Anda di halaman 1dari 11

Bahagian A

(20 markah)

1. Antara berikut, yang manakah merupakan kemahiran proses sains?

A. Bercerita
B. Melukis
C. Mewarna
D. Mengelas

2. Apakah pemerhatian yang boleh dibuat terhadap buah yang ditunjukkan dalam Rajah 1
dibawah.

Rajah 1

A. Mempunyai kulit yang licin


B. Rasa buah yang pedas
C. Mempunyai duri yang tajam
D. Kulit berwarna biru

3. Apakah persamaan haiwan dalam Rajah 2 di bawah dengan kambing?

Rajah 2
A. Mempunyai sesungut
B. Makan daun
C. Bertelur
D. Boleh terbang

1
4. Apakah yang perlu dilakukan oleh murid selepas membersihkan alatan dan radas dalam
bilik sains?

A. Membawa pulang ke rumah


B. Membuang ke dalam bakul sampah
C. Menyimpan di tempat asal
D. Meletakkan di tempat yang tersembunyi

5. Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya pokok bunga raya tidak disiram selama satu
minggu?

A. Akan mati
B. Bertambah tinggi
C. Semakin subur
D. Mengeluarkan bunga yang banyak

6. Berapakah bilangan haiwan yang ditunjukkan dalam Rajah 3 di bawah?

Rajah 3

A. 8
B. 5
C. 6
D. 7

7. Apakah yang perlu dilakukan sebelum memasuki bilik sains?

A. Membasuh tangan
B. Bermain
C. Beratur
D. Membawa beg

2
8. Apakah alat yang paling sesuai untuk mengukur panjang kelas?

A. Pita Pengukur
B. Pensel
C. Tali kasut
D. Batang mancis

9. Ahmad membersihkan peralatan selepas menggunakannya. Gambar yang manakah


menunjukkan kemahiran manipulatif yang dilakukan oleh Ahmad?

A. B.
A.

C. D.

10. Apakah bentuk komunikasi dibawah?

Aku seorang anak yatim

Lihatlah aku keseorangan. Tanpa ibu,


tanpa ayah…

Hari hari aku ditemani kesepian. Gugur


air mataku melihat mereka mesra dan

A. Tulisan
B. Lisan
C. Lukisan
D. Jadual

3
11. Chong Mei balik ke rumah dalam keadaan basah selepas hujan. Manakah antara berikut
adalah inferens yang mungkin bagi menggambarkan keadaannya?

A. Sengaja membasahkan bajunya


B. Ditimpa hujan
C. Tertumpah air minuman
D. Jatuh di dalam kelas

12. Antara berikut, manakah yang menggunakan hidung sebagai deria?

A. Mengukur dan menggunakan nombor


B. Melakar
C. Memerhati
D. Berkomunikasi

13. Manusia mempunyai ________________ jenis gigi.

A. 1
B. 2
C. 3
D. 4

14. Apakah nama gigi di dalam Rajah 4 bawah

Rajah 4

A. Gigi Geraham
B. Gigi Kacip
C. Gigi Gerudi
D. Gigi Kecil

4
15. Apakah fungsi gigi yang ditunjukkan dalam Rajah 5 di bawah.

Rajah 5

A. Untuk memotong makanan


B. Untuk menyiat makanan
C. Untuk mengecilkan makanan
D. Untuk menghancurkan makanan.

16. Apakah kemahiran manipulatif yang dilakukan oleh murid dalam Rajah 6 dibawah?

Rajah 6

A. Mengendalikan spesimen dengan tepat


B. Membasuh peralatan sains
C. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.
D. Mengendalikan peralatan sains dengan betul.

17. Gigi susu mula tumbuh apabila umur bayi berusia ______________

A. 3 Bulan
B. 6 Tahun
C. 6 Hari
D. 6 Bulan

5
18. Manakah antara berikut merupakan makanan yang tidak baik untuk kesihatan gigi?

A. Telur
B. Susu
C. Gula kapas
D. Sayur

19. Untuk memastikan kesihatan gigi, kita perlu ____________________________

A. Berjumpa dengan doktor gigi 6 bulan sekali untuk pemeriksaan gigi


B. Menggosok gigi sekali sehari
C. Makan gula-gula dengan banyak
D. Selalu minum minuman berkarbonat

20. Bahagian gigi yang bertanda X dalam Rajah 7 di bawah ialah ___________

A. Dentin
B. Salur Darah
C. Enamel
D. Saraf

6
Bahagian B
(30 markah)
1. Perhatikan situasi di bawah. Tandakan () pada jawapan yang betul.

(6 markah)

7
2. Ramalkan sama ada objek berikut boleh terapung di permukaan air
tidak. Kemudian senaraikan dalam jadual dibawah.

Objek yang terapung Objek yang tenggelam

(6 markah)

8
3. Isi tempat kosong di bawah dengan kemahiran manipulatif yang betul.

Melakar spesimen dengan betul dan Mengguna dan mengendalikan peralatan


tepat dengan betul

Menyimpan peralatan dan bahan sains Membersihkan peralatan sains dengan


dengan betul dan selamat cara yang betul

a)

b)

c)

d)

(4 markah)

9
4. Isi tempat kosong untuk melengkapkan amalan harian seorang murid terhadap
kesihatan gigi.

susu pagi flos gigi Menguatkan gigi Buah-buahan

dua Sayur-sayuran enam kesihatan gigi malam

Nama saya Siti Alia. Saya mempunyai gigi yang bersih dan cantik. Saya selalu memberus gigi

saya sekurang-kurangnya _____________ kali sehari pada waktu ____________ dan waktu

________________. Setiap __________________ bulan sekali, ibu membawa saya berjumpa

dengan doktor gigi untuk menjalani pemeriksaan gigi. Doktor membersihkan gigi saya dan

menasihati saya supaya menjaga __________________________. Doktor berpesan agar saya

memakan makanan yang seimbang dan banyakkan makan ________________________ dan

_____________________. Doktor juga berpesan agar saya menggunakan __________________

untuk mengeluarkan makanan yang tersangkut di celah-celah gigi. Ibu memberi saya minum

_____________________ setiap pagi dan malam untuk _____________________________.

(10 markah)

10
5. Kenal pasti struktur gigi dan tandakan (v) pada jawapan yang betul

(4 markah)

11

Anda mungkin juga menyukai