Anda di halaman 1dari 3

School Of Education & Modern Languages

SGDC 5023 Evaluation of Teaching

21 st Century Skills

Nama : Komathi a/p Arumugam


No matrik : 821623
Semester : 3 /2017
Pensyarah : Prof.Dr. Nurahimah Mohd Yusoff
Kemahiran alaf 21.

Pada pandangan saya, antara kemahiran yang harus diberi keutamaan ialah :

1. Kemahiran Maklumat dan Komunikasi

Sesuai dengan perkembangan teknologi, maka pelajar haruslah mempunyai literasi

terhadap maklumat dan media. Dengan kemajuan teknologi dan sistem komunikasi

yang bertambah canggih dan adanya internet dan jalur lebar, maka ini juga

mendorong kepada pengukuhan kemahiran berkomunikasi yang lebih berkesan.

Komunikasi yang berkesan juga boleh membantu pelajar abad ke 21 dalam

memperolehi ilmu dengan lebih meluas dan dunia tanpa sempadan. Sebagai guru

Sains, saya boleh meminta murid meneroka sendiri topik yang berkaitan dalam

internet dan berkongsi maklumat yang diperolehi dalam kelas.

2. Kemahiran Berfikir dan Menyelesaikan Masalah

Pelajar abad ke 21 juga perlu mempunyai jenis pemikiran yang kritikal dan bersistem.

Jenis pemikiran yang sebegini mampu memberi kelebihan kepada pelajar,

terutamanya apabila berkaitan dengan penyelesaian masalah. Kemahiran berfikir

secara kreatif juga mampu membawa pelajar abad ke 21 ke arah perkembangan yang
positif. Dengan semangat meneroka yang tinggi, maka diharapkan mereka akan dapat

menghasilkan sesuatu baru yang lebih mendatangkan manfaat kepada semua. Bagi

matapelajaran Sains, pemikiran kritikal amat penting semasa murid menjalankan

eksperimen dan menganalisis keputusan. Murid juga berfikir untuk menyelesaikan

soalan eksperimen yang berunsur KBAT.

3. Kemahiran Interpersonal dan Arah Kendiri

Kemahiran penting yang perlu dikuasai pelajar adalah kemahiran interpersonal dan

kolaborasi. Mempunyai semangat juang dan ketrampilan diri yang unggul, serta

mampu untuk berkolaborasi dengan rakan sekelas yang lain. Perkembangan

kemahiran ini juga perlu bersifat terarah kendiri, dengan setiap pelajar belajar

mengikut aras masing-masing. Selain Sains, sebagai guru Bahasa Tamil saya berasa

kemahiran ini amat penting untuk setiap murid. Dengan adanya kemahiran ini, murid

dapat interaksi dan berkongsi pendapat apabila saya memberikan sesuatu tajuk

karangan.

Anda mungkin juga menyukai