Anda di halaman 1dari 5

SULIT 2 021

031
Soalan 1 – 16

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “Bilakah _________ hendak datang ke rumah untuk mengulang kaji pelajaran?” tanya
Akim kepada Hazman dan Amir.
A kami
B awak
C kalian
D kita

2 “Ampun ______, tuanku,” kata Hang Tuah sebaik sahaja masuk menghadap Sultan
Melaka.
A saya
B hamba
C patik
D beta

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Tong Sun __________ guni-guni beras itu untuk dibawa pulang.


A menjunjung
B mengangkat
C mengandar
D memikul

4 Bee Ling berasa _________ bahawa dia akan memenangi pertandingan kuiz matematik itu.
A selesa
B yakin
C bangga
D tenteram

5 Kakak menggunakan se___________ kain untuk membalut lukanya.


A cebis

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 3 021
031
B lembar
C bidang
D gulung

6 Ah Leong semakin _____________ setelah menerima rawatan di hospital.


A sihat
B segar
C cerdas
D kuat

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7 Ketika melancong ke Koera Selatan, Razak memakai pakaian yang _____________ kerana
iklim di negara itu sangat ______________.

A nipis… panas
B tebal…sejuk
C sempit…dingin
D longgar…hangat

8 Rambutnya yang _____________ mengurai itu dijaganya dengan baik.

A ikal
B kusut
C pendek
D panjang

9 Ahli persatuan pengakap itu mengadakan perkhemahan di ______________ Hutan Lipur Gunung
Ledang.

A pinggir
B puncak
C antara
D penjuru

10 Mereka pergi ke Rumah Kanak-kanak Sri Intan _______________ bas.


A daripada

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 4 021
031
B dengan
C pada
D dari

11 Pak Samad sedang menebas _______________ di belakang rumahnya.


A rumput -rampai
B semak-samun
C sayur-mayur
D kayu-kayan

12 Di bawah pokok mempelam itu terdapat sarang _______________ yang besar.


A anai-anai
B labah-labah
C burung-burung
D unggas-unggas

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13 Encik Zakaria ______________ kereta dengan berhati-hati supaya selamat ke destinasi.


A pemandu
B dipandu
C berpandu
D memandu

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


14 Seseorang yang mengalami stres, akan mudah sakit kepala.
A Seseorang yang sakit kepala, akan mudah mengalami stres.
B Seseorang akan mudah mengalami stres dan sakit kepala.
C Sakit kepala akan mudah dialami jika seseorang stres.
D Sakit kepala akan memudahkan seseorang yang mengalami stres.

Pilih ayat yang betul.

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 5 021
031

15 A Devi berasal dari keluarga yang mengamalkan perkahwinan campur.


B Cikgu Safik mengajar murid-muridnya untuk bersungguh-sungguh.
C Lukisan yang cantik dan kreatif ditampal pada dinding kelas.
D Keluarga Ruben berkunjung di Hutan Lipur Lata Bayu, Baling, Kedah.

16 A Nah, sedapnya kek pisang hasil air tangan ibu!


B Tahniah, atas kemenangan kamu di dalam pertandingan itu!
C Sila jangan berbuat bising semasa berada di dalam perpustakaan.
D Tolong ambilkan buku yang berada di atas meja bulat itu.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pokok nipah ialah sejenis tanaman tropika yang tumbuh secara meliar di kawasan
penanaman padi yang berhampiran dengan laut. Pokok-pokok ini tumbuh subur di tebing-
tebing sungai di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), di negeri Kedah.
Selain padi sebagai tanaman utama, para petani juga memanfaatkan tumbuhan ini
untuk menjadikannya sebagai pendapatan sampingan. Bagi masyarakat tradisional, pokok
nipah sangat besar maknanya dalam kehidupan mereka. Pucuk daun nipah dijadikan rokok
yang dikenali dengan nama rokok daun bagi mereka yang gemar merokok. Daunnya pula
boleh dijadikan atap rumah atau bangsal yang dikenali dengan atap nipah. Pada hari ini,
keadaan itu semakin pupus akibat oleh kehidupan moden.
Bahagian yang paling utama ialah tandan buah nipah. Bahagian ini dipotong,
dibersihkan dan ditadah dengan bekas untuk mendapatkan niranya yang dikenali sebagai
nira nipah. Tandan nipah itu dimasukkan ke dalam tabung buluh (tukil), bekas khas untuk
menadah nira. Beginilah cara orang-orang dahulu memungut nira. Pada masa kini, orang
menadah nira dengan sarung plastik, tin, dan bekas yang diperbuat daripada plastik. Nira
nipah diminum secara segar. Kalau diperam selama empat puluh empat hari, nira ini akan
bertukar menjadi cuka nipah. Cuka nipah boleh dijadikan bahan masakan. Cuka
nipah sangat popular dalam kalangan masyarakat di tepi sungai. Nira nipah boleh
mengurangkan penyakit kronik seperti penyakit darah tinggi, mengurangkan kadar gula
dalam darah, dan penyakit batu karang.
Pihak MADA telah mengambil langkah untuk mempromosi dan mengkomersialkan
nira nipah menerusi Pertubuhan Peladang Limau Dalam di Kawasan MADA. Cuka

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 6 021
031
merupakan produk utama daripada nira nipah. Sekarang ini, nira nipah dijadikan manisan
nipah dan jeli nipah.

17 Siapakah yang ditugaskan untuk mempromosi dan mengkormersialkan nira?


A Para petani
B Pertubuhan Peladang Limau Dalam
C Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
D Penduduk kampung yang tinggal di tebing sungai

18 Pekerjaan utama penduduk di kawasan MADA ialah


A menanam padi.
B memproses rokok daun.
C menjayakan tanaman pokok nipah.
D Mengusahakan produk-produk daripada nira.

19 Bagaimanakah orang-orang dahulu memungut nira nipah?


A Menadah tin yang kosong.
B Menyarungkan tukil pada tandannya.
C Tandan pokok nipah disarung dengan plastik.
D Meletakkan bekas yang diperbuat daripada plastik.

20 Semua yang berikut adalah benar berdasarkan petikan kecuali


A Nira nipah dipercayai mempunyai banyak khasiatnya.
B Tandan buah nipah dipotong untuk mendapatkan niranya.
C Setelah diperam selama 44 hari nira akan bertukar menjadi cuka.
D Pokok nipah ditanam secara komersial oleh Lembaga Pertubuhan Peladang.

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT

Anda mungkin juga menyukai