Anda di halaman 1dari 3

Refleksi

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan amali kimia 2
iaitu penghabluran garam kuprum (ll) sulfat dengan jayanya.

Sebelum melakukan eksperimen,saya telah membuat persediaan iaitu membaca dan


memahami prosedur amali yang akan dijalankan.Saya telah menyediakan larutan kuprum (ll)
sulfat dengan menambahkan asid sulfurik dan kuprum (ll) oksida.Saya memilih untuk
menyediakan kuprum(ll) sulfat adalah berwarna dan mudah untuk melihat perubahan pada
larutan kuprum(ll) sulfat apabila eksperimen penghabluran dilakukan.

Semasa melakukan eksperimen,saya telah melakukan kesilapan menyebabkan larutan


kuprum(ll) sulfat yang dipanaskan didalam mangkuk penyejat menjadi kering sehingga
menyebabkan saya terpaksa mengulangi semula eksperimen.Selepas eksperimen
diulangi,saya memperoleh hablur yang sempurna dan menarik.semasa melakukan
eksperimen saya juga mengamalkan langkah berjaga jaga untuk mendapatkan hasil
keputusan yang tepat.Saya juga mematuhi peraturan makmal supaya tidak membahayakan
keselamatan diri.Saya menghadapi kesukaran untuk memerhatikan bentuk hablur dibawah
mikroskop.selepas mendapat bimbingan daripada pensyarah saya,saya berjaya melihat
mikroskop dengan betul.

Selepas melakukan eksperimen,saya mendapat pengalaman yang baru kerana dapat


melihat sendiri bentuk hablur kuprum(ll) sulfat dengan jelas di bawah mikroskop.Saya juga
menyedari bahawa keputusan yang tepat dapat diperoleh dengan melakukan amali dengan
berhati hati.

Akhir sekali,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Rusmawati kerana
banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang eksperimen dijalankan.Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada kawan kawan saya kerana sudi memberi pertolongan
kepada saya dalam menyiapkan amali ini.Saya amat menghargai jasa dan pertolongan
kalian.Saya berharap saya dapat mengaplikasikan amali kali ini pada amali yang akan datang.
SCE 1014
KIMIA 1
AMALI 2
SEMESTER: 1 (SESI JUN-NOV 2015)

NAMA RAJA NURUASEYKIN BINTI RAJA HARUN


KELAS/ KUMPULAN PPISMP SAINS
ANGKA GILIRAN
NO. K/P 970206-03-5004
PENSYARAH PUAN RUSMAWATI BT OTHMAN
TARIKH SERAHAN
Rujukan

Aisyah Samad.2006.Latihan Kimia Stpm.Pelangi Sdn.Bhd.Shah Alam,Selangor.

Lee Soon Ching.1998.Kertas Soalan Peperiksaan KBSM Kimia.Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Tan Pek Soo.Spm Bilingual Chemistry Form 4.Arah Pendidikan Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai