Anda di halaman 1dari 2

Senarai Semak Majlis Perkahwinan:

12 Bulan Sebelum Majlis.


 Tentukan majlis akad nikah dan majlis resepsi kedua-dua pihak.
 Menentukan bajet yang diperlukan untuk keseuma majlis termasuklah bajet pengangkutan,bajet
kecemasan dan sebagainya.
 Mula buat rujukan seperti, menentukan tema warna dan sebagainya. (Hantaran, Pelamin,Bilik Tidur dan
Lain-Lain Perhiasan yang anda ingini.)
 Begitu juga dengan lokasi majlis sama ada di rumah, hotel atau taman.
8 Bulan Sebelum Majlis.
 Mengenal pasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang ingin diingini.
 Sebaik-baiknya lengkap dengan tudung supaya lebih sedondon berbanding anda mencarinya sendiri.
 Tempah jurusolek dan juruandam untuk majlis perkahwinan anda.
 Daftar kursus pra-perkahwinan.
 Bakal pengantin lelaki, semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan. (Jika berlaku
perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda).
 Dan lain-lain hantaran.
6 Bulan Sebelum Majlis
 Menghadiri kursus pra-perkahwinan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh jabatan agama
islam, pejabat agama daerah atau badan-badan islam swasta.
 Menempah kadi untuk majlis perkahwinan anda.
 Menempah videografi atau jurufoto untuk merakam detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
 Memberi cincin kahwin.
 Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menempah katering.
 Jika ingin menggunakan khidmat katering, bincangkan, menu hidangan untuk majlis anda, serta harga
yang ditawarkan.
 Contohnya menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput. Menempah marhaban, pasukan
kompang dan DJ.
 Melakukan rawatan badan untuk kesegaran.
3 Bulan Sebelum Majlis
 Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
 Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
 Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik.
 Bagi pengantin perempuan, kenalpasti orang saksi majlis pernikahan anda.
 Manakala bagi wanita kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.
 Jika tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim dari mana-mana jabatan agama islam untuk
menikahkan anda.
2 Bulan Sebelum Majlis
 Tentukan pengapit, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
 Menghantarkan kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
3 Minggu Sebelum Majlis
 Pastikan pakaian pengantin telah siap dan ambil pakaian tersebut jika berpuas hati.
 Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan
berlangsung.
 Pastikan gaya anda tidak keterlaluan seperti seksi dan tidak sesuai dengan bentuk anda.
3 Hari Sebelum Majlis
 Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
 Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
 Hubungi jurufoto, juruvideo, dan lain-lain. (kompang, silat dan sebagainya).
 Mandi air panas untuk bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
 Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
 Kenalpasti siapa yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (Begitu
juga di pihak lelaki).
Usai Majlis
 Pastikan bawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokumen yang diperlukan semasa majlis ijab
dan kabul.
 Pastikan wang mas kahwin tersedia pada hari tersebut dan diamanahkan kepada orang yang boleh
dipercayai.
 Pastikan wang (upah untuk diberikan oleh tok kadi).
 Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam sebelum
waktu yang ditetapkan.
 Ambil sarapan untuk elakkan lapar, mengantuk dan tidak maya.
 Jangan terlalu risau menghadapi hari bahagia.
 Bertenang dan selalu senyum.
 Pastikan majlis perkahwinan berjalan lancar seperti yang direncanakan.

Anda mungkin juga menyukai