Anda di halaman 1dari 22

1.

0 PENDAHULUAN

Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti


perancangan, pelaksanaan dan maklum balas. Ia bertujuan menyebarkan ilmu
pengetahuan atau kemahiran tertentu. Keberkesanan pengajaran diukur
berdasarkan sejauh mana hasil objektif pelajara n dicapai melalui proses
pengajaran yang dirancang dilaksanakan. Kelancaran sesuatu pengajaran ini
bergantung kepada kaedah dan teknik yang digunakan.

Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat


sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada
sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu
matlamat.Kaedah adalah satu prosedur yang menyeluruh untuk mengajar
sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan
kepada pendekatan yang dianuti. Sesuatu kaedah itu tidak boleh bercanggah
dengan pendekatan. Kaedah ini bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah-
langkah dan peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan
saksama untuk mencapai tujuan tertentu. (Mangantar Simanjuktak,1982:72).
Kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita, perbincangan, bermain,
latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan,
kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita


ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas
pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang
diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya
berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Pendekatan dalam
pengajaran bahasa ialah satu kumpulan andaian yang saling berkaitan tentang
hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa.
Setiap pendekatan itu harus mencerminkan satu pandangan tentang hakikat
bahasa, iaitu apakah sebenarnya bahasa itu, bagaimana ia dikuasai dan
diperolehi, bagaimana pula ia dilahirkan dan difahami serta dimanakah ia
disimpan. Pada masa yang sama juga, pendekatan harus menggambarkan satu
teori bahasa atau satu teori pengajaran dan pembelajaran bahasa. Misalnya,
Gesalt menerangkan bahawa kita mempelajari situasi secara keseluruhan dan
kemudian mempelajari elemen-elemen situasi itu.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus


yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat
menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan
besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Teknik juga adalah satu musli hat
atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera
yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu pelajaran tertentu. Edward M.
Anthony (1963) member tafsiran :

‘A technique is implementional-that which actually takes place in a


classroom. It is a particular trick, stratagem, or contrivance used to accomplish
an immediate objective.’

Berdasarkan pernyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa teknik


merupakan cara yang paling berkesan untuk mencapai sesuatu objektif. Ia wujud
dalam pemikiran dan dirangka dalam jangka masa yang panjang ataupun dicipta
pada masa sebelum sesuatu perlakuan itu dijalankan oleh individu.

Sebagai kesimpulan, sesuatu strategi pengajaran menggabungkan


pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran
yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta
kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran
yang paling maksimum.
2.0 KAEDAH BERCERITA

Kamus dewan mendefinisikan cerita adalah jalinan dan susunan mengenai


kejadian dan hal-hal yang berlaku sama ada benar ataupun merupakan khayalan
pencerita sahaja. Bercerita merupakan suatu kaedah mengajar yang
membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya melalui penggunaan teknik
bercerita.

Teknik ini bukanlah sesuatu yang baru, ia sudah dilaksanakan sejak


dahulu lagi oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak. Suatu ketika dahulu, teknik
bercerita ini merupakan teknik yang dominan dalam menyampaikan warisan
budaya daripada suatu generasi ke generasi yang seterusnya.

Lazimnya, murid-murid suka mendengar cerita yang menarik. Cerita yang


disampaikan dengan baik membolehkan murid-murid menguasai kemahiran
bercerita bagi menambahkan keberkesanan pengajarannya semasa
menggunakan teknik bercerita di dala m bilik darjah. Murid-murid akan cepat
menumpukan perhatian sekiranya sesuatu pelajaran itu disampaikan dalam
keadaan yang dapat menyentuh dan meninggalkan kesan yang mendalam di
dalam diri. Teknik bercerita ini merupakan suatu teknik yang paling berkesan
bagi menyemai kemahiran berkomunikasi kepada kanak-kanak
(Trencher,1991:86). Hal ini kerana murid-murid dapat mencipta ‘dunia’ dan
membina organisasi acara, pengalaman dan fakta mereka sendiri. Selain itu,
cerita-cerita yang menarik dapat menimbulkan keyakinan dan menyemai minat
dalam kalangan murid-murid bercerita kembali kepada guru mereka.

Guru boleh menggunakan pelbagai cara menyampaikan cerita di dalam


kelas. Antaranya ialah secara lisan, atau murid mendengar pita rakaman, atau
menonton sambil mendengar cerita dengan menggunakan boneka. Cerita yang
baik perlu mengambil kira semua aspek imaginasi dan kreativiti di samping
menggunakan plot yang baik dan mengandungi mesej yang menarik supaya
diselesaikan.
3.0 TUJUAN BERCERITA

Teknik bercerita ini sangat penting di dalam proses pengajaran dan


pembelajaran terutamanya bagi murid-murid di sekolah rendah. Teknik bercerita
ini biasanya menekankan konten atau isi. Oleh kerana itu selepas bercerita guru
perlu mengemukakan soalan –soalan pemahaman dan galakkan murid
mengeluarkan idea dan membuat tafsiran sendiri.

Antara kepentingan bercerita adalah dapat memotivasikan serta


menimbulkan minat murid untuk belajar. Sesi bercerita ini dapat melibatkan
murid-murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh
bercerita, murid-murid mendengar pita rakamanatau menonton sambil
mendengar cerita. Proses pengajaran dan pembelajaran akan mudah untuk
menarik minat murid terhadap sesuatu tajuk yang ingin diajar. Tayangan video
atau rakaman audio dapat memberikan kelainan kepada murid-murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penggunaan pancaindera
secara maksimum menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
menarik. Dengan wujudnya tayangan video yang melibatkan visual serta audio
yang menarik dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan. Misalnya, guru menayangkan tayangan video berkenaan dengan
berhati-hati di jalan raya. Murid-murid akan menonton video yang mempunyai
visual serta kesan bunyi yang menarik. Murid-murid akan lebih mudah untuk
memahami tajuk berkenaan kerana wujud penggunaan deria yang maksimum.

Selain itu, dapat melatih murid menguasai kemahiran mendengar.


Semasa aktiviti bercerita dijalankan, kemaiharan mendengar adalah amat
dititikberatkan. Guru akan bercerita atau memberikan penerangan kepada kelas.
Murid akan mendengar dengan teliti sewaktu guru sedang bercerita. Murid-murid
akan mengenalpasti maklumat atau isi penting yang disampaikan oleh guru.
Guru akan mengadakan sesi soal jawab dengan murid-murid. pada waktu ini,
guru dapat menilai kemahiran mendengar murid-muridnya semasa proses
bercerita sedang dijalankan. Murid yang dapat mendengar dengan baik akan
dapat mengenalpasti setiap isi penting yang semasa sesi bercerita sedang
dijalankan dan dapat menjawab setiap soalan yang diketengahkan dengan baik.

Di samping itu, dapat memupuk nilai murni yang terkandung di dalam


cerita. Teknik bercerita ini biasanya melibatkan penceritaan berkenaan dengan
cerita-cerita teladan. Cerita-cerita teladan ini mempunyai nilai-nilai murni yang
perlu dicontohi di dalam membentuk sahsiah yang tinggi di dalam diri seseorang
murid itu. Misalnya, guru menceritakan cerita rakyat iaitu Sang Semut dan Sang
Belalang. Di dalam cerita ini, terdapat pelbagai nilai murni yang boleh dicontohi
iaitu rajin, tolong-menolong dan sebagainya. Terdapat juga pengajaran yang
dapat dijadikan tauladan di dalam hidup seperti janganlah sombong, sediakan
payung sebelum hujan dan sebainya. Melalui penceritaan ini, murid-murid
terdedah dengan nilai murni yang sebelum ini mungkin kurang diketengahkan
kepada mereka. Mereka dapat memahami serta mengaplikasi nilai-nilai murni
yang terdapat di dalam cerita tersebut.

Seterusnya, dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan


gembira. Proses pengajaran dan pembelajaran secara tradisi banyak melibatkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru. Dengan
menggunakan teknik bercerita ini, murid-murid dapat menggunakan kreativiti
masing-masing untuk menyampaikan cerita. Jalan cerita berkenaan dengan
cerita tersebut boleh menggambarkan kreativiti murid berkenaan. Melalui proses
penceritaan ini, guru dapat mewujudkan pembelajaran secara koperatif di dalam
proses pembelajaran. Murid-murid dapat menetukan gaya pembelajaran yang
diingini oleh mereka. Proses penceritaan ini merangkumi pelbagai cara dan
kaedah. Salah satu cara yang dapat menarik minat murid-murid ialah dengan
memberikan satu tajuk kepada murid-murid. misalnya, guru memberikan tajuk
‘Rumah Saya’ kepada murid-murid. murid-murid akan berfikir dan cuba untuk
menceritakan kepada kelas berkenaan dengan apa sahaja tentang rumah
mereka. Mereka secara tidak langsung dapat menyampaikan cerita dengan cara
mereka yang tersendiri. Murid-murid akan teruja mendengar cerita yang
disampaikan oleh rakan-rakan mereka. Teknik ini adalah lebih berkesan jika
dibandingkan guru sahaja yang bercerita iaitu melakukan penerangan kepada
kelas. Dengan cara ini, murid-murid akan lebih berinisiatif serta proses
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan tersusun.

Selain itu, dapat melatih murid menyusun idea secara teratur sama ada
secara lisan atau secara menulis. Proses bercerita merupakan salah satu aktiviti
yang melibatkan proses penyampaian idea atau ilmu pengetahuan secara lisan.
Melalui poses penceritaan ini, murid-murid akan dilatih untuk berfikir mendapat
idea berkenaan dengan sesuatu topik yang diberikan oleh guru. Guru akan
memberikan tajuk yang tertentu kepada murid. berdasarkan tajuk berkenaan,
murid dikehendaki untuk melakukan sesi bercerita. Guru akan membimbing
murid-murid. Guru memberikan masa kepada murid-murid untuk berfikir
berkenaan dengan tajuk yang diberikan. Murid-murid akan belajar untuk
mewujudkan satu plot atau jalan cerita. Idea yang difkirkan oleh mereka akan
dipindahkan kedalam cerita yang diberikan. Sesi bercerita ini boleh dilakukan
dengan perancangan yang rapi atau spontan. Jika dengan menggunakan
kaedah bercerita dengan melakukan penyediaan yang rapi terlebih dahulu,
murid-murid akan belajar untuk menyusun idea-idea di dalam bentuk penulisan
terlebih dahulu sebelum melakukan sesi bercerita. Manakala jika proses
penceritaan dilakukan secara spontan, murid-murid akan dilatih untuk menyusun
idea-idea dengan teratur secara lisan.

Di samping itu, dapat melibatkan murid secara aktif dalam sesi bercerita
serta dalam aktiviti susulan. Proses bercerita ini merupakan salah satu aktiviti
yang berpusatkan murid. Murid akan bertindak secara aktif semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid-murid menjalankan aktiviti yang
diarahkan oleh guru manakala guru hanya bertindak sebagai pembimbing.
Murid-murid akan berusaha untuk mempersembahkan cerita yang menarik
mengikut perspektif masing-masing. Guru akan melakukan pemantauan dan
memberikan bimbingan serta nasihat kepada murid-murid supaya mereka
mendapat panduan untuk melakukan aktiviti yang dirancangkan. Seterusnya,
murid akan dapat melakukan aktiviti susulan secara aktif selepas melakukan sesi
bercerita. Misalnya, guru memberikan tajuk kepada murid-murid. murid-murid
akan bertindak secara aktif semasa sesi bercerita dilakukan. Selepas sesi
bercerita tersebut, wujud aktiviti susulan iaitu sesi soal jawab dengan mruid-
murid. Murid-murid akan bertindak secara aktif dengan mengajukan soalan yang
pelbagai berdasarkan sesi bercerita yang telah dijalankan.

Seterusnya, dapat memperkayakan pengalaman murid melalui perkaitan


cerita dengan kehidupan mereka. Murid-murid di sekolah rendah telah
mempunyai pelbagai pengetahuan asas yang berkaitan dengan kehidupan
seharian mereka. Pengalaman yang diperolehi daripada kehidupan mereka
dapat diperkayakan lagi dengan aktiviti bercerita. Pengalaman sedia ada mereka
adalah berdasarkan daripada kehidupan seharian mereka. pengalaman sedia
ada murid di sekolah bandar adalah berbeza jika dibandingkan dengan
pengalaman sedia ada murid di sekolah luar bandar. Melalui aktiviti bercerita ini,
murid-murid akan bercerita berdasarkan pengalaman sedia ada mereka.
misalnya, murid-murid yang tinggal di kawasan perkampungan nelayan akan
bercerita berkenaan dengan pantai dan hidupan laut. Mereka akan mengingat
kembali segala pengalaman yang telah diperolehi oleh mereka berdasarkan
kehidupan seharian mereka. Selepas mereka mengingat kembali segala
pengalaman yang telah dilalui oleh mereka, mereka akan memulakan sesi
bercerita berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Murid-murid dapat
mengingat kembali dan menyampaikannya kepada kelas. Murid-murid telah
memahami secara mendalam cerita yang ingin disampaikan. Hal ini akan
memperkukuhkan lagi pengetahuan sedia ada mereka.

Selain itu, dapat menambahkan bahan-bahan untuk murid menulis


karangan. Sesi bercerita ini adalah amat meluas. Tajuk yang dipilih untuk sesi
bercerita ini adalah bebas. Guru-guru boleh memberikan satu situasi kepada
murid-murid. Situasi-situasi yang diberikan adalah seperti pertolongan cemas,
lawatan ke bandar bersejarah Melaka dan sebagainya. Mereka menceritakan
segala pengalaman yang telah dilalui oleh mereka. cerita yang disampaikan
adalah berbeza-beza mengikut pandangan atau penglaman masing-masing.
Sesi bercerita ini dapat mewujudkan aktiviti perkongsian pangalaman atau
maklumat dengan rakan-rakan sekelas. Perkongsian maklumat atau
pengetahuan ini dapat menambahkan lagi pengetahuan kepada murid-murid.
Maklumat atau pengetahuan yang diperolehi ini adalah amat berfaedah untuk
digunakan di dalam penulisan karangan. Semasa penulisan karangan, murid-
murid akan mendapat pelbagai idea yang mendorong mereka menghasilkan
sebuah karangan yang menarik dan baik.
4.0 PRINSIP-PRINSIP KAEDAH BERCERITA

Teknik bercerita ini mempunyai beberapa prinsip. Prinsip-prinsip ini dijadikan


sebagai tunjang utama di dalam menjalankan sesi bercerita. Guru harus
mematuhi dan memahami prinsip-prinsip di dalam teknik bercerita. Jika guru
mematuhi prinsip-prinsip ini, maka proses pengajaran dan pembelajaran
menggunakan teknik bercerita ini dapat berjalan dengan lancar.

Antara prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi oleh guru-guru semasa


menjalankan menggunakan teknik bercerita ini ialah guru harus memilih cerita
yang sesuai dengan minat, kebolehan, umur dan pengalaman murid serta
objektif pelajarannya. Pemilihan cerita ini adalah pe nting untuk menarik minat
murid-murid terhadap tajuk yang ingin diajar pada hari berkenaan. Cerita yang
dipilih harus menepati peredaran masa iaitu bersesuai dengan citarasa murid-
murid. Cerita yang sesuai dengan peredaran masa akan menyebabkan murid-
murid seronok untuk belajar tajuk berkenaan.

Selain itu, sebelum sesi bercerita, guru perlu menghafaz isi-isi penting
yang terkandung dalam cerita tersebut. Guru perlu menghafaz isi-isi penting
untuk mengelakkan sesi bercerita menjadi bosan. Guru perlu memahami jalan
cerita dan mengenalpasti setiap watak-watak yang terdapat di dalam cerita
tersebut. Hal ini dapat mengelakkan daripada guru melakukan rujukan semasa
melakukan penceritaan. Sesi bercerita adalah melibatkan penyampaian isi -isi
penting sahaja. Hal ini akan memudahkan pemahaman murid-murid terhadap
cerita yang disampaikan oleh guru.

Di samping itu, alat bantu mengajar seperti kad-kad perkataan,kad-kad


gambar, patung atau topeng yang boleh menarik minat dan perhatian murid
harus disediakan sebelum sesi bercerita dimulakan. Soalan-soalan untuk aktiviti
susulan juga perlu disediakan. Ala t bantu mengajar ini adalah amat penting
untuk menarik minat murid-murid. sesi bercerita akan menjadi lebih menarik
dengan menggunakan alat bantu mengajar. Guru perlu menarik minat murid-
murid terlebih dahulu sebelum menyampaikan intipati atau isi pelajaran yang
ingin disampaikan pada proses pengajaran dan pembelajaran pada waktu
berkenaan.

Seterusnya, sebelum memulakan sesi bercerita, pastikan semua murid


telah bersedia untuk mendengar cerita. Murid-murid perlu menumpukan sepenuh
perhatian semasa sesi bercerita dijalankannya. Hal ini adalah penting kerana
murid-murid perlu memahami cerita yang disampaikan supaya murid-murid
dapat menjalankan aktiviti yang seterusnya dengan lancar.

Selain itu, guru perlu melakukan pandangan terus ke muka murid secara
bergilir-gilir. Cara ini sangat berkesan untuk melibatkan murid di dalam cerita
yang disampaikan. Pandangan mata atau interaksi ini adalah penting. Dengan
melakukan cara ini akan mewujudkan interaksi antara guru dan murid.

Di samping itu, pastikan suara jelas da n lantang. Kemahiran variasi


rangsangan harus digunakan untuk mengubah-ubah nada suara dan intonasi
guru mengikut watak-watak dan suasana cerita itu. Seterusnya, semasa sesi
bercerita, guru boleh mengemukakan soalan untuk menggalakkan murid
meramal perkembangan cerita yang selanjutnya. Cara ini bukan sahaja dapat
menarik perhatian murid tetapi juga dapat memperkembangkan daya imaginasi
mereka.

Pada masa yang sama, pastikan perkataan dan ayat yang digunakan
untuk bercerita boleh difahami oleh murid. Tujuan bercerita ialah untuk
menyampaikan isinya dan bukan mengajar murid perkataan-perkataan yang
sukar. Selain itu, isi cerita harus disampaikan kepada murid dengan gerak -geri
secara semula jadi. Aktiviti berlakon guru perlu dielakkan. Guru menyampaikan
isi cerita secara spontan dan murid-murid akan mendengar segala penerangan
guru.

Akhir sekali, selepas bercerita, aktiviti susulan harus diadakan, misalnya


aktiviti soal jawab tentang tema dan nilai moral yang terkandung dalam cerita itu.
Guru juga boleh memberikan topeng-topeng yang disediakan kepada murid-
murid untuk menjalankan aktiviti lakonan.
Guru harus Guru menghafaz isi-
memilih cerita isi penting
yang sesuai

Murid bersedia Menyediakan Alat


untuk sesi bercerita Bantu Mengajar

Guru memandang Guru


murid-murid, suara mengemukakan
guru jelas dan soalan kepada
berintonasi murid-murid

Soal jawab tentang


tema dan nilai moral
5.0 LANGKAH-LANGKAH MENJALANKAN TEKNIK BERCERITA

• Guru memilih cerita yang sesuai


• Guru menghafaz dan bercerita secara
Perancangan sendiri, sekurang-kurangnya sekali
dan persediaan • Penyediaan alat bantu mengajar

• Set induksi
• Soal jawab
Sesi bercerita

• Memperkukuhkan nilai
Penutup
Pilih cerita yang sesuai
dengan topik pelajaran

Sebelu
m
Guru perlu menguasai
bercerit bahagian-bahagian penting

a secara berulang-ulang

Sedia alat bantu mengajar

Susun tempat duduk murid


Gunakan set induksi
yang menarik ketika
Gunakan nada
mula bercerita
suara dan gaya
yang sesuai agar
suasana suatu
peristiwa dapat
dirasakan

Semasa bercerita

Terapkan nilai-nilai
Pastikan setiap
murni dalam cerita
murid memberikan
yang disampaikan
perhatian
Selepas bercerita

Uji
kefahaman
murid secara
lisan atau Mengadakan
tulisan perbincangan
tentang
cerita yang
disampaikan
Aktiviti bercerita biasanya mengandungi tiga peringkat yang utama iaitu perancangan
dan persediaan, sesi bercerita dan penutup. Dalam peringkat perancangan dan
persediaan, guru memilih cerita yang sesuai, menghafaz isi pentingnya dan
menyediakan alat bantu mengajar yang berkaitan. Semasa sesi bercerita, guru
memulakannya dengan memperkenalkan tajuk cerita, kemudian menggunakan teknik
bercerita dan menyampaikan isi kandungannya de ngan suara yang menarik. Peringkat
penutup digunakan untuk aktiviti susulan, misalnya perbincangan tema cerita dan moral
yang terkandung dalam cerita itu.

Di dalam peringkat pertama, guru memilih sebuah cerita yang sesuai. Tema
cerita harus mempunyai nilai moral yang murni. Isi cerita hendaklah menarik dan
perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid. panjang
pendek cerita hendaklah sepadan dengan peruntukan masa bercerita. Selepas cerita
dipilih, guru hendaklah cuba menghafaz dan bercerita secara sendiri, sekurang-
kurangnya sekali. Di samping itu, guru perlu menyediakan alat bantu mengajar seperti
kad perkataan, kad gambar atau topeng-topeng yang perlu digunakan untuk murid-
murid berlakon selepas bercerita. Beberapa soalan hendaklah disediakan untuk
menguji kefahaman murid selepas sesi bercerita. Sebelum mula bercerita, guru
hendaklah menyusun tempat duduk murid supaya memastikan setiap murid dapat
mendengar dan melihat ekspresi guru. Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan
alatan-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita supaya membawa
murid-murid ke dalam situasi yang seakan-akan alam cerita itu.

Langkah perlaksanaan perancangan bercerita ini hendaklah dimulakan dengan


suatu set induksi yang menarik serta ada kaitan dengan cerita yang hendak
disampaikan. Semasa bercerita, guru boleh menggunakan suara, gaya dan alat bantu
mengajar yang dapat menarik perhatian serta membantu murid-murid memahami isi
cerita yang disampaikan. Pastikan setiap murid telah mengambil perha tian secara
sepenuhnya semasa guru bercerita. Guru juga boleh melibatkan murid dalam sesi
bercerita dengan menggunakan soalan-soalan membimbing mereka mengikut tahap
perkembangan cerita dari peringkat permulaan sehingga peringkat penutup.
Penutup dilakukan didalam teknik bercerita ini. Tujuan penutup sesi bercerita
ialah membantu murid-murid memperkukuhkan nilai murni yang diterapkan dalam isi
cerita itu. Terdapat palbagai aktiviti penutup boleh digunakan dalam sesi penutup
bercerita ini. Diantaranya ialah menyoal murid-murid tentang isi cerita yang
disampaikan, menyuruh murid-murid mengulang isi cerita dengan menggunakan
perkataan sendiri, berbincang dengan murid-murid tentang tema dan nilai murni yang
terkandung dalam isi cerita, membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita
yang disampaikan dan menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita
yang telah didengar.
6.0 CARA PENYAMPAIAN CERITA

• Guru sebagai pencerita, pada masa yang sama


akan menggerakkan boneka untuk mewakili
watak-watak dalam cerita
menggunakan • Guru menggerakkan lakonkan boneka-boneka
boneka manakala cerita disampaikan melalui rakaman

• Menggunakan alat bantu mengajar


• menegmukakan cerita dengan cara permulaan
tanpa yang baik
menggunakan
boneka

• Menggunakan buka yang mengandungi cerita-


cerita dengan gambar berwarna-warni dan besar
• Duduk dekat murid sambil memegang buku dan
bercerita terus dari cerita
buku
7.0 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN KAEDAH BERCERITA

Mengenali Memperkenalkan
keunikan panduan dan
Guru mudah
individu menguasai kelas pedoman hidup

KELEBIHAN
Meningkatkan BERCERITA Memperkenalkan

kemahiran kosa kata baru

mendengar dan
bertutur

Meningkatkan
Guru dapat
kefahaman
meningkatkan
murid Menyuarakan
tumpuan murid dalam
terhadap pendapat dan
waktu yang terhad
sesuatu perasaan secara

pengajaran lisan
Kemahiran
menulis kurang
dititikberatkan

Murid-murid
Penyampaian cenderung
objektif KELEMAHAN untuk menghafal
pelajaran kurang BERCERITA intipati cerita
jelas tetapi kurang
memahami

Kelas berada di
bawah kawalan
guru
sepenuhnya
8.0 IMPLIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Teknik bercerita ini memberikan implikasi terhadap proses pengajaran dan


pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Teknik bercerita digunakan untuk
menyampaikan pelajaran. Salah satu implikasi teknik bercerita ini adalah guru
dapat menyampaikan menarik minat murid-murid terhadap pelajaran yang
disampaikan. Hal ini kerana guru menceritakan kepada murid-murid berkenaan
dengan sesuatu situasi sebelum menyampaikan isi pelajaran kepada kelas.
Proses penceritaan ini dapat menarik minat murid-murid kerana cerita yang
diketengahkan adalah berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka iaitu
secara kontekstual. Mereka akan lebih mudah untuk memahami sesuatu situasi
atau cerita yang berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka. Perkaitan
akan dapat dilakukan oleh mereka.

Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih


menarik. Alat bantu mengajar digunakan semasa sesi bercerita dijalankan.
Misalnya, guru menggunakan kad-kad gambar, topeng dan boneka semasa
bercerita. Guru bercerita dengan menggunakan bahan-bahan tersebut. Misalnya,
guru ingin mengajar berkenaan jenis-jenis rumah di Malaysia, guru menunjukkan
kad-kad gambar yang menunjukkan gambar-gambar rumah yang terdapat di
Malaysia. Kad-kad gambar ini akan menjadikan peneragan guru menjadi lebih
jelas. Apabila wujud contoh konkrit diberikan, maka murid-murid akan lebih
mudah untuk memahami isi pelajaran tersebut. Guru boleh bercerita sambil
menunjukkan model rumah. Model rumah tersebut boleh dijadikan contoh
sebagai salah satu model rumah yang terdapat di Malaysia. Proses bercerita
akan lebih berkesan dengan adanya alat bantu mengajar yang menarik dan
pelbagai ini.

Di samping itu, keadaan kelas adalah terkawal semasa proses pengajaran


dan pembelajaran dijalankan. Dengan menggunakan teknik bercerita ini, guru
akan memastikan murid-murid supaya memberikan tumpuan sepenuhnya
semasa sesi ercerita dijalankan. Hal ini kerana murid-murid perlu fokus semasa
sesi bercerita dijalankan untuk mengenalpasti segala isi penting yang terdapat di
dalam cerita berkenaan. Apabila sema murid memberikan tump uan yang
sepenuhnya, keadaan kelas akan menjadi terkawal iaitu tiada murid yang bising
sehingga mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Kawalan kelas ini adalah sangat penting semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Hal ini jelas menunjukkan dengan menggunakan teknik
bercerita ini, murid-murid kurang membuat bising di dalam kelas tetapi
sebaliknya cuba untuk memberikan sepenuh penumpuan supaya dapat
memahami cerita yang disampaikan.

Seterusnya, Bercerita boleh dijadikan alat untuk melatih kemahiran


mendengar dan bertutur secara yang menyeronokkan. Hal ini demikian kerana
sewaktu bercerita, kanak-kanak atau guru juga tidak terikat dengan nada dan
intonasi perbualan yang biasa. Setiap patah perkataan perlu diucapkan
bersesuaian dengan cerita. Contohnya, sekiranya terdapat kisah harimau dalam
cerita itu, guru boleh memberi perhatian yang lebih sewaktu menyebut ‘harimau
meNGAUM’ bagi memberi kesungguhan bahawa harimau mengaum itu suatu
perbuatan yang dapat menunjukkan kegagahan. Guru tidak perlu untuk
membunyikan ‘ngauman’ itu, cukup kalau memberi penekanan dalam
sebutannya. Hal ini dapat mengelakkan jikaguru tidak dapat mengaum dengan
suara yang kuat dan dalam.

Di samping itu, guru juga dapat menerapkan nilai-nilai murni yang perlu
diamalkan seperti taat kepada ibu bapa, mendengar nasihat adik-beradik,
berkongsi kemudahan dalam kelas atau di rumah, dan pelbagai lagi bergantung
kepada kreativiti guru. Penerapan nilai ini dapat dilakukan semasa guru
bercerita. Di dalam cerita berkenaan, guru boleh menyelitkan nilai-nilai murni.
Secara tidak langsung, murid-murid akan terdedah dengan nilai-nilai murni yang
tersebut.

Anda mungkin juga menyukai