Anda di halaman 1dari 3

Arya Kenceng adalah seorang kesatria Hindu, Bali yang berasal dari

kerajaan Majapahit yang turut serta dalam ekspedisi penaklukan Bali


bersama Mahapatih Gajah Mada serta Arya Damar (Adityawarman).
Banyak versi mengenai keberadaan Arya Kenceng, Dalam beberapa abad,
misalnya Babad Arya Tabanan, dinyatakan bahawa Arya Kenceng adalah
adik kepada Arya Damar, manakala sumber yang lain telah mencatatkan
bahawa Arya Kenceng adalah individu yang serupa dengan Arya Damar,
dan beberapa naskah lontar menyatakan beliau adalah anak kepada Arya
Damar.

1. Sejarah
Pada tahun 1342, bala tentera Kerajaan Majapahit yang dipimpin oleh
Gajah Mada selaku Panglima Perang Tertinggi, dibantu oleh Wakil
Panglima Perang yang bernama Arya Damar, serta beberapa Perwira
antara lain, Arya Kenceng, Arya Sentong, Arya Belog, Arya Kanuruhan,
Arya Bleteng, Arya Pengalasan dan Adipati Takung.

Setelah Kerajaan Bedulu ditakluki oleh raja Kerajaan Majapahit Sri Hayam
Wuruk, diangkatlah Sri Kresna Kepakisan sebagai Raja Bali yang
berpengaruh di Samprangan. Selanjutnya Sri Kresna Kepakisan
memberikan daerah kekuasaannya kepada beberapa Arya, salah satunya
Arya Kenceng telah diberikan untuk memimpin daerah Tabanan yang
pusat pemerintahannya terletak di Pucangan / Buahan Tabanan. Arya
Kenceng telah berjaya meruntuhkan tiga dinasti yang dikenali sekarang
sebagai:

1. Dinasti Tabanan (Babad Arya Tabanan)


2. Dinasti Notor Wanira meruntuhkan Kerajaan Badung dan Denpasar
3. Dinasti Tegeh Kori dimana kekuasaannya telah dikalahkan oleh
Dinasti Badung

Pada tahun 1256 (ada setengah pendapat yang mengatakan pada tahun
1343 M) beliau membuat istana disebuah desa yang bernama Desa
Pucangan atau Buwahan Penebel, lengkap dengan taman sari di sebelah
tenggara istana. Beliau memerintah dengan bijaksana sehingga keadaan
daerah Tabanan menjadi aman sentosa. Arya Kenceng telah mengambil
isteri puteri keturunan brahmana yang bertempat tinggal di Ketepeng
Renges iaitu suatu daerah di Pasuruan yang merupakan wilayah kekuasaan
Kerajaan Majapahit.

Arya Kenceng telah memperisterikan puteri kedua dari brahmana tersebut


sedangkan puteri yang sulung diperisteri oleh Dalem Ketut Sri Kresna
Kepakisan dari Puri Samprangan dan puteri yang bongsu diperisterikan
oleh Arya Sentong. Arya Kenceng sebagai ketua pemerintah di daerah
Tabanan bergelar Nararya Anglurah Tabanan, sangat pandai membawa diri
sehingga sangat disayang oleh kakak iparnya Dalem Samprangan.

Dalam mengatur pemerintahan beliau sangat bijaksana sehinggakan Dalem


Samprangan mengangkat beliau menjadi Menteri Utama. Kerana posisi
beliau sebagai Menteri Utama, maka hampir setiap waktu beliau selalu
berada disamping Dalem Samprangan.

Arya Kenceng sangat bijak dalam menjawab pelbagai persoalan yang


dilontarkan oleh Dalem Samprangan, kerana jasanya tersebut maka Dalem
Samprangan bermaksud mengadakan pertemuan dengan semua Arya di
Bali. Dalam pertemuan tersebut Dalem Samprangan menyampaikan
maksud dan tujuan pertemuan tersebut tiada lain untuk memberikan
penghargaan kepada Arya Kenceng atas pengabdiannya selama ini.

“ Wahai dinda Arya Kenceng, demikian besar kepercayaanku kepadamu,


aku sangat yakin akan pengabdianmu yang tulus dan ikhlas dan sebagai
tanda terima kasihku, kini aku sampaikan wasiat utama kepada dinda dari
sekarang sampai seterusnya dari anak cucu sampai buyut dinda supaya
tetap saling cinta mencintai dengan keturunanku juga sampai anak cucu
dan buyut. Dinda saya berikan hak untuk mengatur tinggi rendahnya
kedudukan darjat kebangsawanan (catur jadma), berat ringannya denda
dan hukuman yang harus diberikan pada para durjana (pesalah). Dinda
juga saya berikan hak untuk mengatur para Arya di Bali , siapapun tidak
boleh menentang perintah dinda dan para Arya harus tunduk pada
perintah dinda. Dalam tatacara pengabenan atau pembakaran mayat
(atiwatiwa) ada 3 upacara yang utama iaitu Bandhusa, Nagabanda dan
wadah atau Bade bertingkat sebelas. Dinda saya izinkan menggunakan
Bade bertingkat sebelas. Selain dari pada itu sebanyak-banyak upacara
adinda berhak memakainya sebab dinda adalah keturunan kesatriya,
bagaikan para dewata dibawah pengaturan Hyang Pramesti Guru.
Demikianlah penghargaan yang kanda berikan kepada adinda kerana
pengadian dinda yang tulus sebagai Menteri utama “.

Akibat telah lanjut usia, akhirnya Arya Kenceng telah meninggal dunia dan
dibuatkan upacara pengabenan (palebon) susai dengan anugerah Dalem
Samprangan iaitu boleh menggunakan bade bertingkat sebelas yang
diwariskan hingga saat ini. Adapun roh sucinya (Sang Hyang Dewa Pitara)
dibuatkan tugu penghormatan (Peliggih) yag disebut "batur" dan
disungsung oleh keturunan beliau hingga saat ini dan selanjutnya.

Anda mungkin juga menyukai