atau mengganggu kerana ia menghalang kelancaran dan kelicinan proses
pengajaran dan pembelajaran. Maka, para guru tidak semestinya berfokus kepada
akademik sahaja, malah mereka haruslah melaksanakan kewajipannya yang berat dalam
pembentukan tingkah laku positif.

2.0 Tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah

Kanak-kanak berkeperluan khas sering menunjukkan tingkah laku bermasalah yang


menganggu kelancaran pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

2.1 Temper tantrum

Kanak-kanak autism sering mengalami tingkah laku temper tantrums. Tantrums


adalah tingkah laku merupakan tingkah laku disruptif yang tidak diingini berpunca daripada
kecemasan emosi. Tingkah laku tantrum berlaku disebabkan oleh tindak balas terhadap
keperluan atau kehendak yang tidak dipenuhi. Tantrum lebih cenderung berlaku pada
kanak-kanak yang tidak dapat menyatakan keperluan mereka atau mengawal emosi apabila
mereka kecewa. Dalam dunia kanak-kanak berkeperluan khas, tantrum sering kali berlaku
dalam kalangan kanak-kanak autism kerana mereka mengalami masalah bahasa dari aspek
verbal. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat mengatakan keperluan atau keinginannya
kepada orang lain. Maka, kanak-kanak autisme menjadi tantrum. Semasa tingkah laku
tantrum berlaku kanak-kanak ini melakukan gerakan badan seperti menangis, menjerit, dan
ganas, termasuk membuang benda, jatuh ke lantai, dan memukul kepala, tangan, dan kaki
seseorang melawan lantai bagi menunjukkan kemarahannya.

2.1.2 Model Pengurusan Disiplin

Sebagai bakal guru pendidikan khas, saya akan menggunakan model pengurusan
disiplin Thomas Gordon bagi mengawal tingkah laku temper tantrum dalam kalangan kanak-
kanak autisme. Thomas Gordon percaya bahawa disiplin bilik darjah dapat dicapai dengan
membantu murid memperoleh kawalan dalaman ataupun yang lebih dikenali sebagai
kawalan kendiri. Gordon berpendapat bahawa teknik intervensi tingkah laku tidak lagi
berpusatkan kawalan guru dan juga berbentuk peneguhan. Model pengurusan disiplin
Thomas Gordon sesuai digunakan untuk mengawal tingkah laku temper tantrums kerana
tingkah laku ini berpunca daripada kelemahan murid mengawal emosinya. Jika kanak-kanak
ini diberi pendedahan tentang pengawalan kendiri, tingkah laku ini boleh ditangani sehingga
ke akar umbi.

Thomas Gordon mereka Pelan Disipin Gordon yang boleh digunakan oleh guru
untuk mengawal tingkah laku temper tantrum boleh dikawal dengan menggunakan pelan
disiplin Gordon. Antaranya ialah guru perlu mempengaruhi murid daripada mengawalnya.
Guru perlu sedar bahawa kita perlu mempengaruhi murid supaya tidak melakukan sesuatu
tingkah laku berbanding dengan mengawal muridnya. Hal ini menjadikan tingkah laku
tersebut bertambah buruk. Misalnya, guru perlulah mempengaruhi kanak-kanak autisme
dengan membina hubungan positif dengan murid. Selain itu, guru perlulah berdepan dengan
masalah tingkah laku dan berusaha untuk mencari teknik mengatasinya. Misalnya, kanak-
kanak autisme menjadi tantrum kerana keinginannya tidak dipenuhi. Jika guru meninjau
punca tingkah laku bermasalah ini, puncanya adalah kegagalan murid mengekspresikan
pendapatnya. Hal ini menyebabkan ketidakseimbangan emosi dalam kalangan murid.
Sebagai langkah penyelesainya, guru boleh mengajar murid menggunakan komunikasi
alternatif seperti PECS atau bahasa isyarat Makathon supaya mereka dapat berkomunikasi
dengan orang lain. Hal ini dapat mengawal emosi murid-murid autisme. Di samping itu, guru
perlulah mempunyai sikap mendengar masalah murid dengan hati yang terbuka. Dalam
konteks kanak-kanak autisme, murid-murid ini mempunyai masalah dalam berkomunikasi
dengan orang lain. Ada juga murid autisme yang berupaya berkomunikasi dengan sebutan
yang tidak begitu betul. Jika murid-murid ini ingin berkomunikasi, guru perlulah mendengar
pendapatnya supaya dapat menstabilkan emosi mereka. Guru seharusnya menunjukkan
bahasa badan yang guru sedang mendengar percakapan murid walaupun sebutannya tidak
betul dan tidak seharusnya menunjukkan bahasa badan yang guru tidak berminat dalam
percakapan muridnya.

2.1.3 Intervensi

Intervensi yang boleh diaplikasikan untuk isu temper tantrum kanak-kanak autisme ialah
terapi kanak-kanak. Terapi atau psiko terapi kanak-kanak merujuk kepada teknik dan
kaedah yang digunakan untuk membantu kanak-kanak dan remaja serta murid-murid yang
mempunyai masalah emosi dan juga tingkah laku. Terdapat pelbagai bentuk terapi yang
boleh digunakan untuk mengimbangkan emosi murid-murid iaitu terapi bermain, terapi seni,
terapi muzik dan terapi bercerita. Guru boleh menginterprastikan terapi-terapi ini dalam
pengajaran dan pembelajaran supaya mengalakkan penglibatan aktif murid dalam kelas.
Menurut American Art Theraphy Association Inc menjelaskan bahawa terapi seni
merupakan satu kaedah terapuetik yang membantu kanak-kanak berkeperluan khas
mengimbangkan emosinya. Terapi seni sesuai digunakan oleh guru untuk mengurangkan
tingkah laku temper tantrum. Penggunaan warna dalam terapi seni membantu murid-murid
autisme menenangkan emosinya. Para guru digalakkan untuk lebih menggunakan warna-
warna sejuk seperti biru, hijau, ungu dalam terapi ini yang mampu menjadi penyejuk
perasaan. Contoh aktiviti yang boleh guru melakukan dengan murid ialah teknik tiupan,
celupan, kolaj dan sebagainya. Dengan terapi seni, murid dapat meluahkan perasaan
sekaligus dapat menenangkan emosinya. Maka, kekerapan tingkah laku temper tantrum
menjadi kurang dalam kalangan murid-murid autisme.

2.2 Hiperaktif

Menurut Mohd Zuri dan Aznan Che Ahmad (2013), hiperaktif didefinisikan sebagai satu
gangguan yang menjejaskan keupayaan otak untuk menumpuhkan perhatian terhadap
suatu perkara. Murid-murid yang mengalami masalah ini dikenali sebagai ADHD yang tidak
dapat menumpuhkan perhatian dan juga tidak berkeupyaan untuk mengawal tingkah
lakunya sendiri. Masalah ini berpunca daripada tahap neurotransmiter di dalam otak yang
rendah.

Model ini mementingkan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan
penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Model ini
menyerupai model modifikasi tingkah laku Skinner, cuma ditambahkan dengan elemen
penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan peraturan tersebut dipatuhi
oleh murid secara tegas. Sebagai bakal guru pendidikan khas, saya akan memilih model ini
untuk mengawal tingkah laku hiperaktif dalam kelas kerana kanak-kanak hiperaktif yang
dikenali sebagai ADHD mempunyai tahap kecerdasan yang sama berbanding dengan
kanak-kanak tipikal. Disebabkan kelemahan mereka untuk menumpuhkan perhatian
terhadap sesuatu perkara untuk begitu lama, mereka tidak dapat mempelajari dengan
mudah. Berdasarkan model pengurusan disiplin Canter, saya akan mengikuti ciri-ciri guru
asertif bagi mengawal tingkah laku ini supaya kanak-kanak ADHD dapat berfokus kepada
pelajaran. Saya akan berusaha membina hubungan yang positif antara murid. Dengan
adanya hubungan positif, saya dapat membimbing kanak-kanak ini untuk menyemai tingkah
laku yang diingini terhadap diri murid tersebut dengan bantuan peneguhan.

Penerangan peraturan

Cara pelaksanaan peraturan

Semak kefahaman murid

Maklumkan tentang ganjaran

Penerangan tentang tindakan pembetulan

Cara tindakan pembetulan

Semak kefahaman murid

Rajah 1 menunjukkan langkah yang akan saya ambil untuk mengawal tingkah laku hiperaktif

Sebagai titik permulaan, saya akan menerangkan tentang peraturan-peraturan di


kelas kepada kanak-kanak ini. Menurut Halizah Hamzah dan Joy Nesamalar (2016), kaedah
main peranan sesuai digunakan untuk menyampaikan dan membantu murid memahami
peraturan-peraturan kelas dengan mudah. Guru juga boleh melekatkan peraturan kelas di
sudut kelas sebagai panduan kepada murid supaya murid tidak terlupa dengan peraturan.
Selain itu, saya akan memerangkan cara pelaksanaa peraturan tersebut. Saya akan
menerangkan kepada murid tentang bagaimana mematuhi peraturan tersebut. Contohnya,
jika peraturan kelas mengatakan bahawa murid perlu senyap semasa guru tiada dalam
kelas, maka saya akan menerangkan tingkah laku yang diingini terhadap peraturan tersebut.
Setelah menerangkan peraturan kelas, saya akan memastikan bahawa murid telah
memahami peraturan dengan jelas. Saya akan membuat perbincangan dengan murid dan
akan menanya soalan berkaitan dengan peraturan kelas supaya menilai kefahaman murid.
Jika murid tidak faham dengan peraturan kelas, saya akan membuat pendekatan baharu
bagi murid dapat memahami peraturan kelas. Selepas itu, saya akan menerangkan tentang
akibat yang akan ditimpa jika peraturan kelas dipatuhi atau dilanggar. Contohnya, jika
peraturan dipatuhi ganjaran seperti pensel berwarna, jus akan diberi berdasarkan minat
murid. Jika murid telah melanggar peraturan, hukumannya ialah time-out berdasarkan
situasi tersebut. Time-out ialah teknik modifikasi tingkah laku di mana guru mengalihkan
murid daripada persekitaran di mana tingkah laku tidak diingini berlaku supaya dapat
mengurangkan tingkah laku tersebut. Saya juga akan menerangkan tentang bagaimana
tindakan kebetulan dijalankan. Daripada ini, murid akan didedahkan dengan hukuman yang
mereka akan diberi jika melanggar peraturan kelas. Akhir sekali, saya juga akan
memastikan bahawa adakah penerangan yang diberi membantu murid memahami
peraturan kelas. Tindakan susulan akan diambil jika murid masih tidak memahami
penerangan guru.

Berdasarkan model tersebut, intervensi yang akan saya lakukan untuk mengawal
tingkah laku hiperaktif ialah teknik modifikasi tingkah laku. Modifikasi tingkah laku ialah
program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis untuk
menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seorang individu. Terdapat
beberapa langkah dalam modifikasi tingkah laku.

Mengenal pasti dan memilih tingkah laku sasaran

Mengumpul dan merekod data

Mengenalpasti dan menentukan peneguhan

Melaksanakan program intervensi

Menilai kebersanaan intervensi

Rajah 2 menunjukkan langkah-langkah dalam modifikasi tingkah laku

Langkah pertama dalam modifikasi tingkah laku ialah mengenal pasti dan memilih tingkah
laku sasaran. Tingkah laku sasaran adalah tingkah laku yang telah dipilih untuk diberi
keutamaan dalam proses perubahan tingkah laku (Zirpoli&Mellow, 2001). Dalam konteks
kanak-kanak ADHD, tingkah laku tidak memberi perhatian adalah tingkah laku sasaran.
Saya akan memberi definisi secara operasi tingkah laku sasaran yang dipilih supaya tidak
terjebak dengan anasir luar. Contohnya, definisi secara operasi bagi tingkah laku tidak
memberi perhatian ialah murid tidak memberi perhatian terhadap pengajaran dan
pembelajaran melebihi 5 minit. Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku,
guru seharusnya mengumpul maklumat tentang tingkah laku yang hendak di ubah.
Maklumat atau data yang terkumpul dikenali sebagai baseline data. Data tingkah laku
sasaran perlu dikumpul supaya mengetahui bilangan kekerapan tingkah laku dan juga
mengetahui pola tingkah laku sasaran tersebut. Terdapat beberapa teknik yang boleh
digunakan untuk mengumpul data. Antaranya ialah rekod naratif, rekod anekdot, rekod
kekerapan dan sebagainya. Seterusnya, guru perlulah mengenal pasti dan menentukan
peneguhan yang perlu diberi kepada murid. Jika tingkah laku sasaran ke arah tingkah laku
yang diingini, maka murid akan mendapat peneguhan positif seperti makanan, alat
permainan, dan sebagainya. Sebaliknya, jika tingkah laku murid menjadi lebih teruk,
peneguhan negatif diberi sebagai amaran kepada murid. Setelah memperoleh segala
maklumat, saya akan menentukan teknik intervensi yang perlu dijalankan mengikut tingkah
laku sasaran. Bagi kes ini, time-out sesuai digunakan supaya tingkah laku murid dapat
dikawal dengan baik. Program intervensi akan dijalankan dalam tiga fasa iaitu :

Program intervensi Penerangan


Fasa pra intervensi Dikenali sebagai baseline period iaitu
saya akan mengumpul semua maklumat
tentang tingkah laku murid melalui
pemerhatian tanpa sebarang intervensi.
Rekod baseline ini akan dijadikan
perbandingan dengan rekod baseline data
selepas intervensi.
Fasa intervensi Setelah saya telah memperolehi data,
saya akan memulakan program intervensi
berdasarkan tingkah laku sasaran.
Sepanjang tempoh program intervensi ini
tingkah laku tersebut akan diperhati dan
direkodkan ke dalam graf.
Fasa selepas intervensi Dalam fasa ini, tingkah laku murid akan
dinilai bagi menentukan kekerapan tingkah
laku yang dipelajari dalam tempoh
intervensi. Tingkah laku murid terus
diperhati dan direkodkan ke dalam graf .
Selepas menjalankan intervensi, pemerhatian kedua akan dilakukan bagi mendapatkan
baseline data yang kedua. Baseline data kedua merupakan pemerhatian susulan program
intervensi dilaksanakan. Sekiranya tidak ada perubahan tingkah laku yang diingini
ditunjukkan oleh murid, maka guru boleh melaksanakan intervensi susulan seterusnya
dengan mencuba strategi dan teknik pengubahsuaian tingkah laku yang lain.

2.3 Pengasingan diri

Tingkah laku pengasingan merupakan tingkah laku murid tidak melibatkan diri dalam aktiviti
kelas. Tingkah laku ini mungkin disebabkan oleh personaliti pelajar sendiri yang tidak gemar
bercampur gaul dengan rakan-rakan di dalam kelas. Tingkah laku ini sering wujud dalam
kanak-kanak berkeperluan khas disebabkan oleh ketidakupayaannya. Kanak-kanak ini juga
didapati mempunyai harga diri yang rendah yang akan mengakibatkan masalah-masalah
lain yang mana pelajar berkenaan akan cenderung menunjukkan tingkah laku antisosial bagi
tujuan mendapatkan perhatian atau layanan guru.

Tingkah laku pengasingan diri memberi implikasi negatif dalam proses P&P. Bagi
mengawal tingkah laku ini guru peelu menggunakan model pengurusan disiplin Beyond
Discipline Alfie Kohn. Kohn berpendapat bahawa bilik darjah ialah sebuah tempat murid-
murid berasa disayangi dan menyayangi antara satu sama lain. Beliau juga mengatakan
bahawa murid perlu mempunyai rasa kepunyaan dan dipunyai terhadap bilik darjah. Hal ini
merangsang minat murid supaya meneroka topik P&P dengan mudah. Penglibatan murid
dalam bilik darjah dapat membantu murid menyelesaikan masalah yang ada pada murid.
Guru wajar menggunakan model ini bagi mengawal tingkah laku pengasingan kerana kanak-
kanak berkeperluan khas mempunyai keyakinan diri yang rendah. Mereka berasa tidak
yakin terhadap keupayaan mereka. Ada sesetengah murid berasa dirinya tidak diterima oleh
orang lain, maka mereka tidak melibatkan dirinya dalam kelas disebabkan
ketidakupayaannya. Penggunaan model ini membantu guru untuk menyemai sikap
kesepunyaan dalam atma murid supaya mereka tidak berasa rendah diri terhadap
keupayaannya.

Kohn mencadangkan beberapa strategi untuk membentuk sikap kesepunyaan dalam bilik
darjah. Guru perlu kreatif untuk mengaplikasikan strategi ini dalam P&P bagi menangani
tingkah laku pengasingan dalam bilik darjah. Strateginya adalah seperti berikut :
Strategi Penerangan
Membina hubungan antara murid dengan Guru perlu bijak membentuk hubungan yang
guru postitif antara guru dengan murid. Hubungan
positif ini membantu murid berasakan dirinya
diambil perhatian oleh murid. Bagi membina
hubungan positif, guru haruslah mengingat
nama anak muridnya. Hal ini secara
langsung memberi kesan terhadap kanak-
kanak berkeperluan kerana mereka
mengganggap dirinya diambil perhatian oleh
guru.
Meningkatkan hubungan antara murid Peningkatan hubungan sesama murid
membina keyakinan diri dalam kalangan
kanak-kanak berkeperluan khas. Maka, guru
perlu mengintegrasikan aktiviti yang
melibatkan semua murid seperti bermain,
menyanyi bagi memupuk semangat kekitaan
dalam kelas.

Intervensi yang wajar digunakan untuk mengawal tingkah laku pengasingan diri ialah
bimbingan dan kaunseling. Bimbingan boleh dilakukan oleh semua guru kepada muird-murid
yang dikenal pasti akan atau telah mendatangkan masalah di dalam bilik darjah. Bimbingan
merupakan suatu proses yang berlanjutan dan berterusan yang dirancang dan digunakan
oleh guru untuk membantu murid-murid untuk memahami dirinya serta menyedari kekuatan
dan kelemahan mereka. Dalam konteks kanak-kanak berkeperluan khas, intervensi
bimbingan dan kaunseling sesuai digunakan untuk meningkatkan keyakinan dalam
kalangan murid ini. Daripada bimbingan dan kaunseling, murid berkeperluan khas akan
menyedari bahawa dirinya adalah sama seperti kanak-kanak tipikal. Kelemahan yang ada
pada mereka dapat ditingkatkan kepada keistimewaannya. Contohnya, kanak-kanak
autisme mempunyai masalah pembelajaran. Namun, kanak-kanak ini mempunyai memori
visual yang sangat tinggi berbanding dengan kanak-kanak tipikal. Maka, guru boleh
mengadakan aktiviti yang meningkatkan memori visual mereka untuk penggunaan dalam
kehidupan seharian. Misalnya, guru boleh mengadakan aktiviti melukis yang melibatkan
visual memorinya. Guru perlu memuji hasilan murid ini supaya mereka yakin terhadap
dirinya yang kemudian mengurangkan tingkah laku pengasingan di kelas. Mereka juga akan
melibatkan dirinya secara aktif dalam kelas.
3.0 Rumusan

Perbuatan manusia melambangkan tingkah lakunya. Tingkah laku yang tidak diingini dalam
kalangan murid-murid sekolah rendah perlu diubahsuai bagi membentuk insan yang kamil.
Tingkah laku yang diingini pula perlu diterapkan oleh guru dalam diri kanak-kanak dengan
menjalankan lagkah-langkah yang efektif. Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku yang
efektif akan mempengaruhi keberkesanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Maka, guru dan ibu bapa perlu berganding bahu bagi mengurangkan tingkah laku
bermasalah dalam kalangan kanak-kanaknya bagi membentuk masyarakat yang berdisiplin
selaras dengan hasrat Falsafah pendidikan kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai