MNEMONIK DI DALAM
PENGAJARAN KEPERLUAN
ASAS BENDA HIDUP BAGI
MURID-MURID TAHUN 2
UNIVERSITI PENDIDIKAN
SULTAN IDRIS
2016
PENGHARGAAN
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.
Di sini saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah
dan kurniaNya dapatlah saya menyiapkan penulisan ilmiah ini sebagai memenuhi syarat
pengijazahan ijazah sarjana muda pendidikan sekolah rendah ini.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada pensyarah penyelia saya iaitu Dr. Hafsah bt.
Taha yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya di dalam
menyiapkan penulisan ilmiah ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan
yang sudi berkongsi idea dan pendapat di sepanjang semester ini.
Terima kasih juga kepada ahli keluarga saya yang sentiasa memberikan motivasi dan
sokongan serta memahami kesibukan saya semasa menyiapkan penulisan ini.
Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada Guru Besar, guru-guru dan kaki tangan serta
murid-murid Sekolah kebangsaan Chegar Galah, Sauk, Kuala Kangsar yang telah
memberikan kerjasama dan menunjukkan komitmen yang jitu sehingga terhasillah
penulisan ilmiah ini.
Akhir sekali, semoga penulisan ini akan dapat memberikan sedikit sumbangan kepada
bidang pendidikan di dalam mempelbagaikan kaedah pedagogi di dalam kelas.
ii
ABSTRAK
Kajian penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti sama ada kaedah
mnemonik dapat meningkatkan kemahiran mengingat fakta keperluan asas benda hidup
bagi murid-murid tahun 2 di sebuah sekolah di daerah Kuala kangsar. Hasil pemerhatian
di dalam kelas mendapati murid-murid tidak mempunyai kemahiran mengingat fakta
dengan baik. Mereka masih tidak dapat menyatakan keperluan asas benda hidup dengan
tepat. Intervensi yang dijalankan ialah penggunaan kaedah mnemonik untuk membantu
murid-murid mengingati fakta dengan lebih mudah dan seronok. Intervensi telah
diperkenalkan bagi tiga sesi pembelajaran. Setelah intervensi menggunakan kaedah
mnemonik diperkenalkan, didapati kesemua responden menunjukkan peningkatan yang
positif di mana mereka dapat menyatakan keperluan asas benda hidup dengan lebih
tepat dan pantas. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif. Data diperolehi secara temu bual
separa struktur. Hasil dapatan dari temu bual telah ditranskripsikan dan dianalisa.
Kajian ini dapat memberikan manfaat kepada golongan pendidik dalam mata pelajaran
Sains mahupun mata pelajaran yang lain. Selain itu juga, penggunaan kaedah mnemonik
dalam kajian ini juga dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran bagi topik keperluan asas benda hidup.
iii
ABSTRACT
This action research had been conducted to increase the students ability to
remember the facts about the basic needs of living things. The research had
been conducted in a primary school which is situated in the district of kuala
Kangsar. This research action is a qualitative research.Through
observations, the pupils cannot remember most of the things they had learnt
in class. They cannot state the basic needs of living things easily and
accurately. To solve the problems, the mnemonic technic had been exposed
to the pupils in three learning sessions. After the intervention, there are
some increment on their ability to remember the basic needs of living
things. They also showed a deep interest in learning science. A half
structured interview had been conducting in order to get some feed backs
about their ability to remember the facts. All the data had been analyse and
a generalization had been made that the mnemonic technic can help the
pupils to increase their ability to remember the facts.
iv
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN ii
ABSTRAK BM iii
ABSTRAK BI iv
SENARAI JADUAL viii
SENARAI LAMPIRAN ix
SENARAI RAJAH DAN CARTA PALANG x
BAB 1 : PENGENALAN
BAB 5 : KESIMPULAN
5.1 PENDAHULUAN m.s 55
vi
5.5 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN m.s 60
RUJUKAN m.s 62
LAMPIRAN m.s 66
vii
SENARAI LAMPIRAN
viii
SENARAI JADUAL
ix
SENARAI RAJAH DAN CARTA PALANG