Anda di halaman 1dari 2

PERUNDINGAN

Perundingan adalah berdasarkan kesepakatan yang dapat membantu individu


untuk memahami perbezaan-perbezaan serta menerima dan memanfaatkannya ke
arah yang positif untuk kepentingan mereka dan masyarakat. Definisi Caplan (1970)
memberi peneguhan kejituan kepada perundingan apabila hanya dua pihak
professional sahaja yang terlibat dalam proses perundingan. Kelemahan definisi Caplan
amat ketara kerana proses seperti ini tidak dapat diperluaskan kepada khidmat dengan
kelompok bukan profesional dalam masyarakat.
Selain itu, ianya merupakan kemahiran bersemuka yang memerlukan komunikasi yang
berkesan. Berdasarkan video, terdapat dua kemahiran perundingan yang ditunjukkan.
Rundingcara yang berkesan memerlukan kemahiran lifeskills. Pelbagai pendekatan
digunakan dalam melaksanakan rundingcara antara dua pihak. Sebagai seorang
pentadbir dan pemimpin di sesebuah institusi pendidikan, guru besar seharusnya
mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam memastikan pentadbirannya mampu
membawa sekolahnya ke suatu tahap yang tertinggi. Dengan kata lain, pemimpin ini
mampu melaksanakan tugas sebagai seorang perundingcara yang baik.Rundingan
yang berjaya akan melibatkan persetujuan tentang apa yang boleh dilihat, penyelesaian
apa yang tidak dapat dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung kedua-dua
pihak semasa rundingan.Seterusnya kemahiran kedua ialah kerjasama dalam
perundingan yang dibuat, kedua-dua belah pihak mengharapkan give and take iaitu
mengharapkan pihak lain akan mengubahsuaikan atau mengkompromi atau mengalah
dalam permintaan mereka. Perundingan dilakukan adalah untuk memberikan hasil
kepuasan kepada pihak-pihak yang berunding.Contoh situasai yang memerlukan
perundingan-
a. Murid yang berbalah dengan pelajar lain
b. Pengetua yang tidak puas hati tentang terdaat segelintir guru yang sering keluar
tanpa kebenaran
C. Guru-guru tidak puas hati kerana pihak pengurusan sekolah memaksa mereka
membuat kelas tambahan masa cuti sekolah

Leigh Thompson dan Reid Hastie mencadangkan bahawa persepsi perunding


dan pertimbangan mereka mempunyai pengaruh penting ke atas pertimbangan
keputusan yang diambil oleh mereka tentang diri sendiri, pihak yang lain, kemudahan
kedua-dua pihak, tawaran diri dan tawaran pihak lawan, outcome perundingan dan
proses rundingan secara keseluruhan. Dengan adanya strategi yang telah diaplikasikan
di atas, ianya membolehkan proses perundingan dengan orang kurang siuman tersebut
akan dapat diselesaikan dengan baik dan berkesan. Namun sekiranya rundingan yang
dilakukan tidak memberikan kesan yang positif, maka alternatif yang digunapakai ialah
melaporkan kepada pihak yang berpatutan untuk menyelesaikannya. Perundingan
berlaku apabila dua pihak sedang berusaha untuk mencari satu penyelesaian yang
boleh diterima oleh kedua-dua pihak. Itulah yang dinamakan perundingan.
3 Proses dalam perundingan :
1. Memulakan rundingan dengan menjelaskan kehendak masing-masing
2. Cari beberapa alternatif penyelesaian sebelum membuat keputusan
3. Perhubungan antara dua pihak mesti diteruskan
Memang mudah untuk mengatakan sesuatu tetapi ia tidaklah semudah yang
disangka bagi mencapai matlamat yang dikehendaki. Ini dapat dilihat semasa sandaran
peserta di sekolah. Sebagai contoh, seorang guru berbincang dengan pentadbir
sekolah untuk melaksanakan program bagi meningkat prestasi pelajar. Namun,
cadangan serta draf yang dibawa tidak diterima oleh pihak pentadbir sekolah kerana
hasrat yang dirancangkan itu tidak begitu concrete dan tidak dapat meyakinkan pihak
pentadbir sekolah untuk melaksanakannya. Rundingan yang dibuat gagal mencapai
persetujuan kerana terdapat beberapa kelemahan dalam membuat perkiraan,
perhitungan dan pertimbangan bagi mencapai keputusan. Selain daripada itu,
komunikasi yang kurang baik antara dua pihak, perbezaan serta pertikaian pendapat
yang tidak harmonis menyebabkan kegagalan dalam mencapai sesuatu rundingan yang
diadakan.
Sehubungan dengan itu, pentadbir sekolah hari ini harus menjalankan peranan
sebagai pengurus yang berkesan apabila merancang, mengelola,mengarah, melaksana
dan membuat penilaian untuk penambahbaikan. Walaubagaimana pun, peranan
pentadbir sebagai pengurus tidak mencukupi untuk memajukan sekolah dan mencapai
prestasi sekolah yang tinggi. Pengetua di samping sebagai pengurus yang cekap dan
berkesan untuk mencapai misi dan visi sekolah harus juga berperanan sebagai
pemimpin untuk membawa perubahan ke dalam sekolah.
Perubahan yang di bawa seharusnya adalah untuk menambahbaik dan melonjakkan
kecemerlangan dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan
pembinan sahsiah pelajar. Kecmerlangan murid dalam ketiga-tiga bidang akan
membawa kepada kecemerlangan sekolah. Dalam hal yang demikian, untuk bertindak
sebagai pemimpin pentadbir harus mempunyai pengaruh yang dapat membawa
bersama semua warga sekolah untuk bergerak meningkatkan keberkesanan dan
penambahbaikan sekolah bagi melahirkan sekolah yang berprestasi tinggi.

Anda mungkin juga menyukai