Anda di halaman 1dari 2

Falsafah pendidikan awal kanak-kanak

Perkembangan maksimum otak yang berkaitan dengan deria dan bahasa berlaku sewaktu
kanak-kanak menjangkaui tahun pertama usianya dan perkembangan kognitif berlaku
dengan pesat pada usia dua hingga tiga tahun. Oleh itum tahun awal genting kerana otak
paling mudah dibentuk dan kapasiti otak untuk berubah juga semakin menurun seiring
dengan usai, tertutamanya selepas tiga tahun.

Pandangan ini selaras dengan teori Piaget, iaitu oerkembangan kognitif berlaku
dengan pesat semasa peringkat deria motor sejak lahir sehingga berusia dua tahun. Pada
peringkat ini, kanak-kanak menggunakan banyak deria motot seperti menghisap, menangis
dan memegang. Tambahan pula, pada peringkat ini kanak-kanak membina kemahiran dan
pengetahuan asasnya yang melibatkan empat ciri yang berikut:

a) Pengetahun mengenai objek

b) Sebab berlakunya sesuatu

c) Ruang

d) Masa

Pengetahuan tersebut menjadi asa kepada perkembangan yang lebih menatap.


Peringkat kedua perkembangan kognitif menurut Piaget ialah peringkat praoperasi(2-6
tahun). pada peringkat ini, kanak-kanak menggunakan simbol atau nama bagi objek di
sekeliling mereka. Selepas mahir berbahasa, kanak-kanak akan belajar untuk
menghubungkan nama dengan objek. Permikiran mereka kini lebih konkrit, egosentrik tetapi
masih belum memahami konsep pengekalan(retention). Fokus pemerhatian pada ketika ini
hanyalah kepada satu aspek sahaja, aspek-aspek lain diabaikann. Pada akhir peringkat ini,
sekap egosentrik kanak-kanak berkurangan dan mereka mula membina skema yang lebih
umum dan abstrak serta semakin berupaya untuk menyelesaikan masalah.

Bermain adalah antara perkara biasa dalam kalangan kanak-kanak. Bermain ialah
keperluan yang bertindak sebagai perkara sebagai cara kanak-kanak belajar mengenai
sesuatu dan memahami dunia sekelilingnya. Aktiviti bermain menggalakkan penguasaan
kanak-kanak dalam melatih kemahiran tertentu. Imam Al-Ghazali dan ahli falsafah yang
terkenal menekankan aspek bermain. Floebel turut menyatakan bahawa bermain ialah
kehidupan dan merupakan peringkat tertinggi dalam perkembangan kanak-kanak. Hal ini
membuktikan bahawa ibu bapa dan pihak-pihak berkaitan seperti kerajaan dan guru perlu
memberi tumpuan dan penekanan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kanak-kanak kecil
mula membentuk konsep kendiri, perkembangan persepsi dan perasaan mengenai diri
sendiri. Konsep kendiri yang sihat sangat penting dalam bidang perkembagan kanak-kanak.

Sebab-sebab guru perlu mengetahui tentang falsafah pendidikan awal kanak-kanak:

1. Guru perlu mempunyai matlamat dalam setiap tindakan yang diambil.

2. Guru perlu pengetahuan mengenai idea ahli falsafah kerana ini membantu mereka pilih
program yang sesuai untuk kanak-kanak jagaannya. Perkara ini memberikan keyakinan
kepada mereka melaksanakan tugas sebagai guru.

3. Idea-idea yang terkandung dalam falsafah pendidikan boleh membantu guru memahami
cara-cara melaksanakan strategi pengajaran.

4. Penerokaan, penganalisian dan kesedaran idea-idea ahli falsafah pendidik awal kanak-
kanak akan memberi inspirasi bagi menilai semula pandangan mereka dan memotivasikan
mereka supaya sentiasa melakukan yang terbaik.

5. Falsafah pendidikan yang dihayati guru bukan sahaka membantu dalam interaksi dengan
kanak-kanak, tetapi dapat membantu dalam memahamkan guru dengan lebih mendalam
mengenai amalan-amalan pengajaran.

6. Falsafah yang dihayati guru akan berubah apabila mereka belajar lebih banyak teori
pendididkan awal kanak-kanak, memperoleh ilmu berkaitan perkembangan kanak-kanak
dan amalan pengajaran, serta mendapat pengalaman mengajar dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai